Anda di halaman 1dari 2

Refleksi Diri 8

Nama : Muhammad Huzaifah Bin Marzuke

No matrik : D20161073773

Kod Kursus : CPR 2011

Tajuk : Kemahiran Kepimpinan

Hari/Tarikh : Khamis 24/10/2019

Nama Pensyarah : Cik Nurul Huda

Kelebihan yang ada pada diri saya

1. Kelebihan yang ada pada diri saya ialah saya dapat mengatasi kelemahan yang ada pada
diri saya untuk bangun dan mempersembahkan isi-isi penting untuk mempertahankan
kumpulan saya sebagai guru dalam aktiviti tersebut.
2. Aktiviti yang dijalankan ini juga meningkatkan kemahiran komunikasi saya dalam
kumpulan.
3. Saya juga dapat menyumbang buah fikiran saya kepada ahli kumpulan saya dengan
memberikan pandangan-pandangan mengapakah guru perlu dihantar ke planet lain.

Kelemahan yang ada pada diri saya

1. Kelemahan yang jelas dirasakan ialah saya masih lagi kurang keyakinan diri untuk tampil
menyuarakan pandangan-pandangan untuk dibahaskan.
2. Saya senang merasa gementar berada dalam keadaan tersebut dan agak kaku dalam
membahaskan pandangan-pandangan yang dikongsi sesama ahli kumpulan.
3. Dalam menyuarakan pandangan-pandangan, saya jelas merasakan kelemahan dalam diri
saya iaitu perlu berhadapan dengan ramai orang dan keadaan ini menyebabkan saya kurang
selesa.
4. Aktiviti yang dijalankan jelas menunjukkan saya mempunyai kelemahan-kelemahan yang
perlu diperbaiki bagi meningkatkan mutu diri saya sendiri.
Penambahbaikan yang boleh saya lakukan

1. Secara keseluruhan aktiviti yang dijalankan ini bagus dan penambahbaikan yang mungkin
boleh ditambah baik adalah dari segi peluang sama rata untuk ahli kumpulan yang lain
untuk menyuarakan pandangan.
2. Setiap kumpulan diberikan masa selama 2 atau 3 minit sahaja untuk menyuarakan
pandangan mereka bagi memastikan setiap kumpulan mendapat peluang sama rata untuk
membahaskan pandangan.
3. Penambahbaikan lain adalah dari segi diri saya sendiri, iaitu saya perlu keluar dari zon
selesa saya bagi meningkatkan kemahiran komunikasi saya serta meningkatkan keyakinan
diri sendiri.

Peranan seorang guru

1. Aktiviti yang dijalankan ini sangat bagus terutama kepada murid-murid pendidikan khas.
Melalui aktiviti ini saya dapat mengasah bakat mereka untuk berani untuk menyuarakan
pandangan serta meningkatkan keyakinan dalam diri mereka. Sebagai contoh, aktiviti ini
dalam PdPc di dalam kelas bahasa melayu murid-murid akan menyuarakan pandangan
mereka tentang kepentingan sungai kepada alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai