Anda di halaman 1dari 9

 PUNCA-PUNCA

HIBURAN HIBURAN
MELAMPAU

DIKALANGAN  LANGKAH-
LANGKAH

REMAJA MENGATASI
KERUNTUHAN
AKHLAK
 GARIS
NAMA AHLI: KUMPULAN: PANDUAN
NOOR SYAQILA BINTI ANUAR (06DKA17F1081)  CONTOH
NUR’AFIFAH BINTI FADLULLAH (06DKA17F1084)
GEJALA YANG
BERLAKU
NUREEL’ALIYA BINTI AMARUDDIN (06DKA17F1092)

NURSHAHIRA BINTI KAMARUDZAMAN (06DKA17F1096)

FATIN HANISAH BINTI CHUHARI (06DKA17F1103)


PENGENALAN

Hiburan adalah perbuatan, aktiviti atau sebagainya bertujuan untuk menghiburkan,


menyenangkan, dan mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum untuk hiburan.
Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khususnya, hiburan telah berkembang luas dan telah
mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapa melihat perkembangannya
dalam media massa tidak kira media cetak atau media elektronik. Pekara inilah mendatangkan
kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia.
Era globalisasi kini mampu melahirkan remaja yang berakhlak dan bermoral bagi mencerminkan
masa hadapan Negara yang maju dan harmoni.Namun di zaman yang semakin maju dan canggih ini,
Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah
kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju, seperti di Malaysia, perubahan-perubahan
yang besar ini telah memberi banyak impak positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian,
pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat
negara terutama remaja di mana mereka inilah yang akan memacu pembangunan negara pada masa akan
datang.
Dalam sahih Al-Bukhari, Al-Rubaiyi’ binti Mu’awwiz menceritakan bahawa Rasulullah SAW datang ke majlis
perkahwinannya dan mendengar beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu kesedihan
mengenang bapa mereka yang terbunuh semasa Peperangan Badar sehingga salah seorang daripada
mereka berkata:
“Di sisi kami ada nabi yang mengetahui ара yang akan berlaku pada hari esok.” Baginda bersabda: Jangan
engkau kata begitu, katakanlah apa yang engkau katakan sebelum itu”
Dalam hadis tersebut baginda tidak melarang hiburan pada hari keramaian seperti perkahwinan.
Cuma baginda melarang ungkapan atau lirik yang salah dan bertentangan dengan asas agama, yang
mengetahui ара yang akan berlaku esok hari hanyalah Allah. Маkа baginda membetulkannya. Baginda
bertindak bagaikan lembaga penapisan dan penilaian seni atau hiburan, agar tidak menyanggahi batasan
agama yang murni ini. Islam tidak jumud sehingga menjadikan hidup ini kaku dan tidak ada langsung
hiburan dan keseronokan dengan kadar yang tidak melampaui batas sehingga boleh menghilangkan
matlamat hidup yang sebenar. Hiburan yang melampau telah disepakati akan keharamannya dan
larangan untuk umat Islam menyertainya. Kerana perbuatan ini tidak mendatangkan manfaat, bahkan
sia-sia dan membawa keburukan. Bukankah Islam menggalakkan umatnya menjauhkan diri dari perkara
sia-sia dan perkara yang mendatangkan kecelakaan?
Apakah hiburan melampau? la adalah sesuatu perkara yang mengembirakan dan menyenangkan
tetapi dilakukan secara berlebihan dan luar dari batasan syariat Islam yang telah ditentukan oleh Allah
SWT. Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya dari pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan
dan mencari jalan untuk mengembirakan diri dengan hiburan. la juga sebagai agenda Yahudi dan Nasrani
untuk merosakkan akhlak umat Islam dan ара yang lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah
umat Islam . Melihat kepada perkembangan masyarakat pada hari ini, secara terang-terangan telah
membawa keruntuhan dan akhlak umat Islam, juga mendorong kepada masalah sosial. Dapat kita
buktikan dengan isu-isu yang berlaku baru-baru ini seperti kes pembuangan dan pembunuhan anak kecil
уаng tak berdosa sudah tentu berpunca dari perbuatan zina, kes berkaitan Menyalah gunaan dadah dan
meminum arak dan sebagainya. Semua ini ber punca dari hiburan yang tidak terkawal yang mendorong
kepada zina dan dosa-dosa besar, walaupun sebahagian orang melihatnya kecil.
Selain itu, ramai dalam kalangan masyarakat hari ini menganggap menonton rancangan reatiti di
kaca tv, sebagai perkara biasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu kesannya terhadap akhlak dan moral.
Antara keburukan lain adalah adanya unsur-unsur khurafat, bidaah dan syirik dalam sesetengah hiburan,
juga percampuran antara lelaki dan perempuan, pendedahan aurat dan sebagainya dalam nyanyian atau
lakonan dalam filem atau drama.
PUNCA-PUNCA HIBURAN MELAMPAU

