Anda di halaman 1dari 24

SMK PENGKALAN HULU

PERAK DARUL RIDZUAN

NAMA : WAN HALIMATON SAADIAH BT WAN KASIM


KELAS : TINGKATAN 3 DEKA
N. GURU : ENCIK MOHD SAID BIN SEBRAN
TAJUK : BOLA TAMPAR

PENGHARGAAN
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan
rahmat serta nikmat masa, tenaga yang dianugerahkan
kepada saya dapat saya menyiapkan folio ini dengan jayanya.
Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan folio ini
merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Encik Said
kerana memberikan bimbingn, dan tunjuk ajar kepada saya.
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang
folio ini disiapkan.
Jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan
yang banyak membantu dengan memberikan tunjuk ajar
kepada saya. Bantuan kalian mengenai folio ini amat saya
hargai.
Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang telah
memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan folio
ini. Sekian, terima kasih

ISI KANDUNGAN
BOLA TAMPAR :

KEMUDAHAN & PERALATAN BOLA


TAMPAR
POSISI PEMAIN BOLA TAMPAR
KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR
UNDANG-UNDANG & PERATURAN

Bola tampar
Kemudahan & peralatan bola
tampar
Bola tampar boleh dimainkan di luar atau di dalam dewan.
Semua ukuran peralatan yang digunakan dalam permainan ini
adalah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh
Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB).

A.Gelanggang 

 Permukaan gelanggang bola tampar perlu rata dan


diperbuat daripada simen @ sebarang permukaan
sinetik yang sesuai dan selamat. Gelanggang bola
tampar juga boleh dibuat atas padang rumput dan
permukaan tanah liat.

B. Tiang, Jaring dan Antena


 Tiang yang digunakanperlu berbentuk silinder.
Ketinggian tiang dan jaring adalah mengikut peringkat
umur dan jantina. Sepasang antena diletakkan di kedua-
dua hujung jaring serenjang dgn garisan tepi
gelanggang. Antena diwarnakan putih berbelang merah.

KATEGORI PERTANDINGAN KETINGGIAN


JARING
Lelaki bawah 18 tahun 2.43m
Perempuan bawah 18 tahun 2.24m
Lelaki bawah 15 tahun 2.25m
Perempuan bawah 15 tahun 2.10m

C. Bola
Bola tampar berbentuk sfera dan diperbuat drpd kulit @
bahan sintetik yang ringan dan lembut. Bahan ini penting
untuk menyerap hentakan pada tangan ketika bola disentuh.
Kesesuaian tekanan angain dapat ditentukan dgn
menjatuhkan bola dari ketinggian aras kepala. Bola tersebut
akan melantun semula pada ketinggian aras pinggang.

Posisi pemain bola tampar


Susunan posisi pemain bola tampar dlm gelanggang adalah
mengikut strategi sesebuah pasukan. Susun atur ini
menentukan giliran servis setiap pemain sepanjang
pemainan. Arah pergerakan giliran melakukan servis antara
pemain adalah mengikut arah jam. Ketika servis dilaksanakan,
setiap pemain perlu berada pada posisi giliran yang betul.
Pemain pada posisi 2, 3 dan 4 ialah pemain barisan hadapan,
manakala posisi 1, 5 dan 6 ialah pemain barisan belakang.

Kemahiran asas bola tampar


Setiap pemian perlu mempelajari dan menguasai beberapa
kemahiran asas dlm permainan bola tampar. Kemahiran-
kemahiran asas yang terdapat dlm permainan bola tampar
ialah menyangga, servis, mengumpan, merejam dan
mengadang.

A. Menyangga
Menyangga ialah kemahiran menerima dan menghantar
bola dgn kedua-dua belah tangan. Kemahiran ini
digunakan untuk menahan dan mengawal bola servis @
rejaman pihak lawan. Keupayaan mengawal dan
menghantar bola tepat kepada rakan dapat
menghasilkan tindak balas yang berkesan.

Fasa persediaan
 Buka kaki seluas bahu
 Kaki dominan di hadapan
 Fleksi lutut dan siku
 Kedua-dua tangan di hadapan badan
 Mata pandang pergerakan bola
Frasa pelaksanaan
 Terima bola di hadapan badan
 Genggam tangan dan luruskan siku
 Ekstensi siku dan lutut semasa kontak bola
 Kontak bola pada kawasan pergelangan tangan
 Mata pandang bola

Frasa ikut lajak


 Siku kekal lurus
 Mata pandang pergerakan bola dan sasaran

*Rapatkan tangan dan ekstensi siku ketika kontak bola. Jika


tidak, bola akan hilang kawalan dan melantun ke muka.
B. Servis
Permainan bola tampar dimulakan dgn servis dari kawasan
servis yang ditetapkan. Servis ialah kemahiran menghantar
bola melepasi jaring melalui dua antena ke gelenggang pihak
lawan. Kegagalan melakukan servis yang sempurna akan
mengakibatkan pasukan hilang servis dan pihak lawan
memperoleh mata. Antara kemahiran asas servis ialah servis
bawah tangan dan servis atas kepala atau gaya tenis.

!) Kemahiran servis bawah tangan


Frasa persediaan
 Buka kaki seluas bahu
 Kaki dominan di belakang
 Fleksi lutut
 Pegang bola dgn tangan bukan dominan pada paras
pinggang
 Pandang bola dan arah sasaran
 Genggam tangan memukul
Frasa pelaksanaan
 Ayun tangan memukul ke belakang. Berat badan pada
kaki belakang
 Lambung bola
 Ayun tangan memukul ke hadapan. Pindah berat badan
pada kaki hadapan
 Kontak bola pada paras pinggang
 Pukul bola dgn pangkal tapak tangan. Kunci pergelangan
tangan
Frasa ikut lajak
 Berat badan pada kaki hadapan
 Tangan ikut lajak
!!) Kemahiran servis atas kepala atau gaya tenis
Frasa persediaan
 Buka kaki seluas bahu
 Kaki dominan di belakang
 Pegang bola dengan tangan bukan dominan di hadapan
badan
 Letak tangan memukul di atas bola
 Pandang bola dan sasaran
Frasa pelaksanaan
 Ayun tangan memukul ke belakang dan lambung bola
serentak
 Kontak bola pada aras atas kepala
 Tangan memukul lurus semasa kontak bola
 Pukul guna tapak tangan. Kunci pergelangan tangan
Frasa ikut lajak
 Berat badan pada kaki hadapan
 Fleksi pergelangan tangan dan ikut lajak
Jadual di bwah menunjukkan otot-otot utama yang terlibat
dlm kemahiran bola tampar.

KEMAHIRAN OTOT-OTOT UTAMA


Menyangga Deltoid
Servis Deltoid, Pectoralis major
Mengumpan Deltoid
Mengadang Gastrocnemius, Quadriceps,
Deltoid
Merejam Gastrocnemius, Erector spinae,
Quadriceps, Deltoid
C. Mengumpan
Mengumpan ialah kemahiran menghantar dan menyediakan
bola untuk memudahkan rakan sepasukan melakukan
rejaman. Dalam situasi pertandingan, kebiasaannya, seorang
pemain akan diberi tugas untuk melakukan umpanan.
Mengumpan boleh melakukan sama ada di tepi jaring atau di
tengah gelanggang mengikut strategi permainan. Kemahiran
ini memerlukan persefahaman yang tinggi antara pengumpan
dgn pemain yang akan elakukan rejaman.

Kemahiran mengumpan
Frasa persediaan
 Buka kaki seluas bahu
 Kaki dominan di belakang
 Fleksi lulut dan siku
 Tangan bersedia di atas kepala
Frasa pelaksanaan
 Bergerak ke arah bawah bola
 Buka jari dan kontak bola di atas aras dahi
 Ekstensi tangan dan kaki serentak
 Fleksi pergelangan tangan
Frasa ikut lajak
 Ekstensi tangan dan keseluruhan badan
 Arahkan tangan pada sasaran. Berdiri di atas bebola kaki
D. Merejam
Merejam ialah kemahiran menyerang dgn memukul bola
secara kencang ke dlm gelnggang pihak lawan. Tujuannya
adalah untuk mendapatkan mata servis lawan. Merejam
adalh kemahiran yang kompleks. Kita perlu mempunyai
koordinasi tubuh yang baik bagi melakukan larian, lompatan
pergerakan di udara, memukul bola dan mendarat. Rejam
boleh dilakukan dgn baik apabila bola berada dekat dgn
jaring. Pemain barisan belakang hanya boleh melakukan
rejaman di belakang garisan serangan.

