Anda di halaman 1dari 18

KPR 3012

SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

KAJIAN TINDAKAN

Keberkesanan Aktiviti Berkumpulan Dalam Proses Pengajaran Dan


Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran Sains Pertanian

NAMA : SITI FATIMAH BINTI ABU BAKAR

NO. MATRIK : D20111047842

PROGRAM : ISMP SAINS PERTANIAN

NO TELEFON : 0125853031

KUMPULAN : AT09

NAMA PENSYARAH : DR. NORAZILAWATI BINTI

ABDULLAH
KEBERKESANAN AKTIVITI BERKUMPULAN DALAM PROSES PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN SAINS PERTANIAN.

OLEH

SITI FATIMAH BINTI ABU BAKAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HAJI AHMAD SAID SUNGAI DUA,

13800, BUTTERWORTH, PULAU PINANG.

ABSTRAK

Kajian tindakan melibatkan pengumpulan dan penterjemahan data untuk memudahkan


pemahaman seseorang tentang sesuatu fenomena atau permasalahan di tempat kerja. Perkara
utama dalam prinsip pelaksanaan kajian tindakan ialah matlamat untuk memperbaiki amalan
seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat tindakan terhadap penemuan
yang didapati tentang sesuatu amalan itu. Kajian tindakan dalam pendidikan menjadi satu
perkembangan penting yang memberi alternatif penyelidikan kepada pendidik.

Menurut Kemmis & McTaggart (1988), kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri
refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta yang berada dalam
sesuatu situasi sosial bertujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan
kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka
tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.

Setiap guru dikehendaki membuat kajian tindakan bagi mengenalpasti kelemahan mereka
dalam melakukan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Justeru, pelajar tahun akhir di
Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) yang telah tamat menjalani latihan mengajar di sekolah
masing-masing juga tidak terkecuali untuk melakukan kajian tindakan ini. Kajian tindakan yang
dilakukan adalah berdasarkan refleksi pengajaran yang telah dibuat oleh pelajar semasa sedang
menjalani latihan mengajar di sekolah masing-masing. Hasil refleksi tersebut, didapati wujud
kelemahan yang perlu dikaji agar tidak memberi implikasi buruk di kemudian hari.

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi
oleh pelajar tingkatan empat yang mengambil aliran sains pertanian di dalam subtopik
Pembiakan Tumbuhan. Seramai 18 orang pelajar dari kelas 4 Al- Farabi, SMK Datuk Haji
Ahmad Said, Sungai Dua telah terlibat dalam kajian ini.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar
tidak mengingati jenis-jenis pembiakan seperti keratan batang, tut, cantuman, kultur tisu dan
pembahagian rumpun. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan
penglibatan pelajar di dalam kelas melalui aktiviti berkumpulan. Pelajar telah diberikan tugas
dalam bentuk berkumpulan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam kelas
selama 70 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh empat minggu. Keputusan ujian
pos telah menunjukkan pelajar telah melibatkan diri dengan jayanya di dalam kelas di samping
prestasi pelajar dalam ujian pos juga telah menunjukkan peningkatan yang memberansangkan.
Melalui dapatan pemerhatian terhadap pelajar yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan pelajar
lebih aktif di dalam kelas dan lebih seronok menjalankan aktiviti di dalam bentuk berkumpulan.
Secara tidak langsung, kesan daripada aktiviti berkumpulan juga telah meningkatkan prestasi
pelajar di dalam ujian pos yang dijalankan selepas melakukan kajian ini.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Pada hari pertama persekolahan di mana saya diminta untuk mengajar kelas sains pertanian
tingkatan 4 Al-Farabi, saya telah berjumpa dengan guru pembimbing saya untuk melihat dan
menganalisis markah ujian penggal satu yang telah diduduki oleh pelajar-pelajar tersebut
sebelum saya menjejak kaki ke kelas yang akan diambil alih oleh saya. Melalui hasil analisis
saya terdapat seorang pelajar yang gagal dalam ujian tersebut dan tiada seorang pun pelajar yang
memperoleh gred A. majoritinya pelajar memperoleh gred B dan C semasa keputusan ujian ini
dikeluarkan oleh guru pembimbing saya. Saya menganalis lebih mendalam tentang subtajuk
Pembiakan Tumbuhan pada setiap kertas soalan Ujian penggal satu yang telah dijawab oleh
kesemua pelajar tersebut. Saya mendapati subtajuk Pembiakan Tumbuhan merupakan soalan
yang sukar dijawab oleh pelajar di mana terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh pelajar
pada subtajuk ini berbanding subtajuk yang lain. Setelah saya selesai menganalisis ujian tersebut,
saya mula melangkah ke kelas tersebut dengan harapan pelajar dari kelas ini tidak menimbulkan
apa-apa masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Semasa saya menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tersebut melalui kaedah penerangan berdasarkan
slaid sahaja, saya mendapati pelajar pada mulanya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada
saya. Setelah separuh masa terakhir, pelajar mula mengantuk malah ada yang tertidur serta ada
juga pelajar membuat kerja sendiri tanpa memberi perhatian terhadap pengajaran saya di
hadapan kelas. Saya merasakan sesi pengajaran dan pembelajaran saya adalah membosankan dan
lebih kepada komunikasi sehala dan pembelajaran berpusatkan kepada guru dan bahan sahaja.
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran, saya menyediakan ujian pra kepada pelajar
untuk menjawab soalan yang telah disediakan oleh saya. Saya mendapati 90 peratus pelajar tidak
dapat menjawab dengan baik dan kebanyakannya menulis jawapan yang salah pada kertas ujian
tersebut.

