Anda di halaman 1dari 9

http://bmspm.net/strategimenjawabrumusan.

htm

SOALAN 1: Rumusan
(30 markah)

STRATEGI MERUMUS KARANGAN

PETIKAN 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan


dan kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat
antara jiran dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang
berkualiti. Semngat kejiranan dapat memainkan peranan yang amat penting
dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita.
Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu,
jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita ditimpa
bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan
sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran yang berbeza
latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan memberikan manfaat
yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki pengetahuan dan kemahiran
yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu
padu mampu menjamin keselamatan setempat daripada sebarang ancaman seperti
kecurian, penyalahgunaan dadah dan budaya samseng.

Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat


dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama jiran. Gejala sosial
seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran
memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa. Kita
perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli keluarga sendiri. Setiap ahli
masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang buruk, bak kata pepatah,
‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan
mengambil berat antara satu sama lain sudah semestinya dapat menjana program yang
menyumbang kebajikan kepada masyarakat setempat. Rahsia kejayaan program ini
terletak pada persepakatan dan persefahaman yang mantap sesama jiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa


perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi
dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan melalui
hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya memupuk semangat
tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama mereka.
Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit permusuhan
yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran
dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara
yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan
yang lebih gemilang pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Kejiranan, Cara Kekalkan


Hubungan Baik, oleh Ahmad Tarmizi Zakaria,
Utusan Malaysia, Jun 2003)

A: STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSURAT

STRATEGI 1:

,
- Bacaan kali pertama untuk dapatkan gambaran keseluruhan petikan.
(masa dicadangkan 2 minit)
- Bacaan kali kedua untuk dapatkan pemahaman.
(masa dicadangkan 5 minit)

STRATEGI 2:

Tentukan kata tugas dalam soalan (Fokus 1 dan Fokus 2) dan gariskan
perkataan-perkataan tersebut.
 Fokus 1 = Isi tersurat
 Fokus 2 = Isi tersirat

Sebagai contoh dalam petikan contoh 1 Fokus 1 iaitu faedah-faedah hidup


berjiranmerupakan fokus untuk isi tersurat manakala Fokus 2 iaitu cara-cara memupuk
semangat kejiranan pula merupakan fokus untuk isi tersirat.

CONTOH 1

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang
faedah-faedah hidup berjiran [ISI TERSURAT] dan cara-cara memupuk
semangat kejiranan. [ISI TERSIRAT] Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

STRATEGI 3:
Baca perenggan 1 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemamtapan dan keutuhan


hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam
masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat kejiranan dapat
memainkan peranan yang amat penting dalam (menjana kehidupan setempat yang aman
dan harmoni). [ISI 1]

Baca perenggan 2 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita. Segala
perkara yang berlaku pada diri kita terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu, jiran
merupakan orang yang paling (mudah memberikan pertolongan pada saat kita
ditimpabencana) [ISI 2]. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa
kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. (Jiran
yang berbeza latar belakang) pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan
(memberikan manfaat yang besar kepada kita) [ISI 3]. Hal ini kerana (mereka memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama).[ISI 3-PILIHAN 2] Di
samping itu, jiran yang sepakat dan bersatu padu (mampu menjamin keselamatan
setempat) [ISI 4] daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah
dan budaya samseng.

Baca perenggan 3 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

(Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat


dapat dicegah) [ISI 5] dengan semangat kerjasama dan keperihatinan seama jiran.
(Gejala sosial) seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah (dapat
dibendung) [ISI 6] jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya
kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa ahli
keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu
yang buruk, bak kata pepatah, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Jiran yang hidup dalam
suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah
semestinya (dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat
setempat).[ISI 7] Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan
persefahaman yang mantap sesama jiran.

Baca perenggan 4 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa


perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi
dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. (Perpaduan dapat dilahirkan melalui
hubungan baik sesama jiran). [ISI 8] Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya (memupuk
semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian pintar sesama
mereka). [ISI 9] Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan tercetuslah bibit-bibit
permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Baca perenggan 5 petikan yang diberi sekali lagi dan gariskan isi-isi tersurat
untuk menjawab Fokus 1. Kata tugas yang diberikan dalam arahan soalan iaitu
faedah-faedah hidup berjiran.

Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran
dalam (menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara) [ISI 10]Hanya
negara yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda
pembangunan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

STRATEGI 4:

Senaraikan Fokus 1 (isi-isi tersurat) yang terdapat dalam petikan tersebut dan
kira jumlah perkataannya.

Isi-isi Tersurat : faedah-faedah hidup berjiran

- Dapat menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni [ 8 ]


- Mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana. [ 8 ]
- Jiran yang berbeza latar belakang memberikan manfaat yang besar
kepada
kita. [ 11 ]
Atau
- Dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka [ 8 ]
- Mampu menjamin keselamatan setempat. [ 4 ]
- Dapat mencegah perkara yang mencemarkan keharmonian dan
kesejahteraan masyarakat. [ 9 ]
- Gejala sosial dapat dibendung. [4 ]
- Dapat menjana program yang menyumbang kabijakan kepada masyarakat
setempat. [ 9 ]
- Melahirkan perpaduan sesama jiran. [ 4 ]
- Memupuk semangat toleransi, saling mempercayai dan mengamalkan
perkongsian pintar sesama mereka. [ 11 ]
- Menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. [ 6 ]

STRATEGI 5:

Tulis isi-isi tersurat tersebut menjadi sebuah perenggan yang lengkap.

PERINGATAN:
- Maksimum isi untuk fokus 1 ialah 6 isi. Oleh itu anda tidak perlu
memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan yang agak terhad.
Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah
perkataan.
- Anda perlu menulis kata tugas untuk Fokus 1 dalam ayat pertama
perenggan isi tersurat.

CONTOH:

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang aman
dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita ditimpa bencana,
kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka. Hidup berjiran
mampu menjamin keselamatan setempat, dapat membendung gejala sosial serta
melahirkan perpaduan sesama jiran.
[ 46 patah perkataan ]

B : STRATEGI MENGHASILKAN ISI TERSIRAT

STRATEGI:

- Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam
petikan yang diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: cara-cara
memupuk semangat kejiranan.
- Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan
isi tersurat dan Fokus 2 dalam arahan soalan.
- Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi
tersirat.
- Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan
isi tersirat.

STRATEGI 1:

Kenal pasti dan senaraikan isi tersirat berdasarkan fokus 2 iaitu cara-cara
memupuk semangat kejiranan.
CONTOH :

- Mengadakan majlis gotong royong / aktiviti kemasyarakatan / bersedia


memberi pertolongan / tolong menolong [ konsep: bekerjasama ]

- Mengadakan rumah terbuka / majlis keraian / ziarah menziarahi / perihatin


atau ambil berat hal ehwal jiran / bertanya kabar / pelihara hubungan
kejiranan / bertegur sapa / saling mengenali [ konsep : Interaksi tidak formal ]

- Membuat rondaan bersama pada waktu malam / rukun tetangga.

- Mengadakan tabung kebajikan / kursus/ kempen kejiranan / tabung khairat.

- Mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat / tubuhkan sektor rukun


tetangga / persatuan belia / JKKK [ Konsep : Interaksi formal ]

- Mengadakan hari keluarga / sukaneka / riadah / pertandingan

- Mengikis sikap negatif dalam diri individu / jangan mementingkan diri / tidak
sombong / berbaik sangka dengan jiran .

STRATEGI 2:

Membina perenggan isi tersirat.

CONTOH PERENGGAN ISI TERSIRAT

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis


gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu, budaya
ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.
[ 23 patah perkataan ]

C : STRATEGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN RUMUSAN

STRATEGI :

- Fahami maksud keseluruhan petikan yang diberikan.


- Kenal pasti Fokus 1 petikan tersebut kerana berdasarkan Fokus 1 itulah
penfahuluan rumusan karangan dapat kita hasilkan.
- Anda perlu melakukan pengubahsuaian supaya ayat yang anda bina itu
menjadi ayat anda sendiri.
- Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
- Mulakan ayat pendahuluan dengan ; Petikan membincangkan /
membicarakan …….

CONTOH PENDAHULUAN:

Fokus 1 : Faedah-faedah hidup berjiran

Pendahuluan:

Petikan membincangkan peranan jiran dalam kehidupan bermasyarakat di


negara kita.

atau

Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / kelebihan / manfaat / hidup


berjiran dalam masyarakat

D : STRATEGI MENGHASILKAN KESIMPULAN RUMUSAN

- Kaji semula fokus soalan sama ada Fokus 1 dan Fokus 2.


- Kesimpulan rumusan hendaklah berdasarkan fokus soalan tersebut.
- Kesimpulan merupakan cadangan / harapan anda terhadap fokus tersebut
berserta kesan atau akibat cadangan / harapan tersebut.
- Anda juga perlu menghubungkan antara cadangan / harapan dengan
kesan
atau akibat cadangan dengan menggunakan kata hubung, ‘agar, supaya,
demi’.
- Gunakan penanda wacana atau rangkai kata, frasa yang menunjukkan
bahawa ayat tersebut merupakan ayat kesimpulan.
- Contoh : Kesimpulannya, ….Justeru, …

CONTOH KESIMPULAN:

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang


sejahtera dapat diwujudkan

Atau

Justeru, semua pihak perlu menjalankan tanggung jawab mereka dalam


masyarakat dengan berkesan agar sebuah komuniti yang sejahtera dapat
diwujudkan.
CONTOH PETIKAN RUMUSAN YANG LENGKAP

Petikan membincangkan kebaikan hidup berjiran dalan sesebuah


masyarakat.

