Anda di halaman 1dari 3

EPM 414 Penilaian Bahasa Melayu Sekolah

Rendah

Tugasan ini terbahagi kepada TIGA Bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.

Bahagian A: [20%]
Tujuan: Menjalankan kajian tentang pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam bahasa Melayu di sekolah
anda

Kaedah: Pilih beberapa guru bahasa Melayu dan temu bual mereka tentang pelaksanaan PBS. Beri
tumpuan kepada berikut:

 Adakah guru menyokong konsep PBS?


 Adakah latihan melaksanakan PBS mencukupi?
 Sejauh manakah guru memahami konsep-konsep PBS seperti standard, evidens, deskriptor,
instrumen dan sebagainya?
 Adakah guru memerlukan latihan yang lebih mendalam?
 Adakah pelaksanaan PBS menambahkan beban guru?
 Sejauh manakah guru menghadapi masalah menggubal instrumen?
 Sejauh manakah guru menghadapi masalah menetapkan Band untuk setiap murid?
 Adakah PBS membantu murid dalam penguasaan bahasa Melayu?
 Adakah PBS menunjukkan kemahiran sebenar murid?
 Lain-lain tentang PBS

Tulis satu laporan berdasarkan temu bual anda.

Bahagian B: [15%]
Buat ulasan secara kritis 10 soalan objektif Bahasa Melayu tahun 5 yang diterbitkan
oleh mana-mana syarikat penerbitan buku yang terdapat di pasaran.

Analisis perlu merangkumi:

i. Jenis soalan
ii. Aras soalan
iii. Komponen soalan (stimulus, stem, pilihan jawapan dan pengganggu)
iv. Cadangan penambahbaikan terhadap soalan.

- Sumber dan soalan yang dipilih perlu dilampirkan.


Bahagian C: Penulisan Esei [25%]
Tujuan:
Tujuan tugasan ialah untuk menilai kebolehan anda menggubal instrumen pentaksiran untuk salah satu
empat kemahiran Bahasa Melayu.

Tugas:
 Pilih salah SATU kemahiran bahasa (menulis, membaca, mendengar atau bertutur)
 Rujuk kepada Dokumen standard prestasi Tahun 1- 4 (disertakan dibawah Bab 4)
 Pilih satu Pernytaan Standard’, ‘Deskriptor’ dan ‘Eviden’.
 Gubal DUA instrumen yang dapat menguji ‘evidens’.

CONTOH:
Pernyataan Standard
Memahami, menaakul dan menilai tentang sesuatu perkara daripada sumber yang
didengar, ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila

Deskriptor:
Berbincang dan mengemukakan pendapat yang dapat mempengaruhi khalayak secara
bertatasusila

Evidens:
Berbincang dan menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang dapat
mempengaruhi khalayak secara bertatasusila

[Gubal instrumen untuk evidens di atas]

Format Laporan: [20 markah]

 Pengenalan [2 halaman – 4 markah


o Rasional pemilihan kemahiran bahasa, pernytaan standard, deskriptor & evidens
o Definisi dan ciri-ciri deskriptor & evidens

 Penggubalan Instrumen [3 halaman – 6 markah]


o Proses pembinaan instrumen
o Keputusan tentang format
o Sumber-sumber yang digunakan

 Lampiran: [10 markah]


o Instrumen # 1
o Instrumen # 2

PENTING: Jangan ambil instrumen daripada sumber-sumber lain. Anda hendaklah menggubal instrumen
itu sendiri.

Format Tugasan

 Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing)


 Gunakan Font Times New Roman, saiz 12

Anda mungkin juga menyukai