Hedonisme ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau
kesenangan hidup. Sedar atau pun tidak, secara sengaja atau pun kebetulan, budaya hedonisme ini telah
mula menular masuk sekian lama dalam kehidupan masyarakat Islam di Malaysia terutamanya dikalangan
muda mudi.
Golongan Hedonisme mengambil kira bagaimana tindakannya boleh memberi kesan terhadap
keseronokan dan kegembiraan dalam kehidupan sama ada
pada masa kini atau akan datang. Oleh itu, tugas mereka
yang utama adalah meningkatkan kadar pengalaman yang
menyeronokkan dan mengurangkan kadar ketidakselesaan
seperti kesakitan, kesedihan dan kekecewaan.
Salah satu faktor penting yang menyumbang
kepada berlakunya fenomena ini ialah realiti media massa
samada media cetak atau media elektronik yang
memberikan peruntukan yang sangat banyak kepada aspek
hiburan. Selain itu, hedonisme terhasil akibat daripada
keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja
boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.
Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan
trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi
kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri
sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan,
sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KERUNTUHAN
AKHLAK

Strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Beberapa saranan atau
cara-cara mengatasi keruntuhan akhlak remaja di antaranya ialah seperti berikut:
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-
anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak
mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak-
anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka yang mempunyai kedudukan moral yang baik. Selain
itu, ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak dengan
memberika keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.
Selain itu, tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, tanamkan nilai-nilai murni, motivasi,
melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntibiliti, menepati janji, berketerampilan, menunjukan
peribadi yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak . ibu bapa
hendaklah menjadi role model kepada anak-anak.
Pendidikan keibubapaan perlu diperkembangkan dengan cara yang lebih berkesan sehingga
keupayaan pendidikan anak-anak dalam institusi keluarga dapat diperkemaskan. Amalan keibubapaan
Islam hendaklah dipraktikkan melalui bimbingan langsung dari masjid. Remaja yang bermasalah di qariah
boleh dijadikan sasaran yang terawal untuk membina modal nyata untuk dikembangkan dalam
masyarakat.
Selain itu, mengadakan aktiviti yang dapat membentuk akhlak remaja seperti aktiviti
kemasyarakatan dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, para remaja dapat memantapkan akhlak
mereka di samping dapat melakukan sesuatu yang berfaedah dan tidak membunag masa. Bak kata
pepatah “sambil menyelam, minum air”.
Seterusnya, mewujudkan system perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di
peringkat sekolah telah menimbulkan rasa takut dikalangan pelajarr sekolah, disamping mengurangkan
bebanan dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawalan disiplin. Meningkatkan
semula pengawalan disiplin dari peringkat awalan oleh semua pihak dalam sekolah seperti yang
dahulunya pernah ditegaskan dalam system pembentukkan disiplin pelajar. Kawalan diperingkat awal
mesti dilaksanakan. Semua pihak hendaklah ‘turun padang’ dengan ertikata sebenar untuk mengatasi
masalah disiplin remaja pada masa kini.
Di samping itu juga, pihak kerajaan seperti Kementerian Penerangan hendaklah memainkan
peranan dengan memastikan sertiap rancangan yang disiarkan sesuai untuk tontonan umum dan tiada
unsur-unsur keganasan atau seks. Selain itu, rancangan-rancangan yang dapat membentuk jati diri dan
kerohanian juga hendaklah diperbanyakkan untuk membentuk jati diri dan membaiki akhlak remaja.
Akhir sekali, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis, yang mana
bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan
pelajar yang bermasalah. Dimana kes pelajar tersebut akan dirujuk kepada pihak polis sebagai
penyelesaian yang terakhir.
Garis Panduan Mengadakan Acara Konsert/Persembahan
Dalam Hiburan Dalam Islam
1) Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah
bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, mmburuk-burukkan Rasulullah
SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala jugatiada unsur
memuja atau taksub kepada wanita. Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui
kebenaran hari kiamat dengan firmannya:
“sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya –
supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada
mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana
dengan itu engkau akan binasa (16).
(Taaha : 15-16)
2) Sesuatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak
Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah,
menuntut ilmu dan sebagainya,
“Tidaklah ada diantara orang muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya,
kekhusyukannya, dan ruku’nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia
tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya.
(HR Muslim)
3) Tidak ada muzik / nyayian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan
lagho seperti membawa kepada ransangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau,
luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan
remaja kepada melakukan maksiat dan dosa. Oleh itu nyayian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan
firman Allah seperti berikut:
“Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya, (Al Qasas
: 55)
“Sesungguhnya Alllah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil
didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan zina hati adalah
mengingini dan faraj (kemaluan) memebenarkan atau mendustakannya”
(HR Bukhari dan Muslim)
4) Hendaklah hiburan yang tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti
budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan
bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.
5) Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak
melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara
lucah yang menyebabkan fitnah dan ransangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton.
Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi
haram. Allah berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat:
“Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi ‘auratmu
dan pakaian indah untuk perhiasan. (Al A’raf : 26)
Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka:
Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang,
pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.
(HR Muslim)
Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu
ialah orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi ( penari-penari), alat-alat yang melalaikan
(muzik)..(HR Tamidzi)
6) Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa
sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-
menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan
seumpamanya.
“Sekirannya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari
menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (adab pergaulan dalam islam,dr rokiah) (HR
Baihaqi)
7) Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki dan wanita manakala
jika persembahan itu tertutup dan semua berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan
penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adlah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari
suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT:
Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut dan manja ( semasa bercakap dengan
lelaki asing) kerana yang demikianboleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya
(menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan
sopan). (Al Ahzab : 32)
Dan Rasulullah SAW juga Bersabda:
Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan
meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka
dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam
perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.
(HR Ibnu Majah)
Contoh-Contoh Gejala Sosial Dalam Komuniti
Terdapat pelbagai contoh gejala sosial yang berlaku di dalam Malaysia, tidak kira berlaku di kawasan
luar Bandar ataupun di kawasan Bandar. Gejala ini merebak dan menyerap tiap pelosok tempat tanpa
mengira umur, bangsa dan agama.

Penyalahgunaan dadah- penggunaan dadah dengan tujuan yang salah terutama jika penggunaannya
menjejaskan sistem urat saraf.

Gangster- melibatkan kecederaan


yang serius dan boleh mengakibatkan
kematian, kerosakan harta benda awam dan sebagainya.
Melepak- satu aktiviti membuang masa secara mundar-mandir dan bersiar-siar tanpa
sebarang arah tuju.

Khalwat/bohsia/pelacuran- berdua-duaan di tempat terpencil atau tersembunyi antara


lelaki dan perempuan yang bukan mahram dan bukan pula suami isteri yang boleh
dianggap sebagai satu perbuatan yang sumbang.
kesimpulan

Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah
kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab
Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk
industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk
menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang
beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.
Dari penelitian yang dilakukan, kebanyakan gejala sosial dalam komuniti mula berlaku di
peringkat usia remaja dan juga semasa anak-anak di bangku persekolahan. Masalah ini perlu dilihat dalam
konteks mata rantai. Di mana ia tidak akan terjadi sekiranya golongan dewasa tidak memulakannya.
Perlakuan orang dewasa atau ibu bapa kepada anak-anak akan mudah dicontohi oleh anak-anak.
Pengawasan yang tidak berlaku di peringkat orang dewasa menjadikan anak-anak terjebak ke kancah
maksiat. Pemantauan di peringkat pusat kuasa yang tidak berlaku secara serius telah menjadi pemangkin
kepada permasalahan sosial tidak berpenghujung dengan noktah penurunan, bahkan graf terus
meningkat naik setiap tahun.
 Islam tidak melarang hiburan selagi ia tidak melalaikan dan tidak ber canggah dengan syarak.
 Kekosongan jiwa perlu diisi dengan ibadat.
 Kemuncak bagi segala ketenangan adalah dengan mengingati Allah SWT dan berjuang
menegakkan syiar Islam.

Anda mungkin juga menyukai