Anda di halaman 1dari 4

Program Derma Darah 2017

Pembuka Assalamualaikum...WBT
Bicara
Majlis mengucapkan selamat datang ke program kempen derma darah 2017
(central area)

Pergi ke pasar membeli ikan,


Ikan dimasak diatas bara,
Selamat datang kami ucapkan,
Ucapan bismillah pembuka acara

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi


Dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Protokol

1. Yang Berbahagia Dato Hanapi Bin Daing Dalisang, Yg Di pertua PIBG


KVDLM
2. Yang Berusaha Tn Hasni Bin Dolmat pengarah KVDLM
3. Yang Dihormati En. Ku Yusoff Bin Tuan Pa, Assistant Vice President
Charoen Pokphand Jaya Farm (M) SDN BHD
4. Yang Dihormati En. Rizma Efendy Bin abdullah, Manager 1 Avian Farm
(M) SDN BHD cawangan Pedas, merangkap pengerusi kempen derma
darah 2017
5. Yang Berusaha ASP Jusman Bin Ahmad, Pegawai Perhubungan Kolej
6. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Akademik Pn Hjh Yusni Bt Abd
Murad
7. Yang berusaha Timbalan Pengarah sokongan akademik Pn Sadiah Bt
Saalan
8. Yang berusaha Tn Hj abdul wahab Bin Hj Khalid Naib yang Dipertua
PIBG KVDLM
9. Wakil Hospital Kuala Pilah
10. Barisan Pensyarah Kolej Vokasional DLM dan
11. Para pelajar yang di rahmati sekalian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
diberikan luangan waktu , kesempatan dan dianugerahkan kesihatan yang baik
untuk kita berkumpul dalam satu majlis pelancaran program kempen derma
darah 2017.

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekalian, pelancaran program kempen


derma darah kolej vokasional DLM ini merupakan satu platform bagi menyebar
informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak kolej
bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu pelajar
dan warga kolej. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya
hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya
kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kelebihan menderma darah.
Program ini mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Charoen PokPhand
Jaya Farm (M) SDN BHD dan AVIAN FARM (M) SDN BHD serta Hospital Kuala
Pilah yang bersama-sama menjayakan kempen derma darah ini.

Bacaan doa Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah


tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat
rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
___________________________________ untuk memimpin bacaan doa. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan

*****************************************Bacaan
Doa************************************************

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ____________________________ di atas


pimpinan bacaan doa itu tadi.
Kata alu-aluan Hadirin yang di rahmati sekalian,
Program derma darah ini merupakan satu program kesihatan untuk semua
warga kolej demi melahirkan dan memupuk rasa tanggungjawab para pelajar,
pensyarah dan seterusnya warga pelajar mengenai kepentingan menderma
darah.
Diantara tujuan utama
• Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi
dengan masyarakat kolej bagi mencapai matlamat bersama.
• Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan
menerapkannya kepada para pelajar dan komuniti setempat.
• Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan
pelajar walau di mana mereka berada.
• Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria
ketika di sekolah,

Ucapan Aluan daripada pengarah


Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala hormatnya
menjemput Yang berusaha En Hasni Bin Dolmat, Pengarah Kolej Vokasional
Dato Lela Maharaja untuk memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan
majlis pelancaran program kempen derma darah 2017.

majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*******************************Ucapan Perasmian
Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang
Berusaha En Hasni Bin Dolmat, pengarah KVDLM. Majlis merakamkan jutaan
terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Buat makluman semua bagi aktiviti derma darah akan didatangi oleh pihak
luar yang terdiri daripada
________________________________________________________.

Sesi Bagi meneruskan majlis pada hari ini, majlis menjemput wakil CP
bergambar _______________________________ untuk menyampaikan cenderahati kepada pihak
dan kolej.
penyampaian Majlis mempersilakan Yg Berusaha En Hasni bin Dolmat bagi menerima
cenderahati cenderahati.

Seterusnya dijemput ASP Jusman Bin Ahmad untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengarah di atas penyampaian


cenderahati itu.
Penutup Dengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu, maka majlis sudah sampai
kepenghujungnya. Mohon kepada semua yang terlibat bersedia untuk sesi
bergambar bersama pihak CP, avian farm, pihak kolej dan wakil hospital.
Dikesempatan ini juga, kami seluruh warga kerja program kempen darah 2017
ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program
kempen derma darah yang dijalankan pada hari ini.

Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,


DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan


terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai