Anda di halaman 1dari 1

Tulis sebuah karangan yang bertajuk, “ Ibu Saya ”.

Ibu merupakan orang yang melahirkan kita serta memelihara kita sejak
kecil. Tanpa ibu, kita tidak mungkin lahir ke dunia ini. Oleh itu, kita mestilah
menghormati dan mendengar cakap ibu. Janganlah kita menyakiti hati ibu.
Nama ibu saya ialah Jolin. Beliau berusia 55 tahun. Ibu saya seorang
suri rumah tangga yang rajin dalam melakukan tugas-tugas seharian. Ibu
sentiasa sibuk menguruskan rumah dan keperluan kami sekeluarga seperti
mengemas rumah, mencuci pakaian, memasak dan sebagainya.
Ibu saya juga seorang yang penyayang. Beliau sentiasa mengambil
berat tentang keluarga , terutamanya pelajaran saya, abang dan adik. Ibu
jarang marah-marah malahan sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi
apa jua masalah. Sekiranya saya melakukan apa -apa kesalahan, ibu akan
menegur dan menasihati saya dengan baik. Beliau selalu menasihatkan saya
agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna.
Saya amat menyayanginya. Saya berasa amat beruntung mendapat
seorang ibu yang baik. Saya berjanji akan membalas jasa ibu saya pada suatu
hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai