Anda di halaman 1dari 15

Nama Dokumen Manual Pengguna Modul Pendaftaran Pembeli Perumahan Bagi Tujuan

Laporan Kemajuan Projek 7(f)

Nama Projek Aplikasi e-Pemaju

Disediakan Untuk Jabatan Perumahan Negara

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Alamat
No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
62100 Putrajaya

Tarikh Dokumen: 01 Oktober 2014

Versi Dokumen: UM v1.0


[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

ISI KANDUNGAN

1. MODUL PENDAFTARAN PEMBELI BAGI TUJUAN LAPORAN KEMAJUAN

PROJEK 7(f).............................................................................................................. 3

1.1. Menu Senarai Perkhidmatan e-Pemaju Pembeli ............................................4

1.2. Nota Kepada Pemaju......................................................................................5

1.3. Carian Kod Pemaju dan No. Fasa Projek .......................................................6

1.4. Senarai Pembangunan ...................................................................................7

1.5. Senarai dan Pendaftaran Pembeli ..................................................................8

1.6. Skrin Pendaftaran Pembeli ........................................................................... 10

1.7. Skrin Kemaskini Pembeli dan Hapuskan Nama Pembeli.............................. 13

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 2 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

1. MODUL PENDAFTARAN PEMBELI BAGI TUJUAN LAPORAN KEMAJUAN


PROJEK 7(f)

Modul Pendaftaran Pembeli bagi Tujuan Laporan Kemajuan Projek 7(f) ini diwujudkan bagi
menggantikan fungsi memuatnaik dokumen senarai pembeli yang diperlukan dalam setiap
penghantaran Laporan Kemajuan Projek 7(f) sebelum ini. Tujuan modul ini diwujudkan
adalah untuk membolehkan pemaju mendaftar masuk maklumat senarai pembeli yang
telah membeli unit rumah di dalam projek yang dibangunkan dan dijual oleh pemaju
perumahan yang berdaftar dengan Jabatan Perumhan Negara (JPN), Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Antara kepentingan modul ini adalah untuk:


a) menyeragamkan data maklumat pembeli yang dibekalkan oleh setiap pemaju
perumahan;
b) memastikan maklumat jualan yang dinyatakan dalam Laporan Kemajuan Projek 7(f)
adalah benar dan disahkan;
c) menyediakan akses kepada pemaju untuk mengemaskini dan melaporkan maklumat
pembeli pada bila-bila masa tanpa menunggu sesi wajib penghantaran Laporan 7(f);
d) memudahkan pihak JPN menyemak dan membuat analisa bagi keperluan kajian
semasa.

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 3 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

1.1. Menu Senarai Perkhidmatan e-Pemaju


Satu menu capaian baru diwujudkan dalam aplikasi e-Pemaju iaitu menu nombor 7:
Pendaftaran Pembeli Perumahan Bagi Tujuan Laporan Kemajuan Projek 7(f).

Rajah 1.1.1 : Menu Utama Perkhidmatan e-Pemaju

a. Rajah 1.1.1 yang ditunjukkan adalah menu utama senarai perkhidmatan e-


Pemaju.
b. Pemaju boleh mengakses modul ini pada bila-bila masa dengan klik pada menu
yang ke-7 iaitu Pendaftaran Pembeli Perumahan Bagi Tujuan Laporan
Kemajuan Projek 7(f).

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 4 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

1.2. Nota Kepada Pemaju


Paparan ‘Nota Kepada Pemaju’ akan dipaparkan untuk makluman dan rujukan
pemaju. Pemaju digalakkan untuk membaca dan memahamkan maklumat yang
disampaikan.

Rajah 1.2.1 : Tab Nota Kepada Pemaju

a. Rajah 1.2.1, menunjukkan maklumat dalam ‘Nota Kepada Pemaju’;


b. Klik butang ‘Teruskan’ untuk proses seterusnya.

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 5 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

1.3. Carian Kod Pemaju dan No.Fasa Projek

Rajah 1.3.1 : Tab Carian Fasa

a. Pengguna hendaklah isikan Kod Pemaju dan No Fasa projek dan tekan butang
‘Cari’;

Rajah 1.3.2 : Pengesahan Fasa

b. Sistem akan mengesahkan bahawa No. Fasa yang dimasukkan oleh pengguna
adalah wujud atau tidak. Jika wujud, ‘No. Fasa Sah’ akan dipaparkan dan klik
‘Teruskan’. Jika tidak wujud, ‘No Fasa Tidak Sah’ akan dipaparkan.

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 6 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

1.4. Senarai Pembangunan

Rajah 1.4.1 : Tab Senarai Pembangunan

a. Senarai dan maklumat pembangunan akan dipaparkan berdasarkan Kod Pemaju


dan No. Fasa yang dimasukkan pengguna;
b. Paparan ini adalah ringkasan kepada butiran pembangunan yang telah diluluskan
dalam Sijil Lesen Projek;
c. Paparan ini juga akan memaparkan bilangan maklumat pembeli yang telah
didaftarkan berbanding bilangan unit yang telah diluluskan dalam Sijil Lesen
Projek.

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 7 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

1.5. Senarai & Pendaftaran Pembeli

Rajah 1.5.1 : Tab Senarai & Pendaftaran Pembeli

a. Rajah 1.6 menunjukkan skrin senarai dan pendaftaran pembeli. Melalui skrin ini,
pengguna boleh memilih pembangunan yang lain, daftar pembeli baru, dan
kemaskini maklumat pembeli yang sedia ada;

Rajah 1.5.2 : Menu ‘List Down’ Senarai Pembangunan

b. Berdasarkan rajah 1.5.2, untuk menukar senarai pembeli mengikut jenis


pembangunan, pengguna hendaklah klik pada menu ‘list down’ pembangunan
dan pilih jenis pembangunan yang dikehendaki;
c. Untuk paparkan maklumat pembeli yang tiada dalam senarai pembangunan atau
terlibat dengan pecah fasa, klik pada ‘Tiada Pembangunan / Pecah Fasa’. Jika
pengguna mahu papar kesemua maklumat pembeli, klik pada ‘Senarai Penuh’;

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 8 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

Rajah 1.5.3 : Butang Daftar Pembeli

d. Untuk daftar pembeli baru, klik pada butang ‘Daftar Pembeli’;

Rajah 1.5.4 : Butang Kemaskini Maklumat Pembeli

e. Untuk kemaskini maklumat pembeli, klik pada butang ‘Kemaskini’ pada senarai
pembeli.

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 9 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

1.6. Skrin Pendaftaran Pembeli

Rajah 1.6.1: Skrin Pendaftaran Pembeli Baru

a. Skrin pendaftaran pembeli adalah untuk pengguna mendaftar pembeli baru dan isi
maklumat yang berkenaan.
b. Pengguna hendaklah memilih pembangunan yang betul berdasarkan maklumat
pembeli yang hendak disimpan.
c. Perkara mengandungi bintang merah * adalah maklumat yang mandatori untuk
diisi. Jika tidak, maklumat tidak akan disimpan.
d. Berikut adalah maklumat perkara yang boleh diisi:

i.
Masukkan No. Lot seperti yang dinyatakan dalam dokumen SPJB.

ii.
Masukkan Harga Rumah seperti yang dinyatakan dalam dokumen SPJB

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 10 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

iii.
Klik pada butang kalendar dan pilih Tarikh SPJB seperti yang dinyatakan
dalam dokumen SPJB.

iv.

Sila pilih Jenis Pembiayaan perumahan seperti dalam pilihan.


Jika pembiayaan adalah ‘Pinjaman Bank’ pengguna dikehendaki mengisi
nama bank dan cawangan bank seperti di bawah. Jika jenis pembiayaan
‘Tunai’ dan ‘Pinjaman Kerajaan’ pengguna tidak perlu mengisi nama bank
dan cawangan bank.

v.
Masukkan Nama Individu/Syarikat seperti yang dinyatakan dalam dokumen
SPJB.

vi.
Masukkan no. kad pengenalan/no. passport/no. pendaftaran syarikat
seperti yang dinyatakan pada SPJB.

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 11 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

vii.

Pilih bangsa atau jenis pemilikan seperti yang dinyatakan pada SPJB.

viii.
Masukkan no. telefon seperti yang dinyatakan pada SPJB.

ix.

Jika ada penama kedua atau ketiga, masukkan maklumat penama


berkenaan di dalam ruangan yang disediakan. Maklumat yang
dimasukkan hendaklah mengikut seperti yang dinyatakan pada SPJB.

e. Setelah pengguna siap mengisi maklumat, klik pada butang ‘Simpan’.

f. Untuk kembali ke senarai pembeli tanpa simpan maklumat, klik pada butang
‘Kembali ke Senarai Pembeli’.

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 12 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

1.7. Skrin Kemaskini Pembeli dan Hapuskan Nama Pembeli

Rajah 1.7.1: Skrin Kemaskini Pembeli

a. Skrin Kemaskini Pembeli adalah untuk pengguna mengemaskini maklumat


pembeli yang sedia ada.
b. Perkara maklumat yang mengandungi bintang merah (*) masih lagi mandatori dan
perlu ada.
c. Selepas siap mengemaskini maklumat, klik pada butang ‘Simpan’.
d. Untuk kembali ke senarai pembeli tanpa mengemaskini maklumat, klik pada
butang ‘Kembali ke Senarai Pembeli’.

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 13 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

Rajah 1.7.2: Hapus Nama Pembeli Penama Pertama

e. Bagi tujuan menghapuskan maklumat pembeli yang telah didaftarkan, pengguna


boleh klik pada ‘checkbox’ ‘Hapus maklumat PENAMA PERTAMA’ dan klik
Simpan.
f. Jika maklumat PENAMA PERTAMA telah dihapuskan, maklumat PENAMA
KEDUA akan dinaikkan menjadi PENAMA PERTAMA dan begitu juga jika
PENAMA KETIGA wujud, secara automatik akan menjadi PENAMA KEDUA;

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 14 ]
[MANUAL PENGGUNA ] Aplikasi e-Pemaju

Rajah 1.7.3: Hapus Nama Pembeli Penama Kedua

g. Untuk hapus maklumat PENAMA KEDUA/KETIGA, klik pada ‘checkbox’ ‘Hapus


maklumat PENAMA KEDUA/KETIGA’ dan klik simpan.

All information stipulated in this document is intellectual properties of Jabatan Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Unauthorized use and/or reproduction of this document, either electronic or
otherwise is strictly prohibited © 2014 JPN, KPKT
[ 15 ]

Anda mungkin juga menyukai