Anda di halaman 1dari 21

Ganjaran Bonus Forex Yang Terbesar Tidak Pernah Ditawarkan Sebelum ini ...

BONUS TANPA
SEBARANG DEPOSIT SEBANYAK $1500 DARI INSTAFOREX !!

 FORUM

 GROUPS

 BROKERS

 FAQ
 Blogs

Today's Posts

 Search
 Contact Us

Log in
Remember? Register

CariGold Forum > GENERAL DISCUSSION > General Chat > Santai, Others
Tips dan panduan untuk menanam pokok durian

Santai, Others Santai, perngkongsian info, minta pertolongan ahli lain dan semua perbincangan yang tidak bersangkutan dengan forum lain.
NO OFFTOPIC.

Page 1 of 5 1 2 3 > Last »


Main
Share on Thread Tools
Menu
CG Portal #1
CG Forum 27-09-2012, 01:30 PM

CG Trader Rating: (2)


Recommend Join Date: Nov 2011
ed Brokers david.cronenberg Posts: 3,763
Thanks (Received): 12388
Active Plus
Blogs Likes (Received): 15
Social Active Level
Groups
Group
Memberships
Search
Tips dan panduan untuk menanam pokok durian
Members
Search
utk warga CG,
Forums
Search Tags
Oleh kerana ramai orang suka makan durian, lepas ni boleh belajar tanam sendiri. kalau kita tak sempat makan, anak-anak & cucu mesti dapat
Contact Us
makan

DURIAN
Reco Di Malaysia, durian dibiarkan luruh sendiri apalbila masak dan dipungut kali luruh. Pada awal dan penghujung musim, buah dipungut sekali
mme sehari (awal pagi) kerana bilangan buah yang luruh adalah sedikit. Pada pertengahan musim, buah perlu dipungut 2 kali sehari (pagi dan petang)
kerana bilangan buah yang luruh lebih banyak. Di Thailand, buah durian dipetik daripada pokok pada peringkat matang dan buah kemudian
nded diperam hingga masak. Penuaian dengan cara ini membolehkan buah disimpan lebih lama dan dihantar ke pasaran yang lebih jauh. Adalah
Broke dijangkakan pada masa akan datang, cara penuaian seperti ini akan menjadi amalan biasa di Malaysia.

rs KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Iklim

Ia memerlukan persekitaran yang panas dan lembap sama seperti yang terdapat di hutan tropika bagi membantu pertumbuhan vegetif. Tanaman
Forex durian hidup dengan subur di kawasan-kawasan di mana suhunya diantara 27-32oC, mendapat hujan diantara 1,800-4,000 mm setahun,
Chart mengalami musim kemarau antara 1-3 bulan, mempunyai peredaran udara dan angin yang baik serta mendapat cahaya matahari sepanjang tahun.

Kelembapan tanah yang diperlukan adalah lebih kurang 80%. Dalam keadaan kelembapan tanah yang tinggi, pokok-pokok durian berupaya
menghasilkan pucuk-pucuk baru sekali setiap bulan, berbeza dengan pokok buah-buahan yang lain. Lebih kurang 90% dari tunas hujung baru
Crypt berupaya menghasilkan daun baru. Pada peringkat pertumbuhan vegetatif, anak pokok durian sangat peka kepada keadaan kemarau. Pengairan
diperlukan untuk mengelakkan kematian. Ini adalah kerana sistem akarnya yang sangat cetek dan mudah ketandusan air.
o
Chart Apabila mencapai peringkat matang pokok durian memerlukan satu jangkamasa musim kering diantara 1-3 bulan untuk mempengaruhi proses
pembungaan dan pembuahan tersebut. Masa yang kritikal bagi perkembangan buah ialah kira-kira 4 minggu selepas bunga kembang. Ini
disebabkan pada waktu tersebut, kadar pertumbuhan dan pembesaran buah adalah tinggi. Oleh itu air yang berlebihan menyebabkan pokok
CG menghasilkan pucuk baru. Keadaan ini menyebabkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan bahan makanan antara buah muda dengan daun
baru yang boleh menyebabkan buah gugur.
Spons
ors Faktor Tanah
Durian memerlukan tanah yang dalam, subur dan gembur kerana tanah-tanah tersebut mempunyai pengudaraan dan struktur yang baik untuk
pertumbuhan akar. Tanah jenis lom hingga lom berpasir adalah paling sesuai. Tanah jenis lom lempung (clay loam) juga sesuai bagi tanaman
durian tetapi memerlukan perparitan yang sempurna kerana durian tidak tahan dalam keadaan air bertakung. Tanah jenis lom dan lom berpasir
banyak terdapat di lereng-lereng bukit. Walaupun tanah-tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman durian, tetapi ia tidak tahan dengan
musim kemarau yang terlalu panjang. Penanaman durian di kawasan yang mengalami kemarau panjang, seperti di Utara Semenanjung,
memerlukan sistem pengairan bagi menggalakkan pengeluaran hasil yang baik.

Contoh tanah yang dianggap sesuai bagi tanaman durian ialah:-

(a) Tanah yang berasal dari batu igneus seperti tanah siri Rengam dan Jerangau.
(b) Tanah lom liat berpasir yang berasal dari batu sedimentari. Lihat siri-siri tanah Semenanjung Malaysia.
(c) Tanah lanar laut yang mengandungi kandungan liat yang tinggi, asalkan paras air dalam tanah tidak terlalutinggi. Sebagai contoh: Siri
Kangkong dan Siri Selangor di Semenanjung Malaysia. Tanah-tanah bermasaalah seperti tanah bris, tanah pasir lombong, tanah asid sulfat, tanah
masin, tanah gambut dan tanah bertakung air adalah tidak sesuai.

Tanah-tanah yang berkecerunan 0-12o adalah sesuai untuk penanaman durian. Walau bagaimanapun, ia masih boleh ditanam di kawasan yang
berkecerunan 12-20o jika langkah-langkah pemuliharaan tanah dibuat.

KLON-KLON YANG DISYORKAN

D24 (bkt merah)

Klon ini berasal dari Bukit Merah, Perak dan telah didaftarkan pada 30 November 1937. Pokok cergas membesar, rendang dan rajin berbuah.
Hasil purata pada peringkat awal (umur 6-9 tahun) ialah 10 biji sepokok setahun. Hasil akan meningkat ke 65 biji setahun bagi pokok berumur 15
tahun dan ke atas. Bentuk buahnya bulat membujur, bersaiz sederhana besar dengan berat diantara 1.0 - 1.8 kg sebiji buah durian. Pangsa
mempunyai 1-3 ulas yang berwarna kuning pucat dan bersusun sebaris. Isi manis, pejal, bertekstrur halus dan sedikit pahit. Peratus isi ialah 26%.
Pokok memerlukan tanah yang subur dan tidak tahan kemarau tanpa pengairan yang cukup. Tempoh matang buah ialah 105-110 hari selepas
bunga kembang. Bijinya besar dan kebanyakannya merekah.
D 99 (kop kecik)

Durian ini dipanggil Kop Kecil, berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 17 Jun 1970. Pokok lasak tetapi lambat membesar.Pokok agak kecil
tetapi rajin berbuah. Pada peringkat awal (pokok berumur 6-9 tahun) hasil ialah 7 biji sepokok setahun. Hasil akan meningkat ke 45 biji setahun
bagi pokok berumur 15 tahun dan ke atas. Di pokok, buahnya didapati dalam keadaan berjambak. Saiz buah sederhana dengan berat diantara 1-2
kg. sebuah. Buah durian D 99 berbentuk bulat tetapi dempak di bahagian pangkal dan hujung buah. Kulitnya nipis berwarna hijau hingga hijau
perang. Durinya kecil, pendek dan tajam. Buah boleh dikopek dengan mudah. Bilangan ulas boleh mencapai sehingga 25 ulas bagi sebiji durian.
Isinya sederhana tebal, berwarna kuning terang dan tekstur isinya halus. Pokok tahan terhadap kanker batang dan persekitaran kering. Rasanya
lemak manis. Kebanyakan biji durian jenis ini adalah leper atau kesep. Tempoh matang ialah 90-100 hari selepas bunga kembang.

