Anda di halaman 1dari 4

Stadium Nasional Bukit Jalil ialah pusat sukan dan bangunan sukan paling terkenal di Kompleks

Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara
stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi
keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,200 penonton.Memenangi
anugerah stadium terbaik di dunia pada tahun 2018 selepas diubah suai untuk menganjurkan sukan
sea 2017.

Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai acara dan juga sebagai tempat acara olahraga. Ia telah
direka bentuk mengikut piawaian Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik dan mempunyai kemudahan
padang dan trek. Stadium ini dibina khas untuk menganjurkan Sukan Komenwel 1998 di mana
Malaysia menjadi tuan rumah sukan pasa tahun tersebut. Trek sintetik 9 lorong berukuran 400
meter, lari jauh berhalangan dan lompat air, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat kijang, lompat
galah, lontar peluru, lontar tukul besi, lempar cakera dan merejam lembing.

Pembinaan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk
mangkuk pada Mac 1994. Lebih kurang satu pertiga daripada stadium terdapat di bawah paras dasar
di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja pembinaan bermula di bahagian superstruktur
konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit dibina sementara pada tapak itu bagi pembuatan
komponen pratuang.

100,000 tempat duduk dipasang pada 1997 dengan corak ketara yang dicipta menerusi penggunaan
warna yang berlainan, menyumbangkan kesan visual yang menarik apabila stadium tidak digunakan.

Stadium ini berbentuk elips dan bentuk mangkuknya yang klasik dihasilkan dan ditonjolkan oleh
pertindanan tiga barisan tempat duduk. Bumbung membran ini menutupi 38,000 meter persegi.

Stadium Nasional menggabungkan sistem bunyi yang dinamik untuk menyiarkan muzik dan pesanan.
Sistem lampu sorot yang telah dipraprogramkan menggunakan lampu halida logam untuk
menyumbangkan tahap pencahayaan sehingga 1500 lux yang sesuai untuk liputan TV.
Malaysia menjadi tuan rumah kali keenam tahun ini sejak pertama kali pada 1965. Sukan Asia
Tenggara (SouthEast Asian Games) atau kini digelar Sukan SEA akan membabitkan 11 negara
bertanding. Sempena berlangsungnya Sukan SEA 2017 bermula Sabtu ini (19 hingga 30 Ogos 2017)
kegigihan Malaysia memperindahkan Bandar Sukan Kuala Lumpur sejak tahun lalu kini sudah
nampak hasilnya.

Menariknya tahun ini, transformasi Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai venue utama
penganjuran diubah secara total merangkumi berbagai aspek terperinci termasuk ubah suai rekaan
luar stadium, warna kerusi, sistem pencahayaan, paparan skrin LED digital, pembesar suara, bilik VIP,
bilik persalinan, kemudahan lain seperti surau, eskalator, ruang pejalan kaki hingga ke stesen LRT
Bukit Jalil serta keseluruhan kawasan sekitar termasuk Pusat Akuatik dan Stadium Putra yang kini
digelar Axiata Arena.

Mari kita lihat pada pandangan mata kasar, perubahan SNBJ yang dahulu dan SNBJ sekarang. Sama-
sama kita mertabatkan stadium nasional dan pelihara harta benda awam dengan sebaiknya.

Apa yang kita ada sejak 19 tahun lalu tidaklah seteruk mana, segalanya masih dalam keadaan baik,
fasiliti untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) juga diutamakan. Pembinaan dan perubahan terkini boleh
dikatakan menjenamakan semula SNBJ sebagai markas sukan yang akan mengalami beberapa
perubahan selaras dengan permodenan masa sebagai hab kecergasan bagi warga tanah air.
SUNTIKAN TEKNOLOGI TERKINI

Sejak ia dibina, skor paparan digital pada satu sudut belum mampu mengangkat SNBJ sebagai
stadium berteknologi maju. Untuk mendapat talian telefon dan jaringan internet juga dikatakan
tidak stabil. Cukup bertuah jika para media mendapat sambungan wi-fi tersedia walaupun masih
mengah. Namun, hal itu bakal menjadi perkara masa lalu kerana SNBJ akan dipasang dengan kabel
fiber optik untuk menyediakan sambungan berkelajuan tinggi.

Penonton dalam stadium juga akan menikmati perkhidmatan wi-fi pra-bayar. Peningkatan lain
termasuk bumbung tengah stadium dipasang dan akan diwujudkan skrin LED kekal sebagai kamera
penyiaran berdefinisi tinggi untuk memenuhi keperluan penonton menonton secara lebih dekat
seperti dalam perlawanan bola sepak, pertandingan olahraga atau konsert. Ia bakal wujud ketika
fasa akhir SNBJ siap kelak.

KESELESAAN

Ruang pejalan kaki bermula daripada Stesen LRT Bukit Jalil terintegrasi dengan SNBJ melalui jalan
berbumbung. Bukan sekadar itu, ia menyambungkan pengguna ke arena berdekatan termasuk
surau, tandas, outlet makanan dan keperluan dan ditambah baik untuk pengguna kelainan upaya.

Anda mungkin juga menyukai