Anda di halaman 1dari 39

Kisah 16 Nabi Selain 25 Rasul yang Wajib diketahui

DAFTAR ISI :

1. Nabi Syith A.S

2. Nabi Zulkarnain A.S

3. Nabi Khidir A.S

4. Nabi Syam’un A.S

5. Nabi Yusha’ A.S

6. Nabi Daniel A.S

7. Nabi Uzair A.S

8. Nabi Samuel A.S

9. Nabi Imran A.S

10. Nabi Jurjis A.S

11. Nabi Amos A.S

12. Nabi Jeremiah A.S

13. Nabi Malakhi A.S

14. Nabi Isaiah A.S

15. Nabi Hagai A.S

16. Nabi Hanzalah A.S


1. Nabi Syith A.S
2.
Selain itu, terdapat kisah mengenai para nabi selain 25 orang
rasul dan antaranya ialah Nabi Syith A.S.

Set bahasa Arab: Shith atau Shiyth yang bermaksud


“ditempatkan; ditunjuk” dalam kitab Kejadian dari Kitab Suci
Ibrani dan Alkitab, adalah salah satu anak (kemungkinan anak
ketiga) dari Adam dan Hawa, dan merupakan adik dari Qabil
dan Habil. Ia dilahirkan setelah Habil dibunuh oleh Qabil. Nama
Set disebut sepuluh kali dalam Alkitab, tujuh kalinya di kitab
Kejadian, sekali di kitab Bilangan, I Tawarikh, dan Lukas.

Set diberikan oleh Allah kepada Nabi Adam A.S sebagai


pengganti Habil yang dibunuh. Ia mempunyai seorang anak
yang bernama Enos pada usia 105 tahun dan hidup hingga
mencapai usia 912 tahun.

Melalui keturunan Set dilahirkanlah Nuh A.S, Ibraham A.S,


Daud A.S hingga akhirnya menurunkan Isa A.S.

Set menurut kepercayaan Islam

Set (Syits) (sekitar 3630-2718 SM), hidup selama lebih kurang


912 tahun, meninggal pada usia 1042 tahun. Menikah dengan
Azura (Hazurah), kemudian mengandung seorang anak yang
bernama Enos pada usia 105 tahun. Ia salah seorang anak
Adam, yang dianggap sebagai salah satu dari nabi-nabi dalam
Islam. Ia juga termasuk guru Nabi Idris yang pertama kali
mengajarkan baca dan tulis, ilmu falak, menjinakkan kuda dan
lain-lain.

2. Nabi Zulkarnain A.S


Zulkarnain secara harfiahnya bermaksud “Dia yang Bertanduk
Dua”, merupakan satu tokoh yang disebutkan di dalam Qur’an,
iaitu kitab suci Islam yang menyatakan beliau sebagai
pemerintah yang hebat dan adil yang membina tembok
pengantara Yakjuj dan Makjuj dari menyerang orang yang di
Barat. Mengikut sejarah, Zulkarnain dikatakan sebagai
Iskandar Agung (Alexander dari Macedonia) tetapi ia hanyalah
pendapat paling sekular dan disangkal sendiri oleh para ulama
dan sarjana Islam yang mengatakan Zulkarnain adalah Cyrus
Agung. Gelaran tersebut turut terkenal di kalangan masyarakat
Arab sebelum kedatangan Islam yang boleh dikatakan telah
digunakan sekurang-kurangnya tiga orang raja yang berbeza.

Timbulnya persoalan

Persoalan tentang Zulkarnain tercatat dalam sirah nabawiyah


(sejarah Nabi) dan tertulis dalam sirah Ibnu Ishaq yang
menceritakan bahawa musyrikin Makkah meminta bantuan
Yahudi Khaibar untuk mencari kelemahan Muhammad S.A.W.
Ketika Nadr mengatakan hal tersebut kepada mereka, mereka
mengirim dia dan Uqbah bin Abu Muit kepada rabai Yahudi di
Madinah. Untuk membuktikan kenabian, rabai tersebut akan
mengajukan tiga soalan yang sekiranya dijawab dengan betul,
maka itu membuktikan akan baginda seorang nabi dan begitu
juga sebaliknya. Persoalan yang ditanyakan ialah:

1.Tentang beberapa anak muda di zaman dahulu yang


ceritanya amat pelik dan menakjubkan.

2.Tentang seorang lelaki yang merupakan pengembara hebat


yang telah sampai ke timur dan barat.

3.Tentang Roh.
Baginda Muhammad s.a.w. meminta masa untuk menjawabnya
dan selepas diturunkan wahyu, semuanya telah terjawab
melalui surah al-Kahfi.

Sedutan Quran

Berikut merupakan petikan tafsir dari surah al-Kahfi yang


menceritakan tentang Zulkarnain.

83 Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad),


mengenai Zulkarnain. Katakanlah: Aku akan bacakan kepada
kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang
perihalnya.

84 Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya


kekuasaan memerintah di bumi dan Kami beri kepadanya jalan
bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

85 Lalu dia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

86 Sehingga apabila dia sampai ke daerah matahari terbenam,


dia mendapatinya terbenam di sebuah mata air yang hitam
berlumpur dan dia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur
ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya):
Wahai Zulkarnain! Pilihlah samada engkau hendak menyeksa
mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka.

87 Dia berkata: Adapun orang yang melakukan kezaliman


(kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian dia
akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya
dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

88 Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka


baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan
perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak
memberati.
89 Kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

90 Sehingga apabila dia sampai di daerah matahari terbit, dia


mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak
menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

91 Demikianlah halnya dan sesungguhnya Kami mengetahui


secara meliputi akan segala yang ada padanya.

92 kemudian dia berpatah balik menurut jalan yang lain.

93 Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung, dia


dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak
dapat memahami perkataan.

94 Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum


Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh
itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran
kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau
membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?

95 Dia menjawab: (Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku


jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu);
oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai)
aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok
penutup yang kukuh.

96 Bawalah kepadaku ketul-ketul besi; sehingga apabila ia


terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua
gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan
berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia
menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia:
Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya.

97 Maka, mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka


juga tidak dapat menebuknya.
98 (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat
dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku,
Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji
Tuhanku itu benar.

Bertanduk dua?

Sesetengah pihak berpendapat gelaran “Zulkarnain”


bermaksud “bertanduk dua”, yang secara tersiratnya merujuk
kepada syiling yang ditempa untuk Iskandar Agung mahupun
ukiran dinding Cyrus Agung. Pentafsir Quran abad ke-14
memberikan sebab yang berbeza. Dalam Tafsir Ibn Kathir
menyatakan, “sesetengah mereka memanggilnya Zulkarnain
kerana dia mencapai dua “tanduk” (batas) matahari, timur dan
barat, tempat ia terbit dan terbenam.”

Tambahan pula, nama Zulkarnain juga diterjemahkan menjadi


“dia yang berketurunan dua”, “dia yang hidup hingga dua
kurun”, “dia yang memiliki dua kerajaan” ataupun “pemerintah
dua kerajaan”. Banyak yang mentafsirkan perkataan tersebut
dengan maksud yang berbeza.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan “bertanduk dua”


bermaksud menggabungkan 2 negeri.

Perbezaan Antara Iskandar Agung dan Zulkarnain

Hasil kajian ilmuan dan sarjana Islam seperti Seyyed Ahmad


Khan (pentafsir Quran terkenal), Molana Abolkalam Azad
(Menteri Kebudayaan India), Baha’eddin Khomrashahi dan Dr.
Muhammad Ebrahim Bastabi Parizi menyangkal bahawa
Zulkarnain adalah Iskandar Agung. Mereka lebih mengesyaki
yang Zulkarnain adalah Cyrus Agung iaitu raja empayar Parsi
Arkaemenia. Mereka memberikan bukti-bukti kukuh termasuk
artifak tulisan dan ukiran pada batu istana dan kubur. Berikut
merupakan bukti yang dinyatakan:

1. Ukiran pada batu yang masih dapat dilihat hingga kini yang
memaparkan Cyrus dengan mahkotanya yang mempunyai
tanduk.

2. Menurut Qur’an, rahmat Tuhan diberikan bersamanya dan


dengan itu, Cyrus merupakan raja pertama (beberapa ratus
tahun sebelum Iskandar Agung) yang menakluki sebahagian
besar Eropah dan Asia.

3. Cyrus (seperti juga Zulkarnain) menyembah satu Tuhan


tetapi Iskandar Agung mempunyai banyak dewa-dewi.

4. Di dalam al-Qur’an tercatat perjalanan Zulkarnain iaitu


bermula ke Barat lalu ke Timur sebelum ke jalan yang lain (iaitu
Utara) yang bertepatan dengan ekspedisi Cyrus yang
memulakan penaklukan di Barat Parsi hingga ke Lydia di Asia
Kecil kemudian berpatah ke timur sehingga Makran dan Sistani
(Scythian) sebelum ke Timur Laut menawan Eropah
berhampiran Balkan.

5. Ekspedisi Cyrus diteruskan dengan penaklukan Lycia, Cilicia


dan Phoenicia, dan mereka menggunakan teknik pembinaan
tembok yang belum digunakan lagi oleh orang Yunani ketika
itu.

6. Menurut al-Qur’an, pengembaraan Zulkarnain dimudahkan


dan kebetulan lagi bagi Cyrus, beliau sempat menamatkan
ekspedisinya kali itu pada 542 SM, sebelum pulang ke Parsi
manakala Iskandar masih dalam misi menakluknya ketika dia
mati.

7. Keperibadian Iskandar juga dikatakan tidak seperti yang


dikatakan mulia apabila Iskandar sendiri sering berpesta arak
dan juga mempunyai seorang lelaki, Haphaeston, sebagai
kekasihnya.

Menurut Afareez Abd Razak Al Hafiz; seorang penulis buku


‘Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain’ telah menceritakan
bahawa Raja Kurush yang memerintah Parsi pada ketika itu
ialah Nabi Zulqarnain A.S. Hasil kajian yang dilakukan oleh
beliau telah menunjukkan terdapat persamaan ciri-ciri antara
Raja Kurush dengan Zulqarnain.

3. Nabi Khidir A.S

Al-Khiḍr (Arab:‫الخضر‬, Khaḍr, Khaḍer, al-Khaḍir) adalah seorang


nabi yang dikisahkan oleh Allah dalam Al-Qur’an dalam Surah
Al-Kahfi ayat 65-82. Selain kisah tentang nabi Khidir yang
mengajarkan tentang ilmu dan kebijaksanaan kepada Nabi
Musa, asal usul dan kisah lainnya tentang Nabi Khidir tidak
banyak disebutkan.

Etimologi

Al-Khidir secara harfiah bererti ‘Seseorang yang Hijau’


melambangkan kesegaran jiwa, warna hijau melambangkan
kesegaran akan pengetahuan “berlarut langsung dari sumber
kehidupan.” Dalam Encyclopædia Britannica, dikatakan
bahawa Khidir telah diberikan sebuah nama, yang paling
terkenal iaitu Balyā bin Malkān.

Teguran Allah kepada Musa

Kisah Musa dan Khidir dirakamkan oleh Al-Qur’an dalam Surah


Al-Kahfi ayat 65-82. Menurut Ibnu Abbas, Ubay bin Ka’ab
menceritakan bahawa beliau mendengar nabi Muhammad
bersabda: “Sesungguhnya pada suatu hari, Musa berdiri di
khalayak Bani Israil lalu beliau ditanya, “Siapakah orang yang
paling berilmu?” Jawab Nabi Musa, “Aku” Lalu Allah menegur
Nabi Musa dengan firman-Nya, “Sesungguhnya di sisi-Ku ada
seorang hamba yang berada di pertemuan dua lautan dan dia
lebih berilmu daripada kamu.”

Lantas Musa pun bertanya, “Wahai Tuhanku, dimanakah aku


dapat menemuinya?” Allah pun berfirman, “Bawalah bersama-
sama kamu seekor ikan di dalam sangkar dan sekiranya ikan
tersebut hilang, di situlah kamu akan bertemu dengan hamba-
Ku itu.” Sesungguhnya teguran Allah itu mencetuskan
keinginan yang kuat dalam diri Nabi Musa untuk menemui
hamba yang soleh itu. Di samping itu, Nabi Musa juga ingin
sekali mempelajari ilmu dari Hamba Allah tersebut.

Musa kemudiannya menunaikan perintah Allah itu dengan


membawa ikan di dalam wadah dan berangkat bersama-sama
pembantunya yang juga merupakan murid dan pembantunya,
Yusya bin Nun.

Mereka berdua akhirnya sampai di sebuah batu dan


memutuskan untuk beristirehat sejenak kerana telah
menempuh perjalanan cukup jauh. Ikan yang mereka bawa di
dalam wadah itu tiba-tiba meronta-ronta dan selanjutnya
terjatuh ke dalam air. Allah SWT membuatkan aliran air untuk
memudahkan ikan sampai ke laut. Yusya` terpegun
memperhatikan kebesaran Allah menghidupkan semula ikan
yang telah mati itu.

Selepas menyaksikan peristiwa yang sungguh menakjubkan


dan luar biasa itu, Yusya’ tertidur dan ketika terjaga, beliau lupa
untuk menceritakannya kepada Musa. Mereka kemudiannya
meneruskan lagi perjalanan siang dan malamnya dan pada
keesokan paginya, Nabi Musa berkata kepada Yusya`
“Bawalah ke mari makanan kita, sesungguhnya kita telah
berasa letih kerana perjalanan kita ini.” (Surah Al-Kahfi : 62)
Ibn `Abbas berkata, “Nabi Musa sebenarnya tidak berasa letih
sehingga baginda melewati tempat yang diperintahkan oleh
Allah supaya menemui hamba-Nya yang lebih berilmu itu.”
Yusya’ berkata kepada Nabi Musa, “Tahukah guru bahawa
ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi,
sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan
tidak lain yang membuat aku lupa untuk menceritakannya
kecuali syaitan dan ikan itu kembali masuk kedalam laut itu
dengan cara yang amat aneh.” (Surah Al-Kahfi : 63)

Musa segera teringat sesuatu, bahawa mereka sebenarnya


sudah menemuui tempat pertemuan dengan hamba Allah yang
sedang dicarinya itu. Kini, kedua-dua mereka berbalik arah
untuk kembali ke tempat tersebut iaitu di batu yang menjadi
tempat persinggahan mereka sebelumnya, tempat bertemunya
dua buah lautan. Musa berkata, “Itulah tempat yang kita cari.”
Lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. (Surah
Al-Kahfi : 64)

Terdapat banyak pendapat tentang tempat pertemuan Musa


dengan Khidir. Ada yang mengatakan bahawa tempat tersebut
adalah pertemuan Laut Romawi dengan Parsi iaitu tempat
bertemunya Laut Merah dengan Samudra Hindia. Pendapat
yang lain mengatakan bahawa lautan tersebut terletak di
tempat pertemuan antara Laut Roma dengan Lautan Atlantik.
Di samping itu, ada juga yang mengatakan bahawa lautan
tersebut terletak di sebuah tempat yang bernama Ras
Muhammad iaitu antara Teluk Suez dengan Teluk Aqabah di
Laut Merah.

Persyaratan belajar

Setibanya mereka di tempat yang dituju, mereka melihat


seorang hamba Allah yang berjubah putih bersih. Nabi Musa
pun mengucapkan salam kepadanya. Khidir menjawab
salamnya dan bertanya, “Dari mana datangnya kesejahteraan
di bumi yang tidak mempunyai kesejahteraan? Siapakah kamu”
Jawab Musa, “Aku adalah Musa.” Khidir bertanya lagi, “Musa
dari Bani Isra’il?” Nabi Musa menjawab, “Ya. Aku datang
menemui tuan supaya tuan dapat mengajarkan sebagian ilmu
dan kebijaksanaan yang telah diajarkan kepada tuan.”

Khidir menegaskan, “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak


akan sanggup bersabar bersama-samaku.” (Surah Al-Kahfi :
67) “Wahai Musa, sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini ialah
sebahagian daripada ilmu kurniaan dari Allah yang diajarkan
kepadaku tetapi tidak diajarkan kepadamu wahai Musa. Kamu
juga memiliki ilmu yang diajarkan kepadamu yang tidak
kuketahuinya.”

Nabi Musa berkata, “Insya Allah tuan akan mendapati diriku


sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentang
tuan dalam sesuatu urusan pun.” (Surah Al-Kahfi : 69)

Dia (Khidir) selanjutnya mengingatkan, “Jika kamu mengikutiku,


maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu
pun sehingga aku sendiri menerangkannya kepadamu.” (Surah
Al-Kahfi : 70)

Perjalanan Khidir dan Musa

Demikianlah seterusnya Musa mengikuti Khidir dan terjadilah


beberapa peristiwa yang menguji diri Musa yang telah berjanji
bahawa baginda tidak akan bertanya sebab sesuatu tindakan
diambil oleh Nabi Khidir. Setiap tindakan Nabi Khidir A.S. itu
dianggap aneh dan membuat Nabi Musa terperanjat.

Kejadian yang pertama adalah saat Nabi Khidir


menghancurkan perahu yang ditumpangi mereka bersama.
Nabi Musa tidak kuasa untuk menahan hatinya untuk bertanya
kepada Nabi Khidir. Nabi Khidir memperingatkan janji Nabi
Musa, dan akhirnya Nabi Musa meminta maaf kerana
kelancangannya mengingkari janjinya untuk tidak bertanya
terhadap setiap tindakan Nabi Khidir.

Selanjutnya setelah mereka sampai di suatu daratan, Nabi


Khidir membunuh seorang anak yang sedang bermain dengan
kawan-kawannnya. Peristiwa pembunuhan yang dilakukan oleh
Nabi Khidir tersebut membuat Nabi Musa tak kuasa untuk
menanyakan hal tersebut kepada Nabi Khidir. Nabi Khidir
kembali mengingatkan janji Nabi Musa, dan beliau diberi
kesempatan terakhir untuk tidak bertanya-tanya terhadap
segala sesuatu yang dilakukan oleh Nabi Khidir, jika masih
bertanya lagi maka Nabi Musa harus rela untuk tidak mengikuti
perjalanan bersama Nabi Khidir.

Selanjutnya mereka melanjutkan perjalanan hingga sampai


disuatu wilayah perumahan. Mereka kelelahan dan hendak
meminta bantuan kepada penduduk sekitar. Namun sikap
penduduk sekitar tidak bersahabat dan tidak mahu menerima
kehadiran mereka, hal ini membuat Nabi Musa berasa kesal
terhadap penduduk itu. Setelah dikecewakan oleh penduduk,
Nabi Khidir malah menyuruh Nabi Musa untuk bersama-
samanya memperbaiki tembok suatu rumah yang rosak di
daerah tersebut. Nabi Musa tidak kuasa kembali untuk
bertanya terhadap sikap Nabi Khidir ini yang membantu
memperbaiki tembok rumah setelah penduduk menzalimi
mereka. Akhirnya Nabi Khidir menegaskan pada Nabi Musa
bahawa beliau tidak dapat menerima Nabi Musa untuk menjadi
muridnya dan Nabi Musa tidak diperkenankan untuk terus
melanjutkan perjalanannya bersama dengan Nabi Khidir.

Selanjutnya Nabi Khidir menjelaskan mengapa beliau


melakukan hal-hal yang membuat Nabi Musa bertanya.
Kejadian pertama adalah Nabi Khidir menghancurkan perahu
yang mereka tumpangi kerana perahu itu dimiliki oleh seorang
yang miskin dan di daerah itu tinggallah seorang raja yang
suka merampas perahu milik rakyatnya.
Kejadian yang kedua, Nabi Khidir menjelaskan bahawa beliau
membunuh seorang anak kerana kedua-dua orang tuanya
adalah pasangan yang beriman dan jika anak ini menjadi
dewasa dapat mendorong bapa dan ibunya menjadi orang
yang sesat dan kufur. Kematian anak ini digantikan dengan
anak yang soleh dan lebih mengasihi kedua ibu bapanya
hingga ke anak cucunya.

Kejadian yang ketiga (terakhir), Nabi Khidir menjelaskan


bahawa rumah yang dinding diperbaiki itu adalah milik dua
orang adik-beradik yatim yang tinggal di kota tersebut. Didalam
rumah tersebut tersimpan harta benda yang ditujukan untuk
mereka berdua. Ayah kedua-dua adik-beradik ini telah
meninggal dunia dan merupakan seorang yang soleh. Jika
tembok rumah tersebut runtuh, maka boleh dipastikan bahawa
harta yang tersimpan tersebut akan ditemui oleh orang-orang di
kota itu yang sebahagian besar masih menyembah berhala,
sedangkan kedua adik-beradik tersebut masih cukup kecil
untuk mengelola peninggalan harta ayahnya. Dipercayai
tempat tersebut berada di negeri Antakya, Turki.

Akhirnya Nabi Musa as. sedar hikmah dari setiap perbuatan


yang telah dikerjakan Nabi Khidir. Akhirya mengerti pula Nabi
Musa dan berasa amat bersyukur kerana telah dipertemukan
oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang soleh yang dapat
mengajarkan kepadanya ilmu yang tidak dapat dituntut atau
dipelajari iaitu ilmu ladunni. Ilmu ini diberikan oleh Allah SWT
kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Nabi Khidir yang
bertindak sebagai seorang guru banyak memberikan nasihat
dan menyampaikan ilmu seperti yang diminta oleh Nabi Musa
dan Nabi Musa menerima nasihat tersebut dengan penuh rasa
gembira.

Saat mereka didalam perahu yang ditumpangi, datanglah


seekor burung lalu hinggap di hujung perahu itu. Burung itu
meneguk air dengan paruhnya, lalu Nabi Khidir berkata,
“Ilmuku dan ilmumu tidak berbanding dengan ilmu Allah, Ilmu
Allah tidak akan pernah berkurang seperti air laut ini kerana
diteguk sedikit airnya oleh burung ini.”

Sebelum berpisah, Khidir berpesan kepada Musa: “Jadilah


kamu seorang yang tersenyum dan bukannya orang yang
tertawa. Teruskanlah berdakwah dan janganlah berjalan tanpa
tujuan. Janganlah pula apabila kamu melakukan kekhilafan,
berputus asa dengan kekhilafan yang telah dilakukan itu.
Menangislah disebabkan kekhilafan yang kamu lakukan, wahai
Ibnu `Imran.”

Hikmah kisah Khidir

Dari kisah Khidir ini kita dapat mengambil iktibar penting.


Diantaranya adalah Ilmu merupakan kurniaan Allah S.W.T,
tidak ada seorang manusia pun yang boleh mengaku bahawa
dirinya lebih berilmu dibanding yang lain. Hal ini kerana ada
ilmu yang merupakan anugrah dari Allah SWT yang diberikan
kepada seseorang tanpa harus mempelajarinya (Ilmu Ladunni,
iaitu ilmu yang dikhususkan bagi hamba-hamba Allah yang
soleh dan terpilih)

Hikmah yang kedua adalah kita perlu bersabar dan tidak


terburu-buru untuk mendapatkan kebijaksanaan dari setiap
peristiwa yang dialami. Hikmah ketiga adalah setiap murid
harus memelihara adab dengan gurunya. Setiap murid harus
bersedia mendengar penjelasan seorang guru dari awal hingga
akhir sebelum nantinya dapat bertindak diluar perintah dari
guru. Kisah Nabi Khidir ini juga menunjukan bahawa Islam
memberikan kedudukan yang sangat istimewa kepada guru.

4. Nabi Yusha’ A.S.

Yusha‘ bin Nūn (Arab:‫ )يوشع‬adalah salah seorang nabi yang


memimpin Bani Israel memasuki kota Yareho (Jericho). Yusha‘
bin Nūn membawa ajaran Musa pada pertama kali tiba di
“Tanah Yang di Janjikan”. Ia mengatur penempatan kedua
belas suku Israel setibanya di Kanaan. Yusha dikenal sebagai
Joshua didalam Taurat. Namanya tidak disebutkan secara
langsung tetapi Al-Qur’an mereferensikannya bersama dengan
kisah Musa didalam surah Al-maidah, Al Kahfi dan Waqi’ah.

Sesudah Harun dan Musa wafat, kaum Bani Israil dipimpin oleh
Yusha‘ bin Nūn, yang memang telah ditunjuk oleh Musa untuk
menggantikannya sebelum kewafatannya. Berkat
kepemimpinan Yusha‘ bin Nūn mereka dapat menguasai tanah
Palestin dan menetap tinggal di istana. Namun setelah Yusha‘
bin Nūn wafat, mereka berpecah-belah. Dalam ajaran Islam
dikatakan bahawa isi kitab Taurat mereka diubah dan
ditambah-tambah. Mereka sering berselisih pendapat sesama
mereka sendiri hingga akhirnya hilanglah kekuatan persatuan
mereka, yang mengakibatkan tanah Palestin diserbu dan
dikuasai oleh bangsa lain. Dari segi positifnya adalah ketika dia
meninggal, semua tugas untuk mengatur dua belas suku
tersebut telah selesai sesuai dengan kehendak Allah.

Matahari Terhenti seketika

Di antara mukjizat Nabi Yusha’ ialah Allah berhentikan


matahari bagi menyebabkan hari Jumaat berpanjangan bagi
membolehkan perang diteruskan. Hal ini kerana waktu itu Allah
mengharamkan kaum Yahudi berperang pada hari Sabtu,
dalam satu peperangan terhadap kaum kanaan yang berlaku
pada hari Jumaat, maka berlakulah mukjizat tersebut. Mengikut
syariat terdahulu, hari sabtu hanya untuk melakukan ibadat.
Nabi Yusha’ telah berdoa agar Allah memberhentikan seketika
matahari bagi membolehkan Nabi Yusha’ bersama-sama
tenteranya menggempur kota Jericho yang merupakan “Tanah
Yang di Janjikan”.
5. Nabi Daniel A.S.

Nabi Daniel (bahasa Ibrani: ‫דנִ יֵּאל‬,


ָּ Daniyyel, Dāniyyêl; bahasa
Parsi: ‫دانيال‬, Dâniyal atau Danial, juga disebut Dani, ‫ ; داني‬Arabic:
‫دانيال‬, Danyal) adalah tokoh yang dicatat dalam sejarah sebagai
salah seorang Nabi ataupun Utusan Allah (Tuhan) dalam tiga
agama samawi (Islam, Kristian, Yahudi). Namun begitu,
maklumat mengenai Baginda banyak tertumpu kepada catatan
dalam Kitab Daniel dalam agama Kristian Katolik dan Yahudi.

Kisah Nabi Daniel A.S.

Kitab Daniel, yang ditulis dalam bahasa Ibrani dan bahasa


Aramik, adalah sebuah kitab suci Tanakh bagi agama Yahudi
atau Perjanjian Lama bagi agama Kristian. Kisah dalam kitab
ini berlaku semasa pembuangan di Babel, iaitu ketika bangsa
Yahudi dibuang dan diasingkan ke Babil. Kisah ini berkisar
seorang tokoh yang bernama Daniel yang berbangsa Israil dan
menjadi penasihat Nebuchadnezar, penguasa Babil (Babylon)
dari 605 SM – 562 SM.

Nabi Daniel A.S. bersama-sama bangsa Israil telah ditawan


dan diasingkan ke Babil (Iraq) ketika masih kecil lagi. Ketika itu
pemerintah Babil yang bernama Nebuchadnezzar telah
menyerang Baitulmaqdis serta menghancurkan kota tersebut
dan membawa para tawanan dari kalangan bangsa Israil dan
mereka telah dizalimi oleh raja tersebut serta tidak dibenarkan
pulang ke Baitulmaqdis.