D 123 (chanee)

Klon yang berasal dari Thailand ini dipanggil 'Chanee' dan didaftarkan pada 24 Julai 1971 serta sesuai ditanam di sebelah utama Semenanjung
Malaysia. Pokok sederhana besar dan tahan kepada keadaan kering. Hasil purata sepokok (berumur 10 tahun) ialah 30-40 biji sethaun. Buah
besar, berat 2.5 kg. sebiji dan berbentuk bujur.. Permukaan kulit buah berlekuk dan berwarna hijau kekuningan. Isinya tebal, berwarna kuning
keemasan, beraroma atau berbau kuat; rasa lemak dan manis dan tekstur isi yang sederhana halus. Peratus isi 30-40%. Tempoh matang buah ialah
105-120 hari selepas bunga kembang.
D 145 (baserah)

Klon durian D 145 berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang dan didaftarkan pada 30 Oktober 1981. Durian ini juga digelar Durian Beserah, Tuan
Mek atau Durian Hijau. Pokok sederhana besar dan sederhana cergas. Hasil purata sepokok (berumur 10 tahun) ialah 50 buah setahun. Buah
berbentuk bulat, purata berat 1.4 kg. sebiji dan di bahagian hujung buah terdapat bentuk seperti puting. Durinya rapat dan panjang dan kulit
berwarna hijau bila cukup matang. Isinya berwarna kuning keemasan, bertekstur halus dan rasa lemak manis. Peratus isi buah ialah 25%. Tempoh
matang buah adalah 105-115 hari selepas bunga berkembang.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1065x800.
D 158 (kan you)

Durian ini berasal dari Thailand. Nama popularnya 'Kan You' atau Tangkai Panjang dan telah didaftarkan pada 30 Jun 1987. Pokok sederhana
besar dan tahan kepada keadaan kering. Saiz buah durian ini adalah sederhana besar dengan purata berat diantara 2-4 kg. sebuah. Warna kulitnya
hijau perang, tangkai buah panjang (15-17 cm). Buah berbentuk bulat bujur, kulit buah berwarna hijau perang dan durinya pendek. Saiz ulasnya
besar. Isi tebal, ulas besar dan berwarna kuning keemasan, pejal sedikit bersabut dan rasanya manis. Klon ini kurang beraroma jika dibandingkan
dengan klon D 123. Peratus isi buah ialah 32%. Tempoh matang buah antara 130-140 hari selepas bunga berkembang.
D 159 (mon thong)

Dikenali sebagai 'Mon Thong' atau Bantal Mas. Berasal dari Thailand dan popular di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan telah didaftarkan
pada 30 Jun 1987. Pokok sederhana besar, senang hidup apabila ditanam dan tahan kepada keadaan kering. Hasil purata sepokok (beruumur 10
tahun) ialah 60-100 biji semusim dan purata berat buah diantara 3.0-5.0 kg. Buah berbentuk bujur panjang dan bergelugur. Bahagian hujung buah
tajam dan membengkok sedikit. Duri berwarna perang dan kasar. Ulasnya besar, isi tebal, berwarna kuning emas, rasa yang manis, tekstur isinya
halus dan berkrim dan kurang beraroma. Peratus isi buah ialah 30-35%. Tempoh matang buah diantara 130-140 hari selepas bunga kembang.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1600x1197.
D 169 (tok li tok)

Berasal dari Kelantan dan didaftarkan pada tahun 1989. Klon ini juga dikenali sebagai 'Tok Li Tok'. Pokok sederhana besar dan pertumbuhannya
cergas. Hasil purata sepokok ialah 40-50 biji setahun (berumur 10 tahun). Berat buah 1.2-1.8 kg. sebiji. Bentuk buah bujur panjang, kulit buah
berwarna hijau kekuningan, nipis, mempunyai duri yang agak kasar dan tajam. Isinya tebal, berwarna kuning, sedikit bersabut dan lembut.
Rasanya lemak manis dan pahit sedikit. Peratus isi ialah 25%. Tempoh matang buah ialah 100-110 hari selepas bunga kembang.

This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 1024x768.
D 197 (raja kunyit/musang king)

DURIAN Varieti Raja Kunyit (Durian ziberthinus Linn) juga dipanggil Durian 'Musang King' telah didaftarkan dengan daftar D197 dalam
senarai pendaftaran varieti tanaman Jabatan Pertanian. Durian ini merupakan varieti yang sangat popular dengan banyak di tanam di kawasan
Kelantan, Pahang (Daerah Raub), Johor dan juga Perak. Varieti ini telah didaftarkan oleh Encik Wee Chong Beng dari Tanah Merah , Kelantan
pada 9 Disember 1993. Semasa didaftarkan nama varieti asal adalah 'Raja Kunyit' berdasarkan pencirian durian ini yang berbentuk bulat bujur,
kulit berwarna hijau muda, isi berwarna sangat kuning, isi tebal, rasa lemak, sangat manis dan sedikit rasa pahit. Masyarakat biasa atau orang
tempatan di Malaysia lebih kenal varieti ini dengan panggilan Klon D197. Durian ini mendapat permintaan yang tinggi untuk penanaman
semenjak didaftarkan dan merupakan varieti durian yang popular. Pada masa ini kawasan di Bentong , Pahang merupakan kawasan pengeluaran
utama durian ini dengan jenama 'Durian Musang King'. Artikel malam ini saya membentangkan pencirian durian Raja Kunyit atau Durian
Musang King berdasarkan kajian DUS yang telah dibuat.

Durian ini mempunyai panjang buah saiz sederhana sekitar 20 cm panjang dengan lebar buah sederhana (15.5 cm) dan berat purata buah juga
sederhana iaitu 1.8 kg sebiji. Kiraan nisbah panjang buah dengan lebar buah dikira pada 1.38:1. Bentuk buah dikatakan sebagai OVAT (Ovate)
dengan bahu pangkal buah yang sedikit rata. Bentuk bahagian hujung buah adalah bulat dimana panjang tangkai buah diukur sepanjang 5.4 cm.
Garispusat tangkai buah adalah saiz sderhana. Susunan duri dibahagian tangkai buah adalah agak bergabung dengan duri yang kasar sementara
susunan duri pada hujung buah adalah bertapak luas atau tidak berduri. Bentuk duri pada pangsa buah adalah tidak berkop. Duri antara pangsa
buah adalah bersaiz lebih besar dari duri pangsa. Pangsa buah varieti Raja Kunyit (D197) atau musang King adalah jelas kelihatan pada kulit
buah.

Duri durian Raja Kunyit mempunyai warna perang kekuningan pada pangkal duri dan tengah duri sementara dihujungnya berwarna perang.
Hanya mereka yang amat teliti dapat membezakan warna yang ada pada duri. Saya menggunakan kanta pembesar untuk melihat perbezaan warna
pada duri ketika membuat pemeriksaan. Buah ini adalah sangat senang untuk dibuka apabila telah gugur dan cukup masak. Tempoh buah untuk
matang dalam kategori sederhana iaitu tidak terlalu lama atau cepat. Tebal kulit buah yang dibuka dikuur setebal 1.7 cm. Apabila dilihat isinya
berwarna kuning dengan ulas yang bersaiz sederhana dan isinya memang tebal. Apabila dimakan akan terasa isinya yang manis dan mempunyai
rasa pahit sedikit tetapi rasa lemak yang sangat kuat.

Tekstur isi buah durian Musang King/ Raja Kunyit/ D197 dikatakan sebagai sederhana, begitu juga kepejalan isinya yang juga sederhana. Aroma
pada isinya adlah sedikit tidak seperti durian lain yang aroma isinya kuat. Kadar isi pada berat buah adalah pada kadar 0.243 iaitu lingkunag 25%
kuantum berat isi berbanding dengan berat buah. Lazimnya terdapat 4 ulas biji atau isi pada satu pangsa. Kajian juga menunjukkan peratus biji
kesep bagi varieti ini adalah 70% (sangat tinggi) sementara peratus biji berisi separuh hanya 30%. Kebaikan istimewa varieti ini adalah tidak ada
peratus biji penoh dijumpai (0%). Saiz biji adalah sederhana iaitu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil.

