Anda di halaman 1dari 3

SKRIP MULTIMEDIA JUBLI PERAK IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TAJUK : IPGKTAA

Scene & Skrip Durasi/saat


Catatan
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan atau nama 35
asalnya Maktab Perguruan Kuantan, ditubuhkan pada 1 Januari 1976
di Jalan Gambut, Kuantan, Pahang.

Pada mulanya, maktab ini mempunyai seramai 10 orang pensyarah


dan 169 orang guru pelatih.

Sebuah lagi maktab perguruan telah dibina di Semambu pada bulan


September 1978 dengan dikenali sebagai Maktab Perguruan Kuantan,
Semambu.

Selepas 1 Januari 1986, Maktab Perguruan Kuantan Semambu


dipisahkan daripada Maktab Perguruan Kuantan Jalan Gambut.
.
2 Maktab Perguruan Kuantan, Semambu dibuka dengan rasminya pada 27
23 Ogos 1986 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,
(Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu
Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah.)
Baginda telah berkenan mengisytiharkan nama maktab ini sebagai
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan.

Pada pertengahan tahun 1999, Maktab Perguruan Teruntum,Jalan


Gambut ditutup dengan rasminya. Semua warga maktab ini
dipindahkan ke Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan.

Maktab ini telah diterajui oleh seramai sembilan orang pengetua iaitu:
 En. K. Ghanaguru 32
 Cik Puteri Kamariah Megat Ramli
 Encik Abu Bakar bin Don
 Tuan Haji Ali bin Jamil
 Tuan Haji Abd Manaf bin Jaafar
 Dato’ Dr. Abu Tahir bin Lela
 Tuan Haji Eusoff bin Alias
 Tuan Haji Mohamad bin Hasan
 Dan Tuan Haji Ahmad Kamal bin Abdul Hamid

Tanggal 19 Ogos 1996, Kursus Diploma Perguruan Malaysia mula


dilaksanakan di semua maktab perguruan termasuk di Maktab
Perguruan Tengku Ampuan Afzan.

3 Pada 1 Julai 1999, sebuah maktab baharu di Kuala Lipis, Pahang telah
dibina di sebuah kawasan seluas 24.7 hektar. 32
Pada 25 Mei 2002, Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan,
Semambu, Kuantan dipindahkan ke Kuala Lipis. Bangunan lama
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan Semambu, Kuantan telah
diserahkan kepada Politeknik Sultan Ahmad Shah.

Tuan Haji Ahmad Kamal bin Abd. Hamid dilantik sebagai Pengetua
pertama Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Pada 17 Oktober 2002, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan 24


Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum
Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Maadzam Shah sekali lagi berkenan
mencemar duli menyempurnakan majlis perasmian kampus baharu,
Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Tanggal 16 Mac 2006, maktab-maktab perguruan di seluruh negara


dinaik taraf menjadi Institut Perguruan. Maka nama maktab ini ditukar
pula kepada Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, 32
Pahang.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan di


institut ini pada bulan Julai 2004. Seramai 69 orang pelajar sulung
telah mengikuti program ijazah dalam bidang Pengajian Matematik,
Cina dan Tamil.

Nama institut perguruan ini ditukar sekali lagi menjadi Institut 37


Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan apabila penjenamaan
semula berlaku pada 8 Oktober 2009.

Institut Pendidikan Guru ini kian berkembang di bawah teraju


pengarah-pengarah yang berjiwa besar untuk melonjak kecemerlangan
pendidikan di negeri Pahang sehingga ke peringkat antarabangsa.
Mereka ialah:
 Dato’ Haji Mohd Baharin bin Harun,
 Tuan Haji Othman bin Ramli,
 Tuan Haji Roslan bin Abdul Hamid,
 Dato’ Haji Mazlan bin Mohamad,.
 .dan En. Jaafar bin Idris,.

Institut ini diangkat menjadi pusat rujukan kecemerlangan pendidikan 23


guru sekali gus menjadi pusat Edu Tourism.

Rentetan itu, wujudlah Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan


(PLGDP) di Seri Tualang, Temerloh dan Institut Pendidikan Guru
Kampus Tengku Ampuan Afzan diberikan tanggungjawab untuk
menguruskan pentadbirannya.

Kini, pelbagai kursus perguruan sama ada secara sepenuh masa atau 40
dalam cuti dijalankan di institut ini. Antaranya ialah;

 Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP)


 Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI)
 Diploma perguruan Lepasan Ijazah (DPLI)
 Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)
 Program Pensiswazahan Guru (PPG)
 Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI-SR-jQAF)
 Kursus Diploma Perguruan Malaysia (PLPS KEMAS)
 Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM-KDC)

Sepanjang tempoh 25 tahun, institut ini telah berjaya melakar sejarah 33


dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Dalam bidang akademik , seramai 69 orang graduan pertama PISMP


telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang pada tahun
2011. Mereka telah ditempatkan mengajar di sekolah – sekolah di
seluruh Negara.

Di samping itu, kesungguhan pelajar-pelajar teruji apabila mereka


berjaya mengharumkan nama institut ini dalam beberapa pertandingan
berprestij di peringkat kebangsaan.

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan berderap 15


seiring gagasan Kementerian Pelajaran dalam membentuk jati diri guru
yang berketrampilan, berilmu dan berakhlak mulia bagi menjana modal
insan negara.

Total Durasi 5 min 30 saat

Anda mungkin juga menyukai