Anda di halaman 1dari 56

http://panduan-autocad2010.blogspot.

my/

1
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

AutoCad adalah perisian dari Autodesk yang membolehkan anda merekacipta,


menvisualkan dan mendokumenkan idea anda dengan jelas. Daripada konsep
rekabentuk sehinggalah melukis dan memperincikan lukisan, AutoCad menjadikannya
mudah, cepat dan tepat. Anda boleh membina, mengedit dan membangunkan
rekabentuk alternative berdasarkan objek dan permukaan tertentu. Fail versi lama
AutoCad seperti R12 yang menggunakan format dxf masih boleh digunakan di dalam
AutoCad. Jika anda seorang perekabentuk yang professional, AutoCad adalah alatan
yang amat sesuai.

Terdapat banyak ciri dan alatan yang disediakan oleh AutoCad bagi membantu anda
melukis rekabentuk anda yang dikehendaki. Sebagai contoh anda boleh memasukkan
titik-titik tertentu secara manual atau automatik. Dengan skala dan ukuran yang
ditetapkan dengan betul, anda boleh mendapatkan sesuatu jarak dengan tepat. Anda
juga tidak perlu untuk melabelkan sesuatu ukuran dengan menaipnya satu persatu.
Dengan adanya alatan yang dikenali dengan dimensi, anda boleh melabelkannya
secara automatik. Dimensi juga boleh memberitahu anda sama ada ukuran sesuatu
jarak itu tepat atau tidak. Selain itu, jika anda membuat sesuatu kesilapan pada objek
yang dilukis, anda tidak perlu memadamnya kerana anda boleh mengeditnya dengan
alatan-alatan tertentu supaya membentuk objek yang dikehendaki.

Dalam pembangunan model 3D anda tida perlu membina semua bahagian atau sisi
objek tersebut. Dengan melukis beberapa permukaan atau pepejal yang diperlukan,
anda sudah boleh menghasilkan model 3D secara automatik. Selain itu, bentuk yang
mungkin anda fikirkan sukar untuk dilukis, boleh dibina dengan menggunakan teknik-
teknik tertentu. AutoCad juga membolehkan mengaplikasikan material yang anda bina
sendiri ke atas objek 3D supaya ia nampak lebih nyata.

2
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

Sistem Koordinat X-Y Dan Asas Kepada AutoCad

Sebelum memulakan sesuatu rekabentuk, terlebih dahulu anda akan memulakan tutorial
ini dengan perkara asas yang perlu anda ketahui. Pengetahuan ini amat penting jika
anda ingin mahir di dalam penggunaan alatan yang disediakan perisian AutoCad.
Pastikan anda benar-benar memahami topik ini sebelum meneruskan ke topik yang
seterusnya.

1.1 SISTEM KOORDINAT X-Y


Setiap perkara yang anda lakarkan dalam AutoCad bergantung kepada ketepatan.
Dengan ketepatan sesuatu ukuran akan mencorakkan rekabentuk sebenar perkara yang
dilakarkan. Semua objek yang dilakarkan pada paparan skrin akan diletakkan
berdasarkan satu sistem koordinat X-Y. Di dalam AutoCad, ia dikenali sebagai World
Coordinate System (WCS) di mana ia satu standard di dalam penggunaan sistem
koordinat. Anda perlu memahaminya untuk menentukan bagaimana untuk meletakkan
sesuatu objek di tempat yang anda mahukan.
( Gerak kerja 3D mempunyai satah tambahan iaitu satah – Z, tetapi ini tidak termasuk
dalam topik ini ). Berikut adalah Rajah 1.0 yang menunjukkan bagaimana sistem
koordinat berfungsi.

3
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

Untuk penggunaan perisian AutoCad secara efektif anda perlu memahami sistem ini
terlebih dahulu. Ini bermakna anda haruslah serasi dan biasa dengan sistem ini untuk
membolehkan anda mempelajari AutoCad dengan lebih mudah.

Penerangan:
AutoCad menggunakan titik-titik untuk menunjukkan di mana sesuatu objek itu
diletakkan. Ia mempunyai titik asalan di mana ia akan mula dikira. Titik ini adalah (0,0).
Setiap objek diletakkan berdasarkan titik asalan. Jika anda melukis satu garis lurus ke
sebelah kanan dari titik asalan, ia akan dipanggil sebagai satah X positif. Jika anda
melukis satu garis lurus ke sebelah atas dari titik asalan, ia akan dipanggil sebagai satah
Y positif. Rajah 1.0 menunjukkan satu titik diletakkan pada koordinat (6,3). Ini
menunjukkan titik itu adalah 6 unit pada satah X positif dan 3 unit di atas satah Y positif.
Jika anda bekerja dengan sistem koordinat ini, satah X selalunya didahulukan dan diikuti
oleh satah Y. Jika anda melukis satu garis lurus ke sebelah kiri dari titik asalan, ia akan
dipanggil sebagai satah X negatif. Jika anda melukis satu garis lurus ke sebelah bawah
dari titik asalan, ia akan dipanggil sebagai satah Y negatif. Rajah 1.0 menunjukkan titik
diletakkan pada koordinat (-4,-7).

4
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

Suatu garis lurus akan mempunyai dua titik. Titik mula dan titik akhir. AutoCad bekerja
dengan titik-titik ini untuk membentuk satu garisan pada skrin.

Kebiasaannya anda tidak perlu mengetahui di mana letaknya titik asalan. Anda mungkin
perlu melukis suatu garisan daripada titik akhir suatu garisan yang sedia ada. Untuk
melukisnya anda perlu menggunakan titik relatif. Caranya sama tetapi anda perlu
menambahkan simbol @ (shift+2) untuk menunjukkan AutoCad yang titik ini adalah
relatif daripada titik akhiryang dimasukkan.

Nota:
Titik tetap (Absolute Points) adalah titik-titik yang digunakan untuk melukis sesuatu
objek.

Titik relatif (Relative points) adalah sesuatu ukuran yang digunakan untuk melukis
sesuatu objek.

AutoCad menggunakan sistem yang mudah. Tetapi anda harus memahaminya untuk
memudahkan anda memanipulasi setiap alatan yang terdapat di dalam perisian ini.

5
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

1.2 PENGUKURAN SUDUT


Terdapat sesetengah objek yang dilukis memerlukan sudut tertentu seperti melukis lot
tanah. AutoCad boleh mengukur sudut dalam beberapa cara tertentu. Lihat Rajah 1.1
bagi pengukuran sudut.

Jika melukis garis lurus pada suatu objek, anda perlu mula dengan mengukur sudut
pada 0°, di mana ia terletak pada kedudukan pukul 3 berdasarkan nombor pada jam.
Manakala jika anda melukis garis lurus pada sudut 90°, ia akan menjadi garis menegak
ke atas.

Selalunya tidak semestinya anda mendapat titik rujukan pada 0°. Lihat contoh pada
Rajah 1.2 bagi mendapatkan nilai sudut bertanda ?.

6
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

Untuk contoh ini, anda diberi maklumat tentang garisan tetapi bukannya sudut yang
diperlukan bagi melukis garisan tersebut dari titik mula. Maklumat yang diberikan
adalah:

a) Pengetahuan tentang 0° berada kedudukan pukul 3.


b) Pengetahuan tentang 180° berada pada kedudukan pukul 9.
c) Sudut antara 180° dan garisan yang perlu dilukis adalah 120°.

Daripada maklumat-maklumat ini, anda boleh mendapatkan nilai sudut yang diperlukan.
Di bawah adalah cara kerja bagi mendapatkan nilai sudut bertanda ? yang anda
perlukan:

1) Terlebih dahulu dimulakan pada kedudukan 0° dan ukur mengikut arah lawan
jam (+) sebanyak 180°.
2) Daripada 180°, ukur mengikut arah jam 120°.
3) Anggaran sudut yang dilalui adalah +180 – 120 dan gunakan sebagai
persamaan:+180 – 120 = 60.
4) Sekarang anda boleh melukis garisan tersebut menggunakan koordinat
polar(pengajaran seterusnya).

