Anda di halaman 1dari 1

Pada masa ini setiap Negara berusaha dalam mengerok langkah dalam

membangunkan ekonomi masing-masing agar mereka dapat berdiri sama tinggi dan
duduk sama rendah dengan Negara-negara maju lain.oleh yang demikian majority
Negara yang sedang membangun akan sedaya upaya mereka untuk membuat
barangan buatan sendiri supaya mereka buleh mengurangkan pengambilan
barangan import yang mahal di samping dapat mengkomersialkan bahan buatan
sendiri yang kualitinya lebih kurang sama dengan barang-barang import.maka
dengan itu, sebagai warganegara Malaysia wajarlah kite membeli barangan buatan
Malaysia kerana pelbagai kepentingan yang kite dapat daripadatnya.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa kita dapat
menjimatkan perbelanjaan keluarga dengan membeli barangan buatan Malaysia.
Sebagaimana yang kita ketahui, barangan import lazimnya lebih mahal daripada
barangan buatan tempatan sedangkan barangan buatan Malaysia turut mempunyai
kualiti yang baik malahan lebih bermutu tinggi daripada barangan import. Sebagai
contoh yang paling ketara ialah, kasut buatan Malaysia yang berjenama Bata telah
mendapat anugerah kasut paling berkualiti di persada antarabangsa semasa
bertanding di pameran kasut Itali. Sememangnya, hal ini jelas bahawa barangan
buatan tempatan bukan sahaja lebih murah harganya tetapi mempunyai jaminan dari
segi kualiti barangan. Secara tidak langsung, kita dapat menjulang nama negara
Malaysia dan meningkatkan imej negara. Jelaslah bahawa dengan harga yang lebih
murah, masyarakat dapat menjimatkan kos dan perbelanjaan semasa membeli
barangan buatan Malaysia.
Kepentingan dalam membeli barangan buatan Malaysia yang paling jelas ialah
dapat mengelakkan mengaliran mata wang Negara kite ke luar Negara.Mata wang
Malaysia tidak akan mengalir keluar jika rakyak Malaysia sendiri mengutamakan dan
membeli barangan buatan tempatan dalam memenuhi keperluan harian mereka
dengan tu dana utama Negara juga akan meningkat

Anda mungkin juga menyukai