Anda di halaman 1dari 8

1) PENGENALAN

1.0) Definisi
Switchgear adalah panel pengedaran yang mengagihkan beban kepanel-panel yang lebih kecil
kapasitinya. Dalam bahasa Inggeris disebut MVMDB (Medium Voltage Main distribution
Board) dan untuk voltan rendah disebut LVMDB (Low Voltage Main Distribution Board).

Pada pelaksanaannya, terdapat juga istilah yang berbeza-beza seperti Distribution Board,
Switchgear, MCC, Panel dan sebagainya.

1.1) Skop dan Objektif


Tujuan spesifikasi ini adalah untuk menentukan keperluan teknikal minimum yang
merangkumi reka bentuk, pembikinan, bekalan dan penghantaran ke tapak, pemasangan,
pengujian, pemeriksaan dan ujian semua panel voltan sederhana mengikut kod, piawaian, dan
klasifikasi teknikal.

1.2) Kod dan standard


Kod dan piawaian yang digunakan sebagai rujukan harus edisi terkini.

1.3) Jenis-jenis Switchgear


Terdapat jenis-jenis switchgear yang telah digunakan antaranya :
Gas Insulated Switchgear (GIS)
 Gas Insulated Switchgear (GIS) 550 KV
 Gas Insulated Switchgear (GIS) 300 KV
 Gas Insulated Switchgear (GIS) 84 KV
 Gas Insulated Switchgear (GIS) 72.5 KV

Gas Insulated Combined (GSC)


 Gas Insulated Combined (GSC) 550 KV
 Gas Insulated Combined (GSC) 300 KV
 Gas Insulated Combined (GSC) 245 KV
 Gas Insulated Combined (GSC) 72.5 KV

Gas Combined Switchgear (GCS)

Cubicle type Gas Insulated Switchgear (C-GIS)


 Cubicle type Gas Insulated Switchgear (C-GIS) 72.5 KV
 Cubicle type Gas Insulated Switchgear (C-GIS) 24 KV
 Cubicle type Gas Insulated Switchgear (C-GIS) 12 KV

Dry Air Insulated Switchgear 72.5 KV

Vacuum Circuit Breaker (VCB) Out Door 145KV

Reduced Gas Dead Tank Type VCB 72.5 KV

Dry Air Insulated Dead Tank Type VCB 72.5 KV

Vacuum Combined Switchgear (VCS)

Vacuum Circuit Breaker (VCB) In Door unit (voltage : 3.6 KV to 36 KV)

Vacuum Circuit Breaker (VCB) In Door unit (voltage 24 KV)

2) KOMPONEN – KOMPONEN SWITCHGEAR

Cubicle atau switchgear adalah komponen peralatan untuk memutuskan dan menghubungkan,
pengukuran tegangan, arus atau daya. Ia disebut sebagai cubicle kerana peralatan-peralatan
tersebut berbentuk almari dengan pintu di depan yang boleh di buka dan di tutup mengikut
operasi yang ingin dilakukan. Cubicle atau switchgear ini mempunyai peralatan seperti :
 Bus bar
 Circuit Breaker
 Load Break Switch (LBS)
 Disconnecting Switch (DS) atau Switch (S)
 Earthing switch (ES)
 Current Transformer (CT)
 Potential Transformer (PT)
 Panel Meter (Volt meter, Ampere meter dan sebagainya)
 Interlocking (Control)

2.0) Tiga bahagian switchgear panel


Switchgear Panel terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :

1. Incoming Switchgear. Di dalam Incoming Switchgear terdapat


beberapa bahagian iaitu :

 GCB (Gas Circuit Breaker) Adalah pemutus litar utama yang berfungsi
sebagai penghubung dan pemutus kuasa bekalan yang masuk dari panel utama. GCB
berfungsi untuk menghentikan percikan api dari berlaku apabila switching dilakukan
menggunakan gas SF6 dan gas SF6 ini tidak berbau serta tidak mudah terbakar.
 ACB (Air Circuit Breaker) Fungsi ACB ialah sebagai pemutus dan
penghubung bekalan kuasa dari panel utama dan tetapi ACB
menggunakan udara untuk menghentikan percikan api yang
berlaku apabila switching.

