Anda di halaman 1dari 2

9 CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21)

Pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) merupakan salah satu elemen yang penting dalam Pelan
Pembangunan Pendidikany Malaysia (PPPM). Ramai guru berasa takut dan keliru dengan PAK-21
kerana kurang memahami konsepnya . Sebenarnya, PAK-21 menekankan pembelajaran berpusatkan
murid dan berunsur kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Berikut ialah 9 contoh aktiviti dalam kelas
yang boleh digunakan oleh para guru dalam bilik darjah abad ke-21.

1. Round Table

• Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik.

• Secara bergilir, murid memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang
sama.

• Hasil dapatan dirujuk dan dibentang.

• Sesuai untuk murid tahap dua sekolah rendah dan murid sekolah menengah

2. Think-Pair-Share

• Guru memberikan topik dan murid berfikir sendiri dalam jangkamasa tertentu.

• Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.

• Murid seterusnya berkongsi idea dengan keseluruhan kelas.

3. Hot Seat

• Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (secara individu atau kumpulan).

• Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi 'pakar'.

• 'Pakar' tersebut akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh murid lain.

4. Deklemasi Sajak / Nyanyian

• Murid diberi masa untuk membuat persediaan dalam kumpulan.

• Guru memberi tajuk dan murid boleh mengubahsuai mengikut kreativiti dan kesesuaian.

• Murid membuat persembahan di hadapan kelas.


5. Pembentangan Hasil Sendiri

• Murid diberi tajuk dan membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan.

• Murid boleh menggunakan pelbagai cara dan bahan untuk membuat pembentangan.

6. Role-Play

• Murid diberi peranan dan watak.

• Murid diberi masa untuk membuat persediaan.

• Murid membuat persembahan dengan memainkan peranan.

7. Gallery Walk

• Aktiviti selepas kajian untuk mempamerkan hasil dapatan.

• Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain.

• Murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain pada sticker note dan
menampalnya di atas hasil kerja tersebut.

8. Three Stray, One Stay

• Kaedah alternatif pembentangan kumpulan.

• Hasil kerja ditampal.

• Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.

• Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

9. Peta i-Think

• Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid.

• Peta i-Think boleh digunakan sebagai alat untuk murid membuat kajian dan dipersembahkan
dalam bentuk grafik.

Anda mungkin juga menyukai