Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN JENIS CATATAN

 Karangan jenis catatan harian ini ialah catatan penulis tentang peristiwa yang dialami atau dilalui
oleh penulis.

 Catatan harian dikenali juga sebagai diari.

 Terbahagi kepada dua bentuk, iaitu catatab sehari dan catatab beberapa hari.

 Jika sehari, sertakan haribulan, hari, dan waktu berlakunya sesuatu aktiviti atau peristiwa.

 Jika catatan beberapa hari, sertakan hari, haribulan, dan waktu jika perlu.

 Waktu peristiwa atau aktiviti yang dicatat merupakan perkara penting yang berkaitan dengan tajuk.

 Cara penulisan karangan jenis catatan ini seperti sebuah cerita. Urutan peristiwa atau aktiviti perlu
disusun agar menimbulkan daya tarikan untuk daya tarikan untuk mengetahui peristiwa
selanjutnya.

Karangan: Catatan percutian ke tempat menarik.


16 Mac 2013

6.00 pagi
Bangun awal. Solat subuh berjemaah. Menikmati hidangan pagi yang menyelerakan. Memunggah bagasi ke dalam bonet
kereta. Memulakan perjalanan ke Langkawi.

1.00 petang
Tiba di Hentian Rehat dan Rawat Rawang. Menunaikan solat Zuhur berjemaah. Membeli pelbagai jenis makanan dan
makan dengan tertib. Meneruskan perjalanan ke Langkawi.

3.00 petang
Tiba di Hotel Vista yang bertaraf lima bintang. Mendaftar dan membayar kos bilik. Berjalan menuju ke bilik 321 dan bilik
322. Berehat-rehat sambil berbincang memilih destinasi dengan kakak.

4.00 petang
Selepas solat Asar, kami bersiar-siar di Pantai Beras Basah. Mencuci dengan panorama indah dan damai di sana.
Mengambil kesempatan untuk bermandi-manda di laut serta membina istana pasir, mengutip cengkerang siput, bermain
bola pantai, bersampan, berkelah dan sebagainya. Ayah mengambil foto-foto yang menyeronokkan.

6.30 petang
Mengemas perkakas dan semua sampah segera. Bersedia untuk pulang ke hotel untuk membersihkan diri dan solat
Maghrib serta makan malam di Restoran Makanan Laut yang terletak berdekatan tempat penginapan.

7.45 malam
Berdandan secepat mungkin. Tidak sangka dapat merasai makanan laut setelah sekian lama mengidam. Aku
menganggap aku hanya akan makan malam di restoran biasa namun sangkaanku meleset apabila ayah memberitahuku
sebaliknya, bak kata pepatah tak kusangka cempedak jadi nangka.

8.00 malam
Memesan makanan dan menikmati juadah dari laut. Selesai makan, kami sempat membeli-belah di sebuah pusat beli-
belah. Kami membeli baju dan berbagai-bagai barangan lagi.

8.30 malam
Azan Isyak berkumandang. Aku dan keluarga menunaikan solat Isyak di surau berhampiran. Kami pulang ke hotel dan
bersalaman sebelum tidur.

Anda mungkin juga menyukai