MDUR 78

Hasil dari kacukan D10 dan D24. Pokok cergas membesar dan rintang terhadap penyakit kanker. Berat buah 1-1.8 kg. sebiji. Kulit sederhana
tebal. Berwarna hijau muda kekuningan dan berbentuk bulat membujur. Isi tebal, ulas besar, warna ulas kuning dan bertekstur halus. Rasa isi
lemak, manis dan beraroma.

DUR 79

Hasil dari kacukan D24 dan D10. Pokok sederhana besar dan rintang kepada penyakit kanker. Rajin berbuah, buah berbentuk bulat membujur dan
berat 1.0-1.6 kg. sebiji. Warna kulit hijau. Isi berwarna kuning jingga, ulas besar dan bertekstur halus. Rasa isi manis dan lemak.

MDUR 88

Klon hibrid, hasil kacukan antara D24 dan D10. Buah berbentuk bulat bujur. Saiz buah sederhana besar antara 1.5-2.0 kg. Isi sangat tebal dan
berwarna kuning emas. Tekstur isi pejal, sederhana halus dan rasanya lemak manis. Hasil purata ialah 55-65 biji/pokok/musim.

SISTEM CAMPURAN DAN KOMBINASI KLON-KLON DURIAN

Pada amnya, adalah disyorkan bahawa 3-5 klon ditanam bagi sesuatu dusun durian komersil untuk pendebungaan dan pasaran. Bagi sesuatu
kawasan klon-klon yang disyorkan adalah terdiri daripada 3 kategori seperti berikut:-
Klon Utama
Klon-klon Subsidiary
Klon-klon Tempatan
Klon Utama
Bagi sesuatu dusun komersil, perlu ada klon utama yang terdiri daripada 50-70% daripada jumlah pokok yang ditanam. Dalam keadaan tertentu
dua klon utama boleh ditanam.
Klon-Klon Subsidiary
Selain daripada klon utama, 2-4 klon subsidiary perlu ditanam untuk tujuan pendebungaan dan juga untuk pasaran. Klon-klon ini terdiri dari
senarai klon-klon durian yang disyorkan.
Klon-klon Tempatan
Klon-klon tempatan merupakan klon-klon yang banyak terdapat dan terbukti berprestasi baik di sesuatu kawasan setempat. Pemilihan klon-klon
ini adalah bebas dan terpulang kepada kehendak pekebun. Biasanya pekebun boleh menanam 5-20% klon-klon tempatan. Penanaman klon-klon
durian mengikut kesesuaian tempat adalah seperti berikut:-

JENIS KLON & KAW. YG SESUAI

D 24 (BUKIT MERAH) - Perak dan kawasan di mana kemaraunya pendek dan tidak nyata.

D 99 (KOP KECIL) - Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang

D 123 (CHANEE) - Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang

D 190 (MDUR 88) - Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.

D 188 (MDUR 78) - Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.

D 145 (BASERAH) - Pahang

D 158 (KAN YAU) - Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang

D 159 (MON THONG) - Perlis, Kedah, P. Pinang dan kawasan kemarau yang agak panjang

D 169 (TOK LITOK) & D 189 (MDUR 79) - Terengganu, Perak dan lain-lain kawasan.

PENANAMAN

Penyediaan Benih Tanaman

Penanaman durian pada masa ini menggunakan baka klon yang dibiakkan secara vegetatif. Teknik pembiakan benih bagi tanaman durian ialah
dengan kaedah cantuman matatunas atau cantuman baji. Bahan pembiakan mestilah diperolehi dari sumber pokok induk yang disahkan
ketulenannya. Anak benih mestilah sihat, subur, cergas, tidak berpenyakit dan dari klon yang tulen dan menepati standard yang ditetapkan.
Spesifikasi standard minimum anak benih durian yang dibiak dengan menggunakan saiz polibeg berukuran 30 x 12 cm adalah seperti berikut:-

FAKTOR & SPESIFIKASI STANDARD YG DIPERLUKAN

Ketinggian anak cantuman dari tapak cantuman (minimum) - 30cm


Umur lepas cantuman (minimum)- 4 BULAN
Umur lepas cantuman (maksimum)- 8 BULAN
Bilangan daun sempurna - 8 BULAN
Saiz garis pusat batang pada paras 10 cm di atas tapak cantuman - 0.5cm

Anak benih tanaman durian yang sihat, subur dan tuleh boleh diperolehi daripada pengeluar-pengeluar benih tanaman yang berwibawa. Bahan
Tanaman Lanjut (Advanced Planting Material) merupakan benih durian cantuman yang tumbesarannya dijaga hingga ketinggian pokok melebihi
150 cm. Umur benih tanaman lanjut bagi durian dapat mengurangkan peratus kematian. Pertumbuhan pokok juga cepat dan tidak memerlukan
perlindungan pada awal penanaman. Penyediaan benih tanaman lanjut bagi durian ini dibuat dengan menukar polibeg kecil kepada polibeg besar.
Polibeg 30 cm x 45 cm biasa digunakan. Tanah campuran baru dimasukkan semasa penukaran polibeg. Pokok benih yang telah siap diubah perlu
dijaga rapi dengan cukup pembajaan dan penyiraman di bawah sedikit lindungan. Benih tanaman lanjut durian perlu dibuat penyesuaian atau
perlasakan (hardening) sebelum diubah ke ladang. Menanam durian klon D24 dengan menggunakan bahan tanaman lanjut didapati peratus
kehidupannya adalah tinggi dan tumbesarannya lebih aktif.

Pemilihan Matatunas

Matatunas mesti diambil daripada pokok yang subur dan bebas daripada segala penyakit terutama virus dan greening. Ranting sebesar batang
pensil dengan tunas-tunas dorman di celah ketiak daun dipilih. Mata tunas seelok-eloknya digunakan segera selepas dipotong.

Kaedah Cantuman

Kaedah cantuman yang disyorkan ialah cantuan tunas kepingan, cantuman tunas T, cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi.

Cantuman Ladang

Cantuman ladang ialah cantuman sion terpilih (klon) ke atas pokok penanti yang telah tersedia ditanam di ladang. Diantara kebaikan cantuman
ladang ialah pokok-pokok penanti boleh ditanam terus dari peringkat awal percambahan atau dari anak biji benih. Gangguan kejutan mengubah
benih pokok tidak timbul lagi dengan kaedah ini. Sejak awal lagi, pertumbuhan anak pokok penanti lebih subur dan tidak mudah mendiri. Setelah
pokok-pokok penanti berumur lebih 4 bulan atau garis pusat batang pokok penanti mencapai 0.4-0.8 cm, cantuman sangat sesuai dilakukan pada
paras ketinggian 30 cm dari paras tanah.

Kaedah cantuman ladang boleh dilakukan dengan kaedah cantuman matatunas atau cantuman baji sisi (selit) dengan keratan ranting muda. Setiap
keratan muda mempunyai 2-4 matatunas. Pokok penanti di ladang yang subur dan cergas sahaja dipilih untuk dibuat cantuman. Sion atau
matatunas klon terpilih dicantum ke atas pokok penanti. Kaedah cantuman adalah sama seperti membuat cantuman keatas pokok penanti di dalam
polibeg di tapak semaian.

Pokok penanti perlukan bekalan air yang mencukupi selepas kerja cantuman ladang dilaksanakan. Cuaca yang tidak begitu kering dan hujan
sekali sekala dalam seminggu adalah sesuai untuk menentukan kejayaan yang tinggi. Kemarau yang terlalu panjang melebihi dua minggu atau
hujan terlalu lebat dan berpanjangan akan menurunkan peratus kejayaan. Selepas 3 minggu, balutan plastik cantuman boleh dibuka bagi
cantuman matatunas, tetapi cantuman selit masih belum sesuai dibuka balutannya. Kejayaan cantuman dapat dinilai daripada warna dan keadaan
sion yang masih hijau.

