Anda di halaman 1dari 12

Nama: _________________________ Jan & Feb 2019

SUBJEK : Bahasa Malaysia (SPM) Tingkatan 4

NOMBOR TUTORIAL : Tutorial Januari & Februari
TOPIK : SPM 2005
DISEDIAKAN OLEH : Wendy Wong

Kertas 1 (2 jam 15 minit)

Bahagian A
[Masa dicadangkan: 45 minit]
[30 markah]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu
dilakukan untuk menangani gejala vandelisme. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.

GEJALA VANDALISME

Penskoran:
28 – 30 Cemerlang atas
26 – 27 Cemerlang bawah
23 – 25 Kepujian atas
20 – 22 Kepujian bawah
17 – 19 Memuaskan atas
15 – 16 Memuaskan bawah
12 – 14 Kurang memuaskan atas
10 – 11 Kurang memuaskan bawah
06 – 09 Pencapaian minimum atas
01 – 05 Pencapaian minimum bawah

1
Bahagian B
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]
[30 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350
patah perkataan.

1. Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini
akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.

Ulaskan pernyataan di atas.

2. Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu
pendidikan anak-anak sebenarnya bermula dari rumah.

Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

3. Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu,
Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi
mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara.

Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi
meningkatkan mutu sukan negara.

4. Pada masa ini persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah
menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.

Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.

5. “Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat
diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.

Berdasarkan maksud peribahasa itu, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam
kehidupan masyarakat majmuk.

Penskoran:
90 – 100 Cemerlang atas
80 – 89 Cemerlang bawah
73 – 79 Kepujian atas
66 – 72 Kepujian bawah
58 – 65 Baik atas
51 – 57 Baik bawah
43 – 50 Memuaskan atas
36 – 42 Memuaskan bawah
28 – 35 Kurang memuaskan atas
21 – 27 Kurang memuaskan bawah
11 – 20 Pencapaian minimum atas
01 – 10 Pencapaian minimum bawah

2
Kertas 2 (2 jam 30 minit)

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah hidup
berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan keutuhan hubungan
dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri
masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting
dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala perkara
yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran merupakan orang
yang paling mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. Pertolongan seperti
inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib
atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya
akan memberikan manfaat yang besar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan
dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan
bersatu padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian,
penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat

dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial seperti khalwat,
penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan
mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala
tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum
terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup
dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat
menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan
program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa perpaduan, negara
akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam keadaaan
aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik
ialah jiran yang berjaya memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan

3
perkongsian pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah
bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpeeahan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran dalam
menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan
sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan yang lebih gemilang pada masa
akan datang.

................................................................................................................................................................

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud rangkai kata menjamin keselamatan setempat.

..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (2 markah)
4
ii. Nyatakan kepentingan perpaduan dalam hidup berjiran.
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (3 markah)

iii. “Semangat kejiranan semakin hari semakin luntur.” Pada pendapat anda, mengapakah keadaan
ini berlaku?
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (4 markah)

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

Baca petikan drama Kaduk, Ayam dan Raja di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk
menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan
terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di
Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatnya RAJA. Hakim membuat
keputusan memasuki bidang penternakan bersandarkan beberapa faktor. Dia selalu sangat
mendengar para menteri dan pakar ekonomi berkata, “Pada masa sekarang ini kerajaan sangat
mementingkan aktiviti pengeluaran makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak makanan.”
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan Puan-puan, sebahagian besar
bahan makanan rakyat kita, adalah diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu ekar tanah yang terbiar
kosong dan tidak produktif. Mengapa kita bergantung kepada beras, ikan, daging, ayam dan sayur-
sayuran import? Keadaan ini akan membahayakan kita kalau terjadi sesuatu bencana. Kerajaan
mengutamakan bidang pengeluaran makanan kerana ini soal keselamatan negara.”
Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, “Rakyat mesti membuka mata dan melihat
potensi yang ada di dalam bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekelian untuk merebut
peluang ini, terutama ribuan siswazah Melayu yang masih menganggur. Kerajaan menyediakan
banyak peluang terutama kepada kaum yang mendapat keistimewaan dalam Dasar Ekonomi Baru.
Ada pelbagai bantuan dan skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh sebuah
bank khusus. Nah, semuanya ada di hadapan anda! Yang diperlukan sekarang ialah kesanggupan
anda untuk bekerja kuat. Ingat slogan ini, ‘pertanian adalah perniagaan’.”

