Anda di halaman 1dari 4

Karya Hamka: Kisah Cinta Yang Buat

Pembaca Menangis
Agak janggal kan jika ulama hebat yang menulis Tafsir Quran Al-Azhar di kaitkan dengan karya
kisah cinta? Klisenya, jika ulama menulis tentang cinta, pastilah berkenaan dengan cinta Tuhan
sahaja.

Tak ramai yang tahu, Buya Hamka adalah ulama yang mengajarkan manusia bagaimana bercinta
dengan manusia melalui novel novel beliau. Kisah cinta ini bukanlah cinta awang awangan, cinta
angan-angan semata-mata. Penuh dengan nilai manusiawi, Hamka mengajak kita mengenal
perihal manusia yang setia, jujur, khianat, kejam, dan ihsan apabila bercinta.

Sebagai enthusiasts buku dan sastera, kami berterima kasih kepada PTS kerana menerbitkan
semula karya Hamka untuk dinikmati oleh pembaca di Malaysia.

Chairman PTS, Puan Ainon ada menulis, karya Hamka kekal dengan permintaan tinggi
meskipun telah lebih berpuluh tahun di tulis. Malah, karya beliau menjadi inspirasi penerbit
filem, tak kurang yang terus mengadaptasi novel kepada filem dan teater.

Jika dilihat di ruangan komen status ini, ramai rupanya peminat yang telah membaca karya
hamka, terutamanya Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick (TKVDW)

Mari kita lihat satu demi satu aspek aspek utama yang disentuh dalam karya-karya yang terus
bertahan dari zaman ke zaman:

#1 – FALSAFAH & HAKIKAT CINTA


Dalam Novel TKVDW, percintaan antara Zainuddin dan Hayati menjadi tema utama. Penulis
mengulas hakikat cinta yang seharusnya di hidupkan dan di jauhi oleh manusia melalui
perhubungan mereka berdua.

“Penyakit ini telah terang namanya. Penyakit tetapi nikmat, nikmat tetapi penyakit. Orang
ditimpanya tetapi orang tidak hendak sembuh daripadanya…penyakit cinta!”

“Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pulalah yang
menjadikan hati dan memberinya cinta………Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke
dunia supaya tumbuh.”

Dalam salah satu perenggan lain juga menyatakan:

“Cinta bukanlah melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis
Sali sedan. Tetapi cinta menghidupkan pengharapan, menguatkan hati dalam perjuangan
menempuh onak dan duri penghidupan. Berangkatlah! Dan biarlah Tuhan memberi
perlindungan pada kita.”
Cinta itu sebetulnya mendorong kecekalan hati menempuh ranjau kehidupan. Cinta itu
sepatutnya menyalakan obor harapan dalam jiwa pemiliknya. Cinta itu seharusnya memberikan
kita sebab untuk terus berjuang menggapai hasrat dan cita-cita. Jika percintaan yang sedang
dirasai itu tidak menepati maksud-maksud ini, maka ia tidak layak dinamakan cinta dalam erti
kata sebenar. Ia hanya cinta plastik yang dibuat-buat, penuh kepura-puraan dan kepalsuan, atau
didasari pada tarikan material dan seksual.

Begitulah juga dalam novel Merantau Ke Deli. Kisah cinta yang tampak halus mulus di antara
Ponim dan Leman. Di Bawah Lindungan Kaabah membawa kita kepada cinta suci
yang menepati falsafah cinta yang hakiki di anugerahi Tuhan. Semua wanita mahu dihormati dan
di cintai seperti Ponim. Perjalanan cinta pula tak seindah seperti sangkaan awal. Di sinilah
Hamka memasukkan bagaimana nafsu buruk manusia memusnahkan kesucian cinta.

#2 – KRITIK SOSIAL SEMASA


Sudah menjadi adat dalam karya hamka, beliau menyelitkan juga kritik sosial masyarakat yang
menjadi latar belakang tempat dan zaman itu. Kegiatan berdagang, perkahwinan setempat, adat
istiadat orang setempat, struktur keluarga dan masyarakat turut di adun rapi dalam tema kisah.
Seperti karya Merantau Ke Deli, Hamka umpama membawa pembaca singgah sebentar ke Deli
menyaksikan orang kampung di situ berdagang dan bersosial. Begitu halus dan rapi Hamka
menceritakan. Antara lain di kisah TKVDW ialah ketaksuban masyarakat Minangkabau pada
adat-istiadat dan amalan turun-temurun mereka sehingga sanggup mengenepikan ajaran Syariat,
contohnya dalam soal pewarisan harta bapa kepada anaknya, dan hak seorang bapa dalam
menguruskan soal perkahwinan anak perempuannya.

Pujjian secara subliminal kepada pembaharuan dalam bidang pendidikan juga diselitkan, yang
mana. subjek-subjek yang diajar di sekolah tidak lagi sekadar subjek-subjek agama dan Arab,
bahkan merangkumi Bahasa Inggeris, Belanda dan pelajaran muzik.

#3 – NOVEL CINTA ISLAMI TANPA SIMBOL-SIMBOL


AGAMA
Kisah Tuan Direkur pula menyentuh banyak tentang kehidupan manusia yang diulit cinta dunia
hingga hilang nilai insani. Meskipun ringan tetapi berat dengan pesan. Iktibarnya menyusupi
segenap lorong jiwa. Dengan halus bahasa Hamka berjaya membawa mesej cerita; setiap
kebaikan dan amaran melekat di ruang sanubari yang mengajak kita menaledani yang baik dan
meneladani yang buruk.

Hamka dapat membuktikan, dengan novel 100-200 mukasurat sahaja, ilai kemanusiaan dapat
disampaikan, mesej-mesej pembaharuan dapat diketengahkan dan kritik-kritik sosial dapat
dilontarkan. Begitulah luasnya dakwah bagi seorang daie sejati. Beliau, seorang ulama nusantara
tersohor yang menulis Tafisr Al-Azhar itu, membuktikan novel cinta yang berunsur kemanusian
boleh mengajak manusia menginsafi Tuhan, tanpa memasukkan ayat ayat quran dan hadis dan
simbol-simbol agama yang lain secara tersurat, sehingga novel boleh di anggap seperti kitab
fiqh. Nilai-nilai manusiawi, fitrah dan islam disisipkan secara tersirat. Karya Hamka ini tidaklah
janggan di baca oleh segenap umur dan lapisan.

Novel hamka telah banyak diterjemah ke pelbagai bahasa, termasuk bahasa arab. Selain
dijadikan inspirasi filem, novel beliau juga di adaptasi kepada teater di malaysia dan indonesia.

Poster Teater Di Bawah Lindungan Kaabah


Poster Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick

Poster Teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai