Anda di halaman 1dari 3

Sinopsis bab 19

Laksamana Tun Tuah dihantar ke Benua Keling. Di sana Laksamana Tun Tuah memperlihatkan
kebijaksanaanya dengan mengubati isteri Nala Sang Guna yang mandul. Laksamana Tun Tuah juga
berjaya menunggang kuda tezi di hadapan Kisna, Raja Keling. Selain itu, Laksamana Tun Tuah juga
menolong Nala Sang Guna menyiapkan jamuan sedangkan kayu api tidak dibenarkan dijual kepada Nala
Sang Guna. Laksamana Tun Tuah juga memperlihatkan kehandalannya bermain pedang dan perisai
dengan mengalahkan pendekar Keling.

Dari benua Keling, Laksamana Tun Tuah terus ke Benua Cina untuk menyampaikan utusan Raja Keling.
Di negeri Cina, Laksamana Tun Tuah juga memperlihatkan berbagai-bagai kebolehannya. Dia telah
berjaya melihat wajah Raja Cina yang tidak boleh ditatap oleh sesiapa pun. Di pertengahan perjalanan
pulang ke Benua Keling, Laksamana Tun Tuah berjaya menewaskan angkatan Feringgi.

Peristiwa Penting

 Raja Melaka menyuruh Bendahara menulis surat dan bingkis untuk Raja Melaka kepada Seri
Sultan Benua Keling.
 Laksamana Tun Tuah terjumpa Nabi Khaidir di Pulau Biram Dewa sedang bersembahyang.
 Nabi Khaidir meramal kejayaan Laksamana Tun Tuah di Benua Keling dan di Benua Cina nanti.
 Nabi Khaidir menganugerahkan Laksamana Tun Tuah biji buah kayu yang jika ditanam terus
tumbuh dan berbuah manakala jika ditanam akan terus lenyap. Kemudian, Nabi Khaidir berpesan
supaya Laksamana Tun Tuah menanam biji buah kayu dihadapan Raja Benua Keling lalu Nabi
Khaidir pun ghaib.
 Isteri Nala Sang Guna mengangkat Laksamana Tun Tuah sebagai anak angkat kerana mereka
belum dikurniakan anak.
 Laksamana Tun Tuah membuat ubat subur mengandung untuk Nala Sang Guna dan isterinya
yang tidak mempunyai anak.
 Laksamana Tun Tuah disuruh oleh Duli Kisna Rayan menaiki kuda tezi yang kelakuannya seperti
singa ganas tetapi Laksamana dapat menjinakkannya.
 Duli Kisna Rayan menitahkan hendak berkunjung ke rumah kediaman Nala Sang Guna. Dalam
pada itu, Duli Kisna Rayan menyuruh temenggung memalu gong diseliruh negeri untuk
memberitahu sekalian rakyat untuk tidak menjual kayu api kepada Nala Sang Guna.
 Laksamana Tun Tuah mendapat idea cara untuk memasak nasi dan hidangan yang lain tanpa
menggunakan kayu api. Laksamana menyuruh Nala Sang Guna membakar sejumlah kain di
gedung Nala Sang Guna sebagai bahan api.
 Duli Kisna Rayan hairan kerana Nala Sang Guna mampu memasak segala hidangan.
 Duli Kisna Rayan menitahkan Nala Sang Guna, Laksamana Tun Tuah dan Maharaja Setia Tun
Kasturi menghadap di taman peribadi baginda.
 Laksamana Tun Tuah menujukkan satu permainan yang luar biasa di hadapan Duli Kisna Rayan
iaitu menanam benih buah kayu, lalu benih itu pun tumbuh, berdaun dan masak buahnya pada
saat itu juga. Setelah buah kayu itu dimakan oleh Duli Kisna Rayan dan semua menteri pohonnya
pun ghaib.
 Laksamana Tun Tuah berjaya menewaskan pendekar Duli Kisna Rayan lalu dianugerahkan keris
dan pakaian selengkapnya dan melantik Laksamana Tun Tuah untuk mengetuai utusan ke Benua
China.
 Laksamana Tun Tuah, Maharaja Setia Tun Kasturi, Tun Pekerma Indera dan Tun Bijaya Pekerma
belayar ke Benua Cina.
 Syahbandar Cina memberi kebenaran kepada Laksamana Tun Tuah untuk berlabuh dekat
perlabuhan Feringgi.
 Utusan Feringgi marah dan akan memerangi utusan Keling di laut kelak.
 Laksamana Tun Tuah tidak berpuas hati kerana beberapa kali masuk menghadap, mereka tidak
berpeluang melihat wajah Maharaja Cina.
 Laksamana Tun Tuah mendapat buah fikiran untuk melihat wajah Maharaja Cina. Laksamana
Tun Tuah meminta tukang masak supaya memasak kangkung tanpa memotong kankung tersebut.
Oleh itu, untuk memakan sayur tersebut perlu mendongak dengan cara itu Laksamana Tun Tuah
telah berjaya melihat wajah Maharaja Laksamana Tun Tuah .
 Maharaja Cina menahan Bentara 40 dari menghukum Laksamana Tun Tuah kerana kagum
dengan kebijaksanaannya.
 Di pertengahan perjalanan pulang ke Benua Keling, angkata Laksamana Tun Tuah telah dihadang
oleh armanda Feringgi. Walau bagaimanapun, Laksamana Tun Tuah berjaya menewaskan
angkatan Feringgi kerana Laksamana Tun Tuah telah membacakan pustakanya sehingga meriam
armanda Feringi tidak berfungsi.
 Isteri Nala Sang Guna telah hamil hasil daripada ubat yang diberikan oleh Laksamana Tun Tuah
dan melahirkan seorang anak lelaki.
 Duli Kisna Rayan mengutus Seri Kamala Dewa ke Bukit Siguntang Mahabiru.
 Pembesar istana semakin dengki dengan kejayaan Laksamana Tun Tuah.
Watak-watak
 Raja Melaka, Bendahara, Temenggung, Laksamana Tun Tuah, Bendahara Mengkabumi Benua
Keling, Mualim, Nabi Khaidir, Syah Bandar Benua Cina, Kebawah Duli Kisna Rayan, Utusan
Feringgi, Pendekar Benua Keling, Kapitan Feringgi, Menteri Empat: W.ng.K.m.S.ng,
Pa.Shi.nga, L.W-t.y, S.m-p.y-Q.P.