Selepas seminggu, matatunas mula becambah sepanjang 1 cm dan mengeluarkan pucuk hijau. Pokok penanti boleh dipotong 15 cm atas paras
sion supaya menggalakkan pertumbuhan lebih aktif dan cepat. Pokok penanti yang pertumbuhan sion melebihi 10 cm atau melebihi 5 helai daun
dipotong menghampiri paras cantuman sion-penanti. Sokongan kayu tegak perlu disediakan untuk pertumbuhan sion-penanti. Sebarang tunas
selain dari sion yang dapat pada pokok penanti sentiasa perlu dibuang. Pengurusan pokok yang telah dicantum perlulah diteruskan dengan
pembajaan, merumput, kawalan penyakit dan serangga dan penyiraman. Penyemburan foliar baja daun digalakkan supaya pertumbuhan pokok
cepat dan aktif pada peringkat awal. Peratus kejayaan dengan menggunakan teknik cantuman ladang adalah tinggi.

Penyediaan Kawasan

Pokok-pokok, belukar dan semak samun perlulah dibersihkan. Parit saliran perlu dibina jika kawasan ladang itu agak rendah dan mendatar bagi
mengelakkan air bertakung. Bagi kawasan yang berbukit-bukit yang mempunyai cerun melebihi 12o, teres atau platform perlu dibina sebagai satu
langkah pemuliharaan tanah. Penanaman kekacang penutup bumi juga digalakkan untuk mengawal hakisan dan juga membekalkan unsur
nitrogen kepada pokok-pokok durian. Kawasan ladang perlulah dibajak, sekurang-kurngnya satu pusingan bajak piring, diikuti oleh satu pusingan
bajak putar, jika tanaman penutup bumi dicadangkan. Sebaik-baik pembajaan minimum atau tanpa pembajakan adalah digalakkan, jika
penanaman penutup bumi tidak diperlukan.

Sistem Penanaman

Boleh ditanam dengan menggunakan 4 sistem iaitu sistem segi-empat tepat, sistem segiempat sama, sistem segitiga sama dan sistem sesiku
keluang. Keutamaan sistem segitiga sama ialah (pada satu jarak yang sama) dapat memberikan bilangan pokok yang lebih, iaitu sebanyak 15%
lebih jika dibandingkan dengan sistem segiempat sama. Sistem segiempat tepat dapat memberikan ruang diantara barisan untuk ditanam dengan
tanaman lain sekiranya tanaman selingan atau campuran diamalkan. Manakala sistem sesiku keluang pula, melibatkan penanaman pokok pengisi
di tengah-tengah sistem segi empat sama. Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila kanopi mula bertaut. Sistem ini
memberikan kepadatan pokok yang tinggi dan boleh memaksimumkan penggunaan tanah.penanaman.
Dalam merancang penanaman durian, satu aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah tentang proses pendebungaan. Klon durian bersifat
tidak serasi sendiri yang boleh mempengaruhi pembentukan buah durian. Oleh yang demikian, penanaman klon durian secara tunggal tidak
digalakkan, sebaliknya penanaman pelbagai klon perlu dipratikkan. Langkah ini akan dapat mempertingkatkan proses pendebungaan,
persenyawaan dan seterusnya hasil dan bentuk buah yang seragam.
Membuat Barisan dan Lubang Tanaman

Tumbesaran pokok durian lazimnya terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut. Keadaan ini mengakibatkan permukaan tanah terlindung dan ia
mewujudkan satu keadaan persekitaran yang lembap dan menggalakkan kejadian penyakit cerana batang. Jarak tanaman yang sesuai bagi durian
mengikut jenis sistem penanaman yang diamalkan adalah seperti berikut:-

sistem penanaman - jarak (meter) - kepadatan pokok (pokok.ha)

Tiga segi sama - 10x10x10 - 115


Empat segi sama - 10x10 - 100
Empat segi tepat - 10x12 - 83
Sesiku keluang - 12x12 - 1

Penanaman di Ladang
Anak pokok durian memerlukan sedikit lindungan pada peringkat awal tumbesaran bagi mendapatkan pertumbuhan yang subur, cergas dan
sempurna. Adalah disyorkan supaya kawasan ladang ditanam dengan tanaman yang boleh memberikan naungan sementara seperti pisang. Untuk
tujuan demikian, tanaman naungan perlulah ditanam 6 bulan lebih awal daripada tarikh penanaman durian. Jarak tanaman bagi pisang ialah 3m x
3m.
Bagi memudahkan kerja-kerja penyediaan lubang, membaris barisan tanaman perlulah dimulakan dengan barisan dasar dan seterusnya
menentukan lubang tanaman dengan memacak kayu-kayu pancang pada jarak yang dtetapkan. Apabila kerja membaris selesai dibuat, lubang
tanaman berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm hendaklah digali pada jarak yang ditetapkan. Seelok-elok lubang digali sebulan sebelum menanam
dan didedahkan kepada sinar matahari. Selepas itu lubang tersebut ditimbus semula dengan menggunakan tanah lapisan atas yang lebih subur dan
gembur. Jika didapati tanah itu kurang subur, campurkan baja organik seperti tahi ayam atau tahi lembu yang telah reput pada kadar 5-10
kg/lubang bersama tanah lapisan atas. Masukkan kembali ke dalam lubang. Bergantung kepada kesuburan tanah juga, taburkan 150 - 250 gm baja
fosfat seperti CIRP pada tiap-tiap lubang tanaman. Lubang tanaman yang ditumbus kembali seelok-eloknya dibiarkan untuk tempoh satu minggu
sebelum memulakan operasi penanaman anak benih.
Semua anak benih yang bakal diubah ke ladang hendaklah melalui proses perlasakan (hardening) bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang
serius yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantut. Proses perlasakan boleh diperolehi dengan mendedahkan anak
benih kepada sinaran matahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada satu
kali sehari selama seminggu. Setelah itu, anak benih boleh diubah ke ladang.
Buat lubang kecil pada tengah lubang tanaman yang telah ditimbus tadi bagi menempatkan anak benih yang hendak ditanam. Letakkan anak
benih di dalam lubang tersebut. Pastikan polibeg dipotong dan dibuang terlebih dahulu. Timbus lubang tersebut dengan tanah dan padatkan tanah
keliling dengan sempurna. Naikkan sedikit tanah di pangkal pokok tersebut supaya kelihatan berbusut bagi mengatasi masalah air bertakung atau
tanah mendap. Siram pokok itu dengan secukupnya selepas menanam, kecuali keadaan kandungan air pada tanah adalah mencukupi untuk
keperluan anak pokok.

Anak pokok yang baru ditanam diikat pada kayu pancang bagi mendapatkan pokok yang tegak. Sekiranya tiada tanaman naungan, anak pokok
durian perlu dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul buluh, daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan
tegasan di ladang. Lindungan diperlukan sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan pertama penanaman di ladang. Sungkupan juga diperlukan
untuk diletakkan di pangkal anak pokok supaya kelembapan tanah terkawal bagi pertumbuhannya.

PEMBAJAAN

Pokok durian yang masih muda seelok-eloknya dibaja 4-6 kali setahun dengan kuantiti baja yang sedikit pada setiap kali pembajaan dilakukan.
Bagi pokok matang pula, kadar baja ditambah dan kekerapan membaja 3-4 kali setahun. Cara pembajaan yang paling mudah adalah dengan
menabur baja di bawah kanopi pokok sehingga terkeluar sedikit dari hujung kanopi. Teknik ini adalah sesuai untuk kawasan mendatar, di teres
atau di tapak gajah. Bagi kawasan yang curam, pembajaan secara poket adalah disyorkan dengan membubuh baja ke dalam lubang sedalam 10
cm yang digali di sekitar kawasan hujung kanopi pokok sebanyak 4 penjuru. Lubang tersebut ditimbus kembali dengan tanah.

Tempoh masa yang paling sesuai membaja pokok durian yang telah matang ialah selepas musim buah sehingga satu bulan sebelum musim bunga.
Masa yang paling sesuai ialah pada awal atau akhir musim hujan agar baja yang diberikan dapat diserap oleh pokok dengan seberapa banyak.
Pembajaan pada musim kemarau perlu dielakkan kecuali sistem pengairan yang baik dapat diwujudkan.

