Anda di halaman 1dari 12

PANDUAN PELAKSANAAN

PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2017

1. Pendahuluan

Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun


2017 adalah suatu program yang perlu dilaksanakan oleh sekolah-sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan aktiviti dakwah dapat dilaksanakan
dengan lebih bersepadu dan berkesan

2. Matlamat

Menyemarakkan usaha dakwah di peringkat sekolah menggunakan kaedah dan


pendekatan yang bersesuaian agar penghayatan aktiviti dakwah dan syiar Islam dapat
diaplikasikan di dalam diri setiap warga pelajar dan pendidik di sekolah-sekolah KPM.

3. Objektif

3.1 Berusaha secara bersama dalam menangani permasalahan ummah yang


membarah di dalam masyarakat.

3.2 Menggerakkan usaha dakwah secara bersepadu agar lebih berkesan dan
menyeluruh di dalam segenap lapisan masyarakat dan diri individu.

3.3 Mengaplikasikan usaha-usaha amar makruf dan nahi mungkar melalui


pendekatan yang lebih terkini dan sesuai.

3.4 Memberikan kesedaran kepada umum bahawa setiap orang adalah


bertanggungjawab dalam tugasan dakwah.

4. Tempoh Pelaksanaan

Melibatkan sama ada sebulan penuh atau hari-hari pilihan yang dirasakan bersesuaian
untuk melaksanakan sekurang-kurangnya EMPAT aktiviti Program Bulan Dakwah
bermula di antara bulan Mei hingga Ogos 2017.

2
5. Tempat

Dilaksanakan di dalam premis sekolah masing-masing.

6. Sasaran

Sekolah-sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia


dengan melibatkan:

6.1 Murid-murid

6.2 Guru-guru

6.3 Kakitangan sekolah

7. Strategi Pengurusan

7.1 Peringkat BPI:

7.1.1 Menyediakan garis panduan, modul, tajuk dan cadangan pelaksanaan


aktiviti yang bersesuaian serta disebarkan melalui laman web.

7.1.2 Memaklumkan pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah


KPM melalui surat makluman yang dikeluarkan kepada setiap JPN
untuk disebarluaskan pelaksanaannya di peringkat sekolah.

7.1.3 Melakukan pemantauan secara berkala di sekolah-sekolah KPM.

7.2 Peringkat JPN/PPD:

7.2.1 Pihak JPN menghebahkan pelaksanaan program di setiap PPD


manakala PPD pula menghebahkannya kepada pihak sekolah melalui
surat-surat makluman yang dikeluarkan.

7.2.2 Pihak PPD menghantar laporan dan rumusan pelaksanaan seperti di


lampiran A2 dan dipanjangkan ke Sektor Pendidikan Islam JPN pada
atau sebelum 31 Oktober 2017 dan Bahagian Pendidikan Islam KPM
pada atau sebelum 20 November 2017.

7.3 Peringkat sekolah:

7.3.1 Menyediakan kertas kerja Program Bulan Dakwah di peringkat sekolah.

7.3.2 Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah.

3
7.3.3 Jawatankuasa Pelaksana di peringkat sekolah adalah bagi
melaksanakan perkara-perkara berikut:

i. Memasukkan aktiviti Program Bulan Dakwah di dalam takwim


sekolah.

ii. Menyelaras jadual dan agihan tugasan guru.

iii. Memastikan penglibatan guru dan murid secara menyeluruh.

iv. Mengenalpasti SEKURANG-KURANGNYA EMPAT AKTIVITI


yang akan dilaksanakan mengikut kepada kesesuaian masa dan
kewangan sekolah.

8. Strategi Pelaksanaan (Peringkat Sekolah)

8.1 Merangka pelaksanaan Majlis Pelancaran Program Bulan Dakwah Sekolah-


sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

8.2 Merangka program-program yang diatur sepanjang Bulan Dakwah.

8.3 Mengadakan Mesyuarat Post Mortem kekuatan dan kelemahan serta cadangan
untuk memperbaiki kelemahan selepas tamat Program Bulan Dakwah.

8.4 Menghantar laporan pelaksanaan dengan mengisi borang seperti di lampiran A1


ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing. Rumusan
laporan pelaksanaan tersebut seperti di lampiran A2 dipanjangkan ke Sektor
Pendidikan Islam JPN dan Bahagian Pendidikan Islam KPM.

9. Cadangan Aktiviti

Berikut adalah cadangan pengisian aktiviti untuk Program Bulan Dakwah peringkat
sekolah. Sila semak Lampiran B untuk panduan pelaksanaan.

