Anda di halaman 1dari 5

PENILAIAN KENDIRI

Jawab semua soalan di bawah.


a. Takrifkan maksud kawalan berangka.
Sebagai satu bentuk pengautomatan beraturcara. Kod-kod dalam bentuk angka, nombor
dan huruf digunakan untuk mengawal proses pemesinan.
b. Senaraikan LIMA (5) jenis mesin di bawah kawalan berangka
- Mesin Larik NC.
- Mesin Kisar NC.
- Mesin Gerudi NC.
- Electric Discharge Machines ( EDM) NC.
- Mesin Pembentuk Paip NC.

c. Takrifkan istilah-istilah berikut:


i. Kejituan.
Kejituan dalam operasi pemesinan boleh ditakrifkan sebagai hampirnya satu titik
kepada titik sebenar. Mesin mestilah boleh melakukan operasi pemesinan dengan
tepat mengikut arahan yang diberikan.
ii. Kebolehulangan.
Kebolehulangan dalam pemesinan ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mengulangi
perkara yang sama. Mesin mestilah boleh melakukan operasi pemesinan bagi
menghasilkan produk yang berukuran sama seperti sebelumnya.
iii. Keboleharapan.
Keboleharapan ditakrifkan sebagai kebolehan untuk mengikut arahan bagi
melakukan kerja yang diberikan. Mesin mestilah berkebolehan untuk melakukan
operasi pemesinan mengikut arahan serta tidak akan melakukan sebarang kesilapan
atau melanggar arahan.

d. Nyatakan komponen-komponen asas sistem kawalan berangka.


I. Data masukan/atur cara (medium input).
II. Unit kawalan mesin/proses (machine control unit - MCU).
III. Perkakasan mesin (machine tool).

e. Senaraikan EMPAT (4) kebaikan menggunakan mesin kawalan berangka.


I. Kerja memesin cepat.
II. Produk yang sama boleh dihasilkan.
III. Kurang tenaga kerja mahir.
IV. Menghasilkan produk yang banyak.
V. Ketepatan pemotongan.
VI. Kebolehan menghasilkan produk Prototype dengan cepat.

Soalan 1-2
a. Nyatakan fungsi kawalan berangka.
Ia merupakan suatu atur cara suruhan menggunakan kod-kod yang tertentu dan disusun
menjadi satu arahan khas bagi mengendalikan proses pemesinan sesuatu komponen.

b. Nyatakan komponen Input di dalam sistem kawalan berangka.


Data masukan/atur cara (medium input).

c. Senaraikan DUA (2) keburukan menggunakan mesin kawalan berangka.


i. Kos pembelian dan senggaraan tinggi.
ii. Memerlukan pekerja yang mahir.

Soalan 2-1
a. Senaraikan LIMA (5) bidang kerja seorang jurumesin.
 Mengetahui penyelenggaraan mesin.
 Menjalankan operasi bagi semua jenis peralatan mesin asas, mesin khas, dan mesin
pelbagai fungsi.
 Menangani projek pembentukan logam, bermula dari perancangan dan
 pembuatan melalui proses pemasangan, pemerhatian, dan pengujian.
 Memeriksa benda kerja yang rosak dan cacat.
 Memilih mesin, mata alat, dan bahan yang paling sesuai untuk menyiapkan projek.
 Merancang turutan operasi pemesinan bahan.
 Menyediakan lay out dan stok logam untuk menunjukkan di mana potongan perlu di
lakukan.
 Meletakkan bahan dan mengikat bahan pada mesin.
 Meletakkan mata alat yang betul dan tepat pada mesin.
 Menjalankan beberapa operasi pemesinan seperti yang diperlukan.

b. Senaraikan LIMA (5) bidang kerja seorang pengaturcara.

 Melihat dan membaca blueprint, dan menulis spesifikasi.


 Merancang turutan operasi pemesinan bahan.
 Melakukan beberapa pengiraan matematik yang diperlukan.
 Merancang turutan operasi pemesinan bahan.
 Melakukan beberapa pengiraan matematik yang diperlukan.
 Membina atur cara CNC.
 Menguji atur cara dan membuat simulasi.

