Anda di halaman 1dari 14

1.

Berikut adalah ciri paling utama masyarakat yang bertamadun


A. Sains dan teknologi
B. Seni bina dan perbandaran
C. Penghayatan hidup beragama
D. Perdagangan dan aktiviti ekonomi
2. Sejarawan british, Arnord Tonybee (1889-1979M) menggariskan ilmu fasa kewujudan tamadun
antaranya ialah fasa kelemahan tamadun. Kenyataan berikut paling tepat bagi menggambarkan
fasa tersebut
A. Golongan majority menghakis hak-hak minority
B. Nilai-nilai akhlak dan moral yang semakin hilang
C. Wujud kelompok pemimpin yang salah menggunakan kuasa
D. Bencana alam serta penyakit yang menular di kalangan masyarakat
3. Kenyataan manakah menjelaskan dengan tepat hubungan antara istilah „agama” dan budaya
dengan perkataan tamadun?
A. Agama adalah kepercayaan dan tamadun adalah amalan
B. Budaya adalah cara hidup dan tamadun adalah pencapaian kemajuan
C. Budaya adalah kelompok yang menjadi ikatan dan tamadun adalah gelaran bangsa berkenaan
D. Kebudayaan adalah cara hidup dan tamadun adalah kemajuan yang dicapai dalam cara hidup
tersebut.
4. Berikut paling tepat mengenai kepentingan akhlak dalam menjamin kesinambungan sesebuah
tamadun
A. Akhlak penting kerana agama menganggapnya penting
B. Nilai akhlak boleh berubah-ubah mengikut kesesuaian akal manusia
C. Akhlak yang buruk sebenarnya tidak memberi kesan kepada tamadun
D. Kemantapan akhlak menyebabkan tamadun manusia seimbang dari aspek fizikal dan spiritual.
5. Menurut Ibn Khaldun, pada fasa kelahiran, terdapat elemen-elemen yang membantu membina
tamadun iaitu
A. Material atau alam
B. Masa, manusia dan idea
C. Pertumbuhan Bandar dan raja yang adil
D. Semangat kekitaan (asabiyyah khusus) dan agama
6. Malik Bennabi menjadikan persoalan „idea‟ sebagai factor yang mempengaruhi sesebuah tamadun
manusia. Antara berikut yang manakah tidak menjelaskan kenyataan tersebut?
A. Tanpa idea-idea hebat, kekayaan sumber alam tidak bermakna
B. Idea yang hebat memungkinkan adanya jalan singkat untuk mengembalikan kegemilangan
tamadun
C. Tanpa idea-idea hebat, masyarakat akan hanya meratapi zaman kegemilangan tamadun tanpa
ada usaha untuk mengembalikannya
D. Kehebatan sesebuah tamadun bukannya terletak pada kehebatan binaan-binaan tetapi pada
idea yang mendasari system kehidupan dan budaya masyarkat
7. Apakah yang dimaksudkan dengan interaksi antara tamadun?
A. Hubungan positif antara dua atau lebih tamadun
B. Hubungan positif dan negative antara sesebuah tamadun dengan tamadun lain
C. Inteaksi yang boleh memberikan kesan negative seperti berlaku bahasa campur
D. Proses social yang melibatkan tindakan saling membalas tingkah laku pengaruh
mempengaruhi antara satusama lain
8. Kunci utama yang menentukan berlaku persamaan atau perbezaan antara tamadun sangat
bergantung pada pengauh berikut
A. Interaksi dan keterbukaan
B. Epstimologi dan worldview
C. Penjajahan dan pemerintahan
D. Agama dan budaya masyarakat
9. Berbeza dengan tamadun Islam, tamadun China dan India
A. Mementingkan aspek kebudayaan
B. Banyak dipengaruhi oleh factor agama
C. Lebih bersifat local yang berkisar di kawasan mereka sahaja
D. Lebih bersifat sejagat dan menyeluruh ke kawasan-kawasan lain
10. Tamadun Melayu, Cina dan India boleh berinteraksi dan mengelakkan perbezaan melalui strategi
berikut kecuali
A. Berdialog secara aman dan bijaksana
B. Mematuhi prinsip kebebasan beragama
C. Mengalak ekrimisme, fanatisme dan chauvanisme
D. Kerjasama ekonomi kapitalis dalam menjana kekuatan serantau
11. Berikut adalah tepat mengenali pandangan Islam tentang Tuhan yang menjadi inti pati tamadun
kecuali
A. Allah adalah pencipta alam bersifat dengan nama-Nya yang indah
B. Tuhan merupakan matlamat semua urusan pembinaan tamadun manusia
C. Tauhid uluhiyyah hanya diimani oleh Muslim dan tidak diyakini oleh non-Muslim
D. Tauhid Rububiyyah hanya diimani oleh Muslim dan tidak diyakini oleh non-Muslim
12. Faktor utama tamadun Islam tersebar di Alam Melayu secare mudah ialah
A. Perdagangan
B. Perkahwinan campur
C. Keindahan ajaran Islam
D. Peranan golongan istana
13. Berikut merupakan impak Islam ke atas masyarakat Melayu di Nusantara kecuali
A. Perubahan ke atas kehidupan politik, ekonomi dan social
B. Menerima Islam pada amalan yang mudah dengan mengekalkan sebahagian kepercayaan
tradisi mereka
C. Merubah kepercayaan kerana Islam mengajarkan tentang rasionalisme dan intelektualisme
serta konsep Tuhan Yang Esa
D. Pendedahan kepada agama Islam telah mengubah pelbagai dimensi hidup dan transformasi
umum termasuk pandangan dunia dan perilaku.
14. “Kedatangan Islam di kepulauan Melayu-Indonesia harus kita lihat sebagai mencirikan zaman
baru dalam pensejarahannya. Is sebagai semboyan tegas membentuk satu system masyarakat
berdasarkan kepada beberapa kebebasan orang perseorangan, keadilan dan kemuliaan
keperibadian insan”S.M.N. al-Attas
Pandangan di atas merujuk kepada perubahan smesta Melayu dare aspek
A. Ibadat dan pengabdian Melayu
B. Pakaian dan pemakanan Melayu
C. Ekonomi dan pendapatan Melayu
D. Jiwa dan rupa masyarakat Melayu
15. Sumbangan utama tamadun Melayu kepada tamadun Malaysia kini dapat dilihat pada
A. Kepelbagaian sumber ekonomi Negara
B. System pemerintahan raja berperlambagaan
C. Kecemerlangan dalam aspek sains dan teknologi
D. System social tang tersusun dari pelbagai bangsa dan budaya
16. Konsep pandangan semesta dalam tamadun Islam ialah
A. Pandangan Islam terhadap pencipta
B. Pandangan Islam terhadap pencipta dan manusia
C. Pandangan Islam terhadap sejarah hidup manusia
D. Pandangan Islam terhadap tuhan, manusia dan Islam
17. Asas utama tamadun Islam melibatkan komponen
A. Akidah, syariat dan ibadat
B. Akidah, Syariat dan akhlak
C. Akidah, Akhlak dan siyasah
D. Akidah, Akhlak dan hadarah
18. Perbezaan ketara antara tamadun Islam dengan bukan Islam adalah kerana
A. Tamadun Islam berpusat di kota, sedanglan tamadun bukan Islam berpusat kepada material
B. Asas tamadun Islam merupakan manusia , sedangkan tamadun bukan Islam adalah manusia
yang bertakwa.
C. Tamadun bukan Islam mementingkan pencapaian ternologi sebagai alat, manekah tamadun
Islam mementingkan teknologi sabagai matlamat
D. Tamadun Islam merupakan pencapaian manusia hasil dari manifestasi keimanan kepada Allah,
sedangkan tamadun bukan Islam tidak demikian
19. Berikut adalah kenyataan paling tepat mengenai gagasan Islam Hadhari yang diusahakan oleh
Kerajaan Malaysia
A. Menutup kelemahan umat Islam di mata non-Muslim
B. Menjadikan sebagai satu konsep berbentuk retorik semata-mata
C. Menghayati maksud sebenar Islam dalam konteks pembangunan duniawi
D. Mengembalikan semula maruah umat Islam agar tidak disalah anggap oleh dunia luar.
20. Berikut adalah prinsip asas kepada Islam Hadhari
A. Kehidupan berkualiti
B. Keimanan dan ketakwaan kepada Allah
C. Pembelaan hak kumpulan minority dan wanita
D. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif
21. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan „pendekatan Islam Hadhari bermatlamat untuk
mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka‟?
