Anda di halaman 1dari 13

KOLEJ VOKASIONAL AMPANGAN

70400 SEREMBAN, NS

TAJUK : DEVELOP MAIN SWITCHBOARD MAINTENANCE SCHEDULE


&

DEVELOP MAIN SWITCHBOARD ROUTINE MAINTENANCE

NAMA : MUHAMMAD SYAHMI B MD JAMEAN

NO. K/P : 980103-05-5159

PROGRAM : 2 DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK

NAMA PENSYARAH : PN. ZAINAB BT. MADON


SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
1. Muka Hadapan
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. 1.0 Pendahuluan
1.1.1 Definisi Penyelenggaraan
1.1.2 Kepentingan Penyelenggaraan Terhadap Peralatan
elektrik.
1.1.3 Jenis-Jenis Penyelenggaraan Secara Umum.
1.1.4 Kerje-kerja Yang Terlibat Semasa Penyelenggaraan
Dilakukan.

5. 2.0 Penyelenggaraan Papan Suis Utama


2.1 Pengenalan Papan Suis Utama
2.2 Penyelenggaraan Papan Suis Utama
2.3 Penyelenggeraan Rutin Papan Suis Utama

6. Kesimpulan
7. Rujukan
8. Lampiran
a) KERJA-KERJA YANG TERLIBAT SEMASA PENYELENGGARAAN
DILAKUKAN.
Preventive Maintenance

 Kerja penyelenggaraan secara berkala seperti


mencuci,melencirkan,membaiki, dan menggantikan bagi
komponen-kompenan.
 Pelan penyelenggaraan pencegahan adalah sangat penting supaya
peralatan berfungsi pada tahap yang tinggi.

Maintenance Prevention

 Dilakukan apabila tanda-tanda awal kerosakan telah wujud


dan jika tidak dibaiki segera,kerosakan lebih besar dan serius
pasti akan berlaku
 Contohnya, didapati minyak alatubah mengalami kebocoran
perlahan, jika tidak diambil tindakan minyak akan kering dan
alatubah akan panas atau terbakar. Akibatnya , kos pembaikan
menjadi terlalu tinggi dan gangguan yang lama.

Breakdown Maintenance

 Dibuat apabila terdapat kerosaka dan gangguan bekalan diluar


jangka.
 Contohnya, kerosakan kabel bawah tanah yang disebabkan
oleh kerosakan semula jadi atau disebabkan kerja-kerja
penggorek tanah.
 Penyelenggaraan kerosakan adalah dilakukan ke atas
peralatan yang rosak dan tidak boleh digunakan.

Peraturan am kerja penyelenggaraan sebelum melakukan kerja;

 Buat kajian apa yang perlu dilakukan, samaada meneliti raja


mesin berkenaan atau menentukan cara bahagian hendak
merombak. Jangan merombak lebih dari yang dikehendaki.

a. Jangan gunakan paksaan semasa merombak.


b. Ball bearing hendaklah dipegang dengan cermat.
c. Paksaan semasa memasang atau mengeluarkannya
hendaklah dengan alat tertentu.
d. Perhatikan seal bearing tidak rosak.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan tugasan tugasan yang saya buat ini. Tugasan ini amat penting disebabkan
sebahagian daripada kerja khusus subjek bengkel.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu yang bagi saya meminjamkan laptopnya
dan banyak membantu saya dalam membuat tugasan ini. Tidak lupa juga kepada guru saya
kerana memberikan sedikit bantuan kepada saya.

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berusaha menyiapkan tugasan yang


diberi. Bantuan dari segi maklumat mengenai projek tugasan ini. Akhir sekali keoada pihak-
pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tudak langsung.
KESIMPULAN
Papan suis atau switch board yang biasa kita dengar adalah Main Switch Board (MSB) atau
Sub-Switch Board (SSB).Kedua-duanya secara asasnya mempunyai fungsi yang sama.Fungsi
utama papan suis adalah untuk memutuskan litar sama seperti fungsi suis-suis yang lain.Di
samping itu fungsi papan suis adalah untuk mengawal kemasukan dan pengagihan kepada
beban. Di Malaysia, kebiasaannya pengeluar papan suis akan menggunakan/mengikut
standard yang di keluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana JKR merupakan pelanggan
yang paling utama dan paling cerewet bagi produk papan suis ini.
2.0 Penyelenggaraan Papan Suis Utama

