Anda di halaman 1dari 1

Mimpi yang Indah

Malam itu cuaca agak terang. Aku baru pulang dari kedai kerana membeli
gula untuk ibuku.

Semasa aku berjalan-jalan, tiba-tiba aku terasa angin bertiup


lembut. Aku melihat suatu cahaya yang terang menujuku. Tiba-tiba
cahaya yang terang itu bertukar menjadi bidadari yang cantik.

Bidadari itu membawa aku ke sebuah istana yang cantik. Istana


tersebut sungguh besar. Saya sangat terharu. Istana itu penuh dengan
emas dan berlian. Bidadari itu meminta aku untuk mengambil emas dan
berlian sebanyak mana yang saya suka. Saya sungguh gembira. Saya terus
mengambil sebuah beg serta memasukkan emas dan berlian yang saya
suka dengan rakus.

Kemudian, saya dibawa ke suatu lagi bilik yang besar dalam istana
tersebut. Bilik tersebut penuh dengan pelbagai jenis coklat dan
manisan.Saya terus mengambil coklat yang saya suka serta makan sepuas-
puasnya.

Tiba-tiba, aku terdengar namaku dipanggil berulang-ulang kali. Aku


pun membuka mata. Barulah aku sedar rupa-rupanya aku hanya
bermimpi.

Anda mungkin juga menyukai