Anda di halaman 1dari 3

SJK (C) HWA MIN, TEMOH PERAK.

KERTAS KERJA
“ Pertandingan Kaligrafi Dalam Bahasa Cina 2018 ”

TEMPAT
SJK (C) HWA MIN
35350 TEMOH, PERAK.

TARIKH
30 MAC 2018
1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan Kaligrafi dalam Bahasa Cina ini bertujuan untuk mengukuhkan
budaya kaligrafi ini yang merupakan satu budaya tradisional kaum Cina yang
diwarisi turun-temurun.

2.0 NAMA PROGRAM


Pertandingan Kaligrafi dalam Bahasa Cina 2018

3.0 MATLAMAT
Program ini dijalankan untuk meningkatkan budaya menulis dan kaligrafi dalam
Bahasa Cina di sekolah.

4.0 OBJEKTIF
Melalui program yang dijalankan diharapkan dapat :

4.1 Memupuk minat menulis dan kaligrafi dalam Bahasa Cina dalam kalangan
murid.
4.2 Meningkatkan kemahiran menulis dan kaligafi dalam kalangan murid.
4.3 Menggalakkan murid menghayati budaya kaligrafi yang merupakan warisan
Tradisional bagi kaum Cina.
4.4 Memperbaiki kualiti tulisan murid.

5.0 SASARAN
70 orang murid SJK (C) Hwa Min

6.0 PENGANJUR
Panitia Bahasa Cina
7.0 JAWATANKUASA
Jawatankuasa Induk:
Pengerusi : Tan Lay Bee (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Wong Siew Han (Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Hew Choo Yee

Ahli Jawatankuasa:
Peralatan : Tan Yann Yuan
Persiapan Tempat : Abu Bakar bin Pute Yah Yah
Dokumentasi : Nur Athirah binti Shafie

8.0 JADUAL PELAKSANAAN


(30 Mac 2018)
1:15 petang Taklimat.
1:30 petang Pertandingan bermula.
2.30 petang Pertandingan tamat.
2.45 petang Bersurai.

9.0 PENUTUP
Semoga program ini akan mencapai matlamat dan objektif yang disasarkan
dengan kerjasama semua pihak yang terlibat. Kejayaan program ini diharapkan
dapat memberi manfaat kepada banyak pihak terutamanya golongan murid di
sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________ ______________
(HEW CHOO YEE) (TAN LAY BEE)
Setiausaha Guru Besar
Pertandingan Kaligrafi dalam Bahasa Cina 2018 SJK (C) HWA MIN
SJK (C) HWA MIN TEMOH, PERAK.
TEMOH, PERAK.

Anda mungkin juga menyukai