PEMANGKASAN

Pokok durian memerlukan cantasan yang bersistematik bermula dari peringkat awal pertumbuhan bagi mendapatkan bentuk pokok yang
mempunyai satu batang utama yang tegak ke atas serta banyak dahan primer tersusun seimbang pada batang utama pokok. Kerja-kerja
membentuk pokok hendaklah dilakukan secara berterusan bermula dari 3-6 bulan selepas tanam. Pada peringkat ini dahan-dahan primer yang
berlebihan dan bersudut kecil hendaklah dibuang kerana ianya bersaing dengan batang utama dan akan memberi masalah kelak.
Apabila pokok telah membesar, dahan-dahan yang mencecah tanah, terlalu rapat, bertindih dan bersudut sempit hendaklah dibuang. Dahan-dahan
yang berpenyakit juga perlu dibuang dengan segera bagi mengelakkan dari berjangkit ke dahan yang lain. Dahan perlu dipotong seberapa dekat
yang boleh dengan dahan/batang asal. Bekas potongan perlu dirawat dengan racun kulat agar bahagian yang luka tidak dijangkiti penyakit.

PENGURUSAN AIR

Air merupakan salah satu daripada keperluan asas untuk tanaman durian selain daripada udara dan tanah. Keperluan air merupakan salah satu
faktor utama untuk meningkatkan tumbesaran pokok dan pengeluaran buah durian. Dengan adanya pengurusan air yang berkesan, pengeluaran
hasil dapat dipertingkatkan kepada 50%. Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan kematian pokok terutamanya di peringkat awal
pertumbuhan.
Terdapat beberapa jenis sistem pengairan yang boleh digunakan untuk tanaman durian. Diantaranya adalah sistem pengairan titis, sistem
pengairan mikro dan sistem pengairan renjis. Pemilihan jenis sistem pengairan bergantung kepada kedapatan sumber air, kualiti air, bentuk muka
bumi, kecerunan dusun, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta modal kos pembangunan. Secara am, sistem pengairan yang sesuai digunakan
untuk membangunkan industri dusun durian adalah sistem pengairan titis. Jika dibanding dengan sistem pengairan yang lain, sistem pengairan
titis adalah sangat cekap dan tidak mahal dari segi kos pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan. Selain daripada menyalirkan air kepada
tanaman durian, kegunaan sistem ini juga boleh dipelbagaikan untuk tujuan membaja, mengawal kelembapan tanah, mengawal suhu di dalam
tanah dan di dusun.
Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok durian telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah. Kegunaannya boleh
diperluaskan kepada menjalankan kerja pembajaan, mengawal kelembapan tanah, mengawal suhu persekitaran dusun dan di dalam tanah.
Komponen utama yang terdapat di dalam sistem pengairan titis adalah sumber air, rumah pam, enjin/motor-pam, penyuntik baja, alat penapis,
sistem paip, tiub high density polythene dan tiub low density polythene. Rekabentuk sistem pengairan bagi setiap dusun durian bergantung
kepada potential evapo-transpiration rate, jenis tanah, bentuk muka bumi, kecerunan dusun, jenis tanaman, jarak tanaman, jenis paip dan tiub,
jenis penyebar, perbezaan aras tertinggi dan terendah serta sistem pengendalian.

Dalam operasi sistem pengairan titis, fator utama yang perlu diambilkira adalah kualiti air. Walaupun alat penapis yang digunakan mempunyai
kemampuan menapis sehingga 250 mesh, masih lagi terdapat partikel halus di dalam air yang boleh menembusi sistem penapisan dan
mengakibatkan sistem pengairan titis tersumbat. Oleh yang demikian, rawatan di kawasan sumber air adalah sangat mustahak untuk
mengurangkan kos penyelenggaraan. Pengairan untuk tanaman durian selalunya dibuat pada sebelah pagi dan petang. Ini adalah untuk
mengelakkan penyejatan yang berlaku di waktu tengahari, meningkatkan kecekapan pengairan dan menentukan supaya air yang dibekal
bukannya air panas yang terkena kepada cahaya matahari.

Bagi kawasan durian yang ditanam di tempat yang curam, masalah saliran timbul pada permulaan kawasan tersebut dibuka. Penebangan pokok-
pokok dan pembersihan kawasan akan mendedahkan tanah tersebut kepada hujan dan menyebabkan hakisan tanah berlaku. Oleh itu adalah
disyorkan bahawa kerja-kerja penyediaan permukaan tanah dibuat pada musim panas. Sekiranya teres dibuat di kawasan tanah curam yang telah
dibuka, penanaman penutup bumi hendaklah dibuat dengan segera bagi mengawal hakisan tanah.

PENJARANGAN BUAH

Penjarangan buah adalah penting untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan
serangga dan mengurangkan beban pada dahan dan pokok serta mengelakkan dahan serkah dan mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah.
Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas bunga mekar apabila putik buah telah mencapai ukuran diantara 5-6 cm. Penjarangan
buah dilakukan dengan membuang buah yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
Buah yang berbentuk bentong / bengkok
Buah yang rapat, duri bertemu di antara satu sama lain dalam satu jambak
Buah yang lebih dari satu biji pada satu tangkai
Buah yang telah diserang serangga
Buah yang di hujung ranting
Penjarangkan dilakukan dengan menggunakan sabit kecil yang tajam dan diikat pada galah.

PENYAKIT DAN CARA KAWALANNYA

Durian peka kepada beberapa penyakit pada semua peringkat pertumbuhannya dan boleh mengurangkan hasil atau mengakibatkan pokok mati.
Antara beberapa penyakit utama pada tanaman durian cara kawalannya adalah seperti berikut:

Penyakit Bengkak Cerana Kanker (Phytophthora palmivora)

Merupakan penyakit yang paling serius. Penyakit bengkak cerana atau kanker batang adalah disebabkan oleh kulat Phytophthora palmivora.
Penyakit ini menjangkiti bahagian batang dan akar pokok durian terutamanya di bahagian pangkal pokok yang berdekatan dengan tanah . la juga
boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain seperti reput akar, hawar daun, mati rosot anak benih dan pokok dewasa serta reput buah. Penyakit
mudah tersebar luas di seluruh kawasan penanaman durian terutama sekali dalam keadaan lembap.

Tanda-tanda penyakit:

Pada kulit batang pokok durian yang dijangkiti kelihatan nekrosis bercampur tompok-tompok hitam yang disebabkan oleh lelehan cecair yang
terkeluar dari kulit batang. Pokok yang diserang agak teruk biasanya mempunyai tanda-tanda daun melecur, keguguran daun, pengeluaran bunga
dan buah yang banyak dan akhirnya pokok akan mati.

Kawalan:

Penyakit ini hendaklah dikesan di peringkat awal lagi. Jika kawalan tidak dilaksanakan dan penyakit telah menjadi teruk maka adalah tidak
ekonomik untuk mengawal penyakit ini. Penyakit ini hendaklah dikesan pada setiap lawatan terutama pada musim hujan. Kawalan serta merta
perlu dilaksanakan bagi mengelakkan penyakit ini merebak. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil:-

- Di peringkat tapak semaian; pastikan benih bebas dari penyakit.


- Jarakkan bahan tanaman di tapak semaian (jika perlu sembur dengan racun seperti metalaxyl/
fosetyl-aluminium.
- Di ladang, pastikan saliran di kawasan durian adalah baik (air tidak bertakung)
- Elakkan keadaan lembap di sekeliling pangkal pokok.

- Kikis sebahagian kulit kayu yang dijangkiti dengan pisau bersih. Rendam di dalam racun kulat atau methylated
spirit untuk mendedahkan keseluruhan tompok berpenyakit termasuk kawasan yang masih sihat di sekeliling
lesion. Sapukan kawasan yang terdedah dengan 1-2% liter bahan aktif metalaxyl, forsetyl aluminium atau
lain-lain racun kulat yang sesuai. Lesion akan menjadi kering dan tidak akan membesar. Pengawasan bulanan
adalah perlu untuk memastikan tiada lesion baru yang terjadi.

- Elakkan pokok dari mendapat cedera di bahagian akar dan pangkal pokok dekat permukaan tanah kerana
kecederaan di bahagian ini memudahkan jangkitan penyakit.

