Anda di halaman 1dari 5

Maklumat Umum Program Doktor Pendidikan (Pendidikan Tinggi)

Dr. Azlina Abdul Aziz


Penyelaras Program Doktor Pendidikan (Pendidikan Tinggi)
03 89217685
azlina1@ukm.edu.my

Pengenalan
Program Doktor Pendidikan dalam bidang Pendidikan Tinggi ini adalah satu program yang
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran staf di Institusi Pendidikan Tinggi
(IPT) bagi menambahbaikan IPT di Malaysia supaya lebih kompetitif dan bertaraf
antarabangsa. Program ini sesuai untuk ahli akademik dan pengurusan akademik yang
mempunyai pengalaman bekerja di Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia seperti di
Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti/Institut
Latihan Kemahiran Awam atau industri yang berkaitan. Ia juga sesuai untuk pendidik yang
mempunyai aspirasi untuk menerajui dan berkhidmat dalam bidang Pendidikan Tinggi.
Program ini dijalankan dalam bentuk mod campuran iaitu kerja kursus dan disertasi. Jumlah
jam kredit yang ditawarkan adalah 80 kredit. Calon yang mengikuti program ini perlu
melengkapkan 40 kredit kerja kursus dan 40 kredit bagi disertasi.

Kursus-kursus dan penyelidikan yang perlu diikuti dikategorikan mengikut enam (6) blok
seperti berikut:

Blok Nama Kredit


Blok 1 Pendidikan Tinggi Asas 4

Blok 2 Pendidikan Tinggi Lanjutan 4

Blok 3 Pendidikan Tinggi Profesionalisme 4

Blok 4 Pemantapan Pendidikan Tinggi 22

Blok 5 Kajian Tindakan 6

Blok 6 Disertasi 40

Objektif Program
Objektif program adalah untuk menghasilkan:

1. Ahli akademik dan pengurusan akademik yang berketerampilan dalam meningkatkan


kecemerlangan pendidikan tinggi bertaraf dunia.

2. Ahli akademik dan pengurus akademik yang dapat memberi khidmat kemasyarakatan
kepada masyarakat dengan penuh tanggungjawab.
3. Ahli akademik dan pengurus akademik yang menjadi pakar rujuk dalam kerjaya masing-
masing serta menyumbang kepada pembuat polisi Negara.

4. Malim sarjana yang cemerlang dalam bidang pendidikan dan penyelidikan peringkat
pendidikan tinggi.

5. Ahli akademik dan pengurus akademik yang berdaya saing bagi merealisasikan wawasan
dan misi institusi.

Hasilan Pembelajaran Program Doktor Pendidikan (Pendidikan Tinggi)


Hasilan program Doktor Pendidikan (Pendidikan Tinggi) ialah seperti berikut:

HP1: Memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada ilmu sedia ada,
aplikasi dan interpretasi yang boleh memajukan ilmu, masyarakat dan budaya dalam
bidang pendidikan tinggi.
HP2: Berkomunikasi dan memberikan pandangan yang komprehensif, kritikal terhadap
tinjauan literatur dan sintesis terhadap eksperimen, kerja-kerja kreatif serta
menyumbang idea baru berkaitan teori dan amalan profesional secara sistematik dalam
bidang pendidikan tinggi.
HP3: Menghasilkan penulisan ilmiah yang dinilai dengan standard antarabangsa
yang berasaskan penglebaran sempadan dan pendalaman ilmu dalam bidang
pendidikan tinggi.
HP4: Menghasilkan konsep, reka bentuk dan perlaksanaan projek untuk menjana ilmu atau
kefahaman baru yang bermakna dalam bidang pendidikan tinggi.
HP5: Melakukan sintesis dan inovasi dalam menyelesaikan masalah dan isu-isu berkaitan
bidang pendidikan tinggi melalui penyelidikan.
HP6: Mempamerkan disiplin, nilai-nilai murni universal dan etika dalam proses
menyempurnakan pengajian doktor pendidikan tinggi.

