Anda di halaman 1dari 14

Ahli Kumpulan

Fasilitator : PgB Al Hasra Bin Mohamed

Ketua Kumpulan : PKPgB Jamaah Binti Abdul Razak

Ahli Kumpulan : PPgB Mohd Norahpandi Bin Samsudin

PPgB Mohd Faiz Bin Ramli

Nor Haslinda Binti Mohd Surandi (Jabatan Kebajikan


Masyarakat Kota Tinggi)

Azrol Bin Abdul Latif (Jabatan Kebajikan Masyarakat Kota


Tinggi)

Mohd Ariff Bin Hamdan (Jabatan Agama Islam Kota Tinggi)

Nurul Huda Binti Yasim (Pejabat Kesihatan Daerah Kota


Tinggi)
I. LATAR BELAKANG

i. KUMPULAN

 Nama Kumpulan : Kota Tinggi Interagency (K.T.I)


 Nama Organisasi : Pejabat Zon 2
Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia
 Alamat : Tingkat 2, JBPM Kota Tinggi
 No Telefon & Faks : 07 8826150 / 07 – 8826149
 E-mel : Zon_kotatinggi@bomba.gov.my
 Tarikh penubuhan : 4 April 2017
 Bilangan ahli : 7 orang

ii. PROJEK

 Nama Projek : Pusat Sehenti Pasca Insiden Mobile


(PSPI Mobile)

 Keterangan Projek : Satu aplikasi yang digunakan untuk


memudahkan pengguna mengisi dan
menghantar borang dengan cepat
dan tepat apabila berlaku bencana.

 Kategori Projek : Penyampaian Perkhidmatan/


Penciptaan Baru
 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK & PEMBUKTIAN
i. Keterangan Projek
Kriteria
 Menyokong visi dan misi agensi
 Memberi tambah nilai (added value) dan inovasi (innovation)dalam
mencipta penambahbaikan, peluang baharu serta mengatasi
isu/masalah
 Projek dapat menjimatkan kos dan meningkatkan nilai
kepenggunaan (user value lifted)
 Projek dapat dilaksanakan dengan kadar yang cepat dan
munasabah

Kumpulan telah mengadakan perbincangan untuk mengenalpasti


permasalahan yang dihadapi oleh pegawai-pegawai zon serta agensi-agensi
berkaitan.

BIL MASALAH JUMLAH ANGGOTA


YANG MEMILIH
MASALAH
1 MASA YANG LAMA DIPERLUKAN UNTUK
MENDAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI 3
BERKAITAN KES
2 SISTEM PENGURUSAN INSIDEN(SPI)
SELALU TERGENDALA 4
3 KESUKARAN MANGSA MENGHANTAR
BORANG KEPADA ANGENSI KERAJAAN 7
APABILA BERLAKU KES

Permasalahan yang dihadapi sedikit sebanyak telah merencatkan kelancaran


matlamat visi dan misi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Berdasarkan maklum balas yang diterima, kumpulan Kota Tinggi Inter
Agensimembina Pusat Sehenti Pasca Insiden Mobile (PSPI Mobile)yang
merupakan aplikasi hasil daripada idea kreativiti pegawai bomba yang berkait secara
langsung dengan visi dan misi jabatan iaitu:

MISI- Menjadisebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi


tinggi.

VISI- Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang profesional


bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Kaedah ini membantu menjadikan sektor kerajaan sebuah entiti yang lebih efektif
dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju,bersatu padu,selamat dan adil
dengan kualiti yang tinggi untuk semua. Bertepatan dengan seruan menyahut
Transformasi Nasional 2050 iaitu:

- Menjadi negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi, kemajuan sosial


