Anda di halaman 1dari 4

Masalah Remaja:  

Pengkid
18 July 2009 by rspusat
Pengkid adalah merujuk kepada remaja perempuan yang mempunyai
penampilan seperti lelaki termasuk tingkahlaku, sikap dan tindakan bahkan
kecenderungan cinta dan tarikan seksualnya adalah sejenis.

“Istilah pengkid  dalam bahasa Melayu merujuk kepada perlakuan seks


homoseksualiti dalam kalangan remaja perempuan atau lazimnya disebut lesbian (bahasa
Inggeris) dalam kalangan wanita dewasa.. Dalam erti kata yang lebih mudah, mereka
adalah kumpulan wanita yang ingin menjadi lelaki, tidak dapat menerima hakikat
bahawa mereka telah dilahirkan sebagai wanita. Mereka berasa malu hanya kerana
memikirkan mereka adalah wanita.

Mereka mengetepikan segala ciri-ciri kewanitaan mereka dan sanggup


mengikat payu dara mereka agar badan mereka kelihatan leper seperti lelaki yang
tulen. Apakah punca berlakunya masalah ini sehingga mereka sanggup menghadapi
sebarang halangan dan kepayahan untuk menjadi seorang ‘lelaki’.

Menurut Profesor Madya Mohd. Makzan Musa dari Jabatan Psikologi dan


Kaunseling, Universiti Utara Malaysia, Homoseksualiti yang
melibatkan perempuan(pengkid  dan lesbian) dikatakan ‘wujud dalam kekaburan’
dan bergerak dalam senyap. Isu ini masih dianggap ‘rahsia terbuka’ yang
malu dibincangkan secara terbuka’’.

Menurutnya pola perlakuan seksual manusia mengikut disiplin psikologi Barat


diperjelaskan dengan konsep orientasi seksual dalam tiga
kategori iaitu heteroseksual(hubungan lelaki dengan
wanita), homoseksual (hubungan sejenis sama ada lelaki atau wanita),
dan biseksual (hubungan dengan lelaki dan wanita). Beliau mengatakan
bahawahomoseksualiti tidak dapat dipisahkan daripada keluarga
yang mempengaruhi perkembangan psikoseksual
individu. Perkembangan orientasi seksual bermula pada usia muda dan orientasi
seksual bukannya satu pilihan. Terdapat andaian bahawa ‘jatuh berahi’ wujud secara
semula jadi. Keadaan ini juga berlaku dalam kalangan lesbian dangay.
Beliau mengatakan tarikan homoseksual adalah pengalaman biopsikososial
yang berlaku dalam diri secara senyap tetap bersifat dinamik. Pembentukan identity
homoseksual berlaku mengikut beberapa tahap kekeliruan iaitu perbandingan identity,
toleransi identity, penerimaan identity, dan sintesis identity.

Homoseksualiti berlaku disebabkan oleh masalah didikan, hubungan


dan layanan antara ibu bapa dengan anak pada masa kecil, pengaruh rakan
sebaya, persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina yang dikaburi dengan
nama “kawan rapat”, “adik angkat”, serta“kakak angkat” yang dirujuk sebagai
antara faktor nurture. Homoseksualiti dipercayai bermula pada peringkat sekolah
berasrama, pusat pengajian tinggi, dan terus diamalkan semasa bekerja.

Dekan Fakulti Sastera dan Sains Teknologi, Universiti Malaya, Profesor Datuk


Dr. Zainal Kling pula mengatakan bahawa masalah pengkid ini adalah disebabkan
oleh mereka terperangkap dalam proses urbanisasi dan globalisasi yang
mengamalkan dasar langit terbuka. Menurut beliau dasar langit terbuka ini tidak
menyediakan sebarang ‘perlindungan’ moral dan agama. Walaupun pendidikan
agama telah diberi sejak sekolah rendah tetapi ia terlalu asas tidak mampu menahan
serangan daripada luar.