Melalui keputusan ujian tersebut, saya rasa terpanggil untuk mengubah bentuk
pengajaran saya ke arah yang lebih baik. Saya juga perlu mengurangkan teknik pengajaran
saya yang lebih berpusatkan kepada guru dan bahan serta saya perlu menjalankan
komunikasi dua hala untuk menarik pelajar melibatkan diri secara aktif di dalam kelas.
Antara sebab pelajar tidak dapat menjawab dengan baik ujian pra tersebut di mana ia telah
dinyatakan oleh pelajar sendiri adalah :

- Tidak dapat memberi sepenuh perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.
- Bosan dan mengantuk.
- Tiada aktiviti dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Melalui maklum balas yang diberikan oleh pelajar serta keazaman untuk memperbaiki
kelemahan saya dalam proses pengajaran, ia telah mendorong saya untuk menjalankan kajian
tindakan yang mengetengahkan aktiviti berkumpulan sebagai kajian tindakan saya.
2.0 FOKUS KAJIAN

Saya telah menganalisa soalan tahun-tahun lepas subjek Sains Pertanian SPM dan mendapati
bahawa subtajuk Pembiakan Tumbuhan merupakan soalan popular bagi kedua-dua kertas 1 dan
kertas 2. Soalan bagi subtajuk Pembiakan Tumbuhan juga banyak menyumbang markah di mana
setiap tahun subtajuk tersebut seperti diwajibkan di dalam kedua-dua kertas 1 dan 2 bagi
peperiksaan SPM. Jika pelajar dapat menguasai subtajuk Pembiakan Tumbuhan dengan mudah
dan faham isi kandungan dalam subtajuk tersebut, peluang untuk pelajar lulus dan bilangan
pelajar mendapat gred A adalah sangat tinggi. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar dalam
subtajuk Pembiakan Tumbuhan adalah bagaimana membezakan setiap jenis pembiakan
tumbuhan seks dan aseks. Dalam isi kandungan pembiakan tumbuhan, mereka gagal
mengenalpasti jenis pembiakan tumbuhan seks dan aseks dengan betul dan cara-cara melakukan
pembiakan tersebut kepada tumbuhan. Jika saya berjaya menjalankan kerja berkumpulan kepada
pelajar tentang subtajuk ini, saya yakin kaedah Pengajaran dan Pembelajaran saya dapat
dipelbagaikan dan dipertingkatkan di samping sikap negative dan pencapaian pelajar tingkatan 4
Al-Farabi yang rendah akan dapat diperbaiki. Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara
kaedah mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar itu
gagal atau hilang minat belajar tentang sesuatu subjek.

