Anda di halaman 1dari 3

Bahagian A(i) – ringkasan

[20 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasn tentang sebab-sebab masyarakat kurang membaca buku ilmiah. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah ayat asal.

Tabiat membaca buku ilmiah dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah berbanding dengan
negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, England, Jepun dan Taiwan. Penduduk negara yang
ekonominya berasaskan sektor pertanian, masih beranggapan bahawa memiliki buku-buku ilmiah
tidak sepenting seperti memiliki makanan. Lagipun, jumlah ahli keluarga yang besar, memaksa
ketua keluarga berbelanja untuk membeli keperluan asas sahaja. Fenomena ini berlaku kerana
rakyat yang tinggal di negara yang berasaskan pertanian sangat malas berfikir kerana bidang
pertanian lebih teratur dan tidak banyak pancaroba. Mereka membaca hanyalah untuk
menghiburkan hati. Lantaran itu, buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, bernilai RM 40
juta tidak terjual kerana gagal menarik minat pernbaca. Buku-buku tersebut dikatakan kurang
memuatkan ilustrasi dan isi kandungan buku pula terlalu padat.

Selain itu, bahan-bahan bacaan ilmiah lebih mahal daripada komik dan bahan-bahan bacaan
picisan. Penjualan buku-buku ilmiah masih terbatas dan sukar dibeli di pasaran manakala bahan-
bahan bacaan picisan boleh diperoleh di kaki lima, pusat beli-belah, stesen bas, pasar malam, dan
pelbagai tempat lagi.

Komik dan bahan-bahan bacaan picisan juga dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi dan grafik
yang menarik. Bahan bacaan picisan menjadi pilihan pembaca kerana memuatkan karya-karya yang
mengungkapkan tema yang ringan-ringan dan boleh dibaca ketika bersantai. Mereka tidak perlu
memerah otak untuk memahaminya. Contohnya, kisah-kisah yang dipaparkan dalam karya picisan
adalah tentang percintaan yang berakhir dengan pertemuan dijinjang pelamin, cinta tiga segi dan
sebagainya.

Kehadiran bahan-bahan seperti ini bukan sahaja tidak membina minda masyarakat malah boleh
menyebabkan berlakunya masalah sosial. Oleh itu, pihak kerajaan mestilah memantau penerbitan
dan pengedaran bahan-bahan bacaan ini dalam masyarakat.

Buku-buku ilmiah juga kurang diberi perhatian kerana terpaksa bersaing dengan media massa
dalam teknologi moden seperti Internet, video, dan televisyen. Oleh itu, terdapat ramai golongan
cendekiawan serta para pelajar beralih kepada penggunaan teknologi moden yang lebih murah dan
menyeronokkan.
(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana,
'Minda Pembaca' Berita Harian 2007)
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar
secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.
Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle,
halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan
kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang
perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap
suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk
disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai
pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat
mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki
tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan
menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan
perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan
pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar,
kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian
kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang
terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat
persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang
rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan
dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.
USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEMERDEKAAN
PENDAHULUAN
-negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
-banyak pejuang negara terkorban kerana mereka berpegang pada prinsip biar putih tulang, jangan putih mata
-kemerdekaan yang kita nikmati ialah perjuangan nenek moyang kita yang merenangi lautan kesusahan
-mesti menghargai kemerdekaan negara sekali gus memupuk semangat kemerdekaan yang tinggi
-berikut ialah usaha untuk memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat
1. KERAJAAN – KEMPEN BULAN KEMERDEKAAN 15 OGOS HINGGA 15 SEPTEMBER
-menjadikan acara ini sebagai aktiviti tetap yang penting
-melibatkan pihak sekolah, pejabat, dan pihak swasta
-mengibarkan bendera dan menyanyikan lagu patriotik
-menyemarakkan semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama
2. IBU BAPA - MEMBAWA ANAK-ANAK MENYAKSIKAN ACARA PERBARISAN
-mendedahkan anak kepada sambutan yang gilang-gemilang
-membawa anak ke Dataran merdeka pada awal pagi dengan semangat kemerdekaan yang tinggi
-melihat pasukan keselamatan negara berkawad kaki, pancaragam yang berwarna-warni dan persembahan anak-anak
Malaysia yang bervariasi
-menarik hati dan jiwa anak untuk turut serta pada tahun seterusnya
-berjaya memupuk semangat kemerdekaan dalam diri anak sekali gus membentuk minda merdeka dan jiwa patriotik
yang kental

3. PIHAK SWASTA - MENAJA AKTIVITI YANG BERTEMAKAN KEMERDEKAAN


-pihak swasta harus menyahut seruan jiwa merdeka seiring semangat perjuangan dalam memerdekakan ekonomi dan
kestabilan sosial
-menyuntik kewangan yang kukuh dalam usaha menghidupkan semangat kemerdekaan
-menaja hadiah lumayan dalam pertandingan bertemakan kemerdekaan seperti kuiz dan teka silang kata
-menarik minat mereka untuk mengetahui sejarah tanah air sekali gus menanam subur semangat kemerdekaan itu
-menjadi benteng kukuh untuk mempertahankan negara daripada anasir jahat
4. PIHAK SEKOLAH - MENJEMPUT TOKOH SEJARAH ATAU PEJUANG KEMERDEKAAN KE
SEKOLAH UNTUK BERKONGSI PENGALAMAN PADA ZAMAN PRAKEMERDEKAAN
-murid-murid akan menghayati sejarah negara dan menyuntik semangat kemerdekaan dengan acara yang menarik
-tokoh pejuang negara dan tokoh sejarah dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka kepada murid
-segala input dan pencerahan dapat menghidupkan obor kemerdekaan
-api juang merdeka akan terus bersemarak demi mendaulatkan tanah air kita
5. MEDIA MASSA - MENYIARKAN RANCANGAN ATAU DOKUMENTARI TENTANG USAHA
MENDAPATKAN KEMERDEKAAN NEGARA DAN DETIK-DETIK KEMERDEKAAN DICAPAI
-banyak rancangan berbentuk kemerdekaan sesuai dipertontonkan kepada umum
-menaikkan semangat kemerdekaan mereka
-biarlah mereka menitiskan air mata kesedihan apabila menonton rancangan yang menyiarkan anak bangsa dipijak
dan ditindas oleh penjajah durjana
-biarlah mereka menginsafi kepentingan memerdekakan negara dan mendaulatkan keamanan negara demi masa
depan kita
-usaha ini pasti dapat memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan rakyat Malaysia
Penutup
-semangat kemerdekaan harus disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia
-memastikan keamanan dan kedaulatan negara terjamin
-dapat tinggal di negara yang damai dan makmur demi masa depan yang cerah
-bekerja keras untuk membangunkan negara berlandaskan semangat kemerdekaan
-walaupun luar negara baik, negara sendiri paling baik kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri
sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Anda mungkin juga menyukai