Anda di halaman 1dari 3

Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
“Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apalagi yang wajar
dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa
orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang
pertanian.”
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam
secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh
dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama
Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatanya RAJA. Hakim membuat keputusan memasuki bidang
penternakan bersandarkan beberapa faktor. Dia selalu sangat mendengar para menteri dan pakar
ekonomi berkata, “Pada masa sekarang ini kerajaan sangat mementingkan aktiviti pengeluaran
makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak makanan.”
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar bahan
makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu ekar tanah
yang terbiar kosong dan tidak produktif. Mengapakah kita bergantung pada beras, ikan, daging, ayam
dan sayur-sayuran import?
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah yang dilakukan oleh Hakim sebelum memulakan projek penternakan ayam?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar dalam
melaksanakan projek penternakan seperti Hakim?
[3 markah]

(iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satupersoalan lain daripada cerpen
tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Skema Jawapan
(i) Sebelum memulakan projek penternakan, Hakim
-mendapatkan nasihat dan berbincang dengan beberapa orang
-berbincang dengan agensi kerajaan yag bertanggungjawab untuk memajukan bidang pertanian
(ii) Kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar
-mempunyai modal yang lebih besar untuk membina syarikat
-memiliki imej dan nama yang tersendiri
-dapat memperbesar dan membuka banyak cawangan

(iii) Persoalan dalam petikan


-Kepentingan mendapatkan nasihat perniagaan
B- Hakim mendapatkan nasihat daripada agensi kerajaan untuk memajukan bidang pertanian
Persoalan dalam keseluruhan cerpen
-keberanian mempertahankan hak pusaka
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak Kaduk sehingga berjaya mendapatkan
tanah itu semula
-ketabahan menghadapi masalah dalam perniagaan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk memperbesar perniagaannya
Contoh 2
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif, apabila raja meminta bertukar
ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduh sebagai penderhaka dan
mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada
raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti atau sebarang tandatangan atau MoU yang
mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si Kunani menang dalam persabungan, bererti Pak
Kaduklah yang memang dan berhak menerima apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian
persabungan mengikut terma dan syarat yang diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah
yang dituntut oleh anak guam saya.”
Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini. Tidak payah aku ceritakan butiran hujah dan
beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar pengadilan. Yang pentingnya, tanah
empat ekar di hujung kampung dan di tepi belukar itu kini sah menjadi milik Hakim bin Hassan bin Kaduk.
Alhamdulillah.
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Apakah yang bakal berlaku sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh generasi akan datang untuk
memelihara tanah pusaka?
[3 markah]
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dansatu nilai kemanusiaan lain
daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
Skema Jawapan
(i) Sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja
-dia akan dituduh sebagai penderhaka
-kepalanya akan dipancung

(ii) Usaha untuk memelihara tanah pusaka


-mempunyai sijil pemilikan tanah yang sah dan menjaganya dengan baik
-mengusahakan tanaman atau ternakan di atas tanah pusaka
-membina rumah di atas tanah pusaka demi keselesaan keluarga

(iii) Nilai kemanusiaan dalam petikan


-Ketaatan
B- Azam yang menjadi peguam kepada pihak Pak Kaduk berkata bahawa Pak Kaduk tidak berani
membantah perintah raja kerana dia akan dituduh penderhaka dan kepalanya akan dipancung
Nilai kemanusiaan dalam keseluruhan cerpen
-keberanian
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak Kaduk sehingga berjaya mendapatkan
tanah itu semula
-ketabahan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk memperbesar perniagaannya

Anda mungkin juga menyukai