2.1 Pengenalan Papan Suis Utama

Papan suis utama (PSU) adalah satu komponen atau perkakas pemasangan elektrik yang
mula-mula sekali menerima bekalan elektrik sebelum ianya diagih-agihkan ke bahagian-
bahagian lain beban atau bangunan. Ia juga merupakan pusat kawalan kepada keseluruhan
pemasangan. Di dalam PSU inilah terdapatnya perkakas suis untuk tujuan kawalan dan
perlindungan. Bekalan masuk utama boleh dikawal iaitu ON atau OFF di PSU. Alat dan
komponen perlindungan utama yang mengawal dan melindungi keseluruhan pemasangan
ditempatkan disini. Peranan, saiz fizikal dan fungsi PSU adalah bergantung kepada
keupayaan membawa arus, kegunaan PSU itu sendiri serta apakah yang hendak dikawalnya.
Ada sesetengah PSU hanya mengawal beban elektrik yang tertentu sahaja misalnya motor-
motor elektrik. Fault level untuk PSU ialah 50kA (dahulu 43KA) atau 31MVA pada 415V
untuk selama 1 saat (BS 5486).

JENIS Umumnya ada tiga jenis PSU yang biasa digunakan iaitu: a. Jenis melekat di dinding
(wall mounted) b. Jenis pedestal (floor mounted / wall mounted, front access) c. Jenis
Cubicle (floor mounted front / rear access) Jenis melekat di dinding biasanya untuk
pemasangan kecil, sehingga 100 ampiar. Jenis pedestal untuk pemasangan sederhana,
manakala jenis cubicle untuk pemasangan besar. Namun begitu berat sesebuah PSU akan
juga menentukan jenis yang sesuai digunakan (wall mounted atau floor mounted). Tahap
perlindungan PSU lazimnya ialah IP42.

PAPAN SUIS KECIL Papan suis kecil (PSK/SSB) adalah papan suis yang mendapat bekalan
utamanya dari PSU. Perkataan kecil adalah relatif sebab ada PSK yang saiznya lebih besar
dari PSU ditempat lain. Kecil disini bermakna lebih kecil dari PSU. PSK digunakan untuk
bangunan atau beban yang berada agak jauh dan terasing dari PSU. Ini adalah untuk
menjimatkan kabel dan memudahkan kerja-kerja kawalan dan senggaraan.

BINAAN PSU terdiri dari binaan rangka utama yang akan menyokong berat segala peralatan
yang terdapat di dalam PSU. Kekuatan rangka hendaklah minima 10G berbentuk U-section
channel. Rangka yang baik adalah dari jenis berlubang-lubang dengan saiz yang sesuai dan
dengan jarak 25mm supaya tidak mengurangkan kekuatan mekanikalnya. Jenis ini dipanggil
jenis modular dimana ia boleh ditambah dan dibesarkan dengan mudah iaitu dengan
menyambong sahaja rangka tambahan.
2.2 Penyelenggaraan Papan Suis Utama

Mengikut Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 beberapa ujian perlu dijalankan pada papan
suis untuk memastikan pemasangan itu betul-betul selamat semasa digunakan. Ujian
semasa penyelenggaraan yang dijalankan seperti ujian semasa tanpa bekalan dan ujian
semasa ada bekalan.

Ujian –ujian tersebut adalah :-

.Ujian keterusan alat-alat


.Ujian keterusan pengalir
Ujian keterusan pengalir bumi
Ujian keterusan litar kawalan dan litar sekunder.
Ujian rintangan penebatan
Ujian suntikan utama
Ujian suntikan sekunder
Ujian tekanan
Ujian bekalan 3 fasa
Ujian turutan fasa

Senggaraan ACB
a) Buat ujian mekanikal ON dan OFF
b) Buat ujian tripping menggunakan push button (jikaada)
c) Buat ujian tripping menggunakan shunt trip coil
d) Periksa main contact dan bersihkan jika perlu
e) Rapatkan main contact jika perlu, contact pressurenyahendaklah mencukupi dan
seimbang
f) Minyakkan bahagian-bahagian yang bergerak
g) Bersihkan arc chute menggunakan penyedut hampagas
h) Buat ujian penebatan diantara fasa dan antara fasadengan frame, bacaannya hendak
lah melebehi 0.5megaohm
A) UJIAN KESERATAAN

Letakkan kertas putih dan lapikkan kertas karbon kepada sesentuh utama dan ON kan ACB,
kita akan mendapat tanda pada kertas putih itu samada baik atau tidak sesentuh utama itu.