dan inovasi.
- Membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050 untuk
menyasar menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi,
kesejahteraan rakyat dan inovasi.
- Melahirkan generasi berfikiran kreatif dan inovasi bagi mempersiap Malaysia
menghadapi perubahan dunia serba mencabar.
8 prinsip yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri yang perlu diikuti
oleh penjawat awam untuk menambah baik perkhidmatan kepada rakyat.
Kelapan-lapan prinsip ini dapat meningkatkan lagi prestasi penjawat awam dalam
meningkatkan produktiviti dan sumbangan penjawat awam ke arah
pembangunan negara.
1.Berilmu – Penjawat awam hendaklah memastikan mereka sentiasa berilmu
pengetahuan, kreatif, inovatif dan mampu menjadi ‘figura contoh’ kepada
masyarakat.
2. Kebolehpercayaan – meliputi sifat jujur, amanah, integriti dan diyakini serta
mempunyai nilai-nilai murni sejagat yang dipercayai oleh masyarakat.
3. Budaya Amalan Kerja Terbaik – amalan kerja terbaik adalah cerminan
kewibawaan bagi penjawat awam. Penjawat awam harus bersungguh dan
sentiasa serius dalam pekerjaan, fokus, disiplin, tepati masa dan mempunyai
kemahiran serta kompetensi tinggi supaya dilihat sebagai suatu kumpulan yang
dinamik, progresif dan berupaya mendepani kelak.
4. Semangat Patriotik – Penjawat awam harus mempunyai perasaan mencintai
dan memiliki perjuangan patriotik memartabatkan negara.
5. Budaya keberhasilan yang berteraskan outcome based – budaya ini
penting bagi meningkatkan mutu dan kualiti kerja yang bersandarkan kepada
petunjuk prestasi utama (KPI) dalam menghasilkan prestasi kerja yang unggul
dan cemerlang.
6. Budaya Kreativiti dan Inovasi – Penjawat awam perlu menampilkan
pelaksanaan tugas yang lebih kreatif dan inovatif bagi menyahut cabaran untuk
memenuhi jangkaan rakyat yang semakin bertambah kompleks, pelbagai dan
sentiasa berubah.
7. Nilai Tambah dan Kompetensi – penjawat awam yang berkompetensi
mempunyai nilai tambah yang tinggi.
8. Pemuafakatan Kerja – Penjawat awam harus meninggalkan amalan bekerja
secara silo. Semua pihak perlu berurusan secara muafakat, saling bahu
membahu dan bukannya bekerja dalam silo atau lohong masing-masing.
 TINDAKAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN

Kumpulan seterusnya telah menggunakan kaedah Design Thinking dengan


mengaplikasikan langkah prototaip dan testing.

PrototaipPusat Sehenti Pasca Insiden Mobile (PSPI Mobile)dibangunkan


untuk memudahkan pengguna / mangsa kes menghantar maklumat kepada agensi
kerajaan yang terlibat.

Pusat Sehenti Pasca Insiden Mobile (PSPI Mobile)merupakan


aplikasimesra pengguna dan dapat menyokong penggunaan teknologi masa kini
melalui Smartphones. Pengguna hanya perlu mengikut arahan dengan mengisi
maklumat yang diperlukan dan maklumat ini akan terus dihantar ke agensi yang
berkaitan dengan menekan butang ‘HANTAR’. Dokumen sokongan boleh dimuatnaik
di ruang ‘LAMPIRAN’.

Aplikasi ini dihasilkan melalui program Beta dengan memasukkan coding


tertentu ke Android Studio iaitu program javascrip yang digunakan untuk
membangunkan perisian aplikasi android.Setelah siap program yang dihasilkan file
akan di generate iaitu file APK dan publish di google play.
Antara paparan aplikasi Pusat Sehenti Pasca Insiden Mobile (PSPI Mobile)

Antara kelebihan prototaip Pusat Sehenti Pasca Insiden Mobile (PSPI


Mobile)adalah:
 Bagi pengguna:
i. Free installation ke smartphone (Android).
ii. Pengguna dapat akses pada Direktori jabatan-jabatan berkaitan.
iii. Pengisiandan penghantaranborang PSPI secara online tanpa
perlu ke beberapa agensi kerajaan berlainan.
iv. Menjimatkan masa dan kos pengangkutan pada pengguna serta
mangsa kes.
v. Pengguna boleh berhubung terus dengan pegawai yang
bertanggungjawab dari setiap jabatan berkaitan.
vi. Aplikasi mesra pengguna.
vii. Pengisian borang secara atas talian tanpa mengira waktu dan
tempat.

 Bagi agensi kerajaan:


i- Memastikan borang yang dihantar online adalah lengkap.
ii- Dapat mengetahui alamat atau lokasi sebenar kejadian dengan
tepat melalui butang ‘location’.
iii- Penerimaan borang yang cepat serta memudahkan langkah
seterusnya.
iv- Semakan borang permohonan mangsa dapat dijalankan secara
serta merta
v- Dapat menjimatkan penggunaan kertas bertepatan dengan
Kempen Hijau (paperless)
vi- Penggunaan sistem yang lebih efektif dan sistematik.
vii- Penerimaan borang secara atas talian tidak mengira waktu dan
tempat.

