Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Kaunseling kerjaya adalah satu proses interpersonal yang direkabentuk bagi membantu
individu-individu yang mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih,
memasuki, menyesuaikan diri serta memajukan diri dalam pekerjaan.Teori Anne Rose
dipilih kerana, Teori Anne Roe ini banyak menyentuh berkaitan peranan keluarga dalam
menentukan personaliti dan kerjaya seseorang individu

Teori Anne Roe juga biasanya dikenali sebagai “a need theory approach to career
choice”, teori pemilihan kerjaya berdasarkan pendekatan keperluan. Teori pemilihan
kerjaya Anne Roe merupakan sebuah teori yang memfokuskan kepada dua bahagian iaitu
personaliti dan klasifikasi pekerjaan yang bertujuan untuk mengetahui hubungan semua
bidang kerjaya dengan latar belakang keluarga dan pengalaman layanan ibu bapa semasa
bersama kanak-kanak

Pengalaman-pengalaman yang berhubungkait dengan zaman masa yang lepas


bersama orang lain merupakan sesuatu yang signifikan dan penting kerana ianya dianggap
sebagai sebuah asas dan elemen yang penting dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya
dalam diri individu. Anne Roe menyatakan spekulasi bahawa sebuah interaksi dan gaya
layanan yang dibentuk oleh ibu bapa yang diterima oleh diri individu merupakan elemen
yang penting dalam membantu individu dalam menentukan pemilihan kerjaya.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA

Berikut merupakan tiga (3) faktor yang ditekankan dalam teori kerjaya yang diasaskan oleh
pakar psikologi kerjaya Anne Roe :

FAKTOR MEMPENGARUHI
PEMILIHAN KERJAYA ANNE ROE

LATAR BELAKANG PENGARUH TENAGA PENGARUH GENETIK


GENETIK PSIKIK DAN HIERARKI
KEPERLUAN

Latar belakang genetik

Sebenarnya latar belakang genetik ini memberikan pengaruh ke atas pembentukan minat,
sikap, kecerdasan dan personaliti serta ciri keperibadian dalam diri individu. Pembentukan
kesemua elemen dalam pengaruh genetik ini sebenarnya akan mempengaruhi pemilihan
kerjaya seseorang. Faktor genetik ini juga dapat mempengaruhi sifat fizikial individu
misalnya seperti ketinggian , kecantikan, dan kecacatan seseorang individu. Sebagai contoh
individu yang tidak mempunyai ketinggian yang tertentu sudah tentu tidak boleh menjadi
polis dan peragawati. Individu yang rabun warna pula tidak boleh menjadi seorang pakar
dalam bidang sains kimia. Teori Anne Roe mempunyai kepercayaan bahwa faktor
pewarisan dan biologi amat penting dalam menentukan kerjaya seseorang individu.

Pengaruh tenaga psikik

Perkembangan dalaman diri individu seseorang sebenarnya ditentukan oleh ke arah mana
tenaga psikik ini diperkembangkan sama ada ianya berada di luar kawalan ataupun tanpa
sedar. Arah perkembangan ini pula terlebih dahulu telah ditentukan dengan kepuasan dan
kekecewaan yang dialami oleh diri individu sejak bermula pada zaman kanak-kanak. Pada
zaman kanak-kanak keperluan yang menjadi asas dalam diri seseorang adalah untuk rasa
dimiliki dan hal ini akan kekal sebagai sebuah elemen tidak sedar dalam diri individu.
Keperluan tidak sedar inilah yang akan membentuk sebuah tenaga psikik dan akhirnya
mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam diri individu.