Soalan 2-2
a. Berdasarkan rajah 2.5, huraikan bagaimana sistem servo berfungsi.
1. Arahan dan isyarat di hantar melalui pengawal servo.
2. Pengawal servo akan meningkatkan dan menurunkan kuasa keluaran pada tahap
yang diperlukan.
3. Apabila kuasa dibekalkan, motor akan mula berpusing dengan berubahnya kelajuan
dan kedudukan.
4. Ketika ini berlaku, beberapa peranti yang lain seperti takometer, resolver, dan
pengesan (berfungsi sebagai penghantar isyarat balikkan) juga bergerak bersama.
5. Isyarat masukkan ini memberitahu pengawal apa yang sedang dilakukan oleh motor
dan sama ada motor menjalankan operasi seperti yang dikehendaki.
6. Jika berlaku kekurangan pengawal dengan

Maksud Sistem servo.


Sistem Yang Terdiri Daripada Beberapa Peranti Yang Mengawal Kelajuan/Kedudukan Beban (Item)

b. Senaraikan 2 perbezaan di antara sistem CNC dan DNC.

Soalan 3-2

(a) Nyatakan maksud dan fungsi program zero.


Program zero adalah titik rujukan asalan pada benda kerja (datum) fungsi program zero
ialah untuk memudahkan penulisan program dilakukan serta menjadi titik rujukan kepada
pengawal mesin mengawal mata alat pemotong melakukan pemotongan.

(b) Apakah kaedah pergerakan berterusan.


Mata alat pemotong melakukan pemesinan mengikut laluan yang ditetapkan. Pemesinan
berlaku serentak dengan pergerakan meja kerja mesin dan kadar suapan ditentukan.
FAKTA KUNCI

Kawalan berangka ialah satu bentuk pengautomatan beraturcara. Kod-kod dalam


bentuk angka, nombor dan huruf digunakan untuk mengawal proses pemesinan.
Komponen asas sistem kawalan berangka terdiri daripada data masukan/atur cara,
unit kawalan mesin/proses dan perkakasan mesin.
Jurumesin dan pengaturcara mesin menjalankan proses pembuatan logam dan
plastik berkejituan tinggi. Mereka menggunakan peralatan mesin kawalan berangka
berkomputer untuk melakukan proses pembuatan tersebut.
Sistem yang terdiri daripada beberapa peranti yang mengawal kelajuan/kedudukan
beban (item).
Koordinat kartesian ialah sistem koordinat yang merujuk kepada kedudukan tiga
paksi yang bersudut 900 di antara satu sama lain.
Kedudukan mutlak/absolute (G90) adalah sistem koordinat yang merujuk kepada
satu titik tetap sahaja.
Kedudukan tokokan/incremental (G91) adalah sistem koordinat yang merujuk
kepada titik terakhir sebagai titik rujukan.
Program zero adalah titik rujukan asalan pada benda kerja.
Terdapat beberapa alamat huruf seperti G, M, s, dan T yang membenarkan fungsi
khas ditetapkan dalam atur cara.
Permulaan atur cara terdiri daripada simbol % dan ‘O’ yang memberi maksud
bahawa arahan pemesinan akan diberikan pada baris seterusnya.
Pada baris akhir atur cara ditempatkan arahan M30 atau M02 untuk menamatkan
atur cara.
Postprocessors merupakan satu perisian komputer. Ia berfungsi untuk membina dan
mewujudkan set arahan CNC dalam bahasa pengaturcaraan.
Mata alat dipanggil sebagai ‘tool changer’. Manakala pemegang mata alat dipanggil
‘tool magazine’.
Atur cara titik ke titik digunakan apabila mata alat perlu begerak secara tepat ke titik
yang di program. Proses menebuk, melulas, menggerek, membenang(tapping), dan
menekan (punching).

Anda mungkin juga menyukai