B) UJIAN PENEBATAN

Uji dengan alat Insulation tester – 1 kv dan bacaannya mestilah tidak kurang daripada 1
mega Ohm di antara fasa dengan fasa dan fasa dengan bumi.

C) UJIAN KETERUSAN - Uji dengan alat micro ohm meter atau multimeter dengan skil X1 dan
bacaannya mestilah 0 diantara roller incoming dan outgoing contact bagi setiap fasa dan
ACB di dalam keadaan ON kan.
2.3 Penyelenggaraan Rutin Papan Suis Utama.

Periksa setiap perkakas bagi gear suis.


Periksa operasi dan fungsi radas-radas.
Periksa warna (seperti kesan terbakar), bunyi dan bau yang tidak normal.
Periksa sama ada pemanas berfungsi.
Periksa system pembumian.
Periksa tanda nama, label, tanda bahaya dan keadaan cat.
Periksa pintu dan kunci.
Periksa kesan karat.
Periksa keadaan geganti perlindungan.
Bersihkan habuk dan kotoran pada bahagian tidak hidup.
Periksa keadaan label dan betulkan jika perlu.

Senggaraan Pencegahan.
Periksa penjajaran (alignment) bahagian bergerak.
Periksa untuk kehausan dan kelusuhan bahagian yang bergerak di
mekanisma kendalian.
Sapukan gris pengalir (conductive grease) pada sesentuh.
Periksa pemanas dan tukar jadi perlu.
Periksa tapak pemutus litar, keadaan cat skru, bold an nat.
Periksa dan bersihkan tamatan kabel serta ketatkan bolt dan nat.
Periksa system pembumian keseluruhan termasuk pembumian dalam
kotak kawalan.
SENARAI SEMAK
SENARAI UNTUK DITANDAKAN DAN DISEMAK

Periksa suis untuk operasi yang betul.

Periksa suis dan komponen untuk perubahan warna haba yang melampau, bunyi &
getaran.
Periksa suhu komponen papan & hubungan menggunakan pistol haba inframerah.

Membaiki mana-mana sendi panas & atau melaporkan sebarang suhu ketara tinggi
dijumpai semasa imbasan.
Semak keadaan kubikel PSU tersebut.

Menggantikan lampu yang rosak seperti yang dikehendaki.

Semak semua suis ditetapkan untuk Auto.

Menyiasat dengan Pengurus Bangunan mana-mana pertukaran yang terdapat pada


manual.
KESIMPULAN

Papan suis atau switch board yang biasa kita dengar adalah Main Switch Board (MSB)
atau Sub-Switch Board (SSB).Kedua-duanya secara asasnya mempunyai fungsi yang
sama.Fungsi utama papan suis adalah untuk memutuskan litar sama seperti fungsi suis-suis
yang lain.Di samping itu fungsi papan suis adalah untuk mengawal kemasukan dan
pengagihan kepada beban. Di Malaysia, kebiasaannya pengeluar papan suis akan
menggunakan/mengikut standard yang di keluarkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana
JKR merupakan pelanggan yang paling utama dan paling cerewet bagi produk papan suis ini.
RUJUKAN
1. http://documentslide.com/documents/psu56d6be401a28ab3016914ecd.html
2. http://www.slideshare.net/ejjyhez/papan-suis-utama
3. http://elektrikaldanaircon.blogspot.my/2013/06/papan-suis-pengenalan-kepada-papan-
suis.html
4. https://prezi.com/ollia_azhpgq/tajuk-penyelenggaraan/
PAPAN SUIS UTAMA
Pendahuluan

1.1.1 Definisi Penyelenggaraan.

Penyelenggaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memulihara,


menjaga, mengendali dan mengawalselia bangunan, kemudahan,
kelengkapan, perkhidmatan (services) bangunan dan persekitarannya bagi
memenuhi piawaian semasa, mempertahankan utiliti dan nilai fasiliti
kemudahan serta selamat digunakan. Penyelanggaraan juga adalah aktiviti
yang dilaksanakan untuk memulihara, menjaga, mengendali dan mengawal
selia bangunan,kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan dan
persekitarannya.

Anda mungkin juga menyukai