2. Metering Panel
Didalam metering panel terdapat beberapa bahagian iaitu :
 Ampere Meter (R-Y-B)
Alat yang digunakan untuk mengukur arus yang mengalir melalui fasa-fasa.
 Power Factor Meter
Alat yang digunakan untuk mengukur faktor daya dari panel utama.
 KWh Meter
Alat yang digunakan untuk mengukur daya tenaga dari panel utama.
 Frequency Meter
Alat yang digunakan untuk mengukur frekuensi dari panel
 Watt Meter
Alat untuk mengukur daya tenaga yang di bekalkan dari panel utama.
 Reset Button
Punat tekan yang digunakan untuk mengembalikan posisi meter secara automatic dalam
keadaan normal.
 Earth Fault Relay
Adalah alat automatik yang akan trip jika adanya arus bocor ke bumi.
 Over Current Relay
Adalah alat automatik yang akan trip jika adanya arus berlebihan.
 Current Test Terminal (CTT)
Adalah terminal yang digunakan untuk mengetahui ada atau tidak adanya arus elektrik di
metering panel.
 Volt Test Terminal (VTT)
Adalah terminal yang digunakan untuk mengetahui ada atau tidak adanya ketegangan elektrik
di Metering Panel.

3. Load Breaker Switch Panel


Didalam panel utama terdapat LBS ( Load Breaker Switch) yang digunakan sebagai
penahan. LBS ini mempunyai ketahanan arus sebesar 400A dan LBS ini
mempunyai tiga lampu penanda iaitu :
 LBS On Light
Adalah lampu indikator yang menunjukkan bahawa LBS dalam keadaan ON.
 LBS Off Light
Adalah lampu indikator yang menunjukkan bahawa LBS dalam keadaan OFF.
 LBS Trip Light
Adalah lampu indikator yang menunjukkan bahawa LBS dalam keadaan trip atau terdapat
gangguan.

1. 3) KENDALIAN SWITCHGEAR

Kendalian Switchgear adalah seperti yang berikut :-


 · Bagi proses kendalian switchgear, terdapat 2 posisi untuk mengendalikannya iaitu
dalam proses menghidupkan dan mematikan ( ON / OFF )
 · Apabila switchgear dihidupkan, tekanan suhu amat diperlukan untuk memastikan ia
terhasil daripada mekanisme.
 · Hal ini kerana, ia dapat mengurangkan rintangan sewaktu switchgear dipanaskan.
 Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu dalam memadatkan bendasing yang
boleh mencemarkan dan mengotorkan komponen-komponen switchgear.
 · Seterusnya, dibantu juga untuk memastikan titik hubungan dalam bentuk logam
tulen.
 · Hatta, arka pada switchgear harus mencapai bacaan sifar dalam kitaran AC.
 · Untuk memastikan arka berfungsi dengan baik, pelbagai teknik harus diguna pakai
mengikut SOP yang ditetapkan.
 · Untuk proses mematikan atau memadamkan pula, bacaan sifar dikehendaki.
Kerana voltan akan meningkat dengan kadar segera.
 · Langkah terakhir adalah peningkatan voltan bertujuan untuk proses memulihkan
voltan agar keadaan menjadi sedia kala dan terkawal.
 · Periksa semula komponen-komponen seperti arka, pemutus litar dan lain-lain bagi
memastikan switchgear selamat untuk dikendalikan.

4) PENYELENGGARAAN DAN PENGUJIAN SWITCHGEAR

4.0) Penyelenggaraan Switchgear

SOP penyelenggaraan Switchgear perlu dilaksanaan agar keselamatan dapat diutamakan.