- Musnahkan bahagian pokok yang dijangkiti penyakit ini iaitu tisu-tisu kulit yang telah dikikis untuk rawatan,
buah-buah yang dijangkiti reput buah, serta pokok yang telah mati. Amalan ini akan mengurangkan penyakit
ini merebak lebih luas lagi.

- Tanam lebih dari satu klon durian. Campuran dengan klon yang kurang rentang pada penyakit adalah
disyorkan seperti klon MDUR 88.
Hawar Daun Rhizoctania

Sering berlaku pada peringkat semaian dan boleh juga menyerang tanaman durian di ladang. Tidak begitu serius tetapi boleh menyebabkan daun
luruh dengan teruk terutama pada musim hujan atau di kawasan yang sangat lembap. Kulat R. solani menyerang daun dan boleh merebak ke
ranting dan dahan dan seterusnya boleh menyebabkan simptom mati rosot.

Tanda-tanda penyakit:

Mula kelihatan sebagai bintik-bintik kecil, berair dan berwarna hijau kekelabuan serta dikelilingi oleh kawasan yang perang keunguan. Ia akan
bertukar menjadi perang. Lesion-lesion ini akan bercantum menjadi besar bertukar warna dari perang tua ke perang muda apabila sudah kering.

Kawalan:

Buang dan bakar daun-daun yang diserang. Elakkan keadaan lembap dan pastikan pengudaraan yang baik di tempat semaian dengan mengatur
anak-anak pokok tidak terlalu rapat. Di ladang, kumpul dan musnahkan daun-daun penyakit yang gugur ke tanah terutama pada musim hujan.
Sembur dengan difenoconazole, flutolanil atau hexaconazole. Ulangi semburan sekiranya serangan masih berkekalan selang beberapa hari
sebagaimana tercatat pada label.

Bintik Daun

Disebabkan oleh alga Cephaleuros virescens. Kelihatan tompok-tompok perang kemerahan yang berupa baldu pada permukaan daun dan di
ranting-ranting. Daun menjadi kekuningan dan gugur. Penyakit ini selalu terdapat pada pokok durian tetapi tidak berbahaya pada pokok.

Kawalan:
Pastikan pokok dalam keadaan baik dengan memberi pembajaan yang optimum, pokok tidak terlalu rimbun, ladang tidak banyak rumpai dan
mempunyai saliran yang baik. Jika diserang teruk, sembur dengan racun jenis kuprum.

Penyakit Cendawan Angin

Disebabkan oleh kulat Corticium salmnicolor. Ia menyerang ranting dan dahan pokok. Batang dan cabang yang dijangkiti menunjukkan keruping
yang berwarna merah muda. Serangan teruk menyebabkan layu pucuk, daun gugur dan dahan mati. Ini selalu terjadi pada musim hujan.

Kawalan:

Cantas dan musnah bahagian yang dijangkiti kerana ini mengurangkan kejadian jangkitan. Pangkas bahagian yang berpenyakit dan bakar. Sapu
bahagian yang terdedah dengan cat. Sembur atau sapu dengan racun kulat.

Anthraknos

Disebabkan oleh Colletotrichum gloeosporioides. Boleh dikesan apabila berlaku pengeringan batang dengan cepat, bermula dari hujung dan
merebak ke bahagian bawah batang. Daun-daun menjadi kecut dan gugur. Apabila meristem hujung mati, pucuk-pucuk baru tumbuh dengan
banyak pada bahagian bawah dahan sihat. Serangan pada daun boleh menyebabkan daun kering, bermula dari tepi atu hujung daun. Penyakit
boleh merebak ke seluruh daun menyebabkan daun gugur. Penyakit ini biasa terdapat pada anak benih dan pokok yang lemah. Boleh dikawal
dengan semburan racun kulat yang sesuai.

Cendawan angin Corticium (corticium salmonicolor)

Simptom: Batang dan cabang menunjukkan keruping berwarna merah muda, pucuk layu, daun gugur dan dahan mati. Amalkan pertanian yang
baik dan gunakan racun jenis kuprum mengikut label.

KAWALAN SERANGGA

Ulat Pengorek Buah

Guna perangkap lampu (dipasang setinggi 20-30 kaki di sekitar dusun). Sembur dengan racun serangga.

Ulat Pengorek kulit dan Batang (Bactrocera guitata Zeuzera coffeae Synantheden spp.)

Menyerang ranting, dahan dan batang. Dahan menjadi layu dan mati serta meninggalkan sisa buangan di atas tanah. Pangkas semua ranting yang
ada tanda serangan dan musnahkan. Jika lubang pernafasan telah sampai ke pangkal pokok, suntik dengan racun kimia seperti Rogor dan
Tamaron. Selepas disuntik, lubang-lubng tadi ditutup dengan tanah liat atau plastisin. Jika masih terdapat tanda-tanda serangan selepas 2 minggu,
suntikan ulangan hendaklah dilakukan.

Ulat Pengorek Kulit (Synanthedon spp.)

Mengorek kulit bermula dari pangkal pokok. Tanda-tanda serangan ini jika melarat akan kelihatan tahi yang berwarna coklat kemerahan pada
kulit-kulit batang. Jika kulit-kulit ini dikikis akan kelihatan ulat-ulat berwarna putih di dalamnya. Kikis bahagian kulit yang mempunyai tanda
serangan. Sapu atau sembur racun serangga jenis sistemik yang sesuai
.
Ulat Pengorek Biji Durian (Mudaria magniplaga)

Larva yang menetas dalam buah memakan biji. Guna perangkap lampu. Kawalan dengan racun serangga seperti lambda-cyhalothrin.

Kumbang Pengorek Batang (Platypus spp)

Di dalam atau batang yang diserang terdapat ribuan lubang-lubang halus dan kumbang mengeluarkan habuk melalui lubang ini.

Teritip
Pokok diserang kelihatan pudar dan lama kelamaan diselaputi sepenuhnya oleh kulapuk hitam. Daun-daun menjadi kering dan layu dan akhirnya
boleh menyebabkan ranting atau dahan tersebut mati.

Koya

Sejenis serangga berwarna putih yang menyerang daun dan buah pada semua peringkat pertumbuhan pokok durian. Serangga ini boleh dikawal
dengan menyembur minyak putih pada bahagian yang diserang.

Nematod (Meloidogyne incognita)

Pokok kelihatan tidak segar dan terbantut. Kanopi jarang dan daun kekuningan, buah menjadi kecil, cepat matang dan pudar. Kulit tidak
mengelupas. Akar menjadi bengkak dan berubah warna. Guna bahan tanaman yang bebas dari penyakit nematod. Tabur racun nematicid yang
sesuai.

Anai-anai

Menyerang pokok yang masih kecil, akar pokok akan diserang dan akan mati. Serangan pada pokok dewasa akan kelihatan seperti terowong ana-
anai daripada tanah. Siram racun serangga yang dapat mengawet serangan anai-anai.

Vertebrate Tupai

Untuk kawalan jangka panjang, populasi tupai boleh dikurangkan dengan memusnahkan serang tupai secara membersihkan belukar dan semak
samun di kawasan ladang.

KAWALAN RUMPAI

Kaedah kawalan menggunakan racun rumpai adalah lebih efektif, praktikal dan ekonomik untuk mengurangkan saingan rumpai, kehilangan hasil
dan menjimatkan kos pengeluaran.

KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH

Untuk memetik buah durian pada peringkat matang, terdapat beberapa panduan umum yang telah dibentuk sebagai indeks kematangan buah
durian. Walau bagaimanapun tidak semua indeks ini sesuai untuk semua jenis durian. Indeks kematangan tersebut adalah seperti berikut:-
Pengiraan hari mengikut kalendar
Kaedah ini melibatkan bilangan hari dari peringkat bunga kembang atau putik sehingga buah boleh dipetik. Untuk memudahkan penuaian, tarikh
pokok durian berbunga dalam sesuatu musim perlu dipastikan. Biasanya tarikh bunga kembang dikira pada masa lebih kurang 70% bunga durian
sudah kembang. Umumnya buah durian mencapai kematangan di antara 90 dan 150 hari selepas bunga kembang bergantung pada klon atau
kultivar.

