Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.
Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.
Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.
Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih
baik daripada hari ini.
Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan
yang lebih baik.
Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini.
Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.
Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda.
Anda pasti berjaya.
Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar
impianmu
Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya
tumpuan ketika belajar.
Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.
Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.
Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.
Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai
dan memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik dan berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih
cemerlang. Tingkatkan usaha anda
Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.
KEHADIRAN
Anda sungguh bersemangat kerana kehadiran yang baik dapat membantu ke arah kecemerlangan dalam
pelajaran.
Tahniah. Teruskan usaha ini Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran.
Anda pasti berjaya jika mempunyai komitmen yang tinggi dalam pelajaran. Tingkatkan
usaha bagi mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Sejarah dan Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan.
Tahniah kerana lulus bagi semua mata pelajaran. Kehadiran anda ke sekolah agak baik. Anda
mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.