Anda di halaman 1dari 7

PUSAT PENGAJIAN TERAS

PEPERIKSAAN AKHIR
SESI II, TAHUN AKADEMIK 2017/2018

NBWU 2132
PEMBANGUNAN POTENSI INSAN

ARAHAN KEPADA CALON:


1. Masa yang diperuntukkan bagi kertas soalan ini ialah 2 JAM.
2. Kertas soalan ini mengandungi BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B.
BAHAGIAN A: 20 Soalan Objektif
BAHAGIAN B: 3 Soalan Esei
3. Jawab SEMUA soalan objektif pada borang OMR, dan DUA soalan esei
sahaja dalam buku jawapan.
4. Kertas soalan ini memerlukan:
i) Borang OMR.
ii) Buku Jawapan.
5. Markah kertas soalan ini ialah 40 MARKAH.
6. Kertas soalan ini DIBENARKAN dibawa keluar dari dewan peperiksaan.
7. Lengkapkan butiran di bawah:
i) Nombor Matrik : ________________________________________
ii) Nama Pensyarah : ________________________________________

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI 7 MUKA SURAT BERCETAK.


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIARAHKAN.

SULIT
NBWU 2132 MAC 2018

BAHAGIAN A
Markah :20

Tandakan jawapan yang TEPAT pada borang OMR yang disediakan

1. Biadab terhadap diri sendiri adalah apabila _______________ menguasai


________________
A. al-nafs al-natiqah, al-hayawan al-natiq.
B. al-nafs al-hayawaniyyah, al-nafs al-natiqah.
C. al-nafs al-natiqah, al-nafs al-hayawaniyyah.
D. al-hayawan al-natiq, al-nafs al-hayawaniyyah.

2. Sejak Zaman ________________ yang bermula sekitar kurun ke-14 hingga


kurun ke-17 Masihi di Barat, usaha yang meluas telah dijalankan untuk
meminggirkan agama yang dianggap sebagai musuh demokrasi, nilai
kemanusiaan, dan hak asasi manusia.
A. Gelap
B. Hellenistik
C. Kebangkitan (Renaissance)
D. Pencerahan (Enlightenment)

3. Sesetengah sarjana Barat moden mendakwa Tuhan adalah Pencipta, namun


proses kehidupan bermula adalah sebagaimana Teori Evolusi Darwin. Ideologi
ini dinamakan sebagai
A. teori natural selection.
B. teori survival of the fttest.
C. teori theistic evolutionism.
D. teori theology evolutionism.

2 SULIT
NBWU 2132 MAC 2018

4. Antara premis utama yang mendasari pemikiran sekular adalah kepercayaan


bahawa Tuhan itu tidak wujud atau diragui kewujudannya. Konsep ini dinamakan
sebagai
A. agnotisme.
B. pluaralisme.
C. rasionalisme.
D. theistic evolutionism.

5. Apabila setiap cabang ruhaniah berada dalam keadaan sederhana dan harmoni,
maka akan terhasillah sifat-sifat terpuji. Apakah empat sifat-sifat yang diperlukan
untuk mencapai kesederhanaan ini?
A. Adil, Hikmah, ‘Iffah, Shaja’ah.
B. Adil, Malhamah, ‘Iffah, Shaja’ah.
C. Adil, Mahmudah, Mazmumah, ‘Iffah.
D. Adil, Mahmudah, Mazmumah, Shaja’ah.

6. Deconsecration of life values dalam proses sekularisasi bermaksud


A. penghilangan pesona dari alam tabii.
B. peniadaan kesucian dan kewibawaan agama dari politik.
C. alam semesta wujud secara mekanistik mengikut hukumnya yang
tersendiri.
D. penghapusan kesucian dan kemutlakan nilai-nilai agama dari kehidupan.

7. Imam Al-Ghazali mengemukakan empat syarat utama untuk menjadi pemimpin


iaitu berilmu, warak, al-kifayah dan nasab. Apakah yang dimaksudkan dengan al-
kifayah?
A. Berketurunan pemimpin dan pentadbir.
B. Berketurunan kaya dan ternama serta mempunyai pengaruh kuat.
C. Dilantik majoriti rakyat dalam pilihan raya umum untuk menjadi pemimpin.
D. Berkebolehan mentadbir urusan manusia, urusan perang dan sebagainya.

3 SULIT
NBWU 2132 MAC 2018

8. Golongan Sufasta (Sophists), dan ahli falsafah serta sains moden dan
pascamoden berpegang bahawa ilmu yang sebenar tentang hakikat segala
sesuatu
A. boleh diketahui kerana ianya bersifat sementara dan sentiasa berubah,
namun keyakinan muktamad tidak dapat dicapai.
B. boleh diketahui kerana ianya bersifat sementara dan sentiasa berubah,
maka keyakinan muktamad dapat dicapai.
C. tidak boleh diketahui kerana ianya bersifat sementara dan sentiasa
berubah, namun keyakinan muktamad dapat dicapai.
D. tidak boleh diketahui kerana ianya bersifat sementara dan sentiasa
berubah, maka keyakinan muktamad tidak dapat dicapai.

9. Insan itu mempunyai dwi hakikat, iaitu ia adalah diri akali sekaligus diri hayawani.
Dwi jiwa ini juga digelar sebagai
A. nafs.
B. nafsan.
C. al-qalb wa al-ruḥ.
D. al-ḥayawan al-nātiq.