Selain daripada itu, dasar langit terbuka juga menyebabkan banyak maklumat
diperoleh termasuk tayangan filem asing yang banyak ‘bermain dengan nafsu’. Filem
komersial yang mengandungi unsur kelucahan secara halus amat mempengaruhi
pembentukan akhlak penonton. Mereka yang rapuh iman dan kurang penghayatan
dalam agama amat mudah dipengaruhi oleh anasir asing yang jahat tersebut.

Beliau juga mengatakan bahawa golongan pengkid ini terbawa-bawa dengan


pengaruh gerakan kebebasan hak manusia sedunia yang menggalakkan hubungan
homoseksual. Gerakan ini dipelopori oleh negara Eropah, Australia, dan Singapura.
Bagi rakyat negara tersebut, budaya homoseksual tidak lagi dianggap sebagai satu
kesalahan (jenayah). Gerakan ini mendakwa bahawa mereka bebas melakukan apa
sahaja keinginan nafsu mereka tanpa sebarang sekatan. Inilah yang menyebabkan
golongan pengkid di negara kita berani melakukan aksi panas mereka dikhalayak
ramai walaupun mereka menyedari terdapat banyak mata memandang mereka.
Perkara ini adalah tidak relevan kerana semua bangsa dan agama di dunia ini
mengutuk sekeras-kerasnya sistem perkahwinan dan perhubungan sesama jantina
kerana ia akan menghancurkan keturunan manusia pada masa hadapan. Gerakan
ini merupakan kumpulan manusia yang melepaskan diri daripada tanggungjawab
terhadap agama dan bergerak hanya untuk memuaskan nafsu serakah semata-
mata.

Mereka telah mengetepikan ajaran Islam dan perintah Allah. Mereka tidak
menghiraukan mengenai dosa, perkara yang halal dilakukan atau haram. Mereka
melanggar semua perintah Allah. Ini kerana hubungan sejenis adalah haram disisi
Islam. Pengharamannya adalah jelas melalui kitab Allah iaitu Al-Quran melalui kisah
kaum Nabi LUTH dimana perkampungan mereka (Bandar Sodom) telah
diterbalikkan oleh Allah kerana mereka mengamalkan hubungan sejenis walaupun
telah dilarang berkali-kali.

Di dalam Islam telah diterangkan bahawa manusia adalah ciptaan Allah yang
terbaik, tetapi boleh menjadi lebih hina berbanding binatang apabila membiarkan
akal dikawal oleh hawa nafsu. Golongan Pengkid bertindak berdasarkan nafsu.
Mereka mengutamakan kepuasan nafsu mereka berbanding tuntutan dan perintah
agama. Sebagai contoh mereka sanggup membelakangkan agama dan
menanggung kesakitan iaitu mengikat payu dara dengan ketat agar dapat mencari
‘teman wanita’. Mereka juga sanggup mencuri wang daripada keluarga untuk
diberikan kepada ‘teman wanita’ mereka sebagai lambang percintaan mereka.

Mereka melakukan semua ini hanya untuk memuaskan nafsu mereka. Walaupun
mereka mempunyai akal tetapi akal mereka dikawal oleh nafsu. Oleh itu, mereka
sanggup melakukan sebarang perkara untuk memuaskan nafsu kerana akal mereka
telah dikuasai nafsu.

Natijahnya, golongan manusia yang terkeliru dengan jantina, tidak mempunyai


pengetahuan agama yang mantap, dan bertuankan hawa nafsu bukannya akal,
adalah golongan manusia yang berkemungkinan menjadi pengkid.

Kesimpulannya, sekiranya mereka mempunyai pengetahuan agama yang


mendalam, menerima asuhan keluarga dengan baik, tidak terkeliru dengan jantina,
mempunyai jati diri yang kuat, tidak terpengaruh dengan rakan lain dan persekitaran
serta sentiasa menggunakan akal untuk berfikir, masalah pengkid ini tidak akan
berlaku di negara kita. , Semua pihak harus bertanggung jawab dalam masalah ini
kerana mereka menyumbang kepada penyebaran masalah ini.

Anda mungkin juga menyukai