Kemahiran Merejam
Fasa persediaan
 Bergerak ke arah bola yang diumpan.
 Ayun kedua-dua belah tangan ke belakang.
 Mata pandang bola.
 Fleksi kedua-dua lutut.
 Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
Fasa pelaksanaan
 Hiperekstensi ke belakang bahagian bahu semasa
melompat.
 Kontak bola dengan tangan lurus.
 Pukul bahagian atas bola.
 Fleksi pergelangan tangan.
Fasa ikut lajak
 Mata pandang pergerakan bola.
 Fleksi lutut semasa mendarat.
E. Mengadang
Mengadang adalah kemahiran menghalang rejaman pihak
lawan yang dilakukan dekat dgn jaring pada aras atas jaring.
Pengadang adalah lapisan pertahanan yang pertama
menghalang serangan pihak lawan. Kemahiran ini
memerlukan ketepatan mengagak rejaman lawan dan kuasa
otot kaki ketika melompat. Mengadang hanya boleh
dilaksanakan oleh pemain barisan hadapan.

*Mengadang lebih efisien jika :


 Mempunyai otot-otot kaki yg kuat.
 Masa melompat dan menyentuh bola bertetapan.
 Dilakukan oleh dua @ tiga orang pemain.

Kemahiran mengadang
Fasa persediaan
 Buka kaki seluas bahu.Berdiri di atas bebola kaki.Badan
dan tapak tangan menghadap ke jaring.
 Tumpukan mata pada pengumpan pihka lawan.
 Selepas pengumpan lawan kontak bola,bergerak ke arah
umpan tersebut.
Fasa pelaksanaan
 Lompat dengan kedua-dua belah kaki selepas perejam
melompat.
 Ekstensi tangan ke atas.
 Jarakkan jari-jari tangan.
 Mata pandang bola.
 Fleksi pergelangan tangan apabila menyentuh bola.
 Badan tegak.
Fasa ikut lajak
 Mmendarat dengan kedua-dua belah kaki.
 Fleksi lutut semasa mendarat.
 Kedudukan tangan dekat dengan jaring.
 Mata pandang arah bola.
Undang-undang dan peraturan
1. Pertandingan bola tampar diadili oleh dua org pengadil,
iaitu pengadil pertama dan pengadil kedua.
2. Setiap pasukan perlu terdiri daripada sekurang-kurangnya
enam org pemain dan tidak melebihi 12 org pemain yg
berdaftar.
3. Servis hanya boleh dilaksanakan selepas pengadil pertama
meniup wisel.
4. Servis perlu dilakukan oleh setiap pemain mengikut giliran
yg sah.
5. Pemain yg melakukan servis tidak dibenarkan memijak
garisan belakang.
6. Setiap pemain boleh menyentuh bola sekali sahaja. Pemain
boleh menyentuh boleh dgn mana-mana bahagia badan.
7. Setiap pasukan hanya boleh menyentuh @ memainkan
bola dgn tiga sentuhan sebelum menghantar ke gelenggang
pihak lawan. Pengiraan ini tidak termasuk sentuhan bagi
mangadang.
8. Mengadang hanya boleh dilakukan oleh pemain barisan
hadapan.
9. Pemain barisan belakang boleh melakukan rejaman tetapi
dari luar kawasan serangan.
10. Pemain dilarang menyentuh mana-mana bahagian jaring
atau memasuki kawasan pihak lawan.
11. Setiap pasukan boleh meminta dua kali “time out” dlm
satu set permainan dgn kebenaran pengadil.
12. Setiap pasukan boleh melakukan enam pertukaran dlm
setiap set permainan bila-bila masa dgn kebenaran pengadil.
Pemain yg ditukar pelu diganti dgn pemain yg sama apabila
pertuakran dibuat semula.
13. Mata kemenangan ialah 25 mata yg dikira secara
pengiraan pingpong. Apabila kedudukan mata 24-24, lebihan
dua mata diperlukan untuk menentukan kemenangan.
14. Set penentuan, hanya 15 mata sahaja digunakan dgn
lebihan dua mata diperlukan untukmenentukan kemenangan.
15. Antena berfungsi untuk memastikan bola masih berada
dlm kawasan permainan semasa bola masuk ke kawasan
pihak lawan.
Rumusan

 Permainan bola tampar memerlukan


persefahaman dan komunikasi antara pemain.
 Kemahiran asas dalam permainan bola tampar
ialah menyangga,servis,mengumpan,merejam
dan mengadang.
 Undang-undang pertandingan bola tampar
dilaksanakan mengikut undang-undang mava
dan peraturan am mssm.
 Aplikasi aspek keselamatan dalam permainan
bola tampar dapat mengelakkan risiko
kecederaan .

Anda mungkin juga menyukai