10. Charles Robert Darwin merupakan seorang tokoh pemikir Barat yang hidup
semasa ____________________
A. Zaman Gelap.
B. Zaman Moden.
C. Zaman Pertengahan.
D. Zaman Pasca-Moden.

11. Ilmu kebudayaan Barat telah menjadikan ____________ sebagai metod utama
kajian ilmu dan sains.
A. akal dan wahyu
B. akal dan rasionalisme
C. rasionalisme dan empirikisme
D. rasionalisme dan epistemologi

4 SULIT
NBWU 2132 MAC 2018

12. Pensekularan adalah suatu rencana _____________ yang telah menular melalui
sistem pendidikan yang telah disekularkan sehingga terputus dari akar-umbi
sejarah yang dibina kukuh oleh para bijaksana atas landasan agama.
A. falsafah
B. kesenian
C. keagamaan
D. kebudayaan

13. ________________ adalah apabila manusia dijadikan ukuran tunggal dalam


menilai segala sesuatu dan akhirnya menggantikan Tuhan.
A. Ontologi
B. Etimologi
C. Pluralisme
D. Humanisme

14. Pilih turutan peringkat ruhaniah yang benar iaitu dari peringkat paling rendah
hingga peringkat paling tinggi.
A. Al-nafs al-mutmainnah, al-nafs al-lawwamah, al-nafs al-mulhamah, al-nafs
al-ammarah.
B. Al-nafs al-mutmainnah, al-nafs al-mulhamah, al-nafs al-lawwamah, al-nafs
al-ammarah.
C. Al-nafs al-mulhamah, al-nafs al-mutmainnah, al-nafs al-lawwamah, al-nafs
al-ammarah.
D. al-nafs al-ammarah, al-nafs al-lawwamah, al-nafs al-mulhamah, al-nafs al-
mutmainnah.

15. Pada peringkat ruhaniah ________________, seseorang itu masih merasa


nikmat melakukan maksiat namun disusuli penyesalan dan taubat. Seseorang
pada peringkat ini seringkali berbolak balik antara maksiat dan taubat.
A. al-nafs al-ammarah
B. al-nafs al-lawwamah
C. al-nafs al-mulhamah
D. al-nafs al-mutmainnah

5 SULIT
NBWU 2132 MAC 2018

16. Pada peringkat ______________, seseorang itu rindu melakukan maksiat namun
mampu menahan diri dari melakukannya.
A. al-nafs al-ammarah
B. al-nafs al-lawwamah
C. al-nafs al-mulhamah
D. al-nafs al-mutmainnah

17. Jiwa rendah yang terdapat dalam diri seseorang digelar sebagai
A. al-nafs al-nāṭ iqah.
B. al-nafs al-mulhamah.
C. al- nafs al-lawwamah.
D. al-nafs al-ḥ ayawaniyyah.

18. Sekularisasi Kebudayaan Barat juga bermaksud


A. perubahan kepada kepercayaan terhadap mitos Yunani.
B. perubahan daripada pemikiran yang bersifat relatif kepada dogma.
C. perubahan daripada pemikiran yang bersifat relatif kepada objektif.
D. perubahan daripada pemikiran yang bersifat objektif kepada relatif.

19. Falsafah _________________ yang mengutamakan rasionalisme serta


pembebasan manusia daripada ikatan tradisi dan dogma telah berjaya
mempengaruhi pemikiran sebahagian masyarakat Barat dan majoriti intelektual
mereka, dan seterusnya mewujudkan modenisme.
A. renaissance-capitalism
B. enlightenment-capitalism
C. renaissance-humanism
D. enlightenment-humanism

20. Dalam garis masa peradaban Barat, apakah yang berlaku sekitar tahun 1600
hingga 1900 Masihi?
A. Berlaku revolusi industri.
B. Gerakan pemikiran humanisme mula berkembang.
C. Mereka pada zaman ini berada dalam zaman gelap.
D. Falsafah tamadun Yunani Kuno dikembangkan oleh Aristotle.

6 SULIT
NBWU 2132 MAC 2018

BAHAGIAN B

Markah : 20

Jawab DUA soalan sahaja dalam buku jawapan yang disediakan.

Soalan 1

Sila rujuk garis masa di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya:


410 - 1350

500 - 1000 M
S.M

1000 750 500 250 0 250 500 750 1000 1400 1700 1900
750 - 1258

a) Bagi Garis Masa Tamadun Barat, nyatakan nama zaman serta peristiwa-
peristiwa yang berlaku sekitar tahun 500 hingga 1000 masihi.

b) Bagi Garis Masa Tamadun Islam, nyatakan nama empayar Islam yang
berkuasa serta peristiwa-peristiwa yang berlaku sekitar tahun 750 masihi
hingga 1258 masihi.
(10 markah)

Soalan 2

Agama Islam adalah sebuah agama yang mementingkan kehidupan akhirat tanpa
mengabaikan kehidupan dunia. Terangkan perbezaan perilaku seseorang yang
berpegang kepada pandangan alam Islam daripada yang berpegang pada
pandangan alam Barat dalam penglibatan mereka membangunkan ekonomi.
(10 Markah)

Soalan 3

Seorang insan yang tidak sedar akan keberhutangannya dengan Khaliqnya sentiasa
dalam kerugian. Mengapakah dia berada dalam kerugian tersebut?
(10 Markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

7 SULIT

Anda mungkin juga menyukai