Pusat Sehenti Pasca Insiden Mobile (PSPI Mobile)Apps


Latihan penggunaan telah diberi kepada semua ketua balai serta pegawai bomba
yang bertugas di Zon 2 Kota Tinggi.
KEBERHASILAN / IMPAK PROJEK (OUTCOME)
Keberhasilan projek dapat diukur berdasarkan perkara-perkara berikut:
o Borang PSPI diterima dan diproses dalam masa 24 jam dari masa kejadian.

Kesan/impak projek ialah seperti berikut:

 Keberkesanan muat turun aplikasi ke smartphone

 Pengguna android dapat muat turun aplikasi PSPI mobile tanpa sebarang
masalah.
 Berdasarkan maklumbalas pengguna, rating yang diberikan untuk aplikasi
ini adalah 3.5 / 5.
 Kualiti perkhidmatan dapat ditingkatkan secara tidak langsung.
 Ini juga memberikan kelebihan dan keyakinan kepada orang awam
terhadap badan kerajaan.

 Peningkatan Output

 Sebelum projek, kebanyakan borang yang dihantar adalah tidak lengkap.


Pengguna terpaksa berulang-alik ke agensi kerajaan hanya untuk
menghantar 1 dokumen / lampiran.
 Selepas projek, borang yang diisi online haruslah dilengkap sebelum
pengguna boleh menekan butang ‘HANTAR’. Ini memastikan 100%
borang yang diterima telah diisi dengan lengkap.
 Penerimaan borang adalah lebih cepat serta memudahkan langkah
seterusnya. Semakan borang permohonan mangsa dapat dijalankan
secara serta merta.
 Penjimatan masa

 Dokumen sokongan boleh dimuatnaik di ruang ‘LAMPIRAN’ tanpa perlu


ke agensi kerajaan tersebut. Ini menjimatkan masa pengguna dan
menjadi value-added kepada perkhidmatan yang ditawarkan.
 Pengisian borang secara atas talian dapat dilakukan tanpa mengira
waktu dan tempat.

 Impak Projek
 Meningkatkan imej Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam
memberikan mutu perkhidmatan yang lebih profesional.
 Memberikan keyakinan yang tinggi kepada pengguna.
 Kaedah ini dapat memberi penjimatan yang amat baik dalam
penghasilan projek.

BIL PERKARA YA TIDAK

1 Keceriaan rupa fizikal produk 3 0

2 Mesra Pengguna Produk 3 0

3 Penjimatan masa 4 0

Potensi Pengembangan Projek


 Mewar-warkan aplikasi ini kepada lebih ramai pengguna android.
Maklumbalas dan rating yang diterima dari aplikasi ini dapat digunakan untuk
menambah-baik aplikasi sedia ada.
 Projek ini telah mendapat kelulusan daripada Ketua Zon 2 Johor Jabatan
Bomba dan Penyelamat Negeri Johor untuk penyeragaman penggunaan
aplikasi PSPI Mobile di semua balai bomba di bawah Zon 2 Johor
(Lampiran A).
 Taklimat penyelarasan penggunaan PSPI Mobile akan diberi kepada semua
ketua balai serta pegawai bomba yang bertugas di Zon 2 Kota Tinggi.

 Tahap ketersediaan teknologi dan pengkomersialan/replikasi


 Projek ini dapat diperluaskan penggunaanya di seluruh Balai Bomba
dan Penyelamat Malaysia di setiap Negeri.
LAMPIRAN A

Database online untuk


dimasukan gambar di
dalam aplikasi PSPI Mobile

1. Department
2. Notification
3. PhotoGallery
4. Version

Database online untuk


dimasukan gambar di dalam
aplikasi PSPI Mobile

1.Gambar

Google Play Conclose iaitu


membolehkan pemaju mudah
menerbitkan dan
mengedarkan aplikasi mereka
terus kepada pengguna
telefon serasi Android.
Resit bayaran kepada
google untuk aktifkan
servergoogle play

Anda mungkin juga menyukai