9.1 Who Want To Be An Ulama


9.2 Hujjatul Islam Junior
9.3 Kalam Daie Junior
9.4 Spell It Right In Arabic
9.5 Ibadah Survival
9.6 Frekuensi Iman
9.7 Indahnya Hidup Sebagai Muslim
9.8 Kuliah Tiga Minit (Kultim)

4
9.9 Kempen Jom Hafaz al-Sajdah: 1 Hari 1 Ayat
9.10 Kempen Tak Nak Ikhtilat
9.11 Lain-lain tajuk yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

10. Carta Perbatuan Program

(Rujuk Lampiran C)

IMPLIKASI

11. Implikasi Kewangan

Pelaksanaan Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan


Malaysia tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan di peringkat BPI, JPN dan PPD
disebabkan ianya dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan keadaan kewangan
pihak sekolah.

KESIMPULAN

12. Program Bulan Dakwah Sekolah-sekolah KPM perlu dilaksanakan dan dirangka sebaik
mungkin bagi memastikan penerapan nilai-nilai Islam yang sebenar yang berkaitan
dengan akhlak mulia, kemahiran berunsur Islami dan kehidupan berlandaskan ajaran
Islam dapat diterapkan dan diserapkan dalam kalangan para pelajar, warga pendidik
dan kakitangan sekolah KPM.

Pengabaikan terhadap program seperti ini dikhuatiri mendorong masyarakat pelajar


khususnya untuk condong kepada gejala-gejala yang negatif serta jahil dalam menilai
suatu cara kehidupan yang berlandaskan kepada syarak.

Disediakan oleh:

Unit Dakwah
Sektor Dakwah dan Kepimpinan
BPI, KPM

Tarikh : 30 Mac 2017

5
Lampiran A1
LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN ………….

Nama Sekolah : ____________________________________


Alamat Sekolah : ____________________________________
____________________________________
No. Tel. : ____________________________________

Nama Ketua Panitia Pendidikan Islam : ____________________________________


No. Tel. Bimbit : ____________________________________

Tidak
Bil Aktiviti Dilaksana
Dilaksana

1 Who Want To Be An Ulama


2 Hujjatul Islam Junior
3 Kalam Daie Junior
4 Spell It Right In Arabic
5 Ibadah Survival
6 Frekuensi Iman
7 Indahnya Hidup Sebagai Muslim
8 Kuliah Tiga Minit (Kultim)
9 Kempen Jom Hafaz al-Sajdah: 1 Hari 1 Ayat
10 Kempen Tak Nak Ikhtilat
Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh
11
sekolah

Kekuatan :…………………………………………………
Kelemahan : …………………………………………………
Cadangan Penambahbaikan: …………………………………………………

Disediakan Oleh Disahkan Oleh

………………..……… ………………..………
( ) ( )

0
Lampiran A2

LAPORAN PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN ………..

PPD / JPN : ____________________________________

Penyelia UPI / Pegawai SPI : ____________________________________

No Tel Bimbit : ____________________________________

Bilangan Sekolah yang


Bil Aktiviti
Melaksanakan

1 Who Want To Be An Ulama


2 Hujjatul Islam Junior
3 Kalam Daie Junior
4 Spell It Right In Arabic
5 Ibadah Survival
6 Frekuensi Iman
7 Indahnya Hidup Sebagai Muslim
8 Kuliah Tiga Minit (Kultim)
9 Kempen Jom Hafaz al-Sajdah: 1 Hari 1 Ayat
10 Kempen Tak Nak Ikhtilat
Lain-lain aktiviti dakwah yang difikirkan sesuai oleh
11
sekolah

Kekuatan :…………………………………………………

Kelemahan : …………………………………………………

Cadangan Penambahbaikan: …………………………………………………

* Penghantaran analisa laporan melalui PPD dan JPN seterusnya dipanjangkan kepada En. Nooraziz bin
Mudakir ( nooraziz@moe.gov.my ) pada atau sebelum 20 November 2017.

1
Lampiran B

TAJUK-TAJUK

PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Berikut adalah tajuk-tajuk dan pengisian cadangan Program Bulan Dakwah di peringkat sekolah-sekolah
KPM bagi tahun 2017.