A. Rakyat yang merdeka dari cengkaman penjajah
B. Rakyat boleh hidup bebas tanpa kongkongan undang-undang
C. Rakyat yang berjiwa bebas dan sanggup melakukan apa sahaja atas nama Negara
D. Rakyat berjiwa bebas diri belenggu nafsu dan perkara yang bertentangan dengan etika serta
akidah
22. Manakah antara berikut tidak menerangkan strategi untuk mewujudkan keadilan ekonomi?
A. Semua orang mempunyai peluang untuk meraih kekayaan
B. Keperluan asas rakyat mestilah menjadi tanggungjawab pemerintah
C. Peluang pekerjaan diagihkan kepada semua rakyat dengan mendapat upah yang sama
D. Golongan hartawan mestilah melaksanakan tanggungjawab social kepada golongan yang
tidak berkemampuan
23. Berikut adalah tokoh terpenting dalam pensekularan moden kecuali
A. Galileo Galilei di Itali
B. Francis Bacon di England
C. Rene Descartes di Perancis
D. Brian Harisson di England
24. Sekularisme dalam tamadun Islam merujuk kepada
A. Pengasingan ajaran Islam dari kehidupan harian
B. Masa sekarang atau kini atau temporal atau dunia ini
C. Proses mengasingkan dunia dari ajaran agama
D. Pengamal cara mementingkan urusan dunia
25. Bagaimanakah tamadun Barat menjadi tamadun yang mendominasi dunia dalam bidang ilmu
pengetahuan walhal sebelum itu Eropah berada dalam Zaman Gelap?
A. Orang-orang Barat mewarisi ilmu-ilmu dari tamadun Greek-Yunani sahaja
B. Orang-orang Barat mewarisi ilmu-ilmu dari tamadun Greek-Yunani dan juga tamadun Islam
C. Orang-orang Barat membina tamadun mereka dengan kehebatan akal ratio yang ada pada
mereka
D. Orang-orang Barat bangkit membina sendiri tamadun mereka tenpa mencedok ilmu dari
tamadun lain.
26. Apakah maksud „falsafah ilmu pengetahuan yang berteraskan kepada revealed knowledge mesti
dimantapkan dalam diri setiap rakyat?
A. Ilmu pengetahuan adalah amat penting dikuasai oleh rakyat Malaysia
B. Hanya ilmu pengetahuan agama yang mesti dikuasai oleh semua rakyat Malaysia
C. Ilmu sains dan teknologi daripada tamadun Barat mestilah dikuasai oleh rakyat Malaysia
D. Ilmu pengetahuan yang mesti dikuasai oleh rakyat Malaysia tidak boleh dipisahkan dari
agama dan nilai
27. Manakah kenyataan yang tidak tepat berkaitan dengan hak asasi dalam Islam?
A. Hak asasi ditentukan oleh Allah
B. Hak asasi sebahagian daripada ajaran Islam
C. Hak asasi perlu disesuailan dengan suasana dan masyarakat
D. Hak ini bersifat tetap, tidak boleh sama sekali dihapuskan atau diubah oleh badan legaslatif
28. Apakah yang dimaksudkan harta milik masyarakat sebagai salah satu hak asasi manusia yang
diperuntukan oleh Islam?
A. Perkongsian harta secara sama rata antara pemilik dengan masyarakat
B. Pemilik harta berhak menggunakan hak tersebut mengikut budi bicaranya
C. Pemilik harta wajib mengeluarkan zakat atau sedenah kepada masyarakat
D. Masyarakat mempunyai hak mengambil harta daripada pemilik harta walaupun dengan
kekerasan
29. Hak yang paling asas dalam keseluruhan hak asasi manusia dalam Islam ialah
A. Hak bersuara
B. Hak beragama
C. Hak kebebasan
D. Hak persamaan
30. Berikut adalah antara tujuan utama jihad dalam Islam kecuali
A. Meluaskan sylar Islam
B. Mempertahankan Islam dan ajarannya
C. Memperbanyakkan Negara dan pemerintahan Islam di bumi ini
D. Memebela kepentingan orang-orang Islam daripada kezaliman pihak musuh
31. Apakah yang dimaksudkan dengan jihad nafsu?
A. Jihad mentaati Allah tunduk dan patuh kepada-Nya
B. Jihad yang sama dengan bentuk jihad lain seperti di medan perang
C. Jihad yang diistilahkan dengan menahan diri dari kenikmatan dunia
D. Jihad dalaman isitu apabila terlaksana jihad ini maka terlaksanalah jihad yang lain
32. Apakah maksud yang paling berkaitan dengan kenyataan Islam mengikat kehidupan antara
manusia dengan alam sekitar melalui prinsip syariah?
