Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DAN

PELAKSANAAN KBAT DI SEKOLAH


KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DAN PELAKSANAAN KBAT
DI SEKOLAH
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 merupakan satu pelan
strategik jangka panjang yang mensasarkan kualiti pendidikan Negara dipertingkatkan
dalam tempoh 13 tahun dengan pelaksanaan tranformasi pendidikan secara menyeluruh.
Lima (5) aspirasi sistem dan enam (6) aspirasi murid telah dikenalpasti sebagai pemangkin
untuk memacu kecemerlangan pendidikan Negara di masa hadapan.
Antara keberhasilan daripada pelaksanaan transformasi pendidikan ialah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk meletakkan Negara dalam kelompok sepertiga
teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
Bagi mencapai hasrat tersebut, semua pihak perlu saling menyokong serta memainkan
peranan masing-masing. Guru-guru khususnya perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran serta amalan-amalan baru pengajaran dan pembelajaran yang
relevan dengan perkembangan dan keperluan abad ke-21, kemahiran berfikir yang merentas
semua disiplin ilmu dalam kalangan murid perlu
diberi keutamaan.
Kemahiran berfikir guru dan murid terutama dalam
konteks Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
merupakan perkara keperluan atau keutamaan
dalam
menentukan
kejayaan
transformasi
pendidikan seperti yang digariskan dalam PPPM
2013-2025.
Di bawah PPPM, guru-guru diberi sokongan dalam
bentuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(CPD), Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) dan
bantuan daripada SISC+ untuk mengaplikasi KBAT
dalam PdP. Perkongsian dalam Professional
Learning Community (PLC) juga merupakan salah
satu cara bagaimana guru boleh meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran tentang KBAT, selain
pembelajaran akses kendiri. Pentadbir sekolah dan
ibu bapa juga diberi sokongan untuk membantu
mengaplikasi KBAT melalui hebahan media dan sesi
interaksi
dasar-dasar
Kementerian.
Persekitaran Pembelajaran KBAT
1.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang


berbentuk
inkuiri,
penyelesaian
masalah,
penyelidikan dan berasaskan projek

2.

Pelbagai pendekatan dan aktiviti dalam bilik darjah.


Guru dan murid menggunakan alat berfikir seperti
peta pemikiran dan penyoalan aras tinggi semasa
PdP

3.

Pengajaran
Pemudahcaraan:

dan

Pembelajaran

Guru berperanan mengajar dan murid belajar semasa melaksanakan aktiviti


aras pemikiran rendah; dan

Apabila aras pemikiran meningkat ke aras yang lebih tinggi, guru berperanan
sebagai pemudah cara semasa murid belajar
Ciri-ciri

akan

berubah

menjadi

Pembelajaran

Murid

dan

KBAT

Murid yang suka bertanya dan boleh memberi cadangan penyelesaian berdasarkan
pengetahuan yang sedia ada. Penggunaan bahan rangsangan seperti soalan aras tinggi
dapat menggalakkan murid berfikir dengan lebih mendalam, membuat kesimpulan dan
refleksi, seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi sebenar.
Ciri-ciri

Guru

Yang

Menggalakkan

KBAT

Guru sebagai pemudah cara yang melaksanakan pelbagai aktiviti berpusatkan murid,
menyediakan aktiviti yang dapat mencabar minda murid dan penyoalan aras tinggi secara
berperingkat bagi mendorong murid memberi pandangan serta membuat penyelidikan dan
membuat
penerokaan
secara
terancang
dan
berstruktur.
Cadangan

Bilik

Darjah

KBAT

Bilik Darjah merujuk kepada di mana berlakunya pengajaran dan pembelajaran. Murid juga
boleh dipupuk dengan KBAT dalam situasi sebenar seperti samasa lawatan dan projek atau
kerja lapangan. Suasana bilik darjah mestilah ceria dengan paparan hasil murid di dalam
bilik darjah dan aktif dalam pembelajaran. Susun atur bilik darjah berpusatkan murid di
mana murid duduk dalam kumpulan yang membolehkan murid mudah berinteraksi dan
berkolaborasi. Guru menggunakan bahan sokongan yang dapat meningkatkan pemikiran
murid.
Perkongsian Amalan Terbaik Pelaksanaan KBAT Dalam PdP Di Sekolah-sekolah:
Peranan SISC+

Kumpulan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah atau SISC+ memainkan peranan penting
dalam mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru bagi memupuk Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi. SISC+ secara berterusan membimbing guru-guru meningkatkan
kemahiran pedagogi untuk melaksanakan aktiviti yang menarik dan berkesan bagi murid
mereka. Menurut Pn Zurain Bakri, SISC+ subjek Bahasa Malaysia dari PPD Alor Gajah,
Melaka, SISC+ bertanggungjawab memastikan guru-guru diberi pendedahan secukupnya
mengenai pedagogi abad ke-21 demi merealisasikan aspirasi pendidikan Negara.