Lantaran itu, saya telah mendapatkan analisa ‘Multiple Intelligences Profile Indicator’
pelajar tingkatan 4 Al-Farabi dari guru kelas mereka yang telah menjalankan Ujian Kecerdasan
Pelbagai bagi mengesan kecerdasan dominan pelajar tingkatan 4 Al-Farabi. Berikut merupakan
hasil kajian yang dijalankan terhadap 18 orang pelajar kelas 4 Al-Farabi tentang kecerdasan
dominan mereka :

Kecerdasan dominan Bil. Pelajar


Logik – Matematik 1
Visual – Ruang 9
Tubuh kinestetik 3
Verbal – Linguistik 1
Muzik Ritma 1
Interpersonal 2
Intrapersonal 1
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kerja berkumpulan dalam


proses Pengajaran dan Pembelajaran pada mata pelajaran Sains Pertanian iaitu
subtajuk Pembiakan Tumbuhan.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

3.2.1 Meningkatkan kefahaman pelajar untuk mengenalpasti jenis pembiakan


seks dan aseks serta langkah-langkah melakukan pembiakan kepada
tumbuhan.
3.2.2 Menjadikan kerja berkumpulan sebagai medium pengajaran yang
menyeronokkan dan berkesan meningkatkan prestasi pelajar.
3.2.3 Mengubah pengajaran guru supaya pelajar merasakan proses pengajaran
dan pembelajaran adalah tidak membosankan jika dibuat dalam bentuk
kerja berkumpulan.

4.0 SOROTAN LITERATUR

Pelbagai kajian telah dijalankan oleh beberapa orang pengkaji mengenai pembelajaran secara
berkumpulan dan kesannya terhadap pembelajaran. Mengikut pemerhatian beberapa
pengkaji, pelajar-pelajar yang aktif akan menghasilkan suasana pembelajaran yang tidak
membosankan. Kerja berkumpulan secara keseluruhannya mampu menilai kebestarian
seseorang individu. Struktur pembelajaran secara berkumpulan yang berkesan dapat
memastikan pelajar-pelajar yang aktif terlibat dalam menstrukturkan pengetahuan mereka
dan pada masa yang sama memberi semangat antara satu sama lain dalam mencapai
matlamat pembelajaran masing-masing (Lie, 2004). Selain dari itu Chua (2001) berpendapat
motivasi dan minat serta semangat baru akan diperolehi dengan pengisian pembelajaran yang
positif dan konkrit untuk merangsang minda pelajar. Peranan guru dalam kelas adalah
memastikan pelajar sentiasa berminat untuk mengikuti pembelajaran seperti yang dinyatakan
oleh Che Mansor (2000), guru-guru perlu menggalakkan para pelajar berfikir untuk lebih
menghasilkan daya pemikiran yang lebih kreatif, inovatif dan menghasilkan idea yang
bernas.

Menurut Rogers dan Freiberg (1994) lagi, para guru seharusnya ingat bahawa kadangkala
pelajar-pelajar juga ingin berkongsi pendapat dan pengetahuan dengan rakan-rakan dan guru-
guru. Apalah salahnya jika para guru menggalakkan pelajar-pelajar mengajar sesama sendiri.
Setiap ahli mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada kumpulan mereka. Kejayaan
individu menentukan kejayaan kumpulan, begitu juga sebaliknya sekiranya seorang gagal,
maka seluruh ahli kumpulan juga gagal. Sekiranya kumpulan itu berjaya bermakna semua
ahli kumpulan berbangga dengan kejayaan tersebut.

Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2007) lagi, bagi menggalakkan penyertaan aktif
pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan diadakan supaya pelajar dapat
berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan.
Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama
atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan
menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Kumpulan pelajar
ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Guru akan
mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan.

