Anda di halaman 1dari 4

[LOKMAN]

Bismillahirahmanirrahim.....,
Assalamualaikum wbt..,

Yang Berbahagia En. Abd Kadir bin Mohd Yunos. YDP Persatuan
Ibubapa dan Guru SSBP,

[KHAIRANI]
Yang Dihormati Encik Khairuddin bin Saisi, GPK Sukan, En.
Asmad bin Ahmad, GPK Akademik dan Pentadbiran , En.
Abdul Razak bin Hussin, GPK Hal Ehwal Murid, Encik
Kamalulail bin Sulaiman, GPK Pra Universiti , En. Mansor bin
Kadri, GPK KoKurikulum.

[LOKMAN]
Seterusnya yang dihormati barisan para guru, para guru
jurulatih, staff, atlet pelajar dan semua warga Sekolah Sukan
Bandar Penawar yang dikasihi sekalian.

[LOKMAN]
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah rahmatnya dapat kita berkumpul pada hari ini
bagi menyempurnakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan
Peringkat Sekolah Sukan Bandar Penawar 2010.

[KHAIRANI]
Sejajar dengan tema, 1Malaysia Menjana tranformasi maka
wajarlah kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana telah
mengurniakan kepada kita suasana keamanan, keharmonian
dan kesejahteraan hidup di sebuah negara yang bebas,
merdeka dan berdaulat bernama MALAYSIA.

[LOKMAN]
Lokman setuju tu Khairani. Kita harus berasa bangga dah
bersyukur kerana negara kita, MALAYSIA masih tetap utuh
mengekalkan kedaulatannya, seterusnya membolehkan kita
merasa infrasruktur yang canggih dan kemudahan awam yang
baik berbanding negara Asia yang lain.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

[KHAIRANI]
Barisan para guru, para guru jurulatih, staff, atlet pelajar dan
semua warga Sekolah Sukan Bandar Penawar yang dikasihi
sekalian,

[KHAIRANI]
Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
Malaysia telah dibelenggu oleh situasi penjajahan bangsa
asing semenjak kejatuhan Melaka kepada Portugis pada tahun
1511. Selepas itu penjajahan ke atas Tanah Melayu berterusan
dan silih berganti di antara Inggeris, Belanda dan Jepun.

[LOKMAN]
Betul tu Khairani, bercakap tentang perihal sejarah Malaysia,
siapa lagi lebih layak untuk berkongsinya daripada pakar
sejarah SSBP. Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan
Encik Zainuddin bin Kasman, Ketua Bidang Sains Sosial,
Sekolah Sukan Bandar Penawar untuk menyampaikan satu
ceramah bertajuk Erti Kemerdekaan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
[LOKMAN]
Terima kasih Encik Zainuddin bin Kasman.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXxxx

[KHAIRANI]
Hadirin sekalian,
Sambutan Hari Kemerdekaan tidak akan lengkap tanpa
perutusan.
Majlis seterusnya mempersilakan Encik Khairuddin bin Saisi,
Guru Penolong Kanan Sukan untuk menyampaikan bacaan
Perutusan Hari Kemerdekaan.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Terima kasih En. Khairuddin bin Saisi atas bacaan perutusan
itu tadi.

[LOKMAN]
Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan Tayangan Khas Mengenang Jasa
Perajurit.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

[KHAIRANI]
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebentar lagi, kita akan mengira detik 12 malam. Sejurus
selepas itu, kita akan bersama-sama menyanyikan lagu
Tanggal 31 dan lagu Negaraku. Diharap semua hadirin dapat
menyanyikannya dengan penuh semangat dan kesungguhan.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

[LOKMAN]
Hadirian sekalian, dengan berakhirnya nyanyian tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada malam ini.

[KHAIRANI]
Betul tu Lokman, semoga dalam kita bergembira menyambut
bulan Syawal yang bakal menjelma, kita akan turut
menghayati susah payah nenek moyang kita berjuang untuk
mencapai kemerdekaan. Tanpa mereka, mungkin kita masih
lagi dijajah dan dirantai walaupun di negara sendiri.

[KHAIRANI DAN LOKMAN]


Akhir kata,
SELAMAT ULANGTAHUN KE 53 MALAYSIA!

Anda mungkin juga menyukai