Anda di halaman 1dari 3

Keberkesanan Kem Smart Solat

Beranang 30 Jan. - Memiliki anak- anak yang soleh dan berbudi pekerti mulia
tentunya menjadi idaman setiap ibu bapa Muslim.

Tentunya sejuk hati ibu bapa setiap kali melihat anak-anak semua peringkat
usia tanpa bersuruh atau dipaksa, menjadikan amalan solat lima waktu
sebagai satu tanggungjawab kepada Allah SWT apalagi jika anak-anak itu
rajin pula ke masjid atau surau.

Namun sebagai ibu bapa, adakah kita sebenarnya sekadar berpuas hati
tanpa menyedari bahawa tahap pelaksanaan solat anak-anak atau mereka
sendiri belum cukup sempurna atau masih banyak kekurangannya?

Menyedari pentingnya menjaga kesempurnaan dalam solat, Surau Al-Kau-


thar di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor, baru-baru ini menganjurkan
Kem Smart Solat yang disertai oleh hampir 200 kanak-kanak dan remaja beru-
sia bawah 20 tahun.

Pada dua minggu pertama ketika program itu mula dihebahkan melalui
khutbah Jumaat di surau berkenaan, sambutan terhadap Kem Smart Solat
agak kurang menggalakkan kerana jumlah anak yang mendaftar kurang
dari sasaran awal iaitu 80 orang.

Masuk minggu ketiga, Imam Dua surau itu, Mejar Rudin Shah Jamil sebelum
membaca khutbah Jumaat telah memberi tazkirah kepada jemaah yang
hadir peri pentingnya anak-anak diberi pendedahan mengenai kesempur-
naan solat jika ibu bapa tidak mahu dipersoal di alam kubur atau di akhirat
kelak.

Alhamdullillah, hasil daripada tazkirah itu, jumlah pendaftaran meningkat


lebih sekali ganda daripada sasaran yang ditetapkan sehingga pada
malam sebelum program Kem Smart Solat itu diadakan, pihak penganjur
terus menerima banyak permohonan daripada remaja berminat.

Difahamkan sambutan dingin terhadap program itu pada peringkat awal


kerana beberapa faktor. Antaranya kebanyakan ibu bapa mungkin bera-
sakan solat anak mereka sudah sempurna, hasil dari didikan yang diterima di
kelas agama sama ada di sekolah atau kelas agama persendirian.
Faktor penolak lain ialah sikap sesetengah anak sendiri. Ada ibu bapa yang
puas memujuk anak mereka yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak
menyertai kem keagamaan tersebut.

Bagi sesetengah ibu bapa pula, mereka sendiri mungkin berada dalam keadaan
dilema untuk memaksa 'lebih-lebih' sedangkan mereka pun pada pandangan
anak-anak masing-masing teramat 'liat' untuk hadir dalam program-program keag-
amaan di masjid atau surau.

Pengerusi Surau Al-Kauthar, Dr. Muhd. Najib Abdul Kadir berkata, kesempurnaan amalan
solat perlu dititik beratkan oleh setiap umat Islam kerana ia bakal memberi kesan kepada
keperibadian seseorang.

Menurut beliau, sebab itu kadang-kadang kita hairan kenapa ramai orang menunaikan
solat tetapi masih melakukan perbuatan maksiat dan tidak menjauhi perkara-perkara
yang dilarang oleh Allah SWT seperti bersolat tapi masih mengambil rasuah dan berzina.

''Jika perbuatan dosa masih dilakukan, maknanya sudah tentu ada sesuatu tidak kena
dengan solatnya iaitu sama ada mereka tidak khusyuk ketika melakukannya atau amalan
solatnya tidak sempurna,'' katanya yang juga Imam Satu surau tersebut.

Menyedari hakikat itu, kata Dr. Muhd. Najib, pihaknya mengambil inisiatif menganjurkan
Kem Smart Solat sehari suntuk kepada kanak-kanak dan remaja pada kadar bayaran
hanya RM10 dan berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Kepentingan solat dalam Islam sebenarnya amat dititikberatkan oleh Nabi Muhammad
SAW sendiri sehinggakan Rasulullah pernah meminta orang yang sudah melakukan solat
supaya mengulangi solatnya hingga tiga kali.

Ini kerana ketika solat, orang itu menurut baginda Rasullullah didapati belum sempurna
wuduknya, takbir, cara berdiri, bacaan, rukuk, sujud dan tertib lain.

Rasulullah SAW bersabda,''Mahukah kamu aku beritahu mengenai seburuk-buruk pencu-


ri?" Sahabat bertanya: ''Siapakah dia wahai Rasulullah?" Nabi menjawab: "Orang yang
mencuri dari solatnya."

Sahabat kemudian bertanyakan Rasullullah: "Bagaimana seseorang mencuri dari solatn-


ya? Lalu baginda menjawab: "Dia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya."

Menyedari hakikat kepentingan solat itu, kata Dr. Muhd. Najib, pihaknya menganjurkan
Kem Smart Solat kepada kanak-kanak dan remaja pada kadar bayaran hanya RM10
termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang.

''Idea menganjurkan kem itu kerana kami dapati ada di kalangan remaja yang tidak
begitu sempurna solat mereka termasuk ketika berwuduk,'' kata beliau.

Anak-anak kariah di surau itu juga agak beruntung kerana kesediaan 23 pelajar dari
Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor
untuk menjayakan program tersebut.

Menurut ketua kumpulan pelajar itu, Muhammad Faiz Fathi, 22, bagi memastikan peserta
kem mendapat kefahaman lebih tepat mengenai cara bersolat yang betul, mereka
dipecahkan kepada 23 kumpulan kecil.

''Kumpulan-kumpulan kecil itu diterangkan oleh penyelia mereka dan dapat berinteraksi
tanpa para peserta berasa malu,'' ujarnya.

Untuk mengelak para peserta berasa bosan, penyelia program berusaha menghidupkan
suasana dengan contoh-contoh menghiburkan sehingga peserta tidak berasa segan
tampil ke depan jika nama mereka dipanggil untuk menunjukkan cara mereka bersolat
selama ini.

Daripada pemerhatiannya, kata Faiz, kebanyakan peserta masih belum sempurna solat
mereka termasuk ketika mengambil wuduk.

Kem Smart Solat anjuran Surau Al-Kauthar sewajarnya dicontohi oleh surau dan masjid lain
agar anak-anak kita bukan saja dapat dididik mencintai solat dari usia kanak-kanak tapi
sempurna dalam melaksanakan amalan itu.

Sesungguhnya, solat yang dianggap sempurna dan ada 'nilai' di sisi Allah ialah solat yang
ada pengaruhnya dalam kehidupan seseorang seperti mana firman Allah bermaksud:

"Dan dirikan solat, sesungguhnya solat (yang sempurna) itu mencegah daripada perbua-
tan keji dan mungkar."

Anda mungkin juga menyukai