Berikut adalah penyelenggaraan Switchgear :-

 Sebelum kerja-kerja penyelenggaraan switchgear dijalankan


pastikan peralatan yang diperlukan lengkap dan dalam
kesediaan yang baik.
 Apabila memulakan kerja pada suis, pastikan suis berikut
disempurnakan pada sebarang peralatan yang akan
memberikan kesan kepada kawasan kerja.
 Langkah pertama, matikan kawalan jauh dan automatic direction.
 Nyahkan tenaga semua pada kekuatan langsung dan sistem
kawalan.
 Putuskan semua voltan dan kuasa kawalan.
 Periksa keadaan umum installation.
 Periksa suis dalaman untuk mengeluarkan kotoran debu dan
habuk.
 Cuci dan bersihkan penapis udara menggunakan mana-
mana detergent.
 Periksa keadaan lampu panel bersihkan jika perlu.
 Periksa terminal bagi memastikan ada sambungan dan
elakkan kebocoran.
 Pastikan tiada komponen yang longgar dan periksa kawalan
suis.
 Gantikan fius yang terbakar jika perlu.
 Periksa kabel untuk pastikan connection dalam kesediaan yang baik.
 Periksa dan selenggara semua litar yang terlibat iaitu litar
saling kunci untuk tujuan keselamatan.
 Akhir sekali periksa semula semua komponen-komponen lain
dan switchgear akan selamat untuk dikendalikan semula.

4.1) Jadual penyelenggaraan Switchgear


Perlaksanaan jadual penyelenggaraan Switchgear adalah bagi memudahkan kerja-kerja
penyelenggaraan Switchgear di samping dapat menjaga Switchgear daripada berlakunya
kerosakan.

JENIS SENGGARAAN TEMPOH AKTIVITI


 Mengambil bacaan
Pemeriksaan 3 bulan meter dan pembilang.
 Melihat,
mendengar, menghidu
dan menyentuh.

 Kebersihan am di
Rutin 6 bulan pencawang.
 Ujian pembumian.
 Menukar sillica
gel.
 Mengetatkan bol
dan nut.
 Mengambil
bacaan meter.

 Jalankan “Condition
Penilaian Keadaan 12 bulan Monitoring”.
 Teknik
“Thermography”.
 Laporkan
keputusan.

 Menjalankan ujian
ppppePencegahan 18 bulan terhadap perkakasan
pencawang.
 Kebersihan am di
pencawang.
 Menukar sillica
gel.
 Ujian pembumian.
 Menghentikan tugas
peralatan dan kerja-
kerja berkaitan.

4.2) PENGUJIAN SWITCHGEAR


Pengujian seharusnya dilakukan pada setiap Switchgear, bertujuan bagi mengenalpasti status,
keberkesanan dan faktor keselamatan mengikut SOP yang ditetapkan. Bagi Ujian Rintangan
Penebatan Dan Keterusan, ia dijalankan untuk mengetahui status pemutus litar berkeadaan
penebatan yang tinggi ( FASA KE BUMI) dan ( FASA KE FASA) serta mempunyai keterusan
yang baik pada sesentuh close. Antara peralatan yang dapat dikaitkan atau sesuai untuk
digunakan adalah Mega-Ohm Meter. Manakala ukuran bacaan yang sesuai adalah melebihi
100 MegaOhm dan keterusan 0 ohm. Bagi ujian tekanan pula, ia melibatkan bahagian busbar
pemutus litar. Hal ini disebabkan, bertujuan untuk mengenalpasti ketahanan busbar apabila
tekanan gandaan voltan dikenakan. Pressure Test adalah alat ujian yang digunapakai oleh
TNB.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa jenis ujian yang dijalankan bagi memastikan Switchgear
dapat beroperasi dengan baik iaitu :
 Ujian rintangan penebatan ke atas motor pengasing
 Ujian rintangan penebatan ke atas pendawaian sekunder
 Ujian sistem “Interlocking”
 Ujian fungsi
 Ujian pemasaan
 Ujian minyak
 Ujian kendalian mekanikal
 Ujian tekanan AC ( Alternate current )

6 5) PENUTUP

Kesimpulan yang kami dapati dalam menyelesaikan tugasan ini ialah kami dapat memeriksa
dan mengenalpasti tentang switchgear. Dengan membuat tugasan ini kami dapat mengetahui
tentang komponen – komponen berkaitan dengan switchgear. Selain itu, kami juga
mempelajari tentang bagaimana penyelenggaraan dan pengujian switchgear dapat dilakukan
dengan betul. Seterusnya, kami mempelajari kendalian sesebuah switchgear berfungsi dari
awal hingga penyelenggaraan dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan. Oleh itu, kami
mengaplikasikan ilmu dari tugasan yang kami lakukan sebagai kemahiran untuk membantu
kami pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai