Anda di halaman 1dari 3

Amanah Dalam Pekerjaan

Muqaddimah

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya
(yang berhak menerimanya)” al-Nisa’: 58

Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:

“Ketahuilah! Tidak beriman bagi sesiapa yang tiada amanah”. Riwayat Imam Ahmad

Berdasarkan ayat dan hadis di atas amanah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan.
Perintah di sini wajib sebagaimana perintah-perintah yang lain seperti solat, puasa dan
sebagainya. Amanah adalah cabang keimanan, seseorang yang beriman mempunyai sifat amanah
dan sebaliknya pula orang tidak amanah itu menandakan kekurangan imannya.

Takrif dan Skop Amanah

Amanah ialah penjagaan hak-hak dengan sempurna dan disampaikan kepada tuannya. Bidang
amanah terlalu luas meliputi agama dan kewajipan syara’, kepimpinan, bidang pekerjaan seperti
pentadbiran, perniagaan, perkilangan, rumahtangga dan sebagainya. Setiap insan mestilah
menunaikan amanah-amanah ini dengan sempurna terutama amanah agama yang asasnya ialah
tidak menyembah sesuatu pun selain Allah.

Pekerjaan adalah satu amanah besar yang mesti ditunaikan oleh setiap insan. Pekerjaan tanpa
mengira bentuknya adalah baik sekiranya tidak bercanggah dengan syara’. Secara umumnya
tiada beza di sisi Allah s.w.t. seorang yang berjawatan tinggi dengan seorang yang berjawatan
rendah.

Amanah dalam Pekerjaan

Setiap pekerja mestilah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kurniaanNya itu. Seorang
staff yang muslim mestilah berusaha sedaya yang mungkin untuk menjadi seorang yang
cemerlang dan profesional dalam bidangnya. Kecermelangan dan keprofesionalan bukan untuk
staff akademik sahaja, malah untuk semua staff. Seorang kerani dia boleh menjadi kerani yang
profesioanal, seorang mekanik juga boleh menjadi mekanik yang profesianal dan seorang tukang
sapu pun boleh menjadi seorang tukang sapu yang profesianal.

Asas yang paling utama di dalam kecermelangan dan keprofesionalan pekerjaan, bergantung
kepada penunaian amanah dan tangungjawab yang diberikan. Sekiranya seorang staff itu cuai
dalam menunaikan amanah bermakna dia seorang yang gagal, terkebelakang dan akan
dipersoalkan nanti di akhirat.

Jenis- jenis Amanah

Di antara amanah yang mesti ditunaikan ialah :

a) Mengetahui bidang tugasnya; seorang staff yang profesional tidak perlu diberitahu secara
berulang-ulang tentang tugasnya. Dia hanya perlu ditunjuk ajar sekali, kemudian dia sendiri akan
menyelesaikannya tanpa perlu ditegur lagi. Dia akan menyiapkankanya sebelum atau tepat pada
waktunya. Dia tidak mengenal erti tangguh menangguh. Contohnya, pembuat soalan yang
profesional akan menyiapkan soalan dengan baik dan menghantarkannya kepada penyelaras pada
waktu yang ditetapkan. Dia memahami masalah yang akan dihadapi oleh penyelaras sekiranya
dia lewat menghantar soalan. Jadi pembuat soalan yang tidak bersifat sedemikian adalah
pembuat soalan yang tidak profesional, tidak cemerlang dan berkepentingan diri.

b) Mempunyai rasa tanggungjawab dan tidak membebankan orang lain menyelesaikannya.


Contohnya dalam dewan peperiksaan, seorang pengawas atau pembantu pengawas yang
profesional mengetahui kerja yang perlu mereka siapkan tanpa ada sifat harap mengharap.
Pengawas dan pembantu pengawas mesti bekerjasama dengan ketua mengutip slip kehadiran,
mencatat kehadirn dan mengira skrip. Jangan membiarkan ia dilakukan oleh segelintir pengawas
atau pembantu pengawas, yang lain duduk di penjuru-penjuru dewan menanti waktu tamat.

c) Melakukan setiap tugas dengan bersungguh-sungguh dan yang terbaik. Contohnya, seorang
kerani yang cemerlang akan memastikan surat atau sebarang dokumen yang diperlukan siap pada
masa yang ditetapkan.

d) Menunjukkan sifat komitmen kepada kerja dan tidak berdalih. Sentiasa ada ketika
diperlukan dan lebih mementingkan kerjanya daripada tugas-tugas yang tidak berkaitan. Seorang
staff yang berkaliber akan peka dengan perkembangan di tempat kerja, dia tidak akan
menggunakan alasan seperti tidak tahu ada meeting, tidak tengok surat lagi, lewat diberitahu dan
pelbagai alasan lain. Sebaliknya dia akan cuba buat sehabis baik dengan menggunakan
kepakaran dan kreativiti yang ada sehingga dapat mengubah situasi yang tegang kepada situasi
yang tenang tanpa menyalahkan sesiapa.

e) Menjauhkan diri daripada sebarang sifat khianat dan tidak bermaruah, seperti rasuah, pecah
amanah, bocorkan soalan dan membuat sesuatu untuk kepentingan diri.
Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud :

Ada tiga tanda munafiq : Apabila bercakap ia berbohong, apabila berjanji ia mungkiri dan
apabila diberi amanah ia khianati.

Penutup

Sabda Rasullullah s.a.w. yang bermaksud:


Empat perkara sekiranya kamu memilikinya kamu tidak akan ditimpa (balasan) terhadap apa
yang kamu tidak buat di dunia: Jaga amanah, bercakap benar, berakhlak baik dan mengawal
pemakanan (halal dan haram).

Anda mungkin juga menyukai