Anda di halaman 1dari 2

EPPA 3043: Projek dan Pembentangan

Tugasan ini adalah projek kertas kerja dan pembentangan secara berkumpulan. Anda dikehendaki
untuk membuat kertas kerja mengenai aktiviti-aktiviti termasuk keperluan maklumat,
dokumentasi, tatacara juga ancaman dan kawalan terhadap setiap aktiviti berdasarkan topic-topik
yang dicadangkan seperti berikut:

 Kitaran jualan dan penerimaan


 Kitaran belian dan pembayaran
 Kitaran pengurusan sumber manusia dan penggajian
 Kitaran pengeluaran dan perkilangan
 Kitaran lejar am dan pelaporan

Anda dikehendaki untuk membuat kajian kes terhadap mana-mana organisasi yang dipilih dengan
membuat kajian kes. Anda perlu memahami setiap proses, aktiviti dan operasi bagi organisasi
tersebut. Anda juga dikehendaki untuk mengaplikasikan salah satu daripada kitaran-kitaran yang
dicadangkan, membuat perbandingan mengenai perisian perakauan yang dipelajari (seperti
Account365, AutoCount, manager.io, OfisXpert, UBS, MYOB dan lain-lain) dan perisian
perakaunan yang digunapakai oleh syarikat serta membuat kertas kerja berdasarkan kreativiti-
kreativiti masing-masing.

Isi kandungan kertas kerja adalah seperti berikut:

1. Ringkasan Eksekutif
2. Latar Belakang Ahli Kumpulan
3. Ahli Kumpulan
4. Gambar
5. Catatan Pengalaman Semasa Temu Bual Dijalankan
6. Kajian Kes
Contoh: Nama Perniagaan & Latar Belakang Syarikat
i. Carta Organisasi
ii. Saiz Pekerja
7. Pilihan Kitaran/Proses Perniagaan
8. Masalah Sistem Sediada
9. Cadangan Kawalan Dalaman dan Penambahbaikan
10. Cadangan Sistem Baru (Jika Perlu)
11. Penutup dan hasil pembelajaran
Kertas kerja yang dicadangkan adalah tidak kurang daripada 10 muka surat (minimum).

Mengenai video pembentangan:

1. Pembentangan anda perlu merangkumi proses dan aktiviti seperti yang terdapat di dalam
kertas kerja anda.
2. Pembentangan juga adalah berdasarkan kreativiti-kreativiti kumpulan masing-masing
dengan membuat video yang dapat menunjukkan bagaimana aliran setiap proses kitaran itu
berlaku dan sebagainya.
3. Tiada had minimum bagi tempoh masa bagi pembentangan video ini.

Tarikh penghantaran kertas kerja dan video pembentangan adalah sebelum atau pada 31 Julai
2019.

Penilaian Peratus (%)


Kertas kerja – kandungan 20
Pembentangan : kandungan, 10
kreativiti dan penyertaan

“Selamat Maju Jaya”

Anda mungkin juga menyukai