Hal ini disokong oleh Abdul Halim Mohd Noh (2000), dalam kajian kesnya terhadap
pembelajaran secara berkumpulan dalam Mata Pelajaran Sains di Selangor, mendapati
terdapat persepsi yang baik terhadap penerapan nilai-nilai murni kemahiran belajar dan
pencapaian serta sikap yang baik lagi positif terhadap subjek Sains dalam kalangan pelajar
tingkatan satu.
Dalam kajian yang lalu, semua pengkaji berpendapat kaedah pembelajaran secara
berkumpulan adalah merupakan kaedah yang berkesan dalam teknik pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas di mana kaedah yang berpusatkan pelajar adalah lebih baik
daripada kaedah yang berpusatkan kepada guru.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar tingkatan 4 Al-Farabi

Lelaki : 8 orang

Perempuan : 10 orang

Jumlah : 18 orang

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

6.1 TINJAUAN MASALAH

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian dan
ujian pra serta ujian pos.

6.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa Proses
Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian
dijalankan. Sebelum saya melakukan aktiviti kerja berkumpulan, pada masa
pertama pelajar dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesi P&P
tetapi bila tiba masa kedua, pelajar mula hilang fokus dan masing-masing
menunjukkan mereka kurang berminat untuk meneruskan P&P sehingga
masa tamat. Sebagaimana kebiasaannya, pelajar perempuan yang lebih
bersedia dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang
bersungguh dan kurang mengambil bahagian di dalam aktiviti P&P yang
dijalankan.

6.1.2 Ujian Pra dan Pos

Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh


mana kefahaman dan ingatan mereka mengenai subtajuk Pembiakan
Tumbuhan seks dan aseks. Item Ujian Pra merupakan item Latihan
Topikal yang mempunyai semua aras dalam taksonomi Bloom di mana ia
disediakan sendiri oleh saya. Selepas saya menyemak jawapan pelajar,
saya tidak memulangkan kertas jawapan pelajar dan tidak membincangkan
jawapannya, sebaliknya saya telah mengubah cara pengajaran saya
daripada sesi penerangan kepada kerja berkumpulan pada sesi P&P yang
seterusnya dalam tempoh empat minggu. Setelah dua minggu saya
menjalankan aktiviti berkumpulan bersama-sama dengan pelajar, saya
telah memberikan Ujian Pos 1 menggunakan set soalan yang sama dengan
Ujian Pra dan aras soalan juga dimalarkan dalam set soalan tersebut. Lebih
kurang dua minggu selepas Ujian Pos 1, saya telah memberikan soalan
kuiz tentang subtajuk Tanah kepada pelajar saya sebagai Ujian Pos 2.

6.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH.

6.2.1 Analisis Pemerhatian

Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran didapati :

1. Pelajar bersemangat dalam menjalankan kerja berkumpulan bersama-sama rakan sekelas


di mana semasa sesi perbincangan di dalam kumpulan, pelajar berlumba-lumba
melontarkan idea masing-masing supaya mereka dapat bersaing dengan kumpulan-
kumpulan yang lain.
2. Semasa sesi pembentangan hasil kerja berkumpulan mereka, pada mulanya pelajar
kurang berkeyakinan untuk bercakap di hadapan kelas, tetapi lama-kelamaan pelajar
mula selesa untuk melakukan pembentangan di hadapan rakan-rakan sekelas yang lain.
Mereka juga mampu menggunakan ayat sendiri semasa pembentangan berbanding pada
hari pertama pembentangan dijalankan, mereka hanya membaca ayat pada nota dan buku.

3. Suasana di dalam kelas juga amat memberansangkan di mana sesi soal jawab antara guru
dan pelajar dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.

4. Semasa saya membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan memberi tugas
terhadap setiap kumpulan, pelajar menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai
ahli kumpulan tersebut dan saya dapat melihat kerjasama antara ahli kumpulan begitu
erat dan menggalakkan.

5. Dalam pemerhatian tingkah laku pelajar pula, tiada lagi pelajar yang mengantuk dan
kelihatan melakukan kerja lain di dalam sesi P&P Sains Pertanian kerana masing-masing
sibuk berbincang dan menjalankan tugas yang diberikan oleh saya kepada setiap
kumpulan.

6. Pelajar lebih memberi tumpuan terhadap arahan yang diberikan oleh saya semasa kerja
berkumpulan dijalankan berbanding semasa saya mengajar di hadapan kelas dengan
menggunakan slaid dan tidak melakukan apa-apa aktiviti dengan mereka.

7. Walaubagaimanapun, dari pemerhatian saya terhadap seorang pelajar yang mempunyai


rekod masalah disiplin tentang kehadirannya ke sekolah, saya mendapati pelajar tersebut
tidak begitu berminat untuk melibatkan diri di dalam kerja berkumpulan yang dilakukan
oleh saya. Pelajar ini juga hanya mendiamkan diri semasa sesi perbincangan dan kurang
melakukan tugas semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. Saya telah mendekati pelajar
ini dan memberi motivasi dan nasihat kepadanya. Dari minggu ke minggu saya dapat
melihat peningkatannya sedikit demi sedikit di dalam Ujian Pra dan Pos yang diberikan
kepada semua pelajar.

6.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos

Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos adalah seperti berikut :

Markah Bilangan Pelajar

Pra Pos 1 Pos 2

20-18 0 6 14

17-15 1 4 3

14- 12 3 4 0

11-9 10 3 1

8-6 2 1 0

5-3 2 0 0

2-0 0 0 0

Jadual 1 : Bilangan markah pelajar bagi ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2.

Dapatan Ujian Pra dan Pos berdasarkan Jadual 1 menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
pencapaian pelajar bagi Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 berbanding Ujian Pra di mana tiada seorang
pelajar pun memperolehi markah penuh atau 18 markah ke atas berbanding Ujian Pos 1 dan Pos
2. Bagi ujian Pra, majoritinya pelajar memperolehi markah di antara 11 hingga 9 markah semasa
menduduki Ujian Pra 1. Selain itu, terdapat dua orang pelajar yang gagal memperolehi 6 markah
ke atas iaitu jumlah markah mereka adalah seorang pelajar memperoleh 5 markah dan seorang
lagi hanyalah mendapat 3 markah dalam Ujian Pra tersebut. Tiada seorang pelajar mendapat
markah 2-0 di mana ia menunjukkan pelajar masih memberi tumpuan semasa sesi P&P
dijalankan sebelum mereka menduduki Ujian Pra.

Pada Ujian Pos 1, masih terdapat seorang pelajar yang memperoleh markah diantara 8
hingga 6 markah, manakala tiada seorang pelajar pun yang berada di dalam kategori 5 hingga 3
markah dan 2 hingga 0 markah. Hal ini menunjukkan prestasi pelajar mula meningkat secara
perlahan-lahan selepas dua minggu menjalankan pembelajaran secara berkumpulan di dalam
kelas. Majoritinya pelajar memperoleh markah 20-18 iaitu 6 orang pelajar daripada 18 orang
pelajar yang menjadi kumpulan sasaran di dalam kajian ini. Walaubagaimana pun, bagi kategori
17 hingga 15 markah dan 14 hingga 12 markah, bilangan pelajar yang memperolehi markah bagi
kedua-dua kategori tersebut adalah sama iaitu sebanyak 4 orang pelajar. Hal ini menunjukkan
peningkatan yang sangat baik berbanding semasa mereka menduduki Ujian Pra di mana 14 orang
pelajar telah mendapat bilangan markah lebih daripada 11 markah ke atas berbanding ujian Pra
di mana hanya 4 orang yang memperolehi bilangan markah di antara 12 hingga 17 markah.