Keterangan bagi setiap Blok adalah seperti berikut:

Nama Blok Keterangan


Blok 1 Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan
Pendidikan Tinggi Asas kemahiran asas dalam pengajaran dan pembelajaran serta
memupuk sikap yang diperlukan dalam kerjaya sebagai ahli
akademik yang cemerlang, berketrampilan dan profesional.
Pelajar akan didedahkan untuk menjalankan penyelidikan
dan penerbitan.
Blok 2 Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kompetensi
Pendidikan Tinggi Lanjutan pelajar dalam pengajaran & pembelajaran yang berkesan
dan melalui penyelidikan, penerbitan dalam pembentukan
kepimpinan akademik dan kesarjanaan dalam bidang
pendidikan tinggi.
Blok 3 Kursus ini bertujuan melatih pelajar menjadi seorang
Pendidikan Tinggi Profesionalisme pemimpin akademik, ahli sarjana yang boleh dijadikan
sebagai pakar rujuk, menjadi tokoh penyelidik, menerbit
dan mewasit, melakukan perancangan strategik dalam
bidang pendidikan tinggi.
Blok 4 Kursus ini bertujuan untuk memantapkan profesionalisme
Pemantapan Pendidikan Tinggi pengurus dan ahli akademik, daripada segi kepimpinan,
pengajaran dan pembelajaran serta isu-isu semasa
pendidikan tinggi. Ia juga akan memberi penekanan kepada
penyelidikan dan penerbitan.
Blok 5 Dalam kursus ini pelajar menjalankan penyelidikan
Kajian Tindakan tindakan dalam konteks pembangunan kurikulum,
pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran dan pengurusan
akademik di peringkat pengajian tinggi. Penyelia akan
dilantik bagi menyelia pelajar berdasarkan kesesuaian tajuk
kajian. Kajian Tindakan ini mengambil masa dua (2)
semester. Di akhir dua semester, pelajar akan
membentangkan kajian dan menyediakan manuskrip untuk
penerbitan didalam bentuk prosiding/bab dalam
buku/artikel jurnal.
Blok 6 Dalam blok ini pelajar akan menjalankan penyelidikan
Penyelidikan Kedoktoran dalam bidang pendidikan tinggi di bawah bimbingan
penyelia. Pelajar mempunyai pilihan samada menghasilkan
disertasi standard (60 000 – 80 000 patah perkataan)
ataupun disertasi berbentuk kompilasi 3 jurnal. Hasil
penyelidikan disertasi standard perlu diterbitkan dalam 2
Jurnal Berindeks (SCOPUS/ISI/ERA yang diiktiraf oleh
Fakulti Pendidikan) dan 1 pasca-sidang di peringkat
Antarabangsa atau Kebangsaan. Manakala disertasi
integrasi jurnal perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya
integrasi 3 makalah jurnal berimpak tinggi. Pemilihan
penerbitan jurnal akan ditentukan oleh Jawatankuasa
Pengajian Siswazah, Fakulti Pendidikan.

Perincian kepada senarai kursus dan jumlah jam krediti mengikut blok adalah seperti berikut:

Blok Kod Nama Kursus Kredit


Kursus
Blok 1 GGGW8111 Kefahaman Pendidikan Tinggi 1
Pendidikan GGGW8121 Hala Tuju Kerjaya Ahli Akademik 1
Tinggi Asas GGGW8131 Pengajaran dan Pembelajaran 1 1
GGGW8141 Asas Penyelidikan dan Penerbitan 1
Blok 2 GGGW8211 Asas Penyelidikan dan Penerbitan Pendidikan 1
Pendidikan Tinggi
Tinggi GGGW8221 Pengajaran dan Pembelajaran 2 1
Lanjutan GGGW8231 Pengurusan Kewangan Dan Perundingan 1
GGGW8241 Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan 1
Tinggi
Blok 3 GGGW8311 Kepimpinan Akademik 1
Pendidikan GGGW8321 Penilaian dan Akreditasi Program 1
Tinggi GGGW8331 Ketokohan Penyelidik 1
Profesionalisme
GGGW8341 Pengurusan Hasil Penyelidikan 1
Blok 4 GGGW8411 Analisis Data Penyelidikan Kualitatif 1
Pemantapan GGGW8421 Asas Audit Dalaman 1
Pendidikan GGGW8431 Pemantapan Penyelidikan & Penerbitan 1
Tinggi
GGGW8441 Kaedah Penyelidikan Kuantitatif 1
GGGW8451 Pengenalan Kajian Tindakan 1
GGGW8462 Kaunseling 2
GGGW8472 Kelestarian Pembelajaran Berkualiti di IPT 2
GGGW8481 Model Pengukuran 1
GGGW8491 Pemantapan Audit Dalaman 1
GGGW84a1 Pemodelan Persamaan Berstruktur 1
GGGW84b1 Pengajaran & Pembelajaran Secara Online 1
GGGW84c1 Penghayatan Sistem Pengurusan Kualiti Mengikut 1
Standard MS ISO 9001:2008
GGGW84d1 Pengurusan Stres 1
GGGW84e1 Penulisan Makalah Jurnal Berimpak & Berindeks 1
GGGW84f1 Penyediaan Soalan 1
GGGW84g1 Pembangunan e-Kandungan 1
GGGW84h1 Strategi Mentoran Berkesan 1
GGGW84i1 Teknik Menjawab NCR 1
GGGW84j2 Pengajaran & Pembelajaran Efektif di IPT 2
Blok 5 GGGW8516 Kajian Tindakan 6
Kajian
Tindakan
Blok 6 GGGW8648 Penyelidikan Kedoktoran 40
Penyelidikan
Kedoktoran

Isu kajian bagi Program Doktor Pendidikan (Pendidikan Tinggi)


Program DPT adalah program yang memberi penekanan kepada program pendidikan tinggi
atau praktis dengan mengaitkan teori kepada praktis professional. Oleh yang demikian hasil
kajian dalam Blok 5 (Kajian Tindakan) dan 6 (Disertasi) DPT seharusnya berpotensi
memberikan sumbangan sama ada berbentuk adaptasi daripada ilmu sedia ada, aplikasi dan
interpretasi yang boleh memajukan ilmu, masyarakat dan budaya dalam bidang pendidikan
tinggi. Kajian boleh memberi tumpuan kepada masalah pendidikan tinggi semasa, praktis atau
polisi semasa atau reformasi pendidikan tinggi yang sedang dilaksanakan dengan
menghasilkan konsep, reka bentuk dan pelaksanaan projek untuk menjana ilmu atau kefahaman
baru yang bermakna dalam bidang pendidikan tinggi. Penulisan ilmiah yang dihasilkan dinilai
dengan standard antarabangsa yang berasaskan penglebaran sempadan dan pendalaman ilmu
dalam bidang pendidikan tinggi.

Penulisan Disertasi
Pelajar Ed.D dibenarkan untuk memilih satu dari dua bentuk penulisan disertasi iaitu:
i) Tesis / Disertasi Standard
•Disertasi mengikut struktur dan format lazim dan perlu memenuhi keperluan penerbitan
• Penulisan di antara 60 000 – 80 000 patah perkataan
ATAU
ii) Kompilasi sekurang-kurangnya TIGA (3) MAKALAH jurnal yang berimpak tinggi
/tersohor berdasarkan kajian. Kandungan tesis/ disertasi kompilasi adalah merangkumi:
a. Bab Pengenalan
– Bab ini memberi pengenalan kepada isu yang dikaji dan menerangkan perkaitan di antara
makalah yang telah diterbitkan bagi memastikan tesis/ disertasi dipersembahkan dalam bentuk
yang bersepadu. Bab ini perlu ditulis mengikut format penulisan tesis/ disertasi Gaya UKM.
b. Bab Bahan Penerbitan
– Setiap makalah yang telah diterbitkan perlu dipersembahkan sebagai bab berasingan di dalam
tesis/ disertasi. Abstrak makalah dan maklumat jurnal penerbitan perlu disertakan bagi tesis/
disertasi yang ditulis dalam bahasa yang selain dari bahasa penulisan tesis/ disertasi.
c. Bab Kesimpulan
– Bab ini mensintesis dapatan kajian dan memberi kesimpulan menyeluruh tentang
penyelidikan yang telah dijalankan. Bab ini perlu disediakan mengikut format penulisan tesis/
disertasi Gaya UKM

Syarat Penerbitan untuk graduasi


Syarat Penulisan:
• Syarat penulisan bagi disertasi konvensional ialah:
– 2 (Dua) Jurnal Berindeks (SCOPUS/ISI/ERA yang diiktiraf oleh Fakulti Pendidikan)
dan 1 (Satu) pasca-sidang di peringkat Antarabangsa atau Kebangsaan
– Telah diterima untuk penerbitan
– Semua penerbitan wajib ditulis bersama penyelia
• Syarat penulisan bagi disertasi secara kompilasi:
– 3 (Tiga) artikel dalam jurnal berimpak tinggi
– Telah diterima untuk penerbitan
– Semua penerbitan wajib ditulis bersama penyelia

Proses Kerja Penyerahan Penerbitan Bagi Tujuan Pengijazahan

Proses Kerja Tindakan


1 Pelajar mengambil borang Pengesahan Penerbitan di kaunter Fakulti Pelajar
2 Pelajar berjumpa dengan Penyelia bagi pendaftaran penerbitan di e-Rep Penyelia &
penyelia untuk pengesahan PTSL Pelajar
*bawa softcopy penerbitan
3 Cetak Laporan Pengesahan PTSL Pelajar
4 Penyelia tandatangan Borang Penyerahan Penerbitan Penyelia
5 Pelajar menyerahkan Borang Penyerahan Penerbitan dan Laporan Pelajar
Pengesahan PTSL kepada urus setia Siswazah

Anda mungkin juga menyukai