Latar Tempat

 Benua Kelaing, Benua Cina, Negeri Bujaya Nagaram, Perahu Feringgi, Melaka, Bukit
Siguntang, Ususngan, Bakang Hainam ( di Benua Cina).

Latar Masa

 Sehari semalam, tiga hari tiga malam, genap tujuh hari

Latar Masyarakat

 Masyarakat benua Keling, masyarakat Benua Cina, Angkatan Feringgi.

Mitos

 Pulau Biram Dewa dikatakan keramat kerana sesiapa yang singgah di pulau itu akan turun ribut
taufan dengan tidak semana-mana.
 Laksamana Tun Tuah terjumpa dengan Nabi Khaidir di Pulau Biram Dewa lalu Laksamana Tun
Tuah diberikan biji buah kayu yang mempunyai kesaktian – disuruh tanam di hadapan mata Duli
Kisna Rayan – kemudian Nabi Khaidir ghaib.
 Berhala besar di Benua Cina dikatakan menagis sedih melihat anak cucunya melakukan
kejahatan.

Legenda

 Ketaatan dan kesetian Laksamana Tun Tuah menurut perintah raja.


 Keperkasaan dan kesaktian yang dimiliki oleh Laksamana Tun Tuah sehingga mampu
mengalahkan Pendekar Keling dan angkatan Feringgi.

Anda mungkin juga menyukai