5
i. Mengapakah Hakim mengambil keputusan memasuki bidang penternakan?
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (2 markah)

ii. Pada pendapat anda, apakah cara untuk meningkatkan bidang pengeluaran makanan di negara
kita?
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (3 markah)

iii. Huraikan satu nilai yang ada dalam petikan dan dua nilai lagi daripada keseluruhan cerpen ini.
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (4 markah)

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa moden Kepimpinan Melalui Teladan di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah hari malam maka Kertala Sari pun membaiki pakaian yang indah-indah dan
memakai bau-bauan yang harum lalu masuk ke dalam kota, dalam hatinya, “Pada mala mini aku
masuk membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itu habis aku curi.”
Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun
berjalanlah. Pada malam itu kelam kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun
masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh
Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan
Kertala Sari datang itu. Maka Kartala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang
kakinya pada tubuh Laksamana.

6
Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai pula
aku ini!”
Adapun akan Laksamana tidur itu kerusinya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat
menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.
Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!”
Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir LAksamana.
Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya
syahwatnya diambilnya lalu ia kembali ke rumahnya.

i. Berikan maksud rangkai kata terlalu gemuruh bahanannya.

..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (2 markah)

ii. Gambarkan peristiwa Laksamana membunuh Kertala Sari di tengah pasar.

..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (3 markah)

iii. Pada pendapat anda, wajarkah Laksamana membunuh Kertala Sari? Berikan alasan anda.
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (4 markah)

7
Soalan 2(d) – Puisi
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Syair Bidasari

Dengarkan tuan suatu riwayat, Hairan orang empunya temasya,

Raja di desa Negeri Kembayat, Baginda itulah raja perkasa,
Dikarang fakir dijadikan hikayat, Sangat tiada merasai susah,
Supaya menjadi tamsil ibarat. Entah pada esok dan lusa.

Ada raja suatu negeri, Seri sultan raja bestari,

Sultan halifah akas bestari, Setelah ia sudah beristeri,
Asalnya baginda raja yang bahari, Beberapa bulan beberapa hari,
Melimpah ngadil dagang senteri. Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan, Datanglah menyambar suaranya bahana,

Baginda duduk bersuka-sukaan, Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Datanglah beroleh kedukaan, Seisi negeri gundah-gelana,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Membawa diri ke mana-mana.

Datanglah kepada suatu masa, Baginda pun sedang dihadap orang,

Melayanglah unggas dari angkasa, Mendengar gempar seperti perang,
Unggas gurda sangat perkasa, Bertitah baginda raja yang garang,
Menjadi negeri rosak binasa. “Gempar ini apakah kurang.”

i. Gambarkan sifat raja dalam rangkap kedua syair ini.

..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (2 markah)

ii. Pada pendapat anda, mengapakah seorang pemimpin itu perlu bijaksana?
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (3 markah)

iii. Jelaskan dua pengajaran dalam syair di atas.

..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
..........................................................................................................................................................
....................................................................................................................................... (4 markah)

8
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.

a. Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. tatasusila (礼节;好的品行)
....................................................................................................................................................

ii. tatacara (礼仪;风俗习惯)

iii. prasyarat (先决条件)

iv. prasejarah (史前)

v. dwibahasa (双语)

vi. dwitahunan (两年一次)

(6 markah)

b. Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Tugas mengisi kemerdekaan negara akan kita pikul bersama-sama.

....................................................................................................................................................

ii. Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan
kediaman semakin meningkat.
....................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................

iii. Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong-royong pada minggu
lepas.

9
....................................................................................................................................................
(6 markah)
c. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin petikan itu semula.

i. Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam

semula jadinya.
ii. Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai
pakar bedah.
iii. Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan
perpaduan belia semalaysia.

Kesalahan ejaan Kesalahan penggunaan imbuhan

i. .................................................................... i. ....................................................................
ii. .................................................................... ii. ....................................................................
iii. .................................................................... iii. ....................................................................
[6 markah]

d. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen
Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
ii. “Wahai generasi muda, berbangkitlah kepada negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin itu
ketika berucap dalam perhimpunan belia.
iii. Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.

Kesalahan penggunaan kata atau istilah Kesalahan penggunaan tatabahasa

i. .................................................................... i. ....................................................................

ii. .................................................................... ii. ....................................................................

iii. .................................................................... iii. ....................................................................

(6 markah)

10
e. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
maksud ayat tersebut.

i. Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang
menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
...................................................................................................................................................

ii. Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira
kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
....................................................................................................................................................

iii. Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja
berlebih-lebihan.
....................................................................................................................................................
(6 markah)

Soalan 4: Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip bin Talib.

a. Berdasarkan novel yang anda kaji dalam Tingkatan 4, huraikan dua persoalan yang terkandung
dalam novel tersebut. (7 markah)

11
b. Berdasarkan novel yang anda kaji dalam Tingkatan 4, huraikan tiga nilai murni yang terdapat
dalam novel yang telah anda kaji. (8 markah)

12

Anda mungkin juga menyukai