1. Tajuk : WHO WANT TO BE AN ULAMA


Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat:
1. Meningkatkan penguasaan ilmu di dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
2. Memahami nilai kerjasama bersama ahli kumpulan.
Cadangan Aktiviti:
1. Pelaksanaan kuiz berdasarkan mata pelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
2. Pelajar dipilih melalui prestasi pelajaran masing-masing.
3. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mengandungi
seramai 3 hingga 5 orang peserta.
4. Peserta menjawab tanpa bantuan dan dengan bantuan ahli kumpulan mengikut
kepada peringkat soalan.

2. Tajuk : HUJJATUL ISLAM JUNIOR


Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat:
1. Mengetahui konsep debat yang disarankan di dalam Islam seperti yang termaktub di
dalam surah al-Nahl ayat 125 (‫)وجادلهم بالتي هي أحسن‬
2. Mengetahui tatacara debat yang sebenar berpandukan kepada nas dan dalil yang
bersumberkan al-Quran, al-Sunnah dan sumber-sumber Islam yang lain.
Cadangan aktiviti :
1. Memilih beberapa orang pelajar yang dikenalpasti sebagai ‘petah dan mahir berkata-
kata’, atau
2. Membuka peluang kepada semua pelajar yang berminat untuk terlibat sama dalam
aktiviti debat individu/berkumpulan.
3. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan pro dan kumpulan kontra.
4. Guru pembimbing menjadi mentor bagi membantu peserta mencari isi dan melatih
kaedah berdebat.
5. Pertandingan debat diadakan berdasarkan beberapa tajuk pilihan yang telah
ditentukan. Tajuk mestilah seimbang di antara pihak pro dan kontra.
6. Setiap pendebat diberi masa sekitar 5 minit untuk menyelesaikan hujahnya.

2
7. Debat mestilah berlandaskan kepada pegangan nas al-Quran, Hadith, ijmak ulama’
dan qias.

3. Tajuk : KALAM DAIE JUNIOR


Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat:
1. Menyelami kaedah berpidato mengikut tatacara Islam.
2. Memahami penggunaan sumber utama Islam khususnya al-Quran dan al-Sunnah
untuk diselitkan di dalam pertuturan.
3. Mamahami ilmu Islam dengan lebih mendalam.
4. Berasa yakin dan mampu untuk berkata-kata di hadapan khalayak ramai.
Cadangan aktiviti :
1. Memilih beberapa orang pelajar yang dikenalpasti sebagai ‘petah dan mahir berkata-
kata’, atau
2. Membuka peluang kepada semua pelajar yang berminat untuk terlibat sama dalam
aktiviti berbentuk pidato/ceramah.
3. Memberikan tajuk yang sesuai untuk dihadamkan oleh peserta.
4. Guru pembimbing menjadi mentor bagi membantu peserta mencari isi dan melatih
gaya/persembahan.

4. Tajuk : SPELL IT RIGHT IN ARABIC


Objektif : Di akhir program, peserta diharapkan akan dapat:
1. Memahami mengenai ejaan-ejaan kalimat di dalam Bahasa Arab.
2. Menghayati kepentingan Bahasa Arab sebagai bahasa syurga.
Cadangan aktiviti :
1. Mengedarkan kalimat-kalimat Bahasa Arab menggunakan silibus semasa yang sedia
ada kepada murid.
2. Melakukan ujian saringan bagi mencari peserta yang layak ke peringkat akhir.
3. Dalam pertandingan akhir, peserta diuji dengan kalimat-kalimat bahasa Arab yang
lebih mencabar berbanding peringkat saringan.

5. Tajuk : IBADAH SURVIVAL


Objektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat:
1. Melaksanakan ibadat solat dan ibadat-ibadat lain dengan menggunakan kemudahan
dan tempat yang terbatas.
2. Melaksanakan ibadat solat dan ibadat-ibadat lain ketika sakit dan lemah.
3. Merasa yakin dalam melaksanakan ibadat walau dalam apa jua situasi dan keadaan.
Cadangan aktiviti :
1. Terdiri daripada 2 modul:
3
a) Modul pertama ialah ibadah survival yang menekankan tentang ibadah yang
dilaksanakan di tempat yang terbatas dan dengan kemudahan yang terhad.
Contohnya seperti solat dalam keadaan baju berlumuran tanah, bersolat tanpa
telekung, bersolat di atas tanah dan berwuduk menggunakan setengah botol air
500ml.
b) Modul kedua ialah ibadah ketika sakit, iaitu menerangkan tentang kaedah-kaedah
bersuci seperti ketika sakit iaitu berwuduk, bertayamum, mandi hadath, bersolat
dalam keadaan berdiri, duduk dan baring dan sebagainya.
2. Penceramah/ guru menerangkan tentang kaedah-kaedah ibadah survival.
3. Murid melakukan praktikal ibadah survival.