Pengaruh genetik dan hierarki keperluan

Pengaruh dalam faktor genetik dan perkembangan hierarki keperluan sebenarnya


mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang individu. Keperluan individu misalnya yang
telah ditekankan oleh Abraham Maslow melalui pembentukan piramid hierarki peperluan
manusia sentiasa akan memberikan pengaruh dalam diri individu. Berikut merupakan
keperluan yang amat dititikberatkan oleh Abraham Maslow :

 Keperluan psikologikal
 Keselamatan
 Kasih sayang dan rasa ingin dicintai
 Penghargaan kendiri
 Pencapaian kesempurnaan kendiri
Apabila sesebuah keperluan asas ini telah dipenuhi, keperluan yang lebih tinggi akan
terbentuk dan akan terus berkembang dan mengalami peningkatan sehingga mencapai
keperluan yang paling tinggi iaitu berada pada tahap pencapaian keperluan kendiri .
Keperluan yang kuat ini akan memenuhi sesuatu keperluan merupakan elemen sumber
sumber motivasi yang sangat kuat yang akan menggerakkan diri individu ke arah sesebuah
kejayaan. Pengaruh genetik dan perkembangan motivasi individu ini akan memberikan
penentuan kesemua aspek perbezaan dalam pencapaian kerjaya seseorang individu.

GAYA LAYANAN IBU BAPA

Anne Roe telah menggariskan tiga elemen penting dalam skop gaya layanan ibu bapa
dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Setiap individu ini berkencerungan untuk mewarisi
dan boleh menyalurkan tenaga dalaman ke arah perkembangan kerjaya tertentu.
Kecenderungan ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh gaya layanan yang diterima oleh
anak-anak daripada ibu dan bapa mereka. Terdapat tiga elemen teknik asas gaya layanan
ibu bapa semasa mereka berinteraksi dengan anak-anak mereka. Berikut merupakan gaya
layanan ibu bapa yang telah digariskan oleh Anne Roe :
GAYA LAYANAN DAN ASUHAN KEIBUBAPAAN

GAYA LAYANAN MESRA

Gaya layanan mesra dibahagikan kepada dua iaitu Mesra bersahaja dan Mesra pengasih.
Berikut meruppakan perincian bagi sub elemen mesra bersahaja dan mesra pengasih :

Mesra bersahaja

Ibu dan bapa yang mengamalkan gaya ini menunjukkan bahawa mereka memberikan kasih
sayang yang sederhana kepada anak-anak mereka. Fokus ibu bapa dalam gaya layanan
mersa bershaaja lebih memberikan perhatian kepada anak-anak sekiranya terdapat
keluangan masa dan kelapangan aktiviti. Ibu bapa sambil lewa, mempunyai peraturan
teteapi tidak dikuatkuasakan dan ditekankan. Peraturan yang wujud dalam keluarga juga
tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Mesra Pengasih

Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini sebenarnya memberikan kemesraan dan kasih sayang
kepada anak-anak mereka. Ibu bapa dalam mesra pengasih ini lebih cenderung untuk cuba
membantu anak-anak dalam menyelesaikan sesuatu masalah penting dan rumit. Ibu bapa
juga banyak memberikan pujian dan peneguhan serta kebebasan yang muhasabah kepada
anak-anak mereka.

GAYA LAYANAN DINGIN

Gaya layanan dingin juga dibahagikan kepada dua bahagian. Antara dua bahagian yang
ditekankan dalam gaya layanan dingin ini termasuklah gaya layanan dingin mengabai dan
gaya layanan dingin mengelak. Berikut adalah perincian dalam gaya layanan dingin:

Dingin mengabai

Ibu dan bapa yang mengamalkan konsep gaya layanan dingin mengabai ini kurang
memberikan perhatian dan kasih syanag kepada anak-anak mereka. Mereka iaitu ibu bapa
ini lebih suka untuk fokus kepada penjaga fizikal yang agak minimum dan kerap tidak
menepati janjo dengan anak-anak mereka.
Dingin mengelak

Ibu bapa yang berada dalam gaya layanan ini sering mengamalkan gaya yang bersifat
dingin, tidak mengambil berat, selalu merendah-rendahkan kebolehan anak mereka sendriri
dan senantiasa menghina anak-anak.