Antara faedah hidup berjiran ialah dapat menjana kehidupan setempat yang
aman dan harmoni. Selain mudah memberikan pertolongan pada saat kita
ditimpa bencana, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki mereka. Hidup berjiran mampu menjamin keselamatan setempat,
serta dapat membendung gejala sosial dan melahirkan perpaduan sesama
jiran. Hidup berjiran juga dapat mencegah perkara yang mencemarkan
keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

Antara cara memupuk semangat kejiranan ialah dengan mengadakan majlis


gotong-royong dan mengadakan jawatankuasa kejiranan setempat. Selain itu,
budaya ziarah-menziarahi juga mampu memupuk semangat kejiranan.

Kesimpulannya, semua pihak perlu menghargai jiran agar kehidupan yang


sejahtera dapat diwujudkan.
[ 100 patah perkataan]
RUMUSAN
(30 MARKAH)

Baca petikan di bawah dan buat suatu rumusan tentang langkah-langkah yang dapat menggalakkan
remaja menghayati semangat kejiranan dan faedah-faedah yang diperoleh masyarakat daripada
penghayatan tersebut.. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120 patah kata.

Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan. Oleh hal itu, remaja
merupakan satu daripada entiti yang memenuhi definisi kejiranan. Dalam hal ini remaja ada peranannya
yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh
masyarakat , khasnya oleh golongan remaja. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan
perasaan kasih dan bantu-membantu tersemai dalam diri malah dapat membantu mewujudkan kekuatan
dalam kalangan rakyat untuk ingat-mengingati dan tegur-menegur, sehingga seseorang itu berasa begitu
lemah jika hidup tanpa jiran.
Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan dengki,
iri hati, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Oleh sebab remaja
merupakan entiti penting dalam masyarakat maka remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan
masyarakat seperti Rukun Tetangga yang semakin luas fungsinya meliputi aktiviti pendidikan, alam
sekitar, sukan, kesihatan,keagamaan dan ekonomi. Selain itu, remaja boleh berperanan sebagai mata-
mata kepada pihak berkuasa bagi menangani masalah jenayah di kawasan kejiranan masing-
masing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan guru berperanan untuk memastikan remaja berupaya
mentafsirkan peranan masing-masing dalam masyarakat apabila dewasa kelak.
Namun begitu, pegangan agama mesti menjadi pegangan kuat dalam kalangan remaja. Mereka
perlu memahami dan menghayati matlamat hidup di dunia agar menjadi lebih bertanggungjawab kepada
diri sendiri, agama dan masyarakat. Hal ini akan menjadikan remaja lebih peka akan konsep
kejiranan. Pada masa yang sama, Rukun Tetangga perlu berbincang dan bersepakat melaksanakan
program yang bersesuaian dengan kehendak remaja demi kemaslahatan jiran tetangga. Sebagai
contoh, penganjuran Hari Keluarga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara penduduk, bak kata
peribahasa “sepakat membawa berkat”. Masyarakat pula perlu mempunyai kesedaran untuk berubah.
Hasil kajian Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional menunjukkan bahawa sikap mementingkan diri
merupakan satu faktor utama kelunturan semangat kejiranan.
Tindakan seterusnya ialah kesediaan pihak polis melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah
jenayah dalam kalangan masyarakat. Rakan Cop yang diperkenalkan pada 9 Ogos 2004 diilhamkan atas
kesedaran bahawa polis merupakan elemen pelengkap sesebuah masyarakat yang aman dan
harmoni. Pendekatan Rakan Cop adalah untuk membentuk interaksi dua hala dengan
masyarakat. Secara tidak langsung remaja boleh bertindak sebagai “mata dan telinga” kepada pihak
polis demi keselamatan jitan mereka. Sementara itu, Gagasan 1Malaysia yang sangat menekankan
semangat perpaduan antara semua kaum di Malaysia perlu dihayati dan diaplikasikan oleh golongan
remaja dalam aktiviti seharian mereka demi pemupukan semangat kejiranan yang utuh dalam kalangan
masyarakat. Peranan semua pihak ini akan lebih berkesan jika media massa memainkan peranan
penting menyemarakkan semangat kejiranan dalam kalangan remaja dan masyarakat. Program
penyiaran yang melibatkan remaja dalam aktiviti kejiranan dan perpaduan mampu mempengaruhi sikap
dan mentaliti remaja terhadap kepentingan semangat kejiranan dalam hidup mereka.
Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat
dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa “tiada gunung
yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni”. Demi melahirkan masyarakat yang bersatu
padu dan remaja yang peka akan kepentingan bermasyarakat, semua pihak dan anggota masyarakat
perlu berganding bahu.

(dipetik dan diubah suai daripada ,Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat


Oleh Juliana Mansor
Majalah Dewan Siswa, Mac 2011)

Anda mungkin juga menyukai