6. Tajuk : FREKUENSI IMAN


Objektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat:
1. Mengenali ciri-ciri radikalisme dan pendekatan yang dilakukan untuk mempengaruhi
masyarakat.
2. Memahami konsep jihad yang sebenar.
3. Membenteng diri dari terlibat dengan pengaruh Radikalisme.
Cadangan aktiviti :
1. Slot pendedahan Radikalisme.
2. Tayangan slide / multimedia.
3. Pertandingan merekacipta infografik poster anti Radikalisme dll.

7. Tajuk : INDAHNYA HIDUP SEBAGAI MUSLIM


Objektif : Di akhir program peserta akan dapat:
1. Menimbulkan kesedaran mengenai tanggungjawab hidup sebagai seorang muslim.
2. Menghayati kaedah dan tatacara hidup sebagai seorang muslim.
Cadangan aktiviti :
1. Penerangan serta pendedahan mengenai tanggungjawab kehidupan sebagai seorang
muslim.
2. Ulasan dan kupasan berkenaan buku yang berkaitan dengan kehidupan sebagai
seorang muslim (bedah buku).

8. Tajuk : Kuliah Tiga Minit (Kultim)


Objektif : Di akhir program, peserta akan dapat:
1. Mendengar dan mencatat ilmu serta perkongsian yang diperolehi dari kuliah tiga minit
tersebut.

4
2. Menyedari akan pentingnya tuntutan mencari ilmu pengetahuan dan ianya mampu
dilakukan walaupun dalam tempoh yang singkat.
3. Meningkatkan motivasi dan menambah ilmu dengan masa dan situasi yang terbatas.
Cadangan aktiviti :
1. Taklimat kaedah pelaksanaan kuliah tiga minit kepada guru dan murid.
2. Melaksanakan bacaan teks kuliah berdurasi tiga minit (tanpa ulasan) mengikut jadual
penyampai kuliah yang ditetapkan.
3. Pengisian tiga minit untuk mendengar ilmu dan kata-kata motivasi sebelum memulakan
mesyuarat, ketika perhimpunan pagi dan sebelum memulakan apa-apa aktiviti.

9. Tajuk : Kempen Jom Hafaz al-Sajdah: 1 Hari 1 Ayat


Objektif : Di akhir kempen, peserta akan dapat:
1. Menghafal keseluruhan surah al-Sajdah.
2. Mengamalkan pembacaan ayat-ayat al-Sajdah walaupun dalam keadaan ketiadaan al-
Quran untuk dibaca.
Cadangan aktiviti :
1. Guru memberi taklimat mengenai tatacara menghafal al-Quran.
2. Setiap hari selama sekitar 15 minit, murid dikehendaki menghafal 1 ayat selama 30
hari.
3. Pada hari cuti, murid diberi tanggungjawab untuk menghafal 1 ayat setiap hari di
rumah.
4. Pada hari ke 31, murid dan guru membaca ayat hafazan bersama-sama di
perhimpunan.

10. Tajuk : Kempen Tak Nak Ikhtilat


Objektif : Di akhir program, peserta akan dapat:
1. Memahami tentang bahawa ikhtilat.
2. Menghindari diri daripada berlaku ikhtilat.
3. Menjaga aurat dan pergaulan dengan jantina yang berlainan.
Cadangan aktiviti :
1. Ceramah mengenai keburukan dan kesan-kesan negatif ikhtilat seperti percampuran
berlainan jantina, bersentuhan sesama lelaki dan wanita dan sebagainya.
2. Memilih satu hari sebagai hari menutup aurat.

5
Lampiran C

Carta Perbatuan
PROGRAM BULAN DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2017

Bil. Aktiviti April Mei Ogos Sept Okt Nov Dis

Edaran Surat
1. 30 April
Makluman

Pelaksanaan
2. Program Bulan 1 Mei - 31 Ogos
Dakwah di sekolah

Penghantaran
1 - 30
3. Pelaporan ke UPI, Sept
PPD

Penghantaran
1 - 31
4. Pelaporan ke SPI, Okt
JPN

Penghantaran
1 - 20
5. Pelaporan ke BPI, Nov
KPM

Pembentangan
6. 1 Dis
Pelaporan

* Penghantaran analisa laporan melalui PPD dan JPN seterusnya dipanjangkan kepada En. Nooraziz bin Mudakir (
nooraziz@moe.gov.my ) pada atau sebelum 20 November 2017.

Anda mungkin juga menyukai