GAYA LAYANAN MENUMPU

Gaya layanan menumpu yang ditekankan oleh Anne Roe ini juga dikategorikan kepada dua
elemen gaya layanan iaituterlampau melindungi dan terlampau menuntut. Berikut
merupakan dua perindian bagi gaya layanan menumpu :

Terlampau melindungi

Ibu bapa yang mengamalkan gaya layanan dan asuhan ini dapat memenuhi segala
keperluan fisiologikal anak-anak mereka. Ibu bapa amat memntingkan perhatian terhadap
minat, memanjakan anak-anak, memberikan kasih sayang kepada anak-anak, menjaga
keselamatan anak-anak, dan kurang memberikan kebebasan kepada nak-anak mereka.

Terlampau menuntut

Sebahagian ibu dan bapa yang mengamalkan gaya asuhan ataupun layanan terlampau
menuntut ini lazimnya akan menyediakan piawaian yang amat tinggi kepada anak-anak
mereka. Ibu bapa dalam gaya asuhan ini akan menyediakan peraturan yang wajib dipatuhi
oeleh anak-anak. Peraturan yang dibuat sangat keras, tegas dan anak-anak pula tidak boleh
membantah ataupun memberikan sebarang jenis pendapat kepada ibu bapa yang
mengamalkan gaya asuhan seperti ini. Ibu bapa dalam gaya asuhan ini meniginkan anak-
nak mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang amat berguna dalam diri mereka. Ibu
bapa dalam gaya asuhan ini juga sering memberikan denda kepada anak-anak dan sangat
membatasi pergaulan sosial dan bebas anak-anak mereka.
Hipotesis Teori pemilihan kerjaya Anne Roe

Gaya layanan keibubapaan yang ditekankan oleh Anne Roe ini telah mengemukakan lima
hipotesis awal yang cuba dihubungkait antara gaya asuhan dengan pembentukan orientasi
dan seterusnya pemilihan kerjaya terhadap anak-anak. Berikut merupakan lima hipotesis
yang telah digariskan oleh Anne Roe:

1. Ibu bapa yang bersifat melindungi, menuntut dan pengasih akan menghasilkan anak yang
berkecenderungan ke arah berorientasikan manusia dan begitu juga dalam konteks
pemilihan sesebuah pekerjaan.
(Kump 2,5,6)

2. Manakala ibu bapa yang menolak, mengabai dan terlalu bersahaja dalam memberikan
didikan kepada anak-anak akan menghasilkan anak-anak yang berkecenderungan ke arah
yang tidak mempunyai orientasi manusia dan dalam memilih sesuatu kerjaya.
(Kump 1,3,4)

3. Anak-anak yang terlampau dituntut dan terlampau dilindungi berkemungkinan berada


dalam konteks kurang keyakinan diri dan menjadi anak yang tidak berorientasikan
manusia.
(Kump 5,6)

4. Sesetengah individu daripada sesebuah keluarga yang memfokuskan ibu bapa yang
menolak iaitu mengabaikan dan mengelak memungkinkan anak-anak mereka akan
memilih kerjaya yang lebih terdorong kepada manusia dalam usaha untuk mencari sebuah
kepuasan.
(Kump 3,4)

5. Layanan dan asuhan yang cukup kepada anak-anak oleh ibu bapa yang mengamalkan gaya
pengasih dan bersahaja di samping faktor lain seperti kebolehan individu mungkin
menjadikan keperluan hubungan interpersonal lebih daripada sesebuah keperluan peribadi
dalam diri anak-anak.
(Kump 1,2)
Orientasi utama dan pemilihan pekerjaan

Sebagaimana yang telah dinyatakan dan dikemukakan sebelum ini oleh Anne Roe
berpendapat bahawa orientasi pekerjaan ini sememangnya boleh dibahagikan kepada 2.
Jika merujuk kepada Teori Pemilihan Kerjaya Holland, semua pekerjaan yang lebih
berorientasikan manusia adalah lebih kepada aspek kerjaya yang lebih terdorong kepada
pekerjaan yang diletakkan dalam kategori Sosial (S), dan Enterprising (E) Sains pula ialah
Realistik dan Investigatif.