Warna duri atau kulit


Bagi kebanyakan klon durian, warna hujung duri buah menjadi coklat tua apabila buah mencapai kematangan. Ini jelas kelihatan kerana bahagian
tapak duri dan lurah di antara duri berwarna cerah.

Ciri-ciri lurah pada buah


Lurah atau alur di antara tapak duri mengembang dan warna bertambah gelap apabila buah matang.

Tangkai buah
Buah durian yang keluar dri dahan pokok mempunyai tangkai yang agak panjang. Pada tangkai ini terdapat bahagian absis iaitu bahagian yang
akan memisahkan buah daripada pokok (menyebabkan buah luruh) apabila buah masak. Ketika buah masih belum matang, keseluruhan tangkai
buah kelihatan sama besar. Apabila buah mencapai peringkat matang, bahagian absis kelihatan membengkak. Buah boleh dipetik apabila garisan
absis sudah terbentuk sebahagian atau sepenuhnya. Garisan absis yang terbentuk sepenuhnya mengelilingi tangkai menandakan buah hampir
luruh. Tanda sebegini jelas pada klon Chanee, Monthong dan juga D 24.

Keanjalan hujung duri


Buah yang matang biasanya mempunyai hujung duri yang anjal atau liut. Manakala buah yang belum matang mempunyai hujung duri yang keras.

Garis pangsa
Ruangan tempat isi atau ulas isi pada buah durian dipanggil pangsa. Buah durian biasanya mempunyai 5 pangsa. Garisan pangsa itu garisan yang
memisahkan pangsa-pangsa ini akan jelas kelihatan pada kulit buah apabila buah sudah matang. Garisan pangsa kelihatan lebih jelas pada buah
yang lebih matang.

Bunyi apabila buah diketuk atau dikeruk


Buah yang matang berbunyi kosong apabila diketuk dengan kayu atau rotan atau dikeruk dengan jari, sedangkan buah yang belum matang
berbunyi padat.

Cairan tangkai buah

Apabila tangkai buah dituris, cairan akan mengalir keluar. Cairan yang keluar dari tangkai buah yang matang kelihatan jernih dan manis rasanya.
Bagi buah yang belum matang, cairan berkeadaan pekat, boleh melekat pada jari apabila disentuh dan tidak berasa manis.

Bagi durian D 24, petunjuk kematangan yang paling sesuai ialah pembengkakan bahagian absis pada tangkai buah dan pembetukan garisan
pangsa. Walau bagaimanapun, hanya dengan melihat pada garisan pangsa sahaja sudah memadai untuk mengenali buah yang telah matang dan
kaedah ini merupakan yang paling mudah. Garisan pangsa kelihatan semakin jelas apabila buah semakin matang. Selalunya garisan pangsa
kelihatan timbul apabila buah hampir masak atau gugur. Semua tanda kematangan di atas, walau bagaimanapun, dipengaruhi oleh keadaan alam
sekitar dan kultivar yang membolehkan kesilapan berlaku ketika menentukan kematangan buah durian. Keadaan yang panas dan kering boleh
mempercepat kematangan buah durian kadang-kadang sehingga 10 hari.
Tempoh Kemasakan Buah Durian (PALING STIM KAT SINI)

D24 = 10-115 hari


D29 = 90 - 100 hari
D123 = 90 - 100 hari
D145 = 100-115 hari
D158 = 105-120 hari
D159 = 105-120 hari
D169 = 100-110 hari
D188 = 110-115 hari
D189 = 100-110 hari
D190 = 106-115 hari

Buah durian yang telah matang, dipetik dengan memotong tangkai buah 3-4 cm ke atas dari zon absis. Tangkai buah biasanya dipotong dengan
pisau tajam atau gunting. Buah yang telah dipetik tidak boleh diletakkan di atas permukaan tanah tanpa dialas bagi mengelakkan pencemaran
kulat semasa penyimpanan. Seelok-eloknya buah tersebut terus diletakkan di dalam bakul atau bekas yang sesuai. Bagi pokok yang tinggi, buah
boleh dipetik dengan menggunakan tangga atau memanjat pokok tersebut. Bagi mengelakkan buah terjatuh ke tanah, buah yang dipetik
dimasukkan ke dalam bekas kecil seperti baldi dan kemudian diturunkan dengan tali. Seorang pekerja lain perlu berada di bawah pokok untuk
menyambut buah tersebut dan dimasukkan ke dalam bakul mengumpul. Buah juga boleh diturunkan dengan tali sebiji demi sebiji dengan
mengikatkan tali pada tangkainya.

PETUA MEMILIH ANAK BENIH DURIAN BERMUTU

Sekiranya anda bercadang untuk menanam durian, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Pertamanya anda perlu menentukan jenis
klon durian yang sesuai untuk ditanam. Selepas itu sudah tentu anda memikirkan bagaimana dan di mana hendak mendapatkan anak benih durian
yang bermutu.

Tempat Membeli

Terdapat banyak tempat yang ada menjual anak benih durian contohnya pasar malam, pasar tani, gerai pameran, tapak semaian dan sebagainya.
Anda boleh membeli di mana sahaja yang anda fikirkan mudah untuk berurusan, tetapi anda juga harus memastikan adakah tempat yang anda
beli itu menjual anak benih yang tulen. Adakah penjual yang menjual benih itu boleh dipercayai atau sebaliknya (atau hanya mementingkan
keuntungan semata-mata). Dinasihatkan anda membeli anak benih durian di tapak semaian yang telah lama menceburkan diri dalam perniagaan
anak benih. Selain untuk mendapatkan bekalan anak benih daripada mereka, anda juga boleh mendapatkan tunjuk ajar dalam beberapa perkara
terutamanya cara menanam durian dan sebagainya.
Sewaktu berada di tapak semaian adalah lebih baik anda meninjau di sekitar tempat itu untuk menentukan anak benih yang dijual adalah anak
benih yang dikeluarkan oleh semaian itu sendiri. Kadangkala terdapat juga pengusaha tapak semaian menjual anak benih yang dibeli dari tempat
lain. Sekiranya perkara seperti ini berlaku, sudah tentulah penjual itu tidak dapat menentukan benih yang dijualnya itu benar-benar tulen.
Perhatikan juga anak-anak benih yang terdapat di tapak semaian itu bebas daripada penyakit akar dan lain-lain penyakit yang berbahaya.

Kaedah penyediaan anak benih


Kebanyakan anak benih durian dijual di dalam polibeg yang telah dibuat cantuman anak benih daripada tunas induk klon (baka) yang terpilih.
Biji-biji durian yang disemai di atas batas semaian akan dipindahkan ke dalam polibeg setelah berumur 4 bulan. Anak durian yang berada di
dalam polibeg akan diberi penjagaan yang sempurna selama satu bulan sebelum boleh dibuat cantuman. Anak benih yang telah dicantum
hendaklah dijaga dengan baik selama 3 bulan sebelum boleh dijual kepada pembeli.
Pembiakan anak benih durian boleh dilakukan dalam dua keadaan iaitu di kawasan terbuka dan di bawah naungan. Kebanyakan pengusaha tapak
semaian lebih berminat membuat pembiakan anak benih di bawah naungan kerana penjagaannya tidak rumit berbanding dengan keadaan di
kawasan terbuka. Pembiakan anak benih di kawasan terbuka memerlukan penjagaan yang rapi terutamanya dalam kerja-kerja penyiraman. Anak
benih yang disediakan di bawah naungan biasanya kelihatan lebih subur, daun hijau cerah tetapi pokoknya agak lembut dan perlu diberi sokongan
(kayu pancang). Manakala anak benih durian yang disediakan di kawasan terbuka didapati daunnya lebih kecil dan berwarna hijau pekat. Fizikal
pokoknya kelihatan lebih tegap dan tumbuh menegak.
Kepada pembeli anak benih durian disyorkan supaya memilih anak-anak durian yang dibiakkan di kawasan terbuka kerana pertumbuhan anak
benih ini agak lasak dan mudah menyesuaikan diri apabila ditanam di ladang. Sewaktu menanam di ladang anak benih ini tidak perlu diberi
naungan. Ini sudah menjimatkan perbelanjaan menanam.