Pada Ujian Pos 2, didapati berlaku perubahan drastik yang amat ketara di mana
pencapaian pelajar meningkat secara mendadak selepas 4 minggu menjalani pembelajaran secara
berkumpulan di dalam mata pelajaran Sains Pertanian. Secara majoritinya pelajar memperolehi
18 markah ke atas berbanding Ujian Pos 1 dan Ujian Pra. Bagi kategori 17 hingga 15 markah,
hanya 3 orang pelajar mendapat markah semasa menduduki Ujian Pos 2. Walaubagaimanapun,
terdapat seorang pelajar yang mendapat hampir separuh markah semasa menduduki ujian
tersebut. Hal ini disebabkan pelajar ini kurang melibatkan diri di dalam aktiviti berkumpulan
yang dijalankan oleh saya dan rekod kehadirannya ke sekolah juga begitu mendukacitakan.
Walaupun pelajar ini mendapat 11 markah di dalam ujian ini, ia telah menunjukkan peningkatan
dari masa ke semasa di mana semasa Ujian Pra, pelajar ini hanyalah memperoleh 3 markah
manakala bagi Ujian Pos 1 pencapaian pelajar ini meningkatkan sedikit di mana pelajar ini telah
memperoleh 8 markah semasa menduduki ujian tersebut.
Secara keseluruhannya, Jadual 1 menunjukkan peningkatan yang berkesan kepada pelajar dalam
menjalankan pembelajaran berbentuk aktiviti dalam kumpulan. Selain pencapaian pelajar
meningkat, motivasi dan nilai intrinsik dalam diri pelajar juga meningkat hasil dari kerjasama
dan bertolak ansur sesama ahli kumpulan. Pencapaian pelajar ini boleh dilihat dengan lebih jelas
melalui graf histogram di bawah :

20

18 BILANGA

16 18 hingga 20

14 15 hingga 17

12 12 hingga 14
BILANGAN
PELAJAR 9 hingga 11
10

6 hingga 8
8

3 hingga 5
6
0 hingga 2
4

0
Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2

Rajah 1 : Pencapaian pelajar berdasarkan Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2


6.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

1. Selepas pelajar menjalani Ujian Pra dan markah telah dicatat seperti di lampiran 1, pada
minggu berikutnya saya telah menjalankan kajian saya terhadap kelas tersebut.

2. Pada hari pertama, saya membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan meminta
pelajar bergerak dan duduk dalam kumpulan masing-masing. Pada permulaan kelas, saya
tidak menumpukan sepenuhnya terhadap isi kandungan kerana saya merancang untuk
membina sifat kasih sayang akan kumpulan dan mewujudkan rasa bertanggungjawab
serta bersemangat untuk bersaing secara sihat terlebih dahulu antara satu sama lain di
dalam diri pelajar di dalam kelas tersebut.

3. Bagaimana tindakan saya untuk memotivasikan pelajar adalah saya telah mengedarkan
kertas mahjong dan crayon kepada setiap kumpulan dan meminta pelajar tersebut
melakarkan logo dan nama kumpulan masing. Saya juga meminta pelajar menulis visi
dan misi kumpulan bagi menaikkan semangat berpasukan antara ahli kumpulan tersebut.
Setelah itu, saya meminta setiap ahli kumpulan melantik seorang ketua dan meminta
kumpulan tersebut mencipta satu sorakan kumpulan masing-masing.

4. Setelah selesai segmen memotivasikan diri pelajar, saya memulakan aktiviti kerja
berkumpulan di mana saya menulis soalan pada papan hitam dan memberi syarat kepada
pelajar di mana kumpulan yang ingin menjawab harus melakukan sorakan masing-
masing. Kumpulan yang paling cepat membuat sorakan akan mula menjawab terlebih
dahulu. Setelah kumpulan tersebut menjawab soalan yang dikemukan di papan hitam,
saya bersama-sama pelajar yang lain akan menyemak jawapan dari kumpulan berikut.
Jika jawapan yang diberikan adalah betul kesemuanya, 5 bintang akan diberikan kepada
kumpulan yang berjaya tetapi jika terdapat kesalahan, 2 bintang akan ditolak dari
kumpulan tersebut. Seterusnya jika ada kumpulan yang ingin membetulkan jawapan dari
kumpulan lain, mereka perlu melakukan sorakan kumpulan mereka. Kemudian jika
kumpulan tersebut berjaya melakukan pembetulan, 2 bintang akan dihadiahkan kepada
kumpulan tersebut. Bintang yang diberikan perlu ditulis di sebelah kanan logo masing-
masing. Aktiviti ini telah dijalankan sehingga waktu P&P tamat.

5. Pada minggu kedua, saya telah mengedarkan kertas mahjong bersama-sama dengan
marker pen kepada setiap kumpulan. Saya telah meminta pelajar untuk mencabut kertas
undi tentang tajuk jenis-jenis pembiakan tumbuhan dan langkah menyediakannya.
Contohnya, di dalam baling undi terdapat tajuk keratan batang, tut, cantuman dan kultur
tisu. Setelah pelajar mencabut undi, pelajar di minta untuk melukis setiap jenis
pembiakan pada masa yang ditetapkan. Setelah itu, pelajar di minta untuk membuat
pembentangan di hadapan kelas. Setelah selesai pembentangan dijalankan, saya meminta
pelajar duduk dalam jarak yang jauh untuk menduduki ujian Pos 1. Saya mula
mengedarkan soalan dan pelajar mula menjawab. Setelah semua soalan selesai dikutip,
saya menamatkan sesi P&P pada hari tersebut.

6. Pada minggu ketiga, saya meminta pelajar untuk berada dalam kumpulan masing-masing.
Saya mengedar soalan yang disediakan oleh saya sendiri tentang subtajuk jenis
pembiakan dan meminta pelajar berbincang secara kumpulan untuk mencari jawapan
bagi soalan tersebut. Setelah selesai sesi menjawab soalan, saya melakukan sesi
perbincangan dan soal jawab bersama-sama dengan pelajar.

7. Pada minggu ke 4, saya melakukan aktiviti berkumpulan bersama-sama dengan pelajar


dengan mengetengahkan aktiviti menunjuk cara pada sesi P&P tersebut. Saya
menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk pelajar menjalankan tunjuk cara di
mana setiap pelajar diberikan sejenis pembiakan tumbuhan dan mereka perlu melakukan
tunjuk cara kepada rakan sekelas. Contohnya, kumpulan A mendapat tajuk jenis
pembiakan pembahagian rumpun, oleh itu, kumpulan A akan mendengar penerangan dan
mempelajari langkah-langkah membuat tut, keratan batang, cantuman tunas daripada
kumpulan yang lain. Setelah selesai sesi tunjuk cara, saya mengedarkan soalan bagi Ujian
Pos 2 untuk dijawab oleh pelajar yang menjadi kumpulan sasaran kajian ini. Setelah
selesai menjawab soalan dan berbincang jawapan bersama-sama pelajar, saya
,menamatkan sesi P&P pada hari tersebut dan pada minggu berikutnya saya akan
memulakan tajuk yang baharu. Minggu ke 4 merupakan minggu terakhir saya
menjalankan kajian terhadap pelajar tersebut. Setelah itu, saya mula menganalisis data
dan menulis tentang kajian tindakan sehingga tamat hari berpraktikal di sekolah tersebut.

6.4 REFLEKSI KAJIAN

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik pembelajaran secara berkumpulan ini
banyak membantu pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri, bekerjasama, daya ingatan
dan kefahaman terhadap apa yang dipelajari disamping menjadikan suasana P&P lebih ceria
dan menyeronokkan. Keyakinan diri pelajar dapat dicungkil semasa pelajar melakukan
pembentangan di dalam kelas di mana pada awal permulaan pembentangan, pelajar langsung
tidak yakin dan gemuruh untuk bercakap di hadapan pelajar yang lain. Lama-kelamaan di
mana semakin banyak pembentangan dilakukan di dalam kelas, pelajar mula kelihatan lebih
yakin dan bersemangat untuk membentangkan hasil kerja mereka si hadapan kelas. Malah
ada yang berebut-berebut untuk jadi pembentang semasa sesi pembentangan dijalankan. Sifat
bekerjasama jugak dapat dibentuk melalui aktiviti berkumpulan ini di mana pelajar saling
bekerjasama dan menyumbang idea untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh saya.

Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Pos 1 dan Pos 2 menunjukkan peningkatan yang
agak ketara. Walaubagaimanapun masih terdapat seorang pelajar yang mempunyai
peningkatan yang berbeza dari pelajar yang lain iaitu peningkatan pencapaian markah jauh
ketinggalan ke belakang berbanding rakan sekelasnya yang lain. Hal ini disebabkan oleh
masalah disiplin dan ketidakhadirannya ke sekolah menyebabkan pelajar ini sedikit
kecundang di dalam pelajarannya. Saya telah mendekati pelajar ini dan saya mendapati
pelajar ini mempunyai potensi yang baik untuk berjaya jika pelajar ini berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan berubah menjadi pelajar yang berdisiplin. Manakala tingkah laku
pelajar lain melalui pemerhatian saya amat memberansangkan dan hal ini membakar
semangat saya untuk lebih mempelbagaikan teknik pengajaran saya di dalam mata pelajaran
Sains Pertanian.
Setelah selesai kajian ini dijalankan di dalam kelas tersebut, terdapat seorang pelajar
perempuan datang berjumpa dengan saya supaya saya meneruskan aktiviti berkumpulan
semasa menjalankan sesi P&P di dalam kelas mereka. Pelajar ini secara jujur memberitahu
saya bahawa dahulu pelajar ini langsung tidak berminat untuk belajar mata pelajaran Sains
Pertanian dan merasakan mata pelajaran ini amat membosankan. Walaubagaimana pun,
setelah saya melakukan aktiviti berkumpulan bersama-sama dengan mereka, pelajar ini
begitu seronok untuk belajar semasa berada di dalam kelas Sains Pertanian. Saya berasa
begitu tersentuh dan terharu dengan pengakuan pelajar tersebut dan keinginan saya untuk
membantu meningkatkan pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Sains Pertanian
semakin mendalam. Saya telah berusaha mencari idea yang baru dan bersesuaian dengan
pembelajaran di dalam kelas untuk mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas supaya pelajar
tidak berasa bosan dan seronok menjalani sesi P&P di dalam kelas.

6.5 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :

1. Guru perlu menjana idea untuk mempelbagaikan kaedah dan aktiviti berkumpulan
semasa sesi P&P dijalankan.

2. Menggunakan Alat Bantu Mengajar atau Bahan Bantu Mengajar yang pelbagai dan
bersesuaian bagi tahap pencapaian pelajar di mana ia akan memberikan kefahaman yang
maksimum kepada pelajar semasa menjalankan aktiviti berkumpulan di dalam kelas.

3. Menjalankan aktiviti membuat peta minda dan nota ringkas bagi setiap topik
pembelajaran secara berkumpulan dan membuat sesi pembentangan bagi peta minda
tersebut.
4. Menyediakan soalan-soalan yang mengikut aras taksonomi Bloom selepas sesi P&P
secara berkumpulan untuk menguji kefahaman pelajar tentang subtajuk yang dipelajari
mereka pada hari tersebut.

5. Melakukan “pop quiz” secara berkumpulan untuk meningkatkan semangat bersaing


secara sihat dan meningkatkan tahap ingatan pelajar tentang sesuatu tajuk mata pelajaran
Sains Pertanian.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari
segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar. Semoga hasil kajian saya ini
dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.
Akhir kata :-
prasarana
GURU KREATIF + PELAJAR DEDIKASI KEJAYAAN BERERTI
Kondusif

BIBLOGRAFI

1. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

2. Brown, T. (1987) Language Interaction Pattens in Lessons Featuring Mathematical


Investigations. PhD thesis, University of Southampton.

3. Dunn, T. (1997) Michel Foucault and the Politics of Freedom Thousand Oaks, CA: Sage.

4. Tan Aik Seong & Sabeha Abu Bakar. (1998). Pengajaran dan Pembelajaran Yang
Berkesan : Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. (hlmn. 83-87).

5. Teuku Iskandar. (1984). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

6. Wan Mohd Zahid Wan Nordin (16.2.2000). “Penekanan Kepada Perkembangan Potensi
Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu.” Berita Harian: m.s 7.

7. Abdullah Sani Yahaya. (2003). Mengurus Sekolah. Pahang Darul Makmur : PTS
Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai