Anda di halaman 1dari 3

BAB 6: PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

Pengenalan
Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah menamakan bakal penggantinya sebelum baginda
wafat. Selepas baginda wafat, muncullah golongan yang mengambil kesempatan dengan
- Mengaku diri sebagai nabi
- Enggan membayar zakat
- Murtad

Kerajaan Khulafa al-Rasyidin (Zaman Pemerintahan Khalifah)


- Nabi Muhammad s.a.w. membentuk sebuah pemerintahan Islam dan
menyatupadukan golongan Islam dan bukan Islam selepas berhijrah ke Madinah
pada tahun 622M.
- Perlembagaan Madinah yang diggubal pada tahun 622M. menyerlahkan peranan
sebagai pemimpin sehingga Madinah menjadi pusat pemerintahan dan bukan
sebagai pusat perdagangan semata-mata.
- Selepas baginda wafat, sistem pemerintahan kerajaan Islam telah diteruskan melalui
sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah.

NAMA KHALIFAH KETURUNAN MASA PEMERINTAHAN


Khalifah Abu Bakar al-Siddiq Bani Tamim 632-634M. (3)
Khalifah Umar bin al-Khattab Bani Adi 634-644M. (11)
Khalifah Uthman bin Attab Bani Umaiyah 644-656M. (13)
Khalifah Ali bin Abu Talib Bani Hasyim 656.661M. (6)

01 Konsep Khalifah

KONTEKS PERANAN/ MAKSUD


Bahasa Arab pengganti (khulafa)
Konteks konsep khalifah pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan
dan pentadbiran kerajaan Islam selepas kewafatan Nabi
Muhammad s.a.w.
Konteks agama Tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam dan
mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.

02 Syarat Pemilihan Khalifah


i. Lelaki yang merdeka, beragama Islam
ii. Memiliki pengetahuan tentang ajaran Islam
iii. Mematuhi perintah Allah
iv. Sanggup melaksanakan hukum Allah
v. Bersifat adil
vi. Mempunyai akhlak yang baik
vii. Mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna
viii. Berfikiran cerdas dan warak
(taat patuh kepada hukum Allah dan menjauhi segala larangan)
ix. Pandai mentadbir kerajaan
03 Cara Pemilihan Khalifah

CARA CONTOH
Musyawarah dan Syura - Di Saqifah, golongan Ansar dari Bani Saadah
(permesyuaratan atau perundingan ) hampir melantik khalifah daripada kalangan
mereka.

- Namun, Saidina Umar mencadangkan Saidina


Abu Bakar sebagai khalifah dan mendapat
persetujuan ramai.

- Akhirnya, Saidina Abu Bakar menjadi


Khalifah.
Cadangan satu nama sahaja - Saidina Abu Bakar mencadangkan Saidina
daripada khalifah terdahulu Umar sebelum baginda wafat.
sebelum wafat

Pemilihan daripada beberapa - 6 nama diusulkan dan SaidinA Uthman bin


orang calon Affan terpilih.

Pencalonan oleh sekelompok - Saidina Ali bin Abu Talib telha terpilih.
masyarakat

- Keempat-empat kaedah ini akhirnya akan melalui proses musyawarah atau syura
(pemuafakatan dan konsensus) dalam kalangan umat Islam.
- Semasa pelantikan khalifah, khalifah yang terpilih akan mengangkat sumpah atau
melafaaz taat setia atau baiah (perakuan sumpah taat setia yang disertai dengan nama
Allah sebagai sokongan)
- Proses ini dapat menjamin pelantikan bakal pentadbiran yang tepat, berkelayakan
dan berhemah tinggi.

04 Tugas Khalifah

Umum 1. Memelihara kedudukan agama Islam


2. Mentadbir negara mengikut hukum syaraih yang
berpandukan al-Quran dan sunah
3. Menitikberatkan sistem politik, sosial, ekonomi.
Politik 4. Memastikan kelicinan pentadbiran negara
5. Mempertahankan negara Islam daripada ancaman
musuh
6. Melantik, melucutkan jawatan pegawai pentadbiran
negara
Sosial 7. Menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang
disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w.
8. Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep
musyuawarah atau syura
9. Memantapkan sistem perundangan Islam
Ekonomi 10. Menguruskan hal ehwal kewangan dan
perbendeharaan negara serta baitulmal.
11. Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.
Kharaj : Cukai hasil tanah yang dikenakan kepada bukan muslim.
Jizyah : Cukai yang dikenakan terhadap individu yang berlindung di negara Islam.
Zakat : Pengeluaran sebahagian harta dan tanaman orang Islam.

Anda mungkin juga menyukai