Memilih anak benih durian

Kesuburan pokok

Sewaktu memilih anak benih durian pastikan memilih anak benih yang subur. Cara yang mudah untuk mengenali anak benih yang subur adalah
dengan memerhatikan jarak antara daun hendaklah jauh iaitu antara 1.5 hingga 2 inci. Pokok yang tidak subur dan pertumbuhannya terbantut
mempunyai jarak daun yang rapat. Pokok yang subur terdapat banyak pucuk baru walaupun daun-daun dibawahnya ada yang masih muda
berbanding dengan pokok yang tidak subur di mana kerana pokoknya kurang mengeluarkan pucuk baru dan daun yang terdapat di bawahnya
telahpun tua. Jangan memilih anak benih yang berdaun kuning, ada kemungkinan anak pokok ini tidak cukup menerima nutrien atau anak benih
ini mempunyai masalah penyakit akar.

Fizikal pokok

Sewaktu memilih anak benih pilihlah anak benih yang tingginya melebihi satu kaki, mempunyai batang pokok penanti yang lurus, besar dan
tegak. Begitu juga batang cantuman hendaklah besar (kecil sedikit daripada batang pokok penanti), lurus dan tegak.
This image has been resized. Click this bar to view the full image. The original image is sized 800x600.

Bebas daripada penyakit

Pastikan anak benih yang dipilih tidak mempunyai tanda-tanda serangan penyakit terutama penyakit akar dan kulat. Tanda-tanda boleh dikesan
daripada pemerhatian fizikal pokok.

selamat menanam
Last edited by david.cronenberg; 28-09-2012 at 03:35 PM..

antagenaiz, REMEDY KARUNG GUNI, benartzam, skYnEt-gEnIUs, nasnura and 11 others thanked for this post

Paid Advertisement

#2
27-09-2012, 01:35 PM
Trader Rating: (0)
jimbajimbi Join Date: Jul 2012
Active Member Location: so kiss me n smile for me...
Posts: 1,810
Thanks (Received): 141
Likes (Received): 0
Active Level

My Mood:

dah tanam..tp sampai sekarang buah tak menjadi...bunga keluar pas tu luruh...
__________________
~Live without pretending,Love without depending, Listen without defending, Speak without
offending~
I Will Always Luv U.

Muslimah Boutique

#3
27-09-2012, 02:13 PM

Trader Rating: (0)


antagenaiz Join Date: Oct 2007
Super Active Posts: 6,302
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 44
Active Level

My Mood:

Quote:

Originally Posted by jimbajimbi

dah tanam..tp sampai sekarang buah tak menjadi...bunga keluar pas tu luruh...
durian kena tanam dlm kawasan yg agak teduh..
kalu kawasan terlalu kering n takde tumbuhan lain..

mmg susah nak dapat hasil..

#4
27-09-2012, 02:47 PM

Trader Rating: (2)


benartzam Join Date: May 2012
Posts: 3,054
Active Plus Thanks (Received): 0
Likes (Received): 29
Active Level

My Mood:

byk jugak jenis2 durian ni. nasib la tekak ni semua durian pun rasa sedap. beli yg murah pun dah puas hati.

#5
27-09-2012, 02:56 PM

Trader Rating: (5)


midi2020 Join Date: Feb 2012
Active Plus Posts: 3,649
Thanks (Received): 4
Likes (Received): 0
Active Level

durian apa yg paling sedap tapi murah?

durian apa yg berbuah sepanjang tahun?


__________________
Gadis comel nyanyi lagu #AWAY

#proud of you moslem #kekasihmu #percaya

#6
27-09-2012, 02:59 PM

Trader Rating: (0)


antagenaiz Join Date: Oct 2007
Super Active Posts: 6,302
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 44
Active Level

My Mood:

Quote:
Originally Posted by benartzam

byk jugak jenis2 durian ni. nasib la tekak ni semua durian pun rasa sedap. beli yg murah pun dah puas hati.
sama la kita..asal durian je semua wa sebat..

tp wa lg suka durian kg dr durian spesis kacuk2 camni..

#7
27-09-2012, 03:01 PM

Trader Rating: (0)


antagenaiz Join Date: Oct 2007
Super Active Posts: 6,302
Thanks (Received): 2
Likes (Received): 44
Active Level

My Mood:

Quote:

Originally Posted by midi2020


durian apa yg paling sedap tapi murah?

durian apa yg berbuah sepanjang tahun?

durian murah..durian yg ditanam sendiri wa rasa..

tp klau bro g jelajah kat kg2..byak je durian harga murah bleh dapat..kdang2 harga singgit sbijik jek..

durian yg berbuah sepanjang taun..maybe durian belanda..

#8
27-09-2012, 03:10 PM

Trader Rating: (9)


oimates Join Date: May 2009
Active Plus Posts: 2,932
Thanks (Received): 39
Likes (Received): 3
Active Level

nak tanam..tapi mana nk dapat benih dia TT? berminat ngan yg D99 tu..

__________________

JUAL/ BELI / SEWA HARTANAH ANDA DI SINI


[/B]
#9
27-09-2012, 03:21 PM

Trader Rating: (1)


Join Date: Jun 2008
Location: River of Farmer
Posts: 8,979
hurairah01 Thanks (Received): 20
Permanently Banned - Multiple ID Likes (Received): 1
Active Level

My Mood:

ambe tak makan durian. pening ... tapi wife ngeng anak yang umur 2 tahun tu antu durian. Letak dalam keta, aromenye semerbak.
__________________
[CENTER][COLOR="Blue"][B][URL="http://mysoccercommunity.com"][SIZE="3"]mySoccerCommunity.com[/SIZE][/URL]
[/B][/COLOR][B][SIZE="2"]Komuniti Maya Bola Sepak Malaysia[/SIZE][/B]
[COLOR="Red"][B][SIZE="3"]Anda peniaga? nak iklankan kat mySoccerCommunity? Leh contact ambe.[/SIZE][/B][/COLOR][/CENTER]

#10
27-09-2012, 03:25 PM

Trader Rating: (32)


Join Date: Aug 2010
Location: aBcdEfgH!jkLmNOpQr$tUvWxyZ 123456789101001000
Posts: 23,971
skYnEt-gEnIUs Thanks (Received): 501
Permanently Banned Likes (Received): 0
Active Level

My Mood:

fuuuuhhh,makan tahun ugak la nk tunggu hasilnye....


kalo ade tanah sesuai n x gune,sesuai ler buat...
__________________
[CENTER][SIGPIC][/SIGPIC][/CENTER][CENTER][B][SIZE="3"][COLOR="DarkOrchid"]ladyelena_11[/COLOR][/SIZE]
[SIZE="3"][/SIZE][SIZE="3"][URL="http://goo.gl/HbZZQ"][COLOR="Purple"]Servis Pemasangan Paip Meter
SYABAS[/COLOR][/URL][/SIZE]
[SIZE="3"][COLOR="Red"][B]stop ganggu suami org,insaf2 la buat perangai jijik tu,hodoh wajah sehodoh keji hati kau wahai
sihodoh[/B][/SIZE][/COLOR][/B][/CENTER]

Sponsored Links

Page 1 of 5 1 2 3 > Last »

« Previous Thread | Next Thread »

Posting Rules

You may not post new threads


You may not post replies ⚡ AMP
You may not post attachments
Forum Jump
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On Santai, Others
[IMG] code is On
HTML code is Off
Go
Forum Rules
-- CG Classic Contact Us CariGold Mobile Terms & Conditions Top

Copyright ©2000 - 2018, CariGold.com.

Resources saved on this page: MySQL 14.29%


Disclaimer: All posts published herein are merely based on individual views, and they do not expressly or by implications
represent those of CariGold.com or its owner. It is hereby made clear that CariGold.com does not endorse, support, adopt or
vouch any views, programs and/or business opportunities posted herein. CariGold.com also does not give and/or offer any
investment advice to any members and/or readers. All members and readers are advised to independently consult their own
consultants, lawyers and/or families before making any investment and/or business decisions. This forum is merely a place for
general discussions. It is hereby agreed by all members and/or readers that CariGold. com is in no way responsible and/or
liable for any damages and/or losses suffered by anyone of you.

Anda mungkin juga menyukai