Anda di halaman 1dari 9

Lecture 3

(Element Asas Kontrak)

PENERIMAAN

PENERIMAAN (Acceptance)
Takrif Penerimaan
AK 1950 mentakrifkan penerimaan mengikut Seksyen 2(b)
sebagai:
apabila orang kepada siapa tawaran itu dibuat
menyatakan
persetujuan dengan tawaran berkenaan maka bolehlah
dikatakan bahawa tawaran berkenaan diterima: sesuatu
tawaran bila diterima adalah menjadi janji.
Ini bermakna penerimaan adalah suatu penyataan
persetujuan kepada syarat-syarat yang terkandung dalam
sesuatu tawaran.

Syarat Penerimaan :
Seksyen 7 AK 1950 memperuntukkan dua syarat penerimaan:
1. Mutlak dan tidak bersyarat
Seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 7(a) AK 1950
bahawa, untuk menjadikan sesuatu tawaran itu, sebagai satu
janji, maka penerimaan mestilah mutlak dan tidak
bersyarat. Ini bermakna, penerimaan mestilah selaras dengan
terma-terma tawaran.
Sekiranya pihak yang membuat penerimaan memindah atau
meminda terma-terma yang disebut dalam tawaran, yang
wujud bukanlah suatu penerimaan sebaliknya suatu tawaran
balas.
Selain itu, sekiranya penerimaan itu bersyarat, selagi syarat itu
tidak dilaksanakan, kontrak yang sah dan mengikat disisi
undang-undang belum lagi wujud.

2. Dinyatakan secara biasa dan munasabah


Seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 7(b) AK
1950, penerimaan hendaklah dinyatakan secara
biasa dan munasabah, melainkan jika cadangan
itu menetapkan cara penerimaan.
Pembuat tawaran boleh menyatakan cara-cara
penerimaan mesti dilakukan. Sekira ianya
ditentukan, penerima tawaran mestilah
menyatakan penerimaannya dengan cara
sedemikian.
Penerimaan selain daripada yang ditentukan dalam
cadangan tidak akan mengikat pembuat tawaran.
4

Bentuk penerimaan sesebuah tawaran boleh diterima


secara lisan, bertulis atau perbuatan. Secara umumnya
membisu tidak sama saperti penerimaan walaupun
penerima berniat untuk menerima tawaran. Walau
bagaimanapun, berdiam diri mungkin dianggap sebagai
penerimaan apabila penerima mengambil manfaat dari
sesuatu tawaran yang mana dia mempunyai masa untuk
menolaknya.
Tempoh penerimaan sekiranya sesuatu tawaran
menetapkan tempoh masa penerimaan, maka tawaran
berkenaan harus diterima dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekiranya tidak diterima dalam tempoh tersebut, maka
tawaran berkenaan akan luput. Sekiranya tawaran tidak
menetapkan tempoh masa, maka penerimaan haruslah
dibuat dalam tempoh yang munasabah. Rujuk Seksyen 6(b)
AK 1950.
5

Komunikasi Penerimaan Kaedah am menyatakan


penerimaan mestilah dikomunikasikan kepada pihak yang
membuat tawaran. Komunikasi penerimaan ini dianggap
efektif hanyalah apabila ianya tiba kepada pengetahuan
pihak pencadang atau yang membuat penawaran. Kaedah
am ini, walau bagaimanapun , hanya terpakai apabila
penerimaan dibuat secara lisan, melalui telefon atau teleks
dan seumpamanya. Rujuk Seksyen 4(2) AK 1950
Pembatalan Penerimaan Seksyen 5(2) AK 1950
menyatakan bahawa sesuatu penerimaan boleh dibatalkan
pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaan itu
adalah lengkap terhadap penerima tetapi tidak selepasnya.
Jika dibacakan bersama Seksyen 4(3)(b) AK 1950, dapatlah
disimpulkan bahawa sekiranya penerimaan dibuat secara
pos, penerimaan tersebut boleh dibatalkan sebelum ianya
sampai kepada pengetahuan pihak pencadang.
6

Komunikasi Pembatalan Penerimaan Pembatalan


penerimaan haruslah dikomunikasikan kepada pembuat
tawaran. Seperti peraturan mengenai komunikasi
penerimaan, komunikasi pembatalan adalah lengkap dan
sempurna pada dua masa yang berbeza.
Menurut Seksyen 4(3) AK 1950 komunikasi pembatalan
adalah
lengkap:
a) terhadap orang yang membuat pembatalan, apabila
komunikasi pembatalan itu telah dimasukkan kedalam
perjalanan pengiriman kepada siapa pembatalan itu
dibuat, dimana ia nya adalah diluar kuasa orang yang
membuatnya.
b) terhadap orang yang kepeda siapa yang ianya dibuat,
apabila pembatalan itu sampai kepada pengetahuan.
7

Latihan 2
Melalui surat Mee telah menawarkan untuk menjual
komputernya kepada Zul dengan harga RM2000. Zul
telah membuat penerimaan melalui surat yang
diposkan pada 5 Disember 2001. Walau
bagaimanapun Zul telah menukar fikiran dan ingin
membatalkan penerimaan yang telah dibuat. Zul
bimbang jika ia tidak sempat untuk membatalkan
penerimaan sekiranya ia dibuat secara pos. Oleh itu
Zul telah menalipon Mee pada 15 Disember 2001 jam
10 pagi bagi membatalkan penerimaannya. Mee telah
menerima surat yang diposkan oleh Zul pada 15
Disember 2001 jam 11 pagi. Mee tidak berpuas hati
dan ingin mendakwa Zul kerana mengingkari kontrak.
Nasihatkan pihak-pihak telibat.
8

Sekian

Anda mungkin juga menyukai