7
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

1.3 MEMASUKKAN TITIK DALAM AUTOCAD


Untuk membentuk garisan, anda boleh terus memasukkan titik-titik dengan
menggunakan arahan. Terdapat tiga sIstem yang berbeza untuk tujuan ini. Sistem yang
anda gunakan bergantung kepada situasi semasa di mana anda perlu memilih sistem
yang paling sesuai. Untuk membiasakan anda dengan sistem tersebut adalah tugasan
yang pertama. Tiga sisitem tersebut adalah:

 Koordinat Mutlak
Dengan menggunakan kaedah ini, anda memasukkan titik-titik berdasarkan
asalan pada World Coordinate System (WCS). Apabila memasukkan suatu titik,
anda perlu mempunyai maklumat mengenai nilai titik di satah X dan Y.

 Koordinat Relatif
Untuk kaedah ini membenarkan anda memasukkan sesuatu ukuran berdasarkan
tititk pertama yang telah anda masukkan. Setelah anda menentukan titik
permulaan, titik seterusnya akan dimasukkan sebagai @X,Y. Ini bermaksud
AutoCad akan melukis satu garisan daripada titik pertama ke titik kedua
berdasarkan ukuran X unit dan Y unit yang relatif kepada titik sebelumnya.

 Koordinat Polar
Kaedah ini anda boleh menggunakan jika anda ingin melukis satu garis pada
jarak dan sudut tertentu. Anda akan memasukkannya sebagai @jarak<sudut.
Sebagai contoh: @10<45° bermakna satu garis condong akan dilukis pada jarak
10 unit dan bersudut 45° daripada titik mula.

Ketiga-tiga cara bagi memasukkan titik koordinat adalah satu-satunya cara


memasukkan input yang diterima dalam AutoCad. Untuk permulaan, anda perlu
memilih cara mana yang anda ingin gunakan dan masukkan seperti yang
ditunjukkan. Pastikan X biasanya didahulukan dan diikuti oleh Y. Jangan lupa
symbol @ apabila anda memasukkan titik-titik relatif. Anda juga boleh menyemak
semula jika maklumat yang ditaip tidak betul dengan tekan F2 untuk
memaparkan skrin teks arahan dan anda boleh memeriksa apa yang anda telah
taip. Untuk kembalikan semula kepada skrin melukis tekan F2.

8
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

1.4 ASAS-ASAS AUTOCAD


Terdapat pelbagai cara anda boleh melukis samaada menggunakan ikon, kod arahan
atau command dan menu. Setiap individu akan memilih suatu cara yang paling praktikal
untuk mereka gunakan. Biasanya cara yang selalu digunakan adalah kod arahan atau
command lebih mudah untuk anda bekerja. Anda boleh lihat contoh di bawah ini.

Contoh: Jika anda mahu melukis suatu garis, anda boleh melakukannya dengan
beberapa cara seperti berikut :-

 Menggunakan kod arahan – Taip LINE atau L pada ruang kod arahan atau
command dan tekan ENTER.

 Menggunakan ikon – Pilih ikon garisan daripada bar lukisan.

 Menggunakan menu – Pada menu, pilih Draw kemudian pilih Line

Ketiga-tiga cara ini akan melakukan perkara yang sama di mana ia akan melukis suatu
garis apabila anda memerlukannya.

9
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

1.5 PAPARAN SKRIN AUTOCAD 2010

Menu Ruang Lukisan Ikon

Rajah 1.3

Bar Status

Ruang Kod Arahan/


Command space

10
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

1.6 WARNA LATAR BELAKANG RUANG LUKISAN

Biasanya pada asal warna latar belakang AutoCad 2010 adalah warna putih. Untuk
menukarkan warna latar belakang ruang lukisan anda, boleh ikuti langkah-langkah yang
ditunjukkan di bawah.

Langkah-langkah

1. Taip OS pada ruang kod arahan dan tekan ENTER. Anda akan dapati kotak
dialog terpapar seperti Rajah 1.4.

Rajah 1.4

2. Kemudian, klik butang Options.

11
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

3. seterusnya pilih tab Display.


4. Klik butang Colors.

Rajah 1.5

12
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

5. Pilih warna mengikut kesesuaian anda seperti yang ditunjukkan pada Rajah1.6.
6. Kemudian klik butang Apply & Close.
7. Seterusnya klik butang OK.
8. Klik butang OK sekali lagi.

Rajah 1.6

13
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

1.7 MEMAPARKAN MENU BAR

Untuk memaparkan Menu Bar seperti Rajah 1.7, anda boleh ikuti langkah pada Rajah
1.8.

Menu Bar

Rajah 1.7

Rajah 1.8

14
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

Melukis Objek
Di dalam latihan ini anda akan mempelajari melukis objek seperti Rajah 2.0A dengan
menggunakan arahan-arahan asas.

Rajah 2.0A

15
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

Langkah-langkah

1) Mulakan Program AutoCAD dan ikuti langkah dari Rajah 2.0 hingga Rajah 2.6.

2) Taip C dan tekan Enter bagi arahan bulatan.

Rajah 2.0

16
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

3) Klik pada mana-mana


ruangan lukisan anda dan
gerakkan kursor atau tetikus
sedikit sehingga paparan
bulatan muncul seperti yang
ditunjukkan ini.

Rajah 2.1

4) Taip 5 dan tekan Enter bagi


nilai jejari(radius) bulatan.

Rajah 2.2

17
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

5)Taip O dan
tekan Enter bagi
arahan Offset.

Rajah 2.3

6)Taip 3 dan
tekan Enter bagi
jarak(distance)
Offset.

Rajah 2.4

18
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

7)Pertama,
Klik pada
bulatan.

Rajah 2.5

8)Kedua,Klik pada
bahagian dalam bulatan
dan seterusnya tekan Enter
bagi menamatkan arahan
Ofset.

Rajah 2.6

9) Anda akan dapati bulatan yang telah di Ofset seperti Rajah 2.7.

Rajah 2.7

19
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

10) Seterusnya anda diminta taip OS dan tekan Enter.


11) Anda akan dapati paparan seperti Rajah 2.8. Ikuti langkah pada Rajah 2.8 bagi
aktifkan tandaan Quadrant.

1) Klik pada
pada kotak
kecil

Rajah 2.8

12) Setelah klik butang OK, taip L dan tekan Enter bagi arahan garisan.

20
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

13) Ikuti langkah klik seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.9 bagi membina garisan
seperti Rajah berikut.

Setelah selesai bina


garisan seperti Rajah 2.9,
tekan Enter bagi
menamatkan arahan.

Rajah 2.9

14) Mulakan arahan bulatan semula dengan menaip C dan tekan Enter
15) Ikuti langkah penerangan pada Rajah 2.10.

Letakkan kursor anda di


tengah garisan sehingga
mendapat tandaan titik
tengah segitiga berwarna
oren dan seterusnya klik.

Rajah 2.10

21
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

16) Setelah klik pada titik tengah garisan seperti Rajah 2.10, Taip 1 dan tekan Enter
bagi jejari bulatan.
17) Anda akan dapati bulatan kecil seperti Rajah 2.11.

Rajah 2.11

18) Seterusnya taip E dan tekan Enter bagi arahan padam.


19) Ikuti langkah penerangan pada Rajah 2.12.

Klik pada garisan dan


seterusnya tekan Enter.

Rajah 2.12

22
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

20) Anda akan dapati bulatan kecil seperti Rajah 2.13.

Rajah 2.13

23
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

21) Untuk langkah yang seterusnya anda akan menggunakan arahan menyusun,
taip Ar dan tekan Enter bagi arahan tersebut.
22) Anda akan dapati paparan kotak Array seperti Rajah 2.14. ikuti langkah seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 2.14.

2
1 Klik butang Klik ikon
Polar Array

Rajah 2.14

24
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

23) Klik pada bulatan kecil seperti Rajah 2.15 bagi pilihan objek.

Rajah 2.15

24) Setelah klik pada bulatan kecil seperti Rajah 2.15, tekan Enter.
25) Seterusnya klik ikon seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.16.

Klik ikon ini

Rajah 2.16

25
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

26) Seterusnya ikuti langkah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.17.

Gerakkan kursor anda


pada tengah bulatan
sehingga dapat
tandaan titik tengah
bulatan seperti yang
ditunjukkan dan
seterusnya klik.

Rajah 2.17

27) Ikuti langkah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.18.

1 Taip 6

2 Preview
terlebih
dahulu

Rajah 2.18

26
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

28) Tekan Esc pada keyboard anda. Jika bersetuju klik butang OK.
29) Anda akan dapati paparan seperti Rajah 2.19.

Rajah 2.19

30) Seterusnya mulakan arahan garisan semula. Taip L dan tekan Enter.
31) Ikuti langkah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.20.

Klik pada titik tengah


bulatan besar dan
seterusnya taip @-10<90
dan tekan Enter. Kemudian
Tekan Enter sekali lagi bagi
menamatkan arahan.

Rajah 2.20

27
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

32) Anda akan dapati garisan seperti Rajah 2.21. Mulakan arahan Offset semula,
taip O dan tekan Enter.

Rajah 2.21

33) Taip 2 dan tekan Enter bagi jarak Offset.

28
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

34) Ikuti langkah klik seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.22.

Rajah 2.22

Rajah 2.23

29
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

35) Ikuti langkah klik seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.24.

Rajah 2.24

36) Sekarang anda akan dapati garisan yang telah di offset seperti Rajah 2.25.

Rajah 2.25

30
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

37) Untuk langkah yang seterusnya anda akan membina lengkungan pada garisan.
Taip F dan tekan Enter bagi arahan Fillet.
38) Kemudian taip R dan tekan Enter bagi pilihan radius(jejari).
39) Seterusnya taip 1 dan tekan Enter bagi nilai jejari lengkungan.
40) Ikuti langkah klik seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.26.

Klik pada 2
bulatan

Rajah 2.26

31
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

41) Anda akan dapati garisan berubah seperti Rajah 2.27.

Rajah 2.27

42) Ikuti langkah yang sama bagi membina lengkungan pada garisan sebelah kanan
seperti Rajah 2.28.

Rajah 2.28

32
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

43) Seterusnya anda diminta Offset bulatan seperti jarak yang diberikan pada Rajah
2.29 dengan mengikuti langkah yang sama seperti Rajah 2.3 hingga Rajah 2.6.
Tetapi pada langkah Rajah 2.6 anda perlu menukar, klik pada bahagian luar
bulatan.

Rajah 2.29

44) Mulakan arahan garisan dengan menaip L dan tekan Enter.


45) Klik pada titik tengah bulatan.
46) Taip @-15<45 dan tekan Enter. Tekan Enter sekali lagi bagi menamatkan
arahan.

33
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

47) Anda akan dapati garisan seperti Rajah 2.30.

Rajah 2.30

48) Seterusnya anda akan menggunakan arahan Mirror(Cermin). Taip Mi dan tekan
Enter.

34
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

49) Ikuti langkah seperti yang ditunjukkan pada Rjah 2.31.

Klik pada 1
garisan 2 Klik pada titik
seperti yang tengah
ditunjukkan bulatan
dan
seterusnya
tekan Enter.
3 Klik pada
hujung
garisan dan
seterusnya
tekan Enter.

Rajah 2.31

35
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

50) Anda akan dapati garisan yang telah di cerminkan seperti Rajah 2.32.

Rajah 2.32

51) Mulakan arahan Fillet semula. Taip F dan tekan Enter.


52) Taip R bagi pilihan radius(jejari).
53) Taip 1 dan tekan Enter bagi nilai jejari lengkungan.

36
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

54) Ikuti langkah klik seperti Rajah 2.33.

Rajah 2.33

Klik pada garisan 2


bulatan seperti
yang ditunjukkan

37
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

55) Anda akan dapati lengkungan garisan seperti Rajah 2.34.

Rajah 2.34

38
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

56) Ikuti langkah 51 hingga langkah 54 bagi membina legkungan pada garisan
sebelah kanan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.35.

Bina
lengkungan
pada
garisan ini

Rajah 2.35

57) Mulakan arahan Fillet semula. Taip F dan tekan Enter.


58) Taip R bagi pilihan radius(jejari).

39
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

59) Taip 1.5 dan tekan Enter bagi nilai jejari lengkungan.
60) Ikuti langkah klik seperti Rajah 2.36.

Pastikan Klik 1
seperti yang
ditunjukkan, pada
bahagian dalam
bulatan.

