Anda di halaman 1dari 7

“KESAN SIFAT KHAUF”

(23 Februari 2018 / 7 Jamadilakhir 1439)

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,


Khatib menyeru serta mengajak sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita
mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Mudah-mudahan dengan itu
akan terbit sifat al-Khauf (takut) dan ar-Raja’ (mengharap) yang mendorong diri
kita untuk lebih mentaati segala perintah Allah SWT sekaligus dapat mengawal dan
mengekang hawa nafsu daripada melakukan larangan-Nya. Mimbar pada hari yang
mulia ini akan membicarakan khutbah bertajuk: “Kesan Sifat Khauf”.

SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI SEKALIAN,


Pengertian al-Khauf membawa makna takut. Namun dalam konteks ini, khauf yang
di maksudkan adalah takut kepada Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri

1
kepada Allah SWT. Menurut Abu Talib Muhammad bin Ali Al-Makki, seorang
tokoh sufi di pertengahan kurun ke-4 hijrah bahawa maqam al-khauf diistilahkan
sebagai hakikat takwa yang meliputi segala bentuk ibadat kepada Allah SWT dalam
mencapai redha-Nya.
Sesungguhnya orang yang mempunyai ciri-ciri al-khauf ini akan melahirkan
rasa takut terhadap sifat hasad dengki, ‘ujub (bangga diri), syirik, mencintai
kejahatan dan benci pada kebaikan. Ini kerana mereka mengetahui hakikat peritnya
azab Allah SWT dan merasa gerun terhadapnya. Firman Allah SWT dalam surah al-
Isra’ ayat 57,

Maksudnya: “Orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan kepada
Tuhannya, siapakah yang lebih dekat serta mereka mengharapkan rahmat-Nya dan
gerun takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah ditakuti.”

Tuntasnya, sifat al-khauf dapat menyelamatkan manusia daripada terjerumus


ke dalam lembah kejahatan sifat yang dicela. Manakala kedudukan sifat ar-Raja’
pula ditinggikan oleh Allah SWT sebagai satu tingkatan kemuliaan sebagaimana
yang dimiliki oleh para nabi, rasul, ‘ulama dan orang yang soleh.
Oleh yang demikian bagi menjaga kelestarian kemuliaan sifat ini, maka
seseorang itu perlu bermujahadah menjaga telinga, mata, lidah, hati dan seluruh
anggota tubuh badan daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang atau
berbentuk maksiat sama ada zahir atau pun batin.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI,


Ingatlah bahawa sifat al-khauf akan menghilangkan rasa ‘ujub (bangga diri) dalam
diri seseorang dan menerbitkan sifat al-ihsan dalam jiwa manusia. Hal ini

2
menyebabkan tahap keimanan dan ketakwaan seseorang itu menjadi semakin kuat
dan kukuh sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari daripada Abu Hurairah RA dalam sebuah hadis yang panjang bahawa,

Mafhumnya: “Daripada Abi Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW


bertanya kepada Jibril AS mengenai Apakah itu ihsan? Jawab Jibril AS: Ihsan ialah
engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, dan jika engkau tidak
melihatnya, maka sesungguhnya ia melihat engkau.”

Bersandarkan nas ini, kita hendaklah meyakini dan beriman bahawa segala
perbuatan kita sememangnya sentiasa dilihat oleh Allah SWT. Dengan itu, kita lebih
berhati-hati dalam menjaga tingkahlaku kita daripada perbuatan yang dibenci oleh
manusia lebih-lebih lagi di sisi Allah SWT.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI,


Selain itu, sifat Khauf sebenarnya mengajar serta mendidik diri kita agar bersifat
merendah diri, menginsafi akan kelemahan dan kekurangan diri supaya terhindar
daripada sifat ‘ujub. Dengan yang demikian, kita berhasil menjadi seorang yang taat,
bersemangat tinggi dan suka berlumba-lumba dalam membuat amal soleh serta
kebaikan.
Menyedari hakikat ini, seharusnya kita giat menyuburkan budaya berlumba-
lumba melakukan amal soleh sebagai bekalan di akhirat nanti. Dengan sifat-sifat
yang baik ini, maka wajarlah seseorang bahkan sesebuah negara sekalipun,
mencapai kecemerlangan, mendapat rahmat dan keredhaan Allah SWT sepanjang
masa. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’ ayat 90,

3
Maksudnya: “Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya
Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya, untuk melahirkan anak baginya.
sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan
sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka
pula sentiasa khusyuk dan taat kepada Kami”.

SIDANG JEMAAH YANG DIRAHMATI,


Berdasarkan pernyataan tadi, khatib ingin menyimpulkan beberapa intipati
pengajaran yang boleh kita ambil berhubung tajuk khutbah pada minggu ini, iaitu:

Pertama: Seseorang yang mempunyai sifat al-khauf menjurus kepada ketaatan


dan kecintaan kepada Allah SWT serta sentiasa mengharapkan
keredhaanya semata-mata.
Kedua: Dengan adanya al-khauf kita akan sentiasa mengawasi tindak tanduk
kita melakukan perkara kebaikan dan mengelakkan diri daripada
kemungkaran.
Ketiga: Untuk mencapai tahap al-khauf dan ar-Raja’ memerlukan mujahadah
melawan kehendak hawa nafsu serta melatih diri dan jiwa melakukan
ibadat dengan penuh keikhlasan.
Keempat: Kurang atau tiadanya sifat al-khauf mengakibatkan kealpaan dan
keberanian seseorang hamba membuat dosa.

Mengakhiri khutbah ini, marilah kita menghayati firman Allah SWT dalam
surah al-Baqarah ayat 148:

4
Maksudnya: “Dan bagi setiap umat ada kiblat yang dihadapkannya; oleh itu
berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu
berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (pada hari Kiamat);
sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.

5
KHUTBAH KEDUA

Wahai hamba Allah, ingatlah bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan untuk
sementara, akhirat jualah sebenar-benar tempat yang kekal selama-lamanya. Oleh
itu, marilah kita bertakwa kepada Allah untuk mendapatkan kebahagiaan serta
menyelamatkan diri daripada siksaan api neraka. Firman Allah SWT dalam Surah
al-Ahzab ayat 56:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi;


wahai orang yang beriman, bersalawatlah kamu kepadanya serta mohonkanlah
kesejahteraan dengan sepenuh penghormatan.”

6
Ya Allah, ampunkanlah sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat
sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meningggal dunia. Ya Allah,
kurniakanlah taufik dan hidayah, kekuatan, kesejahteraan dan pertolongan kepada
ketua-ketua negara Islam dan Raja-Rajanya, khasnya kepada;

Anda mungkin juga menyukai