Anda di halaman 1dari 5

2.

Cari teks bahasa melayu sekurang-kurang 500 patah perkataan dan 2 diagram

Tajuk : Cara-cara Mempopularkan Permainan


Tradisional

Dasawarsa ini, negara kita sedang menempuh arus


globalisasi dan modenisasi sehingga negara kita
mengalami pembangunan yang pesat sekali. Sehubungan
dengan itu, permainan tradisional turut dipandang
enteng dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada
arus perdana. Hal ini berkait rapat dengan perkembangan
permainan komputer dan permainan siber yang popular
dalam kalangan remaja dan belia kita. Adakah kita
sanggup membiarkan khazanah kebudayaan kita
ditelan dalam peredaran zaman dan lenyap di bumi kita
ini? Tepuk dada tanya selera dan sebelum nasi menjadi
bubur, kita perlu mencari pendekatan yang
efisien untuk meninggikan martabat permainan
tradisional di negara kita semula,
seperti peribahasa, di mana batang terguling, di situ
cendawan tumbuh. Oleh itu, prakarsa untuk
mempopularkan permainan tradisional ini patut
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk
mengangkat martabat permainan tradisional ini.

Sesungguhnya, Kempen Cintai Permainan


Tradisional merupakan salah satu alternatif yang
ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional ini
di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan
oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara
besar-besaran dengan kerjasama pihak media massa,
terutamanya media cetak dan media elektronik, iaitu
surat khabar dan pihak televisyen. Pihak berkenaan
perlu menyiarkan dokumentari dan rencana untuk
memperkenalkan permainan tradisional di negara kita,
seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain
memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media
perlu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan
permainan tradisional kepada masyarakat dan negara.
Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen
tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran,
dan peraduan poster dan sebagainya. Bak kata
peribahasa, tak kenal maka tak cinta lantaran itu,
golongan muda pasti menghargai dan berminat terhadap
permainan tradisional kita.

Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian


Pelajaran Malaysia perlu menjadikan permainan
tradisional sebagai kegiatan kokurikulum di sekolah.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah harus
digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan permainan
tradisional. Berpaksikan kelab permainan tradisional
seperti Kelab Wau Bulan, pelajar boleh diajar tentang
cara membuat alat permainan, cara bermain dan
syarat-syarat permainan. Setelah disuntik ilmu itu,
pelajar akan berminat untuk melibatkan diri dalam
permainan tradisional tersebut. Hakikatnya, generasi
muda merupakan tunjang yang bakal mewarisi pucuk
kepimpinan dan mewarnai masyarakat kita kelak.
Justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam
permainan tradisional pasti dapat memajukan permainan
tersebut di tanah air kita daripada membiarkan seni
budaya kita terus lenyap dan pupus begitu sahaja. Bak
kata peribahasa, di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan maka atas komitmen pihak sekolah, putera-puteri
yang sedang berjuang dalam medan ilmu pengetahuan dapat
bergiat aktif dalam permainan tradisional untuk
melegakan tekanan sebagai kegiatan riadah yang sangat
bermanfaat.

Sementelahan pula, pertandingan merupakan inisiatif


yang dominan untuk mempopularkan permainan
tradisional dalam masyarakat kita. Hal ini demikian
kerana, sebagai fitrah manusia memang suka bertanding
dan berlaga. Seterusnya agensi-agensi kerajaan dan
Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti pihak Kementerian
Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian
Pelancongan Malaysia boleh bergabung dengan badan
korporat seperti Proton, TM Net dan
Maxis menganjurkan pertandingan permainan
tradisional dari peringkat sekolah, daerah,
kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Salah
satu contoh yang terbaik ialah Festival Layang-layang
Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor. Pertandingan
layang-layang itu berjaya menarik peminat-peminat
permainan tersebut dari seluruh dunia untuk turut
mengambil bahagian. Hal ini berjaya mempromosikan
pelancongan dan permainan tradisional kepada
pelancong asing, selaras dengan peribahasa, sambil
menyelam minum air.

Secara intihanya/Sebagai intiha bicara, permainan


tradisional harus dilestarikan supaya tidak lapuk dek
hujan dan tidak lekang dek panas. Jika semua pihak
bersikap acuh tak acuh dan hanya melepaskan batuk di
tangga, khazanah budaya kita pasti akan lenyap di bumi
kita. Ingatlah peribahasa, sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, semua pihak
perlulah bersinergi untuk mempopularkan permainan
tradisional ini agar dapat dilestarikan sampai
bila-bila dan menjadi satu alat permainan yang mesti
dimainkan oleh generasi pada masa akan datang.
3.Nyatakan tugas-tugas yang boleh dilakukan oleh perisian duxburry.

Perkembangan teknologi golongan kurang upaya


Perisian untuk golongan cacat penglihatan
Perisian Duxbury (Duxbury Braille tranlator)

Braille diibaratkan sebagai 'mata' dan 'nyawa' kepada orang-orang buta. Menerusi
Braille, mereka boleh mendapat pelbagaiinformasi, menambah ilmu dan membaca
kisah-kisah menarik. Sebelummunculnya peralatan canggih yang serba moden ini,
Braille dihasilkansecara manual iaitu ditaip dengan menggunakan mesin taip di atas
sekepingkertas khas yang akan menimbulkan huruf brailleKemunculan sistem Braille
moden seperti perisian Terjemahan Braille Duxbury(DBT), perisian JAWS (boleh
mengeluarkan suara) dan mesin pencetak tulisan Brailleatau dikenali sebagai
embosser menjadikan kerja-kerja penghasilan buku Braille berjalandengan
pantas.buku akan diimbas terlebih dahulu di atas mesin imbasan yang
dimulaidaripada muka surat pertama.
Kemudian, segala butiran yang diimbas sebentar tadi akan tertera di komputer
menerusi perisian ‘text document’ dalam huruf rumi. Ketika proses ini berjalan,
perisian JAWS yang boleh mengeluarkan suara akanmembaca satu persatu ayat yang
diimbas dari buku tersebut. Dengan ini, tugas-tugaspenyuntingan dan mengenal pasti
kesalahan ejaan dapat dilakukan oleh golongan butasendiri, tanpa bantuan
sukarelawan.Menariknya sistem JAWS ini, selain membaca ayat yang tertera, JAWS
juga akanbersuara apabila kursor tetikus terkena mana-mana item di skrin komputer.
Contohnya,JAWS akan menyebut perkataan fail jika kursor terkena pada item file.
Setelahmembetulkan kesalahan ejaan, ayat-ayat rumi akan dihantar dan disimpan di
dalamperisian DBT dengan tujuan menterjemahkan huruf rumi ke dalam huruf
Braille.
Akhir sekali, barulah ia dicetak melalui mesin embosser yang disambung
padakomputer. Hasil cetakan akan keluar dalam bentuk Braille dan seterusnya kami
akanmelakukan proses yang sama sehingga ke halaman terakhir buku

Anda mungkin juga menyukai