Rajah 2.36

2 Klik pada garisan


bulatan seperti
yang ditunjukkan.

40
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

61) Anda akan dapati lengkungan garisan seperti Rajah 2.37.

Rajah 2.37

62) Mulakan arahan Fillet semula. Taip F dan tekan Enter.


63) Taip R bagi pilihan radius(jejari).
64) Taip 1.5 dan tekan Enter bagi nilai jejari lengkungan.

41
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

65) Ikuti langkah klik seperti Rajah 2.38.

Pastikan Klik 1
pada garisan yang
lurus, seperti yang
ditunjukkan.

Rajah 2.38

2 Klik pada garisan


bulatan seperti
yang ditunjukkan.

42
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

66) Anda akan dapati lengkungan garisan seperti Rajah 2.39.

Rajah 2.39

43
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

67) Ulangi langkah yang sama bagi membina lengkungan pada garisan sebelah
kanan seperti Rajah 2.40.

Rajah 2.40

68) Seterusnya anda akan menggunakan arahan Trim. Taip Tr dan tekan Enter.

44
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

69) Pilih(Select) ke semua objek seperti yang ditunjukkan pada Rajah 2.41.
70) Setelah pilih tekan Enter.

Rajah 2.41

45
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

71) Ikuti langkah klik seperti Rajah 2.42.

Klik pada garisan 1


bulatan seperti
yang ditunjukkan.

2 Klik pada garisan


bulatan seperti
yang ditunjukkan.

Rajah 2.42

72) Setelah lakukan kedua-dua klik seperti Rajah 2.42 tekan Enter bagi
menamatkan arahan Trim.

46
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

73) Anda akan dapati objek seperti Rajah 2.43.

Rajah 2.43

47
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

74) Gunakan arahan Erase bagi memadam garisan tengah.

Rajah 2.44

48
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

75) Taip H dan tekan Enter bagi mencorakan objek.


76) Taip H dan tekan Enter bagi mencorakan objek.
77) Ikuti langkah pada Rajah 2.45.

2 Klik butang
seperti
yang
ditunjukkan.

1 Tukarkan
nilai skala
kepada 3

Rajah 2.45

49
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

3 Klik pada bahagian


dalam bulatan
seperti yang
ditunjukkan dan
seterusnya tekan
Enter.

Rajah 2.46

50
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

4 Klik butang
Preview terlebih
dahulu

Rajah 2.47

78) Jika bersetuju tekan Enter. Jika ingin mengubah, tekan Esc pada keyboard
anda.

51
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

79) Anda akan dapati corak seperti Rajah 2.48.

Rajah 2.48

80) Mulakan arahan Offset semula. Taip O dan tekan Enter.


81) Taip 0.5 bagi jarak Offset.

52
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

82) Offset pada garisan seperti yang ditunjukkan pada 2.49.

Garisan yang telah


Offset.

Rajah 2.49

53
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

83) Seterusnya bina corak seperti Rajah 2.50 dengan mengikuti langkah yang sama.

Rajah 2.50

54
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

Pelajari dan ketahui tips dan teknik


Autocad 2D dan 3D
yang terbaik dengan mendapatkan
panduan lengkap manual AutoCAD 2D-
3D. Ini untuk memastikan anda lebih
faham dan dapat menguasai arahan-
arahan yang wajib kuasai dalam
perisian AutoCAD.

Panduan ini hanyalah 10% dari apa


yang terkandung dalam
Manual AutoCAD 2D-3D. Anda
sebenarnya wajib dapatkan
Panduan AutoCAD yang lengkap
seperti di bawah

Ikhlas dari

Muhammad Firdaus Bin Abdul Hamid


No H/P: 017-4743563(WhatsApp)
Email: firmarketing91@gmail.com
https://panduan-autocad2010.blogspot.my/

55
http://panduan-autocad2010.blogspot.my/

Jika Anda Berminat Nak Belajar Dengan Lebih


Lanjut Boleh Je.. Dapatkan Di sini. Saya
Berkongsi Dengan Lebih Terperinci Dari Topik
2D sehingga 3D. Klik Butang Pembelian
SEKARANG!

56

Anda mungkin juga menyukai