Teori pemilihan kerjaya Anne Roe telah menerangkan bahawa gaya asuhan dan
layanan yang diterima dari keluarga, keperluan yang perlu dipenuhi dan kaitannya dengan
pemilihan bidang kerjaya yang bakal seseoang individu itu ceburi.

Berdasarkan kenyataan yang ditekankan oleh Anne roe menyatakan bahawa orientasi
pekerjaan sebenarnya merujuk kepada bidang-bidang pekerjaan yang telah diklasifikasikan
oleh Anne Roe kepada dua dimensi atau bahagian. Berikut merupakan dimensi yang telah
dibahagikan oleh Anne roe dalam pembangunan teori pemilihan kerjaya :

DIMENSI BERORIENTASIKAN MANUSIA DIMENSI TIDAK BERORIENTASIKAN


MANUSIA

Menurut Anne roe dalam Osipow 1973 orientasi sesebuah pekerjaan dikategorikan kepada
dua kumpulan utama iaitu berorientasikan manusia dan tidak berorientasikan manusia.
Sebenarnya, pekerja yang bekerja di dalam sektor pekerjaan yang mempunyai bentuk dan
corak manusia lazimnya akan datang daripada keluarga yang mesra dan penuh dengan
kasih sayang serta diterima oleh kedua-dua ibu dan bapanya. Sementara itu pekerja yang
bekerja dalam dimensi bukan berorientasikan manusia lazimnya akan hadir daripada
keluarga yang mengalami kehidupan yang agak dingin dan tidak dipedulikan oleh beberapa
keperluan emosi tidak dipenuhi dan tidak mencukupi.

Kumpulan
Kumpulan Orientasi pekerjaan
pekerjaan
Kumpulan I Perkhidmatan Manusia

Kumpulan II Perniagaan Manusia

Kumpulan III Organisasi Manusia

Kumpulan IV Teknologi Bukan manusia

Kumpulan V Kerja luar/luar rumah Bukan manusia

Kumpulan VI Sains Bukan manusia

Kumpulan VII Kebudayaan umum Manusia

Kumpulan VIII Seni hiburan Manusia


Anne roe turut mengklasifikasikan peringkat-peringkat pekerjaan. Berikut merupakan
peringkat pekerjaan yang ditekankan oleh Anne roe :

Peringkat pekerjaan Keterangan pekerjaan

Profesional dan pengurusan 1 Memiliki ijazah kedua dan ketiga


daripada institusi pengajian tinggi yang
diiktiraf.

Profesional dan pengurusan 2 Memiliki kelayakan ijazah pertama


daripada institusi pengajian tinggi yang
diiktiraf

Separa profesional Mempunyai diploma dari institusi


pengajian tinggi yang diiktiraf

Mempunyai sijil kemahiran daripada


Berkemahiran institusi latihan formal yang diiktiraf

Tidak memerlukan kelayakan akademik


Separa berkemahiran tertentu atau sijil kemahiran tetapi telah
mendapat latihan secara tidak formal.

Tidak memerlukan kelulusan akademik


Tidak berkemahiran tertentu atau sijil kemahiran
Teori pemilihan kerjaya Anne Roe merupakan sebuah teori yang memfokuskan kepada dua
bahagian iaitu personaliti dan klasifikasi pekerjaan yang bertujuan untuk mengetahui
hubungan semua bidang kerjaya dengan latar belakang keluarga dan pengalaman layanan
ibu bapa semasa bersama kanak-kanak. Kesimpulan dari Teori Anne Reo ini menerangkan
bahawa pengalaman-pengalaman yang berhubungkait dengan zaman masa yang lepas
bersama orang lain merupakan sesuatu yang signifikan dan penting kerana ianya dianggap
sebagai sebuah asas dan elemen yang penting dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya
dalam diri individu.

Anda mungkin juga menyukai