Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan-kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum - Karangan Jenis Fakta

Contoh 1

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis
kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan
beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar
digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum.

Ada banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum.Salah satu faedah


kegiatan kokurikulum ialah kita dapat memenuhkan masa lapang. Orang yang
memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah tidak terlibat dengan gejala sosial.
Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif
dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu masa lapang
mereka terisi sepenuhnya.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin.
Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi,
setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang
jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Begitu juga dengan jawatan-
jawatan lain.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat


membentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar
yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani
latihan sukan,, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan ketinggalan dan
rugi.

Badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita
boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar.
Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan.
Dengan latihan itu kita akan menjadi cergas. Badan akan mengeluarkan peluh. Kita
akan menjadi sihat dan kuat. Kita juga tidak akan mudah sakit.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap


persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum.
Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang
dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-
tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Anda mungkin juga menyukai