Contoh RP Assure
Contoh RP Assure
Tajuk: Haiwan
Guru: Nurul Zarifah Syakirah Hazwanie
Tahun: Empat Ronin
Mata Pelajaran: Bahasa Arab
Tempoh Masa: 8.00 pagi - 9.00 pagi
Analisis Pelajar
Nyatakan Objektif
Murid dapat menyebut tiga daripada lima perkataan yang mengandungi huruf-huruf
bersambung dengan betul
Murid dapat menyebut semula dua daripada empat perkataan yang terdapat dalam satu
ayat ringkas dengan betul.
Murid dapat mengulang semula tiga daripada lima perkataan yang disebut oleh guru
dengan betul
SET INDUKSI
Media : Audio
Kaedah : Soal jawab
Bahan : Audio bunyi haiwan dan pembesar suara
Rasional pemilihan : Penggunaan media mampu merangsang pemikiran murid untuk
meneka bunyi haiwan yang didengari. Penggunaan audio mampu mewujudkan suasana
yang seronok dalam diri murid seterusnya dapat mengekalkan fokus murid untuk mengikuti
sesi pembelajaran yang seterusnya di dalam kelas.
LANGKAH 1
Media : Audio dan Visual
Kaedah : Penerangan
Bahan : Video nama haiwan bersama istilah Arab
Rasional pemilihan : Murid dapat mengetahui nama-nama haiwan dalam Bahasa Arab
dan mengingat istilah-istilah yang dipaparkan dalam video tersebut. Visual yang digunakan
akan dapat menarik perhatian murid di samping menjadi medium bagi memudahkan proses
mengingat.
LANGKAH 2
Media : -
Kaedah : Banding beza
Bahan : Kertas
Rasional pemilihan : Guru dapat menilai murid melalui jawapan masing-masing. Guru juga
dapat mengenal pasti murid sejauh mana murid menguasai isi pembelajaran.
PENUTUP
Media : Visual
Kaedah : Lisan
Bahan : Slaid Powerpoint
Rasional pemilihan : Guru dapat mengukuhkan kembali ingatan dan penguasaan murid
tentang istilah-istilah haiwan dalam Bahasa Arab melalui penggunaan visual dan kaedah
lisan. Penggunaan slaid Powerpoint dapat membantu murid untuk melihat dengan lebih
jelas dan mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap isi pelajaran tentang topik tersebut.
SET INDUKSI
Bahan Audio bunyi haiwan yang diperdengarkan mampu menarik minat murid untuk
mengikuti pelajaran yang seterusnya dan dapat memberi gambaran awal tentang isi
pelajaran yang bertemakan haiwan ternakan yang akan dipelajari.
Persediaan persekitaran : Guru memastikan murid berada dalam keadaan selesa dan
bersedia tanpa gangguan bunyi dari persekitaran.
LANGKAH 1
Persediaan persekitaran : Murid duduk dalam keadaan yang selesa ketika menonton
tayangan video. Persekitaran perlu berada dalam keadaan yang kondusif ketika tayangan
video.
LANGKAH 2
- Murid diminta memadankan gambar haiwan bersama istilah nama haiwan dalam Bahasa
Arab berdasarkan video yang ditayangkan.
Persediaan persekitaran : Murid dalam keadaan bertenang dan selesa untuk menjawab
tugasan yang diberikan.
LANGKAH 3
-Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan dan diberikan satu petikan kepada setiap kumpulan
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru memastikan petikan yang diberikanmempunyai
tulisan bertaip yang jelas dan mampu dibaca oleh murid
Persediaan persekitaran : Guru perlu memastikan murid berada dalam keadaan yang
selesa ketika aktiviti berkumpulan dijalankan dan mampu bekerjasama dengan baik untuk
menyelesaikan tugasan.
PENUTUP
- Guru memainkan slaid bergambar haiwan dan meminta murid menyebut kenbali istilah
haiwan tersebut dalam Bahasa Arab disamping penerapan nilai-nilai murni sebagai
penamat sesi pembelajaran.
Persediaan persekitaran : Murid mempunyai ruang yang selesa untuk memberi respon
kepada pertanyaan dan soalan guru.
Penglibatan Pelajar
2. Guru membincangkan bunyi haiwan yang telah didengar oleh murid dengan cara bersoal
jawab, contoh soalan
a) Apakah bunyi yang didengar?
Jawapannya: bunyi haiwan
b) Sebutkan bunyi haiwan yang didengar.
Ayam/Angsa /Lembu/Itik/Biri-biri
LANGKAH 1
1. Guru menayangkan video haiwan beserta istilah Arabnya.
2. Murid mendengar audio lagu daripada video.
3. Murid menyanyi mengikut rentak audio daripada video yang ditayangkan.
LANGKAH 2
1. Guru mengedarkan kertas yang menghendaki murid memadankan haiwan ternakan
LANGKAH 3
1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang ahli.
2. Guru mengedarkan satu petikan yang bertajuk ‘Haiwan Ternakan Saya’ kepada setiap
kumpulan.
3. Guru menayangkan petikan tersebut di slaid Power Point di hadapan kelas.
4. Murid dikehendaki mengenalpasti nama-nama haiwan yang terdapat di dalam petikan.
5. Guru menekankan nilai kerjasama semasa aktiviti berkumpulan dijalankan.
6. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja mereka.
7. Guru akan membimbing murid dan menyemak hasil kerja yang telah dibentangkan.
PENUTUP
1. Murid menyebut kembali istilah haiwan dalam bahasa Arab yang telah dipelajari secara
lisan dan menyemai nilai kasih sayang terhadap binatang.
PENCAPAIAN MURID:
• Murid dapat mengikuti pembelajaran dengan rasa seronok dan penuh minat
• Murid dapat mengenal dan menyebut 3 daripda 5 istilah haiwan dalam Bahasa Arab
dengan betul
• Murid yang masih belum menguasai kemahiran dengan baik akan diberi bimbkngan
oleh guru melalui aktiviti pemulihan dalam kelas secara individu atau kumpulan kecil
• Murid perlu memadankan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 gambar haiwan
bersama istilah Arabnya dengan betul
• Murid mampu mengenal pasti kesemua haiwan yang terdapat dalam petikan
PENILAIAN GURU:
Guru dapat mencapai objektif dengan menilai murid berdasarkan kepada keupayaan
menjawab tugasan yang diberikan.
IMPAK/KEBERKESANAN:
• Tayangan video dapat membantu murid mengenal pasti jenis haiwan beserta istilah
Arabnya sekaligus dapat membantu murid dalam proses mengingat
• Penggunaan audio bunyi haiwan membantu murid mengenalpasti pelbagai jenis
haiwan beserta istilah Arabnya seterusnya membantu dalam menguasai kemahiran
mendengar.
• Tugasan berkumpulan dapat menerapkan nilai kerjasama dalam diri murid dan
mengeratkan hubungan sesama murid serta mengukuhkan kemahiran komunikasi
murid.
• Aktiviti individu dapat menggalakkan murid untuk berdikari dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.