A. Manusia dapat membentuk individu bertanggungjawab terhadap alam sekitar
B. Prinsip yang mengatur kehidupan manusia untuk mencapai kehidupan yang aman di alam ini
C. Prinsip yang dapat membentuk satu pandangan alam yang sahih di dalam diri seseorang
manusia
D. Manusia dapat membentuk satu sikap dan pandangan yang positif terhadap pemuliharaan
alam sekitar
33. „Dunia Barat kinimenghadapi krisis global sudah tidak boleh diharapkan untuk memimpin dunia
sains dan teknologi khususnya dalam bidang nilai kerana telah kehabisan stok nilainya.‟Maksud
kenyataan di atas ialah
A. Dunia barat telah menghadapi krisis di peringkat global kerana aktiviti sains dan teknologi
B. Dunia barat akan digantikan oleh kuasa lain dalam mendominasi sains dan teknologi yang
bebas nilai
C. Dalam menguasai ilmu pengetahuan, rakyat Malaysia mestilah mencedok seratus peratus ilmu
sains dan teknologi dari Barat
D. Dalam melaksanakan prinsip penguasaan ilmu pengetahuan, rakyat Malaysia hendaklah
menyaring atau menapis ilmu-ilmu dari barat yang bebas nilai
34. Islam mementingkan kebersihan dan menolak pencemaran. Pencemran udara boleh menyebabkan
perkara-perkara berikut kecuali
A. Menhalang tumbuhan daripada menjalankan proses fotosentisis dengan baik
B. Menjejaskan hidupan habitat flora dan fauna yang boleh menyebabkan berlaku kepupusan
C. Manusia akan rasa tidak tentu hala dan tidak mempunyai konsentrasi dalam menjalankan
tugas hingga menghidap truma akustik
D. Meninggikan suhu permukaan bumi hingga menyebabkan peningkatan suhu panas bumi atau
dikanali dengan fenomena pemanasan global
35. Sikap memahami hubungan simbiosis(kebergantungan antara satu sama lain) yang wujud antara
manusia dan alam akan melahirkan
A. Manusia yang menggunakan sumber alam untuk tujuan pembangunan
B. Manusia yang menganggap mereka boleh mengeksploitasi alam semahunya
C. Manusia yang insaf tentang kepentingan menguruskan alam secara beretika
D. Manusia yang manganggap alam ini memang dicipta untuk manfaat mereka
36. Perubahan suasana politik dunia global masa kini dan tekanan serta penghinaan yang dihadapi
oleh sebahagian umat manusia menuntut kita menguasai kekuatan ketenteraan dan keupayaan
mempertahankan diri. Antara berikut yang manakah tidak menjelaskan penyataan di atas?
A. System pertahanan Negara mesti di perlengkaplan supaya menimbulkan kegerunan kepada
pihak musuh
B. Susana politik global manuntut Negara-negara lemah supaya mempersiapkan kelengakapan
pertahanan supaya tidak diperkotak-katikkan
C. Dalam dunia globalisasi, kekuatan ekonomi mestilah diberi keutamaan melebihi kekuatan
ketenteraan untuk dipandang hebat pada mata dunia
D. Kekuatan ketenteraan penting bagi mempertahanlan Negara daripada ancaman kuasa besar
dunia yang menjalankan misi penjajahan bentuk baru
37. Penguasaan ilmu akan memberi manfaat berikut kepada seseorang individu kecuali
A. Orang berilmu sentiasa disanjungi
B. Melahirkan insan yang seimbang material dan spiritual
C. Individu akan hidup mewah jika mempunyai banyak ilmu
D. Ilmu menyelamatkan diri dari kesengetaan dunia dan akhirat
38. Penguasaan dan pembudayaan ilmu menjadi factor tamadun islam perbah menjadi penjana kepada
perkembangan aktiviti intelektual dan saintifik dunia. Antara berikut yang manakah tidak
menerangkan tentang ilmu pengetahuan dan kedudukanya menurut Islam
A. Islam mewajibkan umatnya supaya menuntut ilmu pengetahuan
B. Islam mengalakkan umatnya supaya menuntut ilmu pengetahuan sampai ke negeri China
C. Allah akan mengurniakan kemuliaan dan kedudukan yang tinggi kepada orang-orang yang
menguasai ilmu pengetahuan
D. Keterbukaan tamadun Islam untuk menerima pengetahuan daripada tamadun lain
menyumbang kepada perkembangan ilmu pengetahuan.
39. Mengapakah gagasan dan pemikiran mengenai dialog peradaban mendapat tempat dan akhirnya
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengistiharkan tahun @001 sebagai Tahun Dialog beradaban?
A. Memperkenalkan dialog peradaban kepada dunia
B. Mengemukakan cadangan agar dialog peradaban dijadikan satu tema
C. Mencari formula terhadap permasalahan yang berlaku di antara Negara-negara dunia
D. Mencari pemikiran baru bagi menyelesaikan konflik dan perbalahan yang berlaku antara
Negara-negara dunia
40. Berikut adalah kenyataan yang benar mengenai dialog peradaban dalam aktiviti tindakannya
kecuali
A. Menyedarkan fahaman tentang dialog
B. Mengiktiraf dan menghormati dinamika dan perbezaan budaya
C. Mencegah konflik dan mengurangkan salah faham antara manusia
D. Menghayati tujuan kongsi bersama agar isu-isu tentang dialog dapat ditangani
41. Kenyataan berikut paling tepat tentang pengajian ketamadun sangat releven dengan pembinaan
tamadun Malaysia
I. Usaha dakwah kepada masyarakat majmuk
II. Menangani interaksi dalam suasana plurality
III. Menangani perbezaan etnik, budaya dan agama
IV. Memahami reality amalan dan penhayatan Islam
A. I,II,III
B. II,III,IV
C. I,III,IV
D. Semua
42. Mengapakah pendangan semesta diperlukan oleh sesebuah tamadun?
I. Sebagai kerangka asas pembentukan tamadun
II. Pendangan semesta ibarat peta kepada perjalanan
III. Pandangan semesta ibarat resepi kepada masakan
IV. Pandangan semesta ibarat acuan kepada sesuatu binaan
A. I
B. I,II,IV
C. II,III,IV
D. Semua
43. Berikut adalah kenyataan yang benar tentang faktor-faktor yang mendorong kepada kemunculan
tamadun-tamadun dunia
I. Interaksi antara tamadun
II. Syariat yang mengatur kehidupan manusia
III. Semangat kecintaan kepada ilmu pengetahuan
IV. Penghasilan dari sector pertanian yang dapat memenuhi keperluan
A. I,III
B. I,II,III
C. II,III,IV
D. Semua
44. Berikut adalah benar dan berkaitan dengan teori kitaran tamadun
I. Proses kembalinya masyarakat kepada agama
II. Proses kelahiran, kecemerlangan dan keruntuhan tamadun
III. Kelahiran tamadun yang terhasil dari semangat asabiyyah umum
IV. Proses kemajuan kedewasaan, kemunduran dan kejatuhan sesuatu bangsa, Negara atau
peradaban
A. I,II,III
B. II,III,IV
C. I,III,IV
D. Semua
45. Ibnu Khaldun menggariskan faktor-faktor berikut mengakibatkan berlakau keruntuhan sesebuah
tamadun
I. Terpinggirnya nilai-nilai murni
II. Sikap alpa dengan kemewahan
III. Perbezaan ideology dalam system politik
IV. Samangat kekitaan yang semakin terhakis
A. I,II
B. I,II,III
C. I,II,IV
D. Semua
46. Kenyataan di bawah merujuk kepada istilah umran dan hadarah yang digunakan oleh Ibnu
Khaldun dalam al-Muqaddimah
I Kota dan tanah pertanian
II Kemajuan bidang perusahaan dan teknologi
III sekumpulan manisia yang tinggal kekal di suatu kawasan
IV kemakmuran dan pencapaian taraf hidup yang berteraskan agama.
A. I,II,III
B. II,III,IV
C. I,III,IV
D. Semua
47. Berikut adalah faktor memudahkan berlakunya interaksi antara tamadun
I. Perdagangan
II. Interaksi social
III. Sempadan geografi
IV. Ideology politik berbeza
A. I,II
B. I,II,III
C. II,III,IV
D. Semua
48. Berikut aspek persamaan antara tamadun yang perlu dipatuhi oleh masyarakat Islam dan bukan
Islam untuk saling berinteraksi
I. Kerjasama antara budaya
II. Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa
III. Tanggungjawab bersama menjaga alam sekitar
IV. Sifat kemanusian sejagat seperti kasih saying dan hormat-menghormati
A. I,II
B. I,II,III
C. I,II,IV
D. Semua
49. Pilih contoh yang menggambarkan kesan positif interaksi antara tamadun
I. Senibina kubah masjid yang menerima pengaruh India dan China di Tanah Melayu
II. Islam tersebar di kepulauan Melayu melalui perdagangan dari Arab, India dan China
III. Serapan perkataan China ke dalam perkataan Melayu seperti loceng, gincu, congkak dan
tauhu
IV. Kendungan Piagam Madinah yang memberi perlindungan dan kebebasan terhadap agama
lain
A. I,II
B. I,II,III
C. II,III,IV
D. Semua
50. Berikut adalah faktor penyabab berlaku konflik peradaban
I. Dunia menjadi semakin sempit
II. Timbul penentangan terhadap Barat
III. Proses medenisasi ekonomi dan social
IV. Latar belakang sejarah, bahasa, budaya dan agama
A. I,III
B. I,II,III
C. II,III,IV
D. Semua
51. Berikut adalah cara penyelesaian yang boleh diketengahkan dalam isu Erika dalam sains dan
teknologi
I. Mengembalikan semula unsur nilai dan kerohanian dalam aktiviti sains dan teknologi
II. Baik dan buruk sains dan teknologi bergantung pada niat,sumber penggunaan dan
matlamat
III. Memahami bahawa sains dan teknologi sebagai syarat memenuhi tanggungjawab sebagai
khalifah Allah
IV. Kemajuan sains dan teknologi adalah satu-satunya kunci untuk mencapai kejayaan dan
kegemilangan
A. I,II,III
B. II,III,IV
C. I,III,IV
D. Semua
52. Antara ciri-ciri utama tamadun Cina ialah
I. Bertahan lama
II. Mementingkan penggunaan taknik
III. Tanahnya luas dan rakyat yang ramai
IV. Mementingkan apresasi seni dan falsafah
A. I,II
B. I,II,III
C. II,III,IV
D. I,II,III,IV
53. Tamadun Melayu dibina dan berkembang melalui
I. Kekuatan akhlak
II. Kekuatan kesenian
III. Kekuatan politik dan pemerintahan
IV. Kekuatan ekonomi dan faktor agama
A. I,II
B. I,II,III
C. I,III,IV
D. Semua
54. Berikut merupakan strategi Nabi Muhammad sewaktu pembinaan tamadun Islam di Madinah
I. Hijrah
II. Membina masjid
III. Membentuk Piagam MAdinah
IV. Melaksanakan Sistem Persaudaraan
A. I,II
B. I,II,III
C. II,III,IV
D. Semua
55. Ciri Berikut menjelaskan tamadun Islam Bersifat Rabbaniah iaitu ciptaan Tuhan
I. Bersifat sejagat
II. Bersifat terbuka
III. Bersifat toleransi
IV. Bersifat sepanjang zaman
A. I,II
B. I,II,III
C. I,III,IV
D. Semua
56. Pilih kenyataan yang tepat berkaitan denfan manifestasi tauhid
I. Melahirkan pengabdian diri kepada Allah
II. Terpelihara dan mantapnya kesucian keluarga
III. Mewujudkan suasana berorganisasi atas asas akidah
IV. Membantu manusia supaya jangan bersifat angkuh
A. I,II
B. II,III
C. I,II,III
D. Semua
57. Berikut adalah ciri-ciri keistimewaan tamadun Islam yang pratikal, syumul, seimbang dan sepadu
I. Senyuman atau membuang halangan di jalan raya di kira sebagai amalan sedekah
II. Sistem tamadun yang berdasarkan ajaran wahyu Tuhan seperti berlaku jujur dalam
perniagaan
III. Aktiviti pembinaan tamadun dunia seperti menuntut ilmu juga merupakan ibadah kepada
Allah untuk hidap akhirat
IV. Suatu system tamadun yang mencakupi seluruh aspek kehidupan dari sekecilnya seperti
cara masuk tandas hingga persoalan hubungan antara bangsa
A. I,II
B. I,II,III
C. II,III,IV
D. Semua
58. Berikut adalah gambaran tamadun Islam yang bersifat menyeluruh seperti pandangan Prof. Yusuf
al Qaradhawi
I. Hubungan manusia dengan Tuhan
II. Hubungan manusia dengan alam sekitar
III. Hubungan manusia dengan diri sendiri seperti jaga kesihatan
IV. Hubungan manusia dengan keluraga dan masyarakat tempatan dan luaran
A. I,II
B. II,III
C. I,II,III
D. Semua
59. Antara berikut yang manakah bentuk-bentuk kebebasan yang dibawa oleh Islam?
I. Kebebasan beragama dan kepercayaan
II. Kebebasan rohani daripada hawa nafsu
III. Kebebasan mutlak daripada perhambaan
IV. Kebebasan berpolitik, bersuara dan memberi pendapat
A. I,II,IV
B. I,II,III
C. II,III,IV
D. Semua
60. Tamadun Islam telah mengubah pandangan Melayu Nusantara menjadi Melayu BAru. Antara
perubahannya ialah
I. Persamaan taraf manusia dalam menghayati nilai dan memainkan fungsi social
II. Meperkayakan perbandaraan bahasa Melayu dan tulisan jawi sebagai lingua franca
III. Menyedari kepentingan ekonomi dan perdagangan sebagai motif utama kedatangan islam
ke Nusantara
IV. Konsep khalifah dan sultan telah memberikan gambaran politik sebagai alat dan amanah
Tuhan di muka bumi ini
A. I,II,III
B. I,II,IV
C. I,III,IV
D. Semua
61. Pilih kenyataan yang benar mengenai asas-asas kesenian Islam
I. Bersifat rabbani
II. Bersifat hadhari
III. Bersifat duniawi
IV. Kesepaduan moral
A. I,II
B. I,II,IV
C. I,III,IV
D. Semua
62. Contoh berikut merujuk kepada amalan perundangan Islam di Alam Melayu sebelum dijajah
I. Undang-undang Johor
II. Hukum kanun Melaka
III. Undang-undang Pahang
IV. Undang-undang Laut Melaka
A. I,II
B. III,IV
C. I,III,IV
D. Semua
63. Mengapakah tamadun Melayu perlu dijadikan asas kepada pembinaan tamadun Malaysia?
I. Melayu adalah penduduk asal Malaysia
II. Penamaan Malaysia adalah sempena Melayu
III. Orang Melayu menjadi pelopor perjuangan menentang penjajah
IV. Menseimbangkan ekonomi Melayu dengan bangsa lain seperti termaktub dalam Dasar
Ekonomi Baru
A. I,II,III
B. I,II,IV
C. I,III,IV
D. Semua
64. Manifestasi hegemoni Barat ke atas Benua Amerika, Asia dan Afrika sebelum era globalisasi
adalah dalam bentuk penjajahan dengan matlamat
I. Senjata
II. Sumber asli
III. Tenaga manusia
IV. Penyeberan agama Kristian
A. I,III
B. I,II,III
C. II,III,IV
D. Semua
65. Antara bentuk dominasi yang dijalankan oleh Barat ialah melalui pendominasian bahasa
komunikasi luas dunia. Bagaimanakah proses dominasi ini dijalankan?
I. Penggunaan menyeluruh bahasa Inggeris
II. Menobalkan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dunia
III. Menekan Negara-negara yang berurusan dengan Barat menggunakan bahasa Inggeris
IV. Urusan perantarabangsaan dalam semua bidang sama ada politik, ekonomi dan social
akan menggunakan bahasa Inggeis
A. I,II
B. I,II,III
C. I,II,IV
D. Semua
66. Berikut adalah polisi yang diamalkan oleh Barat ke atas bukan Barat
I. Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat
II. Usaha mempromosikan agama yang diamalkan oleh masyarakat Barat
III. MEnjaga integrity Negara bangsa Barat dengan menyakat kebanjiran imigran ke Barat
IV. Usaha Barat mengekalkan keunggulan military melalui dasar dan perjanjian senjata
nuclear, biological dan kimia yang berat sebelah
A. I,II
B. I,II,III
C. I,II,IV
D. Semua
67. Jihad diistilahkan kepada setiap usaha yang memerlukan curahan daya, tenaga dan kekuatan demi
untuk mencapai matlamat dan cita-cita mulia dan ideal. Jihad dengan pengertian ini mengandungi
I. Unsur daya dan tenaga yang terpaksa dicurahkan
II. Unsur matlamat dan cita-cita yang ideal, kudus dan tinggi yang hendak dicapai
III. Unsur kekuatan persenjataan seperti pedang, senapang, bom dan sebagainya
IV. Unsur”musuh” yang menghalangi dan menentang usaha dan perjuagan tersebut
A. I,II
B. II,IV
C. I,II,IV
D. Semua
68. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah mengklasifikasikan jihad dalam bentuk kecuali
I. Jihad melawan hawa nafsu
II. Jihad membasmi kemiskinan
III. Jihad menentang tipu daya syaitan
IV. Jihad meningkatkan kemajuan dan ekonomi Negara Islam
A. I,II
B. I,III
C. II,IV
D. III,IV
69. Berikut adalah hak peperangan yang digariskan oleh Islam terhadap musuh yang menyertai
sesuatu peperangan kecuali
I. Mereka boleh dibunuh dengan cara sekalipun
II. Dilarang mengkasari pihak musuh ketika berada di medan perang
III. Tidak boleh menyeksa mayat-mayat musuh dan perlu dipulangkan kembali
IV. Tidak boleh membunuh musuh yang ditawan dan yang cedera perlu dirawat
A. I,II
B. III,IV
C. I,II,III
D. Semua
70. Rasional Islam Hadhari diperkenalkan kerana faktor
I. Kepelbagaian kumpulan Islam
II. Kefahaman Islam secara cebisan
III. Kesan konspirasi politik dunia barat
IV. Membendung fahamantradisonalism dan fundalisme
A. I,II,III
B. I,II,IV
C. I,III,IV
D. Semua
71. Budaya dan moral masyarakat perlu diperkukuhhan kerana
I. Budaya dan moral merupakan prinsip asas ketamadun
II. Masyarakat yang berbudaya Timur lebih proaktif dan efisyen
III. Akhlak mulia dan moral berperanan dalam memajukan tamadun
IV. Globalisasi memberi impak dan kesan terhadap budaya dan identity masyarakat setempat
A. I,II,III
B. I,II,IV
C. I,III,IV
D. Semua
72. Kehidupan berkualiti dari perspektif Islam Hadhari ialah
I. Memiliki harta yang benyak
II. Berakhlak dengan akhlak terpuji
III. Memelihara syariat peraturan-Nya
IV. Memiliki nilai keimanan kepada Allah
A. I,II,III
B. I,II,IV
C. II,III,IV
D. Semua
73. Hak-hak wanita diberi perhatian serius oleh kerajaan seperti
I. Wujud Dasa Wanita Negara
II. Wujud badan-badan yang mengawal hak-hak wanita
III. Berpeluang memberi sumbangan dalam pembangunan Negara
IV. Hak-hak mereka termaktub dalam Perlembagaan Persukutuan
A. I,II,III
B. I,II,IV
C. II,III,IV
D. Semua
74. Berikut merupakan ciri-ciri „wanita Hadhari‟
I. Menjaga moral, nilai estetika dan buday masyarakat
II. Mnggilap potensi diri untuk mencapai kecemerlangan diri dan Negara
III. Memperjuangkan kesetaraan dan hak-hak yang sama dengan lelaki dalam segala aspek
IV. Mempunyai profesionalisme yang tinggi dalam kerjaya dan hubungan dengan gender
berlainan
A. I,II,III
B. I,II,IV
C. I,III,IV
D. Semua
75. Antara persamaan hak yang diberikan kepada wanita menerusi prinsip Islam HAdhari termasuklah
hak untuk
I. Mendapat pendidikan
II. Menyertai dalam pentadbiran
III. Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi
IV. Mendapat harta warisan yang sama tara dengan lelaki
A. I,II,III
B. I,II,IV
C. I,III,IV
D. Semua
76. Berikut adalah kenyataan paling benar menjelaskan kekuatan pertahanan berdasarkan prinsip
kesepuluh islam Hadhari
I. Memiliki kekuatan persenjataan terkini bagi tujuan pertahanan Negara
II. Is merangkumi kekuatan ketenteraan, persenjatan diri, fizikal dan spiritual
III. Memiliki kekuatan ketenteraan bagi menguasai bangsa lain yang menganggap
IV. Menyediakan program nuclear bagi tujuan ketenteraan supaya boleh menyerang balas
Negara skutu musuh
A. I
B. I,II
C. I,II,III
D. Semua
77. Kenyataan berikut adalah tidak benar mengenai dialog peradaban
I. Dialog mengandungi makna diskusi dan debat
II. Dialog bertujuan membawa objek bagi memenangkan fakta-fakta tertentu
III. Dialog adalah proses penyampaian kata-kata dan makna kepada beberapa orang dan
kumpulan
IV. Mengandungi makna yang terhad dan membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai
win-win situation.
A. I,II,III
B. I,II,IV
C. II,III,IV
D. Semua
78. Berikut adalah garis panduan mengenai objektif dialog peradaban menurut Dr. Abdul Aziz
Othman al-Twaijri
I. Saling hormat-menghormati
II. Persamaan dan keadilan
III. Menolak sikap fanatic dan perkauman
IV. Kongsi pemikiran orang lain
A. I,II,III
B. II,III,IV
C. I,III,IV
D. Semua
79. Manakah aspek nilai yang menjadi sasaran dan ruang-lingkup perbincangan dalam dialog
peradaban
I. Nilai toleran
II. Nilai kejujuran
III. Nilai kemanusiaan
IV. Nilai hormat-menghormati
A. I,II
B. I,II,IV
C. II,III,IV
D. Semua
80. Antara matlamat dan tujuan dialog peradaban ialah
I. Mewujudkan saling memahami tentang nilai-nilai, norma pengalaman sejarah dan reality
budaya yang wujud
II. Mendekatkan dan bersefahaman antara manusia tetapi tidak menggugurkan kewajipan
menyeru kepada aqidah dan risalah Islam
III. Mencari kebaikan bersama kerana dipaksa oleh keadaan untuk hidup bersama walaupun
mempunyai kepercayaan agama, cara kehidupan dan ideology politik yang berbeza
IV. Mencari jalan penyelesaian dalam menangani kemelut yang dihadapi oleh umat manusia
dan meletakkan asas kukuh kea rah langkah penyelesaian yang di persetujui bersama
A. I,II,III
B. I,II,IV
C. II,III,IV
D. Semua
Suggested Answer
1. C
2. B
3. D
4. D
5. D
6. B
7. D
8. B
9. C
10. D
11. D
12. C
13. B
14. D
15. B
16. D
17. B
18. D
19. C
20. B
21. D
22. C
23. D
24. A
25. B
26. D
27. C
28. C
29. C
30. C
31. A
32. B
33. D
34. C
35. C
36. C
37. C
38. B
39. D
40. D
41. B
42. D
43. B
44. D
45. C
46. C
47. B
48. D
49. D
50. D
51. A
52. D
53. C
54. D
55. D
56. D
57. C
58. D
59. A
60. B
61. B
62. D
63. A
64. C
65. C
66. C
67. C
68. C
69. A
70. D
71. C
72. C
73. D
74. B
75. A
76. B
77. C
78. D
79. D
80. B

Anda mungkin juga menyukai