Anda di halaman 1dari 10

Nik Jazwiri Bin Johannis, 860924235783

PERMOHONAN PHD, PENDIDIKAN SAINS SUKAN

NAMA : NIK JAZWIRI BIN JOHANNIS

NOMBOR KAD PENGENALAN : 860924235783

TAJUK CADANGAN PENYELIDIKAN :

KAJIAN RETROSPEKTIF INSIDEN DAN KEMALANGAN DALAM AKTIVITI


PENDIDIKAN LUAR DI MALAYSIA

KERTAS CADANGAN INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI SYARAT PERMOHONAN BAGI


PENGAJIAN PHD DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS BAGI AMBILAN
SEPTEMBER 2018.
Nik Jazwiri Bin Johannis, 860924235783
PERMOHONAN PHD, PENDIDIKAN SAINS SUKAN

1. Pengenalan

Pendidikan luar adalah aktiviti yang dilaksanakan di persekitaran alam semulajadi


dalam kalangan pelajar .Ia menerapkan konsep lasak (adventure) yang penuh dengan
cabaran. Antaranya adalah aktiviti berkhemah, ikhtiar hidup, mendaki gunung,
berkayak, orienteering dan memanjat tembok batu. Ini kerana aktiviti ini melibatkan
ketahanan fizikal, mental dan emosi pendaki semasa mendaki.

Aktiviti pendidikan luar adalah aktiviti yang amat positif. Ia dilihat mampu menjadi
satu medium yang berfaedah dan memberi kesan yang baik terhadap para pelajar
sekolah mahupun penuntut institut pengajian tinggi. Faedah yang dimaksudkan adalah
antaranya dapat meningkatkan potensi diri dari aspek pengekalan kecergasan fizikal,
latihan ketahanan mental (mental toughness), keyakinan diri (self confidence) dan
kepuasan diri (Syadiq, 2012) selain dapat meningkatkan keberanian diri dalam
menghadapi situasi yang luar dari zon selesa.

Hal yang demikian mendorong kepada kewujudan kursus pendidikan luar yang
dilaksanakan mengikut takwim dan perlu diikuti oleh para pelajar yang terlibat. Misalnya
program di peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi mahupun di kalangan orang
awam. Aktiviti pendidikan luar perlu dilaksanakan dan menjadi salah satu kriteria yang
wajib bagi melayakkan para pelajar menerima ijazah khususnya mereka yang
mengambil bidang Pendidikan Sains Sukan atau Pendidikan Jasmani. Ini
menggalakkan lagi kelestarian aktiviti pendidikan luar di Malaysia.

Perkembangan aktiviti pendidikan luar di Malaysia juga begitu positif kerana


faktor geografi negara yang mempunyai banjaran dan gunung dalam lanskap hutan
hujan tropika serta hamparan pantai yang sesuai. Iklim khatulistiwa dengan cuaca
panas sepanjang tahun dengan hujan berterusan dan lebih pada akhir tahun. Suhu
adalah dalam lingkungan 21 hingga 32 c̊ (Jabatan Meteorologi Malaysia,2012).
Keadaan inimembolehkan aktiviti pendidikan boleh dilaksanakan sepanjang tahun. Ini
kerana para pelajar atau peserta program tidak terdedah kepada keadaan cuaca yang
ekstrem. Contohnya kemarau panjang, beberapa siri ribut taufan atau musim salji.
Nik Jazwiri Bin Johannis, 860924235783
PERMOHONAN PHD, PENDIDIKAN SAINS SUKAN

Selain itu, banyak pihak swasta yang menganjur aktiviti pendidikan luar kerana
ingin menawarkan program lasak berkonsepkan pendidikan luar khas untuk awam
mahupun syarikat – syarikat korporat yang ingin menghantar para pekerja mereka bagi
mengikuti program Team Building melalui pendidikan luar contohnya di Outward Bound
School (OBS), Tanah Aina, pusat – pusat latihan persendirian dan sebagainya. Ini
kerana nilai pembelajaran melalui konsep pendidikan luar dapat member impak dalam
jati diri mereka seterusnya meningkatkan tahap produktivi pekerjaan dalam bidang
masing- masing.

Peluang cuti yang banyak dalam kalendar di negara ini juga mempengaruhi
aktiviti pendidikan luar ini dijalankan.Contohnya cuti umum seperti hari perayaan kaum
utama di negara ini. Sudah pasti, para pendaki tidak akan melepaskan peluang ini
untuk mengikuti program – program pendidikan luar.

Akses yang mudah ke kawasan aktiviti di negara ini turut membantu


meningkatkan perkembangan sihat aktiviti pendidikan luar .Contohnya kemudahan dari
segi jalanraya, kemudahan pengangkutan awam yang menghubungkan peserta ke
kawasan yang menjadi lokasi aktiviti . Seterusnya aktiviti menjadi lebih terancang dan
cepat berbanding dahulu.

Walaupun aktiviti pendidikan luar telah menjadi sambutan ramai dan


memberikan faedah kepada pelajar dan masyarakat. Namun, aktiviti ini tidak dapat lari
daripada risiko. Ini kerana aktiviti ini mendedahkan pendaki terhadap pelbagai cabaran
di alam semulajadi.Antara cabaran tersebut ialah kesediaan mental dan fizikal pendaki,
perubahan cuaca yang mendadak serta keadaan persekitaran yang sukar dijangka.

Jika tidak ditangani dengan baik, faktor ini boleh mendorong terhadap
berlakunya insiden yang memberi kesan buruk terhadap peserta. Antara kemalangan
yang kerap berlaku dalam senario pendidikan luar di Malaysia ialah dipanah petir dan
dihempap dahan. Tidak kurang pula dengan kejadian orang hilang atau pendaki yang
sesat. Jika tidak dikawal ia akan menjejaskan fizikal dan emosi pendaki.(Ramli, 2003).

Selain itu, kemalangan ketika aktiviti pendidikan luar dijalankan mengakibatkan


pengeluaran kos yang tinggi kepada pendaki dan pihak yang terbabit. Seperti kos
Nik Jazwiri Bin Johannis, 860924235783
PERMOHONAN PHD, PENDIDIKAN SAINS SUKAN

rawatan dan rehabilitasi peserta itu sendiri. Manakala pihak insuran terpaksa membayar
pampasan kepada keluarga sekiranya melibatkan kematian. Pihak berkuasa tempatan
juga perlu mengeluarkan kos dalam operasi mencari dan menyelamat sekiranya
berlaku insiden contohnya ketika mendaki gunung. Antaranya ialah kos logistik, elaun
khas penyelamat dan bantuan peralatan (Davidson,2004). Hal ini secara tidak langsung
akan memberikan impak negatif dalam kalangan masyarakat tentang kerelevanan
aktiviti mendaki di Malaysia.

2. Pernyataan Masalah

Dewasa ini aktiviti pendidikan luar dan rekreasi luar semakin mendapat sambutan yang
meluas dalam kalangan rakyat Malaysia. Faktor ini didorong oleh pengukuhan ekonomi
negara, jangkamasa cuti yang panjang dan kecenderungan masyarakat untuk bersantai
di alam semulajadi.

Data Perbadanan Taman Negara Johor (2012) mendapati bahawa pengunjung


ke Gunung Ledang adalah seramai 60 000 ribu orang setahun dalam tahun 2011.
Bilangan pengunjung ini dijangka akan meningkat ke 100 000 pada masa akan datang
didorong dengan adanya kemudahan laluan berturap yang menghubungkan Taman
Negara Johor (Gunung Ledang) ini dengan laluan utama. Statistik ini mengukuhkan
bahawa aktiviti mendaki gunung yang juga menjadi salah satu elemen dalam aktiviti
pendidikan luar semakin menjadi pilihan ramai.

Walaubagaimanapun, aktiviti pendidikan luar terdedah dengan pelbagai risiko.


Antaranya ialah kecederaan fizikal dan emosi, melibatkan kos kewangan yang tinggi
(bagi operasi membantu dan menyelamat) dan juga kehilangan nyawa. Saban tahun
pasti ada insiden kemalangan yang telah direkodkan dalam aktiviti mendaki gunung di
Malaysia.Contohnya di Gunung Nuang sehingga tahun 2002 sahaja, sebanyak 9 kes
sesat telah dilaporkan dan kebanyakannya adalah dalam kumpulan umur pelajar.
(Utusan Malaysia, 2002 ).
Nik Jazwiri Bin Johannis, 860924235783
PERMOHONAN PHD, PENDIDIKAN SAINS SUKAN

Senario ini diburukkan lagi dengan tiadanya kajian bagi mengkaji punca
kemalangan dan seterusnya mencadangkan langkah - langkah pencegahannya.
Akibatnya insiden kemalangan yang hampir serupa terus berlaku berulang - ulang kali.

Jika tidak diatasi dengan segera, isu ini akan mendatangkan kesan yang buruk
terhadap aktiviti pendidikan luar di Malaysia. Malahan ia akan turut merencatkan
pembangunan ekonomi yang dijana oleh industri rekreasi luar (Syahril, 2012).

Sehubungan itu, suatu langkah proaktif perlu diambil bagi mengatasi isu ini.
Suatu kajian harus dilaksanakan bagi mengenalpasti, mendokumentasi, mencadang
dan membina model pencegahan insiden kemalangan dalam aktiviti pendidikan luar di
Malaysia.

3. Sorotan Literatur

Apakah yang dimaksudkan dengan insiden? Secara umumnya insiden adalah


sesuatu keadaan yang mendorong kepada berlakunya kemalangan jika terlepas
pandang dan dijangka untuk berlaku (Curtis,1995). Pendapat ini disokong dan
dijelaskan oleh Brookes (2011), yang menyatakan bahawa insiden dapat dibahagikan
kepada tiga iaitu immediate cause , the immediate circumstances surrounding the death
dan the wider circumstances seperti dalam rajah satu.

Dalam pada itu, ada juga pendapat lain yang menjelaskan insiden boleh difahami
dalam tiga keadaan yang berbeza mengikut peringkat iaitu keadaan pertama adalah
insiden pada peringkat kritikal yang menyebabkan kematian, keadaan kedua pula
adalah insiden pada peringkat semi-kritikal yang menyebabkan kecederaan manakala
peringkat ketiga adalah insiden non-kritikal yang tidak menyebabkan kecederaan (near
misses). Walau apa jua keadaan mengikut peringkat, insiden tetap insiden dan
sebarang pengecualian terhadapnya adalah tidak diterima (Brookes, 2003).

Oleh sebab insiden adalah elemen utama yang perlu dicegah bagi mengelak
berlaku sebarang kemalangan ketika aktiviti pendidikan luar atau rekreasi, telah banyak
kajian yang dilaksanakan oleh para pengkaji luar tentang punca insiden.
Nik Jazwiri Bin Johannis, 860924235783
PERMOHONAN PHD, PENDIDIKAN SAINS SUKAN

Kebanyakannya memberi penekanan kepada faktor manusia dan persekitaran yang


mempengaruhi berlakunya insiden. Maka lahirlah pelbagai model yang berkaitan
dengan penyebab dan akibat ( Model of Causation ) oleh para pengkaji, ( e.g Hollnagel,
2004; Leveson, 2004; O’Hare, 2000; Perrow, 1999; Rasmussen, 1990; Reason, 1990).
Selain itu, Haddock (1999) juga telah melakukan kajian berkaitan Loss Causation Model
dengan menggunakan Albrighton’s (1993) Risk Assessment Model sebagai alat ukur
risiko dalam aktiviti rekreasi luar (dalam Salmon et.al, muka surat 17 hingga 19, 2009).
Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Davidson (2007) berkaitan dengan root
cause model of led outdoor activity accident and incident causation, dan the associated
error taxonomy for led outdoor activity accidents and incidents.

Kajian-kajian yang dinyatakan ini adalah tentang insiden yang berlaku semasa
aktiviti pendidikan dan rekreasi luar. Model yang berkaitan dengan kajian ini adalah
seperti model yang menceritakan sebab-sebab berlaku insiden semasa aktiviti rekreasi
luar . Justeru, pengkaji dapat menghubungkan (Accident Causation Model) berdasarkan
pembacaan daripada kajian-kajian tersebut sebagai panduan dalam mengkategori
punca dan jenis kemalangan dalam aktiviti mendaki gunung. Bahagian berikut akan
menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan model tersebut.

Model yang menjurus kepada penyebab insiden dan kemalangan dalam aktiviti rekreasi
luar ini telah dibangunkan untuk membantu para pengkaji, jurulatih pendidikan luar dan
guru memikirkan risiko kemalangan dalam aktiviti anjuran mereka. Seterusnya insiden
semasa menjalankan aktiviti rekreasi luar mampu diminimumkan dengan mengetahui
faktor-faktor penyebabnya. Antaranya adalah Model Potensi Kemalangan oleh
Brackenreg (1999).

Model ini melihat kepada potensi berlakunya kemalangan yang didorong oleh
interaksi antara persekitaran dan manusia yang terlibat. Namun, Brackenreg (1999)
menolak bahawa pertimbangan daripada bahaya yang disebabkan oleh dua faktor ini
membolehkan potensi sesuatu kemalangan boleh dijangkakan. Dengan ini dinyatakan
secara terperinci bagaimana jangkaan sesuatu kemalangan boleh berlaku masih kekal
tidak jelas dan tidak dapat ditentukan. Namun demikian model ini releven untuk
digunakan kerana mudah difahami dan berkait rapat dengan kajian ini.
Nik Jazwiri Bin Johannis, 860924235783
PERMOHONAN PHD, PENDIDIKAN SAINS SUKAN

4. Objektif

Perlaksanaan kajian ini diharapkan dapat :

1. Mendokumentasi insiden kemalangan dalam aktiviti pendidikan luar di Malaysia


sepanjang 20 tahun lepas.
2. Membina pangkalan data insiden kemalangan tersebut berdasarkan demografi
mangsa dan lokasi. Contohnya jantina, umur, kewarganegaraan, jenis dan lokasi
aktiviti.
3. Menyelidik dan mengenalpasti tentang punca - punca kemalangan tersebut.
4. Membina sebuah model pencegahan kemalangan dalam aktiviti pendidikan luar
di Malaysia.
5. Seterusnya menyiapkan sebuah modul pencegahan kemalangan dalam aktiviti
pendidikan luar di Malaysia.

5. Kepentingan Kajian

Kajian ini amat penting untuk dilaksanakan kerana :

1. Sehingga kini tiada kajian dilaksanakan untuk menyelidik, mendokumentasi dan


membina model pencegahan insiden dan kemalangan dalam aktiviti pendidikan
luar di Malaysia.
2. Mengenalpasti pola kemalangan dalam aktiviti pendidikan luar yang telah berlaku
sepanjang 20 tahun lepas.
3. Mencadangkan langkah pencegahan agar dapat mengurangkan risiko
kemalangan daripada terus berlaku.
4. Membina sebuah model pencegahan kemalangan dalam aktiviti pendidikan luar
dan dapat diaplikasikan oleh pihak - pihak yang terlibat terutamannya pihak
kementerian yang terlibat
5. Membantu pembangunan industri pelancongan berasaskan rekreasi luar yang
sifar kemalangan.
Nik Jazwiri Bin Johannis, 860924235783
PERMOHONAN PHD, PENDIDIKAN SAINS SUKAN

6. Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif yang dinyatakan pengkaji dapat mengembangkannya kepada


beberapa persoalan yang akan mendorong kepada perlaksanaan kajian ini iaitu :

1. Apakah jenis insiden dan kemalangan yang dilaporkan semasa aktiviti


pendidikan luar.
i. cedera ringan
ii. cedera parah
iii. maut
iv. lain - lain
2. Apakah faktor penyebab utama insiden dan kemalangan semasa aktiviti
pendidikan luar.
3. Apakah demografi mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.
i. Kewarganegaraan
ii. Bangsa
iii. Jantina
iv. Tahap umur
v. Pengalaman
4. Apakah ciri - ciri lokasi insiden dan kemalangan.
5. Apakah langkah-langkah pencegahan insiden yang boleh diaplikasikan untuk
mengurangkan risiko kemalangan ketika mendaki gunung.

7. Metodologi

Bagi menjawab persoalan kajian, pendekatan mix method dengan kaedah kajian
retrospektif akan digunapakai .Sebuah kajian dokumen yang melibatkan insiden yang
telah berlaku dalam aktiviti pendidikan luar di Malaysia sepanjang 20 tahun. Ia
merangkumi tempoh dari tahun 1998 hingga 2018.
Nik Jazwiri Bin Johannis, 860924235783
PERMOHONAN PHD, PENDIDIKAN SAINS SUKAN

Data akan dikumpulkan melalui laporan akhbar tempatan dan arkib berita atas
talian selain laporan dari agensi – agensi penyelamat yang terlibat dan rekod pihak
penganjur aktiviti. Seterusnya data akan dianalisis menggunakan teknik analisis
dokumen dan dipersembahkan dalam bentuk paparan jadual bagi menjawab persoalan
kajian.

8. Limitasi Kajian

Data kajian ini terbatas hanya kepada laporan insiden dan kemalangan dalam aktiviti
pendidikan luar yang diperolehi sepanjang tempoh 20 tahun lepas daripada arkib
akhbar secara cetakan ataupun atas talian.Contohnya Utusan Malayia On-line, Berita
Hatian, News Strait Times dan The Star, rekod Jabatan Bomba dan Penyelamat,
Angkatan Pertahanan Awam dan Polis. Sebarang kemalangan yang berlaku tanpa
rekod tidak dimasukkan sebagai dapatan kajian ini .Dapatan kajian adalah berpandukan
kepada kejadian yang telah dilaporkan dan direkod dalam pangkalan data atas talian
tersebut.

Langkah ini terpaksa diaplikasikan dalam kajian ini kerana fail rekod kemalangan
adalah dokumen sulit yang tidak boleh didedahkan kepada pihak awam. Sehubungan
itu, kaedah analisis dokumen melalui akhbar adalah kaedah terbaik bagi mencapai
matlamat kajian ini.Kaedah seperti ini telah pun digunakan oleh pengkaji luar seperti
Brookes (2003) hingga dokumentasi terbaru beliau (2011) tentang kes kematian yang
melibatkan aktiviti pendidikan luar di Australia. Kebanyakan fakta kes diambil terus dari
laporan berita yang sah. Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan bahawa,
kaedah pengumpulan data ini adalah sesuai untuk digunapakai bagi mencapai objektif
kajian ini.
Nik Jazwiri Bin Johannis, 860924235783
PERMOHONAN PHD, PENDIDIKAN SAINS SUKAN

9. Bibliografi ringkas

Abdul Halim Hadi. (2008, Mac 29).Sesat - Mimpingeri di hutan.Utusan


Malaysia.Diambildarihttp://www.utusan.com.my

Abegg, S. (2011). Mountaineering accident statistics in


US.Diambildariwww.stephabegg.com/home/projects/accidentstats

Ahmed Syahril Zulkeply. (2012, Januari 11). Rekreasi jana pendapatan. Utusan
Malaysia, Mega Fokus, p. 1, 2.

Berita Harian. (1993, Oktober 20).Pendaki Kinabalu dilindungi insurans. BeritaHarian.

Berita Harian. (2012, Jun 11). Jurupandu maut ditimpa dahan – Mangsa pakar selok-
belok Gunung Tapis .BeritaHarian, BeritaNasional, 5.

Boyd, J., Haegeli, P., Abu-Laban, Riyad B., Shuster, M., Butt, &John, C. (2009).
Patterns of death among avalanche fatalities: a 21 year review. Canadian
Medical Association Journal, 180(5), 507-519.

Brackenreg, M. (1999).Learning from our mistakes – before it’s too late.Australian


Journal of Outdoor Education, 3(2), 27-33.

Brookes, A. (2003). Outdoor education fatalities in Australia 1960-2002.Part 1.


Summary of incidents and introduction of fatality analysis.Australian Journal of
OutdoorEducation, 7(2), 34-42.

Brookes, A. (2003). Outdoor education fatalities in Australia 1960-2002.Part


2.Contributing circumstances: supervision, first aid, and rescue.Australian
Journal of OutdoorEducation, 7(2), 34-42.

Brookes, A. (2004). Outdoor education fatalities in Australia 1960-2002.Part


3.Environmental circumstances.Australian Journal of Outdoor Education, 8(1),
44-56.

Brookes, A. (2006). Outdoor activity safety guidelines and unfamiliar environments: A


hidden curriculum?.Canadian Journal of Environmental Educations, 11(3), 195-
206

Brookes, A. (2007). Research update: Outdoor education fatalities in Australia.


Australian Journal of Outdoor Education, 11(1), 3-9.

Brookes, A. (2011). Research update 2010: Outdoor education fatalities in Australia.


Australian Journal of Outdoor Education, 15(1), 35-55.

Anda mungkin juga menyukai