Mimpi Raja Nebuchadnezzar

Dalam satu riwayat mengatakan bahawa ketika dalam tahanan


penjara, Nabi Daniel bersama-sama rakannya tidak menjamah
sedikit pun makanan yang diberikan oleh tentera Babylon
sebaliknya hanya makan sayur dan minum air sahaja.
Kemudian pada satu ketika raja Nebuchadnezzar telah
bermimpi sesuatu yang menakutkan sehingga dia telah
meminta para ahli nujum untuk menafsirkan mimpinya namun
dia sendiri tidak tahu apa yang dimimpikan olehnya. Raja
Nebuchadnezzar mengancam untuk menjatuhkan hukuman
bunuh kepada para ahli nujum sekiranya mereka tidak dapat
menafsirkan mimpinya sehinggalah salah seorang daripada
tawanan penjara memberitahu raja bahawa Nabi Daniel boleh
menafsirkan mimpi raja itu.

Nabi Daniel telah menafsirkan mimpi raja itu mengenai sebuah


patung besar yang mana setiap bentuk pada tubuh patung itu
adalah daripada pelbagai logam iaitu kepalanya dari emas tua,
dada dan lengannya dari perak, perut dan pinggangnya dari
tembaga sedang pehanya dari besi dengan kakinya
sebahagian daripada besi dan sebahagian lagi dari tanah liat.
Nabi Daniel memberitahu lagi bahawa raja itu telah melihat
sebuah batu tanpa perbuatan manusia telah menimpa patung
itu tepat di bahagian kakinya yang dari besi dan tanah liat itu
sehingga remuk. Akhirnya, batu itu yang menimpa patung
tanpa perbuatan tangan manusia menghancurkan semua
logam yang ada dipatung tersebut. Kemudian batu itu menjadi
gunung yang besar memenuhi seluruh bumi.

Nabi Daniel secara jelas dan tegas menjelaskan bahawa


logam-logam itu melambangkan sebuah pengantian kekuasaan
dari kerjaan-kerajaan besar yang berdiri dan kemudian roboh,
dimulai dengan Babylon yang dilambangkan oleh kepala dari
emas. Sesudah Babylon adalah Media-Parsi (lengan dan dada
perak). Kemudian kerajaan itu digantikan oleh Yunani
(tembaga), kemudian digantikan lagi oleh Kekaisaran Rom iaitu
kerajaan yang keempat yang keras seperti besi, tepat seperti
besi yang meremukkan dan menghancurkan segala sesuatu
dan seperti besi yang menghancur luluhkan, maka kerajaan itu
akan meremukkan dan menghancur luluhkan semuanya.
Kemudian pada bahagian kaki yang daripada campuran besi
dan tanah liat pula ialah merujuk kepada kerajaan-kerajaan di
Eropah selepas keruntuhan kekaisaran Rom pada 476 masihi.
Campuran besi dan tanah liat adalah juga merujuk kepada
penyatuan negara-negara Eropah namun sentiasa mengalami
kegagalan. Maka selepas itu, Nabi Daniel telah dilantik oleh
raja itu untuk menjadi orang kanannya kerana raja itu kagum
dengan kehebatan Nabi Daniel, namun para menteri yang lain
berasa cemburu lalu mereka telah mengadakan pelbagai cara
untuk membunuh Nabi Daniel. Digalilah sebuah lubang besar,
kemudian Nabi Daniel dimasukkan ke dalamnya bersama-
sama dengan binatang-binatang buas dan berbisa. Namun,
setelah beberapa hari lamanya Nabi Daniel berada di lubang
tersebut, Nebuchadnezzar mendapatkan Nabi Daniel dalam
keadaan sihat serta tidak luka sedikitpun. Para menteri itu terus
membuat perancangan untuk membunuh Nabi Daniel
sehinggakan mereka telah menghasut raja Nebuchadnezzar
bahawa Nabi Daniel telah ‘buang air’ terhadap raja itu ketika
sedang tidur. Raja yang mendengar hasutan itu berasa geram
lalu Nabi Daniel telah dipanggil oleh raja terbabit untuk tidur
dibiliknya. Nebuchadnezzar telah memberitahu pengawalnya
sekiranya terdapat orang yang ingin masuk ke biliknya
walaupun dia mengaku sebagai raja, pengawal itu perlu
membunuh orang itu. Nabi Daniel tidak keluar daripada bilik itu
sebaliknya raja itu yang keluar kerana hendak membuang air
sehinggakan pengawal yang berkawal itu tidak percaya
sedikitpun kepada Nebuchadnezzar walaupun dia memberitahu
dia adalah raja. Akhirnya dia telah dibunuh oleh pengawalnya
sendiri. Begitulah Allah S.W.T. hendak menyelamatkan nabi-
Nya daripada kezaliman Nebuchadnezzar.

Seterusnya kerajaan Babylon telah ditawan oleh kerajaan


Media-Parsi dan pemerintahnya telah melantik Nabi Daniel
sebagai penasihatnya. Nabi Daniel juga dikatakan telah
dipenjarakan ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan
Media-Parsi kerana tidak mahu meninggalkan amalan
ibadahnya yakni (menyembah Allah) walaupun telah
dikuatkuasakan oleh kerajaan itu yang melarang rakyat
mengamalkan amalan ibadah. Nabi Daniel telah dipenjarakan
bersama-sama 3 ekor singa, namun singa-singa itu tidak
sedikitpun mencederakannya.

Menurut Abul Barakat al-Hifny, Nabi Daniel kemudian


berangkat menuju ke kota Iskandariyah dan menghabiskan
sisa-sisa hidupnya untuk berdakwah di sana, bahkan wafat dan
terdapat makamnya di sana. Kemudian wujudnya Masjid Nabi
Daniel sewaktu Mesir di bawah pemerintahan seorang gabenor
iaitu Amru Al As kerana beliau telah menjumpai makam Nabi
itu lalu membina masjid dikawasan itu dan dinamakan
sempena nama Nabi Daniel.

6. Nabi Uzair A.S.

Nabi Uzair AS adalah seorang hamba Allah yang hidup pada


zaman antara Nabi Saleh A.S. dan Nabi Ibrahim A.S. iaitu
sekitar 5000 sampai 4000 tahun sebelum masa Nabi Isa AS.
Nabi Uzair A.S. adalah seorang Nabi dan Rasul utusan Allah
S.W.T, salah satu diantara 313 orang Rasul utusan Allah.

Kemusnahan kota Jerusalem

Allah S.W.T. telah meranapkan kaum Yahudi sebanyak dua


kali akibat sikap mereka yang degil. Selepas mereka
menyeleweng buat kali pertama, Allah S.W.T. mentakdirkan
sepasukan tentera yang tanpa gentar menghadapi serta
memusnahkan mereka iaitu tentera dari kalangan bangsa
Kanaan yang dipimpin oleh Jalut namun akhirnya dikalahkan
oleh Nabi Daud A.S.

Kali keduanya pula adalah serangan Raja Bukhtanasar yang


menyerang Jerusalem dan membunuh penduduknya dan
seterusnya membawa hampir semua yang selebihnya sebagai
hamba ke empayarnya. Kota terbabit musnah sama sekali
termasuklah harta benda mereka yang dirampas. Kota tersebut
sunyi sepi tanpa ada seorang pun yang tinggal.

Selepas Raja Bukhtanasar pulang ke empayarnya sambil


meninggalkan kemusnahan di belakangnya, Nabi Uzair A.S.
telah melalui Jerusalem bersama-sama seekor keldainya dan
menyaksikan kesan-kesan kemusnahan yang dahsyat.

Beliau kemudian, turun dari keledainya dan bersujud kepada


Allah S.W.T dengan berkata “Bagaimana Allah menghidupkan
kembali negeri ini setelah hancur?”

Maka dengan itu Allah menidurkannya (mematikannya) selama


100 tahun. Dalam tempoh 70 tahun penidurannya itu, bandar
itu mula dihuni oleh penduduk-penduduk bertambah pesat dan
membangun serta kepulangan orang-orang yang dibawa pergi
oleh Raja Bukhtanasar ke tanah air asal mereka atas arahan
Raja Kurush (Nabi Zulqarnain A.S.).

Nabi Uzair A.S. dihidupkan/dibangunkan semula

Setelah 100 tahun tertidur, Allah S.W.T membangunkan atau


menghidupkan kembali beliau dengan jasadnya sebagaimana
sebelum beliau tertidur. Kemudian Allah bertanya kepada
beliau: “Berapa lama kamu tinggal di sini?” Beliau menjawab:
“Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari”. Allah
berfirman: “Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun
lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang
belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keldai kamu (yang
telah menjadi tulang belulang); Kami akan menjadikan kamu
tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada
tulang belulang keldai itu, kemudian Kami menyusunnya
kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging”. Maka
tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan
yang telah mati) beliau pun berkata: “Saya yakin bahawa Allah
Maha Kuasa atas segala sesuatu”. (QS 2 Al Baqarah 259).
Nabi Uzair A.S. bertemu semula ahli keluarga dan
masyarakat

Selepas itu beliau pun menunggang keldai itu dan pergi ke


rumahnya sendiri yang ditinggalkannya 100 tahun dahulu dan
menemui seorang wanita buta yang berusia 120 tahun. Beliau
bertanya kepadanya, adakah rumah itu kepunyaan Uzair?
Beliau (wanita itu) mengiakan persoalan itu dan menyatakan
yang Uzair sudah dilupakan orang. Akhirnya, apabila beliau
berjaya meyakinkan kepada wanita itu beliau adalah Uzair,
wanita itu pun mengumumkan kepada orang ramai yang Uzair
sudah kembali dan nabi Uzair pun didatangi oleh anaknya
sendiri yang berusia 118 tahun. Sewaktu beliau ditidurkan,
anaknya hanya berusia 18 tahun. Lalu anaknya mengatakan
yang ayahnya dahulu memiliki tanda kelahiran di antara dua
bahunya. Maka dengan itu, beliau pun menunjukkan tanda
kelahiran itu.

Penulisan semula kitab Taurat

Oleh sebab tidak ada sesiapa yang menghafal kitab Taurat dan
kitab itu sudah dibakar kesemuanya pada zaman penyerangan
Raja Bukhtunasar, maka mereka meminta Nabi Uzair
mengeluarkan satu-satunya salinan Taurah yang
disembunyikan oleh ayahnya sendiri yang bernama Sarukha.

Namun apabila Nabi Uzair mengeluarkan salinan kitab Taurat


dari tempat persembunyian asalnya, didapati kertasnya sudah
reput dan berderai. Maka Nabi Uzair pun duduk seketika sambil
dikelilingi orang ramai dan memikirkan bagaimana beliau dapat
menulis semula kitab Taurat, maka pada ketika itu di hadapan
penyaksian orang-orang Yahudi, terdapat dua tahi bintang
jatuh dari langit dan menghentak dadanya yang menyebabkan
galakan pada daya pemikirannya, lalu menulis kembali kitab
Taurat daripada ingatannya.

Maka dengan itu, orang-orang Yahudi mengatakan yang beliau


adalah anak Allah disebabkan dua perkara iaitu yang pertama,
penyaksian mereka pada jatuhnya dua tahi bintang dari langit
yang terkena kepada Nabi Uzair. Menurut pandangan mereka,
ini adalah tanda sebagai anak Tuhan. Perkara yang kedua pula
adalah walaupun Nabi Musa seorang yang hebat daripada
pelbagai aspek termasuk mukjizat-mukjizatnya, namun beliau
tidak mampu menyampaikan ajaran kitab Taurat kecuali
daripada penulisan Taurat itu sendiri sedangkan Nabi Uzair
berupaya menyalin kitab Taurat hanya melalui ingatannya.
Perbuatan mereka ini amatlah tercela dan dilaknat oleh Allah
kerana Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Hal ini
telah dirakamkan dalam Al Quran yang bermaksud : Dan
orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan
orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”.
Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri,
(iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir dahulu;
semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh
berpaling dari kebenaran? (At-Taubah 9:30)

7. Nabi Samuel A.S.

Samuel (Arab:‫ صموئيل‬Shamu`ayl)atau Samwil dalam Islam


dianggap sebagai salah satu nabi Bani Israel dan dikatakan
bahawa Samuel adalah keturunan dari Yusuf. Ia pernah
diminta oleh kaumnya untuk memilih seorang pemimpin dari
kalangannya. Pada akhirnya terpilihlah Thalut yang memiliki
profesion seorang petani. Namanya tidak disebutkan dalam Al-
Qur’an, tetapi telah diwahyukan oleh Allah dalam surah Al
Baqarah, tanpa menyebutkan namanya.

Pengganti Nabi Musa A.S.


Beliau telah diutuskan oleh Allah S.W.T. selepas kewafatan
Nabi Musa A.S. Semasa zaman Nabi Musa A.S., Bani Israel
dalam berabad-abad lamanya dapat hidup bersatu di negeri
mereka sendiri, tidak dapat diusir oleh kekuatan daripada
mana-mana pihak.

Selepas kewafatan Nabi Musa A.S., bangsa Israel lama


kelamaan lupa akan ajaran Nabi Musa A.S., lupa akan agama
mereka dan agama itu mereka telah ubah menurut kemahuan
mereka sendiri.

Dalam keadaan yang demikian itu, akhirnya mereka dapat


dikalahkan dan diusir dari kampung halaman mereka sendiri
oleh bangsa Palestin.

Nasib bangsa Israel semakin jelek dan melarat di bawah


penjajahan sehingga mengalami pengusiran itu, terpisah dari
anak dan isteri mereka dalam tempoh yang lama, mereka juga
tidak sanggup tampil ke hadapan untuk memimpin bangsanya
yang telah bercerai-berai itu.

Akhirnya diutus oleh Allah kepada mereka seorang Nabi,


Samuel namanya. Dengan pimpinan Samuel ini, akhirnya
beberapa orang di antara bangsa Israil dapat berkumpul. Dari
kumpulan ini timbul hasrat bagi mereka, untuk berusaha
mengusir bangsa Palestin yang telah mengusir mereka dari
tanah airnya. Tetapi sayang, tidak seorang juga di antara
mereka yang berani dan sanggup menjadi pemimpin.

Samuel tahu benar mengenai kelemahan kaumnya yang


demikian itu, kelemahan yang disebabkan oleh tidak adanya
kemahuan untuk berjuang dan kelemahan kerana tidak adanya
rasa patuh terhadap pemimpinnya.

Dengan tegas Samuel berkata kepada mereka: “Sebab


kelemahan kamu, adalah kerana kamu sekalian tidak mahu
berjuang menghadapi peperangan bila dipanggil untuk
berperang!”

Mereka menjawab: Kami sanggup berjuang dan bertempur,


kerana tidak tahan lagi hidup sengsara terpisah dengan anak,
keluarga dan tanahair sendiri, asal saja ada yang memimpin
kami dalam perjuangan dan pertempuran itu. (tetapi hanya
sedikit sahaja yang bersungguh-sungguh untuk berjuang dan
mengikut arahan pemimpinnya).

Samuel meminta mereka menunggu, kerana Samuel ingin


menerima petunjuk dari Allah S.W.T. terlebih dahulu, tentang
maksud ini. Lalu kepada Samuel diwahyukan oleh Allah
S.W.T., agar memilih Talut menjadi raja dan pemimpin perang
mereka. Samuel sendiri rupanya belum kenal siapa Talut itu.
Tetapi dengan tegas Allah S.W.T. mewahyukan kepada
Samuel, agar jangan ragu-ragu dalam menetapkan Talut
sebagai pemimpin dan jeneral dalam perang yang
diperintahkan itu.

Talut adalah anak desa dalam negeri itu, bahkan anak seorang
yang miskin pula. Jangankan ia akan dikenal sebagai
pemimpin dalam pergaulan, malah sehari-hari saja jarang
orang kenal kepadanya. Tetapi dia adalah seorang yang
berbadan kuat dan sihat; tinggi dan gagah perwatakannya,
matanya tajam, fikirannya pun luas dan tajam pula. Dalam
pada itu, dia mempunyai hati yang suci bersih, budi yang halus
dan agung. Dia tinggal di desa kecil bersama-sama bapanya.
Pekerjaannya bertani dan berternak.

Tabut berjaya dirampas semula

Akhirnya, tentera pimpinan jeneral Talut telah berjaya


mengalahkan bangsa Palestin walaupun jumlah mereka adalah
sedikit dan ketika itu juga jeneral jalut yang memimpin bangsa
Palestin telah mati akibat dilontar batu oleh Nabi Daud A.S.
yang ketika itu berumur 9 tahun. Nabi Samuel A.S. turut
menyertai peperangan itu yang mana Tabut milik Bani Israil
telah berjaya dirampas semula.

Kisah mengenai Nabi Samuel A.S. ada disebutkan dalam Al


Quran walaupun tidak disebutkan namanya di dalam Al Quran,
iaitu surah Al Baqarah ayat 247 dan ayat 248.

8. Nabi Imran A.S.

Nabi Imran A.S. adalah salah seorang nabi dan juga


merupakan bapa kepada Mariam iaitu ibu Nabi Isa A.S. Nama
sebenar Nabi Imran ialah Imran bin Hasyim bin Amun. Beliau
berkahwin dengan Hannah binti Faqud bin Qabil dan telah
dikurniakan oleh Allah seorang anak perempuan bernama
Mariam. Kedua-dua mereka mempunyai darah keturunan Nabi.

Surah Ali Imran

Nabi Imran dan keluarganya telah dimuliakan oleh Allah S.W.T.


seperti mana yang telah terdapat dalam Al Quran surah Ali
Imran ayat 33 yang bermaksud : “Allah telah memilih Adam,
dan Nuh, dan keluarga Ibrahim, dan keluarga Imran, di atas
semua alam”.

Kehidupan keluarga Imran sederhana. Mereka tinggal di


perkampungan Nazareth, Palestin. Kegiatan ekonomi
penduduk di perkampungan itu lebih tertumpu kepada kegiatan
pertanian yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka.
Kebanyakan daripada mereka menjalankan kegiatan
pertukangan kayu. Mereka mengutip hasil kayu dari hutan dan
kemudiannya menjual kayu tersebut kepada pelanggan yang
mahu membelinya. Ada juga di antara mereka yang mahir
membuat kasut dan mengeringkan buah tin sebagai pekerjaan
mereka. Nabi Imran A.S. menyimpan hasrat untuk tinggal di
Jerusalem. Beliau ingin berkhidmat di Baitulmuqaddis. Beliau
pernah bermimpi menjadi siak di tempat suci di Baitulmuqaddis
dan bermimpi menjaga kebersihan dan membantu kerja-kerja
menjaga tempat suci itu.

Isteri Nabi Imran A.S. telah bernazar kepada Allah S.W.T. agar
Allah S.W.T. menerima anaknya Mariam untuk menjadi ahli
Ibadat kepadaNya seperti mana yang terdapat dalam surah Ali
Imran ayat 35 yang bermaksud : (Ingatlah) ketika isteri Imran
berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu
anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang
bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu
semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

9. Nabi Jurjis A.S.

Kisah Nabi Jurjis Dengan Raja Bani Israil

Dalam satu riwayat mengatakan, pada zaman dahulu ada


seorang raja Bani Israil yang zalim. Kezalimannya bukan
sahaja terhadap rakyatnya sendiri malahan terhadap Allah
S.W.T. Segala perintah Allah diabaikannya, dia memerintah
mengikut hawa nafsu serta undang-undang buatannya. Maka
Allah mengutuskan seorang nabi bernama Jurjis. Dia
mengutuskan nabi Jurjis untuk menghapuskan kezaliman Raja
Bani Israil itu yang sangat melampaui batas.

Setiap hari Nabi Jurjis berusaha untuk menyedarkan raja serta


rakyatnya agar mengikut perintah Allah. Malangnya segala
ajakan Nabi Jurjis tidak sedikitpun dipedulikan oleh raja
tersebut. Malahan Raja itu menentang ajaran-ajaran yang
dibawa oleh Nabi Jurjis.

Akhirnya Allah S.W.T. pun menurunkan bala terhadap kaum


Bani Israil. Bertahun-tahun Allah tidak menurunkan hujan di
tanah Bani Israil. Banyaklah tanaman serta haiwan mati
kehausan. Tanah-tanah pertanian serta kolam-kolam air
akhirnya menjadi kering kontang. Maka terjadilah kebuluran di
merata tempat di negeri itu.

Raja menjadi bingung kerana dahulu rakyatnya pergi ke kuil


setiap hari menyembah berhala tetapi kini mereka tidak ke kuil,
malahan sibuk menguruskan kehidupan mereka seharian.
Setiap hari raja tersebut dikunjungi rakyat jelata untuk
memohon bantuan. Malangnya raja tidak dapat berbuat satu
apapun.

Pada suatu hari raja memerintahkan para menteri menyiasat


keadaan seluruh negeri itu. Setelah melakukan penyiasatan,
mereka pun datang mengadap raja. Kata para menteri itu :
“Wahai paduka Tuanku. Keadaan seluruh negeri amatlah
mendukacitakan sekali. Tanah-tanah pertanian dan kolam-
kolam air semuanya kering belaka. Haiwan ternakan banyak
yang mati manakala rakyat dalam keadaan kebuluran. Kami
kira kalau keadaan ini berterusan, musnahlah seluruh kerajaan
Tuanku nanti”.

Setelah mendengar laporan para menterinya, raja pun bertitah :


“Kalau demikian keadaan negeri dan kerajaan, cubalah beri
pendapat kamu bagaimana kita boleh mengatasi masalah yang
amat sulit lagi berbahaya ini”.

Maka jawab para menterinya : “Kami berpendapat eloklah kita


cari dimana Nabi Jurjis. Paduka Tuanku tentu ingat bahawa
Nabi Jurjislah orang yang selalu berjaya menolong kita sewaktu
terjadi keadaan-keadaan seperti ini. “Apa maksud kamu semua
menyebut Jurjis itu”, tanya raja tersebut.

“Wahai Paduka Tuanku, tidakkah Tuanku ingat bahawa Jurjis


selalu mengajak kita menyembah Allah. Jika ajakannya itu
benar tentu dapat meminta kepada Tuhannya itu supaya
diturunkan hujan”, balas para menteri itu.
“Tapi bagaimana kalau hujan tidak turun juga?”, tanya raja lagi.
“Kita bunuh sahaja Jurjis”, sahut menteri-menteri itu penuh
yakin. Maka pada keesokannya raja bersama dengan para
menteri pergi mendapatkan Jurjis. Sebaik sahaja mereka tiba di
perkarangan rumah Nabi Jurjis, mereka dapati Nabi Jurjis
sedang tekun beribadat. Tiba-tiba Nabi Jurjis terdengar suara
orang dari luar rumahnya. “Hai Jurjis, keluarlah kamu!”,
perintah raja itu dengan suara yang agak kasar. Sebaik sahaja
namanya diseru, maka Nabi Jurjis pun segera keluar.

“Surat apakah itu hai Tuanku”. “Aku minta Tuhanmu supaya


turunkan hujan. Kalau hujan tidak turun, katakan kepada
Tuhanmu itu bahawa aku akan memeranginya”, seru raja itu
dengan angkuh.

Nabi jurjis berasa terlalu sedih mendengar perintah raja itu.


Dalam masa Nabi Jurjis sedang bersedih, tiba-tiba muncul
malaikat Jibril lalu berkata kepadanya, “Wahai Jurjis, kenapa
engkau bersedih sahaja? Beritahukah apa yang diminta oleh
raja itu kepada Allah”.

Nabi Jurjis pun menurut apa yang dinasihatkan oleh Jibril A.S.
Kemudian Allah menyuruh Jurjis bertanya kepada raja Bani
Israil itu, bagaimana caranya dia hendak menentang Allah.
Pada keesokan harinya, Nabi Jurjis pun pergi ke istana untuk
bertanyakan seperti yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Sebaik sahaja raja mendengar kata-kata Nabi Jurjis, maka raja


itu pun berkata: “Hai Jurjis, aku memang tidak dapat
memerangi Tuhanmu kerana Dia sangat perkasa sedangkan
aku lemah tetapi aku akan memerangi apa jua kekasihNya di
bumi ini”, tegas raja itu dengan angkuh. Setelah itu Jurjis pun
pulang ke rumahnya. Setibanya dia di rumah, didapatinya
malaikat Jibril sudah pun berada di dalam bilik tempat dia
beribadat. Kata malaikat Jibril: “Hai Jurjis, pergilah engkau
bertemu raja itu dan nasihatilah dia supaya membatalkan
maksudnya itu”.

Setelah mendengar nasihat Jibril itu, keesokannya Jurjis pergi


semula ke istana raja dan menasihati raja tersebut. Dengan izin
Allah, raja yang angkuh itu pun menerima nasihat Nabi Jurjis.
Setelah segalanya selesai, Nabi Jurjis pun kembali semula ke
rumahnya. Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke rumah,
hujan pun turun dengan lebatnya selama tiga hari tiga malam.
Tanaman tumbuh dengan subur, sungai dipenuhi air, rakyat
mulai turun ke ladang mengerjakan tanaman mereka. Akhirnya
negara itu kembali makmur seperti sediakala.

Melihatkan keadaan kembali pulih seperti sediakala, raja pergi


mendapatkan Nabi Jurjis A.S. berserta dengan rakyatnya dan
menyatakan keimanan kepada Allah yang Maha Kuasa.

10. Nabi Amos A.S.

Nabi Amos A.S. adalah seorang Nabi yang berasal dari Tekoa
iaitu di sebelah tenggara Baitulaham. Di dalam Alkitab, kitab
Amos ditulis oleh Nabi Amos A.S. Beliau juga adalah Nabi yang
pertama dalam Alkitab yang pesannya dicatat secara terperinci.
Beliau berasal dari sebuah kota di Yehuda, tetapi ia berkhutbah
kepada orang-orang Israel di kerajaan utara sekitar
pertengahan abad ke-8 SM.

Pada masa itu banyak orang hidup makmur, ibadah


dipentingkan dan negeri Israel nampaknya damai. Tapi Amos
melihat bahawa yang mengecap kemakmuran hanyalah para
hartawan yang memperkayakan diri dengan hasil penindasan
dan ketidakadilan terhadap orang miskin. Orang menjalankan
ibadah dengan hati yang tidak ikhlas dan keadaan damai
hanya tampak dari luar. Dengan berani dan penuh semangat,
Amos menyampaikan pesan bahawa Tuhan akan menghukum
bangsa Israel. Amos menyeru agar keadilan “mengalir seperti
air”. Beliau berkata, “Mungkin Tuhan akan mengasihani orang-
orang yang ditindas dari bangsa Israel”.

Begitulah sedikit kisah mengenai Nabi Amos A.S. yang lantang


menentang ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat.

11. Nabi Jeremiah A.S.

Nabi Jeremiah A.S. merupakan antara salah seorang Nabi


dalam kalangan Bani Israil. Melalui pendapat Ibnu Kathir,nama
nabi Jeremiah yang sebenar ialah Armia b Hilqiya. Nabi ini
diutuskan oleh Allah kepada Bani Israil di Jurusalem pada fasa
dia antara Nabi Daud dan Nabi Zakaria.

Beliau dipenjarakan oleh kerajaan Bani Israel di Jurusalem


kerana beliau menyuruh mengesakan Allah. Beliau diseksa dan
dipenjarakan dengan teruk. Di dalam penjara,beliau telah
berdoa kepada Allah agar diberikan pengajaran kepada
mereka. Allah memakbulkan doa Nabi Jeremiah itu dan Allah
mengutuskan Tentera daripada Babilon dan Assyria untuk
menghancurkan kerajaan Israil.

Kisah mengenai Nabi Jeremiah A.S.

Semasa masih muda, Jeremiah memulakan tugas-tugas


kenabiannya kira-kira pada akhir dari abad ke tujuh sebelum
Masihi, ketika Kerajaan Judah dalam bahaya besar
penyerbuan oleh tentera dari Chaldea. Orang-orang Yahudi
telah bersekutu dengan Firaun dari Mesir, tetapi kerana Firaun
ini telah mengalami kekalahan buruk dari tentera
Nebukadnezar, maka nasib buruk Jerusalem adalah hanya
tinggal waktu saja. Dalam hari-hari yang sukar itu, selama
mana nasib dari tinggalan para hamba Allah akan ditentukan,
Nabi Jeremiah dengan semangatnya memberi nasihat kepada
raja dan para pemimpin orang-orang Yahudi untuk menyerah
dan mengabdi pada Raja Babilon, supaya Jerusalem dapat
diselamatkan daripada dibakar habis menjadi abu serta orang-
orang Yahudi diselamatkan daripada menjadi sebagai orang
tawanan. Beliau mencurahkan semua ceramahnya yang
lantang dan berapi-api ke telinga raja-raja, pendeta-pendeta,
dan ketua-ketua masyarakat, tetapi semua hanya sia-sia.
Beliau menyampaikan firman demi firman Tuhan dengan
mengatakan bahawa satu-satunya jalan menyelamatkan negeri
dan penduduknya dari kemusnahan yang teruk ialah menyerah
kepada orang-orang Chaldea; namun tiada seorang pun sudi
mendengar peringatan itu.

Nabi Jeremiah A.S. diseksa dalam tahanan

Nebukadnezar datang dan mengambil alih kota, membawa


pergi rajanya, para pembesar serta banyak tawanan. Demikian
pula seluruh kekayaan dari kuil termasuk bejana-bejana emas
dan perak. Seorang pembesar lain, pembesar yang ketiga,
diangkat oleh Kaisar Babilon untuk memerintah sebagai
budaknya di Jerusalem. Raja ini, bukannya menjadi bijak dan
setia kepada penguasa Babilon tetapi bahkan memberontak
terhadapnya. Tanpa henti Jeremiah menasihati raja untuk tetap
setia dan meninggalkan kebijakan (persekutuan dengan) Mesir.
Namun nabi-nabi palsu terus saja berceramah dengan lantang
di kuil dengan berkata: “Demikianlah Tuhan Rumah Allah itu
berfirman, Lihatlah, Aku telah mematahkan simpul Raja
Babilon, dan dalam waktu dua tahun semua tawanan orang
Yahudi dan bejana-bejana Rumah Tuhan akan dikembalikan ke
Jerusalem.” Jeremiah membuat simpul dari kayu dan
dikalungkan di lehernya dan pergi ke kuil serta memberi tahu
orang-orang bahawa Tuhan telah berasa senang meletakkan
simpul raja Babilon seperti ini pada leher semua orang Yahudi.
Beliau dipukul mukanya oleh salah satu nabi palsu (lawannya)
yang mematahkan simpul kayu itu dari leher Jeremiah serta
mengulangi lagi ceramah dengan lantang dari nabi-nabi palsu.
Jeremiah dimasukkan ke dalam sel yang penuh dengan
lumpur, dan hanya diberi makan dengan sekeping roti kering
yang dibuat daripada barli setiap hari hingga terjadi kelaparan
di kota itu, yang diserang oleh orang-orang Chaldea. Nabi
palsu (Hananiah) meninggal seperti diramalkan oleh Jeremiah.
Dinding kota itu diruntuhkan di suatu tempat dan tentera yang
menang itu menyerbu masuk kota, Raja Zedekiah yang
melarikan diri dan orang-orang yang besertanya ditangkap dan
dibawa ke raja Babilon. Kota dan kuil itu sesudah dijarah lalu
dibakar dan semua penduduk Jerusalem dibawa pergi ke
Babilon; hanya orang dari kelas miskin yang ditinggalkan untuk
mengusahakan tanah. Atas perintah Nebukadnezar, Jeremiah
diizinkan tinggal di Jerusalem dan gabernor yang baru diangkat
yang bernama Gedalliah diberi tugas untuk menjaga dan
mengurus nabi itu. Tetapi Gedalliah telah dibunuh oleh orang
Yahudi yang memberontak dan mereka kemudian lari ke Mesir
dengan membawa Jeremiah beserta mereka. Bahkan di Mesir
pun beliau meramal hal-hal yang bertentangan dengan
kepentingan para pelarian dan orang-orang Mesir. Beliau
pastilah sudah mengakhiri hidupnya di Mesir.

12. Nabi Malakhi A.S.

Maleakhi atau Mal’akhi yang bermaksud “Utusan/Malaikatku”


adalah seorang nabi dalam Alkitab, Perjanjian Lama umat
Kristian dan Tanakh bagi umat Yahudi.

Malakhi adalah nabi terakhir dalam 12 nabi-nabi kecil dan


penulis Kitab Maleakhi, kitab terakhir dalam Perjanjian Lama
(Mal. 4:4-6) edisi Kristian, dan merupakan kitab terakhir dalam
kumpulan Nevi’im (nabi-nabi) dalam Tanakh Yahudi.

NABI MUHAMAD DALAM KITAB NABI MALAKHI

Di dalam kitab Nabi Malakhi ada dinyatakan mengenai Nabi


akhir zaman iaitu Nabi Muhammad S.A.W. pada fasal 3:1:2
yang dinyatakan seperti berikut : “Bahawasanya Aku menyuruh
utusanku yang menyediakan jalan dihadapan hadirat-Ku dan
dengan segera akan datang kepada kaabahnya, Tuhan yang
kamu rindukan itu. Bahawasanya ia akan datang, demikianlah
firman Tuhan sarwa sekalian alam. Tetapi siapakah gerangan
akan menderita hari kedatangannya? Dan siapa tahan berdiri
apabila kelihatanlah dia? Kerana iapun akan seperti api pandai
emas dan akan seperti sabun binara.” “Akan datang seorang
utusan,” yang seperti nyala api dan sabun binara.
Kedatangannya dengan membawa anasir-anasir yang panas,
keras seperti sabun binara. Ia tidak datang seperti Yesus (Isa)
yang lembut dan “sunyi senyapnya.” Iapun tidak bersikap
selemah lembut Yesus, yang mengasuh umat seperti seekor
induk ayam mengumpulkan dan menaungi anak-anaknya.
Alangkah penyabarnya Yesus ini. Tetapi akan orang yang
datang sesudah Yesus itu dengan panas seperti panasnya api
pandai emas jua ia membakar bumi Arabia bahkan sampai ke
hujung Hispanola (Sepanyol) dengan seruan jihadnya yang
sangat menggetarkan hati lawannya: “Allahu Akhbar.”

Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah kedatangan Nabi


Muhammad S.A.W. memang sudah diramalkan akan berlaku
dan baginda akan menyebarkan agama yang cukup lengkap
dan sempurna yakni Islam keseluruh dunia bermula dari Tanah
Arab hinggalah ke seluruh dunia bahkan yang dikatakan hingga
ke Sepanyol itu telah pun berlaku apabila panglima Tariq bin
Ziyad telah berjaya menawan Sepanyol ataupun Al Andalus
melalui peperangan jihad dan seterusnya menyebarkan Islam
di wilayah terbabit. Dan memang benar bahawa seruan Takbir
yang dilaungkan oleh para pejuang Islam telah menggetarkan
hati musuh-musuh Islam terutamanya dalam setiap
peperangan jihad.

13. Nabi Isaiah A.S.


Nabi Isaiah ataupun Nabi Yesaya adalah salah seorang 12
nabi-nabi kecil Bani Israil yang tidak tercatat namanya dalam Al
Quran namun beliau adalah seorang nabi kepada kaum Bani
Israil. Beliau juga mempunyai kitab sendiri hasil penulisannya
yang dipanggil kitab Yesaya. Beliau merupakan nabi Judea
abad ke-8 SM yang mendeklarasikan bahawa seluruh dunia
berada dalam pengendalian Tuhan dan memperingatkan
masyarakatnya bahawa negeri mereka akan dimusnahkan
apabila mereka berpaling dari ajaran Tuhan.

Biografi

Nabi Isaiah A.S. hidup di zaman pemerintahan kerajaan Judah


dibawah pemerintahan 4 orang raja iaitu Uzziah/Azariah,
Jotham, Ahaz dan Hezekiah. Raja Uzziah mentadbir kerajaan
Judah selama 52 tahun iaitu pada pertengahan abad ke 8
sebelum masihi dan kemungkinan Nabi Isaiah memulakan
tugas kenabiannya sebelum kematian Uzziah iaitu pada 740
SM. Beliau hidup hingga 14 tahun pemerintahan Raja Hezekiah
yakni 698 SM dan kemungkinan juga hidup pada zaman
pemerintahan Manasseh. Jadi Isaiah mungkin telah
bernubuat(kenabian) untuk tempoh panjang sekurang-
kurangnya enam puluh empat tahun.

Nabi Isaiah juga hidup ketika berada di bawah pemerintahan


kerajaan Assyria iaitu ketika pemerintahan Tiglath-Pileser III
dan Shalmaneser V dari Sumeria yang telah menawan
kerajaan Judah ketika beliau masih muda, termasuklah
serangan tentera oleh Sennacherib ke atas Judah.

Isaiah menurut Islam

Menurut Ibnu Ishaq, Nabi Isaiah telah diutuskan sebelum Nabi


Zakaria dan Nabi Yahya dan beliau juga telah bernubuat
tentang kedatangan Nabi Isa dan juga Nabi Muhammad S.A.W.
Yesaya berkhutbah dan mati syahid

Menurut penafsiran Islam telah dinyatakan bahawa Hezekiah


adalah raja yang memerintah Jerusalem (Baitulmuqaddis)
ketika hayat Nabi Isaiah A.S. Hezekiah sentiasa patuh dan
mendengar nasihat Nabi Isaiah tetapi tetap dengan
pendiriannya kerana ketika itu keadaan di Israel/Judah sangat
meruncing. Keadaan semakin meruncing apabila berlakunya
kematian raja Judah itu. Setelah kematian raja itu, Nabi Isaiah
telah mengatakan kepada Bani Israil untuk tidak melupakan
Tuhan dan beliau memperingatkan mereka bahawa mereka
harus berhenti daripada terus-menerus melakukan dosa dan
juga daripada ketidaktaatan. Tradisi Muslim berpendapat
bahawa tidak sepatutnya orang-orang Bani Israil marah dan
berusaha untuk membunuh Nabi Isaiah. Dalam sebuah
kematian yang mirip dalam kehidupan para nabi, penafsiran
Islam menceritakan bahawa beliau menjadi syahid setelah
dibunuh dengan digergaji badannya oleh Bani Israil.

14. Nabi Hagai A.S.

Hagai (bahasa Ibrani: ‫חַ גַי‬, Ḥaggai atau “Hag-i”) adalah salah
seorang dari dua belas nabi-nabi kecil dan penulis Kitab Hagai.
Beliau adalah nabi pertama dari tiga nabi (bersama Nabi
Zakaria yang hidup sezaman dengannya dan Malakhi yang
hidup sekitar seratus tahun kemudian) yang hidup pada zaman
sejarah Yahudi yang bermula setelah kepulangan mereka dari
pembuangan di Babylon.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan peribadinya.


Beliau mungkin adalah salah seorang daripada mereka yang
dibuang ke Babel oleh Nebuchadnezar. Beliau memulakan
tugas kenabiannya sekitar 16 tahun setelah kepulangan
kembali orang Yahudi ke Yehuda. Usaha pembangunan
kembali Bait Suci telah dihentikan kerana gangguan-gangguan
orang Samaria. Setelah ditunda selama 15 tahun, pekerjaan itu
dilanjutkan kembali melalui usaha Hagai dan Zakaria (Ezra
6:14). Mereka mengimbau rakyat dan membangkitkan mereka
daripada kemalasan dan mendorong mereka untuk
memanfaatkan perubahan dalam kebijaksanaan yang diambil
oleh pemerintah Parsi di bawah Darius I dari Parsi.

15. Nabi Hanzalah A.S.

Nabi Hanzalah A.S.

Nabi Hanzalah A.S. adalah salah seorang Nabi yang namanya


tidak dicatatkan dalam Al Quran namun kisah masyarakat atau
umat yang dibimbingnya telah terdapat dalam Al Quran. Nama
penuhnya ialah Hanzalah bin Sifwan. Menurut Ibnu Katsir
dalam karyanya, Qisas al Anbiya’ telah menceritakan bahawa
baginda telah diutuskan kepada satu kaum di Yaman untuk
mengajak mereka supaya beriman kepada Allah S.W.T. Kisah
mengenai masyarakat yang dibimbingnya terdapat dalam Al
Quran surah Al Furqaan ayat 38 yang bermaksud : ‘Dan
(demikian juga Kami telah binasakan) Aad dan Thamud serta
Ashaabur-Rassyi dan banyak lagi dalam zaman-zaman di
antara masa yang tersebut itu’.

Dicampakkan ke dalam perigi

Menurut pendapat kebanyakan ulama’, kaum Ashaabur-Rassyi


merupakan kaum yang diajak oleh Nabi Hanzalah A.S. untuk
beriman kepada Allah S.W.T. Mereka adalah penduduk di
sebuah negeri yang sekarang ini terletak di Yaman.
Sesetengah pendapat mengatakan bahawa mereka tinggal
berhampiran dengan kaum Thamud. Mereka dikenali sebagai
masyarakat Ar-Rass kerana tempat tinggal mereka terkenal
dengan perigi atau mata air dan nama Ar-Rass juga bermaksud
perigi atau mata air. Mereka juga digelarkan sebagai
masyarakat penjaga perigi. Terdapat juga cendekiawan muslim
mengatakan Ar-Rass itu adalah sebuah bandar. Namun seperti
para nabi dan Rasul yang lain, dakwah yang dibawa oleh nabi
ini tidak disenangi oleh penduduk Ashaabur-Rassyi
sehinggakan mereka telah membunuh nabi ini dengan
mencampakkannya ke dalam perigi dan seterusnya mereka
telah menerima azab daripada Allah S.W.T sepertimana kaum
Aad, Thamud serta kaum nabi Nuh yang dihilangkan mereka
daripada muka bumi Allah S.W.T. seperti firman Allah S.W.T.
pada ayat 39 surah Al Furqaan yang bermaksud : ‘Dan masing-
masing, telah Kami berikan kepadanya contoh tauladan yang
mendatangkan iktibar, dan masing-masing telah Kami
hancurkan sehancur-hancurnya’. Demikianlah kisah mengenai
Nabi Hanzalah A.S.

16. Nabi Syam’un A.S.

Etimologi

Simson: Ibrani, ‫ شمشون‬: Arab atau Syam’un ertinya ‘yang berasal


dari matahari’. Nabi Syam’un adalah salah seorang Nabi dari
kalangan Bani Israil.

Syam’un dalam Islam

Kisah Nabi Syam’un/Samson ini tidak terdapat dalam Al Quran


namun kisah Syam’un ini ada pada kitab Qisasul Al Anbiya’.
Dalam kitab itu dikatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W.
tersenyum sendiri, lalu ditanya oleh sahabatnya, “Apa yang
membuatkanmu tersenyum wahai Rasulullah?” Muhammad
menjawab, “Diperlihatkan kepadaku hari akhir ketika seluruh
manusia dikumpulkan di mahsyar, ada seorang Nabi dengan
membawa pedang yang tidak mempunyai pengikut satupun,
masuk ke dalam syurga. Beliau adalah Syam’un”.
Dalam kitab Muqasyafatul Qulub karangan Imam Ghazali ada
menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. berkumpul pada
bulan suci Ramadhan. Di dalam usrah itu Rasulullah S.A.W.
bercerita mengenai Nabi Allah S.W.T. bernama Syam’un A.S.
Rasulullah S.A.W. menggelarnya Sam’un Ghazi.

Syam’un A.S. telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T. dengan


kekuatan luar biasa seperti berkebolehan melembutkan besi,
mampu menewaskan binatang buas dan berkemampuan untuk
mengangkat tiang istana dan merobohkannya.

Berani menentang kebatilan

Nabi Allah ini menentang keras perbuatan kaumnya yang


ingkar dengan perintah Allah S.W.T. Pada masa itu, Raja Israil
sendiri adalah seorang yang ingkar dengan perintah Allah dan
zalim pula terhadap rakyatnya. Sifat bongkak raja tersebut
mengundang rasa benci beliau terhadap raja tersebut sehingga
menyebabkan baginda tidak henti-henti untuk berdakwah
kepadanya walau dengan apa cara sekalipun.

Sifat istiqamah Syam’un A.S. mengundang padah padanya


apabila beliau berjaya ditangkap setelah isterinya sendiri
mengkhianatinya. Syam’un A.S. pernah berkata kepada
isterinya berkenaan kelemahan dirinya yang boleh dilemahkan
dengan mengikat dirinya dengan rambutnya sendiri. Akhirnya
Syam’un A.S. ditangkap.

Syam’un A.S. telah diseksa dan dibutakan matanya. Namun, ia


tidak menghalang dirinya untuk terus berjuang menentang
kebatilan. Syam’un A.S. berdoa kepada Allah S.W.T. agar
dikembalikan kekuatan yang dianugerahkan kepadanya
dahulu. Allah S.W.T. memakbulkan doa baginda.
Syam’un A.S. telah menggunakan kekuatan yang diperolehinya
semula dengan meruntuhkan seluruh istana sehingga
mengorbankan raja dan isteri beliau sendiri.

Selepas kejadian itu, Syam’un A.S. kemudian bersumpah untuk


beribadah selama 1000 bulan tanpa henti. Daripada kisah yang
diceritakan inilah, maka datang wahyu berkenaan malam
Lailatul Qadar yang sama dengan keberkatan 1000 bulan.

Hal ini adalah kerana terdapat sahabat baginda Rasulullah


S.A.W. yang bertanya kepada baginda untuk mereka ikut jejak
langkah Nabi Syam’un A.S. Baginda terdiam sejenak sebelum
malaikat Jibril datang menurunkan wahyu kepada baginda
Rasulullah S.A.W. mengenai satu malam pada bulan
Ramadhan yakni malam Lailatul Qadar iaitu sesiapa yang
beribadat pada malam tersebut, pahala amalannya menyamai
1000 bulan beribadat.

Anda mungkin juga menyukai