Anda di halaman 1dari 3

1.

KOMUNIKASI PENERIMAAN

Penerimaan adalah satu perbuatan, satu manifestasi luaran yang menunjukkan persetujuan
yang perlu dikomunikasikan kepada pembuat tawaran. Komunikasi penerimaan boleh dalam
berbagai bentuk bergantung kepada jenis kontrak, amalan dagangan, dan kebiasaan.
Penerima tawaran tidak boleh menerima secara diam, kerana penerimaan secara mental
yang tersimpan di dalam minda penerima tidak dapat melahirkan sebuah pertemuan minda
yang dikehendaki oleh undang-undang sebagai suatu syarat kepadanya, malah ia adalah
merupakan asas penting kepada hubungan kontrak.

2. KESAN BERDIAM DIRI

Berdasarkan dari prinsip komunikasi penerimaan iaitu rukun yang menyatakan pembuat
tawaran tidak boleh mengenakan tanggungan kontrak terhadap penerima tawaran dengan
hanya mensyaratkan berdiam diri sebagai tanda penerimaan.

3. MASA PENERIMAAN

Prinsip yang menyatakan penerimaan hendaklah dibuat dalam masa yang munasabah. Ia
berpunca dari prinsip yang mengatakan bahawa tawaran terbuka untuk diterima dalam satu
tempoh masa yang munasabah. Seksyen 6(b) Akta Kontrak memperuntukkan bahawa
sesuatu tawaran itu akan luput jika penerimaan tidak dikomunikasikan dalam masa yang
munasabah atau jika masa untuk penerimaan ditetapkan oleh cadangan dalam tempoh yang
ditetapkan.
4. CARA PENERIMAAN

Pihak yang membuat tawaran juga perlu menetapkan cara dan bentuk sesuatu penerimaan
kerana berdiam diri tidak boleh ditetapkan sebagai penerimaan. Apabila bentuk dan cara
penerimaan telah ditetapkan, maka beberapa isu akan menjadi penting dan perlu kepada
keputusan undang-undang.

5. PEMATUHAN

Secara amnya di bawah Common Law jika pembuat tawaran menetapkan cara komunikasi
penerimaan, maka penggunaan cara berlainan yang sama pantas dan cepat juga dikira
sebagai cukup untuk memenuhi penetapan itu. Tetapi jika pembuat tawaran mendesak
penggunaan sesuatu cara komunikasi, penggunaan cara yang berlainan akan dianggap gagal
memenuhi ketetapan pembuat tawaran tersebut.

6. PENERIMAAN MELALUI POS

Sesuatu penerimaan itu adalah lengkap sebaik sahaja pembuat tawaran menerimanya.
Perkara ini adalah terpakai samaada melalui perbualan melalui telefon dan juga perbualan
antara dua pihak secara bersemuka atau “inter praesentes”. Walau bagaimanapun, cara
komunikasi penerimaan yang biasa digunakan oleh ahli perniagaan adalah melalui kaedah
pos.

7. PENERIMAAN TANPA PENGETAHUAN

Di Malaysia, situasi-situasi tawaran ganjaran dan kedudukan penerima yang menerima


tanpa mengetahui wujudnya tawaran ditetapkan melalui tafsiran seksyen 2(b) dan 8 Akta
Kontrak 1950. Seksyen 2 mentakrifkan apakah yang dimaskudkan dengan penerimaan
dalam konteks kontrak bilateral, manakala seksyen 8 mentakrifkan erti penerimaan bagi
sesuatu cadangan yang mempunyai syarat-syarat bersamanya, atau cadangan yang
meminta dilakukan sesuatu perbuatan atau beberapa perbuatan tertentu.
8. MENGETEPIKAN KOMUNIKASI

Bagaimana seseorang yang membuat tawaran diberi hak untuk menetapkan cara
komunikasi penerimaan, maka begitu juga diberikan hak undang-undang kuasa untuk
mengenepikan penetapan itu. Pengenepian komunikasi penerimaan boleh dilakukan secara
nyata atau termaklum daripada keadaan-keadaan tertentu.

9. PENAMATAN TAWARAN

Rukun-rukun kontrak membenarkan tawaran ditamatkan melalui satu tindakan nyata atau
termaklum oleh si pembuat tawaran, seperti pembatalan, luput masa, kematian pihak-pihak
yang terlibat, dan juga ketidakpatuhan kepada syarat sesuatu tawaran.

10. PENARIKAN BALIK

Di dalam peraturan undang-undang kontrak telah menyatakan bahawa sesuatu tawaran itu
bebas dibatalkan bila-bila masa sebelum ianya diterima. Menurut Langdell, sesuatu tawaran
yang dibuat oleh sesuatu pihak dan tawaran yang tidak ditarik balik adalah satu perkara
yang mustahil di dalam undang-undang.

11. KOMUNIKASI PENARIKAN BALIK

Suatu penarikan balik hanya berkesan jika ianya dikomunikasikan kepada penerima tawaran
tetapi komunikasi itu menjadi lengkap terhadap penerima atau pembuat tawaran
berdasarkan kaedah yang ditetapkan di dalam seksyen 4(3) Akta Kontrak. Seksyen ini
menerangkan bahawa komunikasi penarikan balik menjadi lengkap terhadap pihak yang
membuatnya dan lengkap terhadap pihak kepada siapa ianya dibuat.

Anda mungkin juga menyukai