Anda di halaman 1dari 2

Rumusan Program Bina Insan Guru (BIG) PISMP Semester 2

Pada sesi pengajian PISMP semester dua bagi tahun 2011 ini, aktiviti bagi
program Bina Insan Guru yang telah dilaksanakan ialah bengkel budaya cemerlang dan
aktiviti khidmat masyarakat.

Bengkel budaya cemerlang telah diadakan pada 4 Oktober 2011 bersamaan


dengan Hari Selasa di Dewan Kenanga. Encik Engkasan Anak Inchang telah
menyampaikan ceramah yang bertajuk Ciri – Ciri Orang Yang Cemerlang. Melalui
ceramah tersebut, peserta BIG telah didedahkan dengan ciri – ciri orang yang
cemerlang seperti mempunyai penampilan diri yang positif iaitu bersemangat, sentiasa
bersedia, ceria, kemas, berpengetahuan, berkeyakinan dan sentiasa mendahului orang
lain. individu yang cemerlang juga perlu berupaya menambahbaik pretasinya dengan
sentiasa melakukan refleksi kendiri ataupun muhasabah diri. Selain itu, individu yang
cemerlang tidak melakukan kerja secara sambil lewa ataupun tidak amanah, bersikap
proaktif dan menetapkan target jangka masa panjang, tidak hipokrit dan sentiasa
melakukan anjakan paradigma.

Melalui ceramah tersebut, peserta BIG telah berpeluang untuk membuka minda
mereka tentang kepentingan menjadi seorang individu yang cemerlang dalam pelbagai
bidang. Pendedahan ciri – ciri ini dapat memberi panduan dan gambaran kepada
peserta untuk sentiasa melakukan yang terbaik dan memperbaiki diri mereka untuk
menjadi seorang guru yang berupaya merealisasikan impian negara khususnya dalam
bidang pendidikan.

Encik Abdul Hadi Bin Ishak yang


bertindak sebagai penyelaras program BIG
turut hadir semasa ceramah tersebut.
Peserta BIG mendengar dengan khusyuk
ceramah “ Ciri – ciri Orang yang Cemerlang”
yang disampaikan oleh Encik Engkasan Anak
Inchang.

Aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan untuk program BIG kali ini ialah
aktiviti gotong – royong. Aktiviti gotong – royong ini telah dilaksanakan di kawasan
berdekatan kelas kami dan dalam kawasan kelas kami. Kelas kami terletak di tingkat
satu sama bangunan dengan perpustakaan IPG Kampus Rajang. Aktiviti gotong –
royong ini melibatkan semua ahli kelas dalam tempoh selama satu jam. Aktiviti
kemasyarakatan ini secara langsung memberi peluang kepada semua ahli kelas untuk
berbakti kepada kelas dengan mengerah tenaga membersihkan kawasan kelas
tersebut.

Memandangkan aktiviti gotong – royong ini dilaksanakan dalam kawasan IPG,


ianya memudahkan pergerakan kami dan agak tidak membebankan. Tambahan pula,
tidak ada peralatan berat yang diperlukan. Penyapu, tong sampah dan kain pengelap
antara peralatan yang digunakan dan kami digalakkan untuk membawa sendiri
peralatan tersebut. Selain itu, aktiviti ini memberi ruang kepada kami untuk
membersihkan kelas dan bersama – sama menjaga kebersihan kawasan persekitaran.
Walaupun, aktiviti sebegini dilihat sebagai sesuatu yang biasa, namun melalui aktiviti
inilah kami berupaya membersihkan kelas dengan lebih teliti termasuklah mengelap
cermin tingkap kelas yang jarang dilap.

Kesimpulannya, aktiviti Program Bina Insan Guru semester ini telah memberi
input kepada kami mengenai budaya cemerlang yang sangat digalakkan untuk
diamalkan dalam kehidupan. Selain itu, aktiviti khidmat masyarakat yang berbentuk
gotong – royong kelas memberi peluang kepada kami membersihkan kelas dan
melahirkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan kawasan persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai