Anda di halaman 1dari 2

Baca cerita dibawah dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.

Izhar menutun basikalnya lalu perlahan – lahan lalu menyandarkan pada tiang
rumahnya. Dia berasa serba salah untuk berhadapan dengan ibunya. Waktu itu, ibunya
sedang menyidai pakaian di ampaian.
“Malunya aku hendak memberikan kad kemajuan ini untuk ditandatangani oleh ibu,”
bisik Izhar sambil merenung ke arah sebuah busut di bawah rumahnya.
“Wah hebatnya anai – anai itu! .Setahu aku ayah telah mencangkul busut itu minggu
lepas.”
Izhar terpukau oleh kerajinan anai – ania yang tidak mengenal erti mengalah.
Dugaan yang dihadapi dapat diatasi oleh anai – anai itu.Kerja – kerja membina busut itu
tetap dilakukan.
. “Busut itu tentunya sekecil bola beberapa hari yang lepas. Hari ini busut itu telah
meninggi setinggi baldi merah ibu,” bisik Izhar lagi.
Izhar pun terus mengingatkan kembali keputusan peperiksaan pertengahan tahun
yang diperolehnya tadi. Impiannya untuk mendapat 5A dalam peperiksaan berkecai.
“Jangan bimbang, ayah, ibu. Saya pasti akan berjaya mengharumkan nama sekolah.
Sekolah saya terkenal sebagai Sekolah Harapan Negara. Lagipun saya seorang murid yang
dikagumi di sekolah itu.” Kata – kata itu diingati kembali selepas ayah dan ibunya berleter
kerana tidak mengulang kaji pelajaran.
Aku kesal dengan kata –kataku tempoh hari. Selama ini aku rasakan akulah yang
terbaik dalam kalangan rakanku.
“Aduh, pedihnya rasa hatiku ini! Aku malu hendak berjumpa dengan mereka,”
bisiknya lagi.
“ Izhar, apakah yang kamu buat di tepi rumah itu?Pergilah naik.Ibu telah
menyediakan makanan di dapur.
Makan ya, nak!” tegur ibunya.
“Baiklah ,ibu,” kata Izhar
Semasa hendak makan, Izhar termenung lagi. Kali ini dia teringat – ingat akan
kehebatannya dalam bidang sukan di sekolah. Semua guru memujinya dan mereka sering
menasihatinya agar berusaha dengan bersungguh – sungguh,tetapi dia masih bersikap
sambalewa.
Perbuatan Izhar akhirnya makan diri. Dia benar – benar menyesal.Cita - cita ibu dan
ayahnya hendak melihatnya memasuki sekolah berasrama penuh mungkin punah.
“Mulai hari ini, aku berjanji akan berusaha seperti anai – anai itu dan tidak akan
mengalah sama sekali.Aku akan memastikan hasrat ayah dan ibu tercapai,” bisik Izhar.

Arahan : Senaraikan kata ganda yang terdapat dalam cerita di atas. Kemudian, bina ayat
dengan menggunakan kata ganda tersebut.

1. Kata ganda dalam petikan :


a. anai-anai
b. kata-kata
c. teringat-ingat
d. cita-cita
e. perlahan-lahan
f. kerja-kerja
g. rakan-rakan
h. sungguh-sungguh
i. benar-benar
2. Bina ayat dengan menggunakan kata ganda
a. Anai-anai hidup dalam sebuah kelompok besar.

b. Kerja-kerja pembaikan jalan telah dilakukan.

c. Saya mohon maaf atas kata-kata saya yang agak kasar.

d. Rakan-rakan turut membantu saya semasa saya ditimpa kesusahan.

e. Saya masih teringat-ingat akan semua peristiwa yang berlaku di hutan ini.

f. Beliau bersungguh-sungguh hendak memajukan kawasan itu.

g. Cita-cita saya hendak menuntut di universiti telah tercapai.

h. Saya benar-benar tidak menyangka yang awak akan datang ke sini.

i. Lakukan kerja itu dengan cermat dan perlahan-lahan.

3. Mesej dalam cerita

a. Sekali gagal bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya.

b. Kita akan lebih yakin jika kita berusaha bersungguh-sungguh.

c. Kehidupan haiwan adakalanya memberikan pengajaran kepada manusia.

d. Usaha tangga kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai